Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Monday, December 31, 2012

Stay ke pindah?

Sejak sebulan yang lepas, aku berkira-kira samada nak stay atau berpindah keluar dari rumah yang aku sewa sekarang ni *is actually sewa bilik. My housemate, Iela akan berkahwin next year, dalam penghujung bulan februari mcm tu dia akan pindah keluar. Tapi kenapa aku pun kena pindah keluar sekali? 

Sebab mostly barang-barang dalam rumah tu Iela yang punya. Mesin basuh, televisyen, peti sejuk dll. Konon-kononnya nak menyewa kat rumah yg fully furnished or half, maksud aku at least keperluan asas mcm dapur n peti es tu mesti ada. (nampak sangat aku risaukan perut lebih kahkah)  Kalau tak susah woo~

Tapi tapi aku dah berpuas hati dengan kediaman sekarang ni. Takut-takut kalau pindah tempat baru kang menyesal pulak. Kalau nak diikutkan tempat sekarang ni takdelah jauh sangat dari tempat kerja, around 10 minutes kot. Security pn ok.  (╯3╰) 

Sunday, December 30, 2012

Ada Kamu

Aku cuba mengawal emosi yang menuntut kewarasan akal. Tapi aku gagal kerana aku juga punya hati dan perasaan. Ouh! mimpi indah bersama kamu dalam dunia yang aku kira tidak ada kata henti buat sang senyuman.

Dan pabila jaga mengejutkan aku, ia hanya mimpi :|

Sunday, November 25, 2012

Semut

Chuu: Mak dalam beras ni ade semut banyak lah!
Emak: Pergi keluarkan beras tu, selerakkan letak atas kertas...
Chuu: lepas tu sembur ridsect.
Emak: -____-ll
Chuu: hakhakhak! :P

Saturday, November 17, 2012

Daniel Jang


Layanzz..untungnye ade talent macam ni. Bengkak telinga aku dok  replay video ni (~ ̄▽ ̄)~ 

Sayangi Keluarga Anda :)


Kadang-kadang aku rasa tak adil kalau aku update entry baru tanpa berkunjung ke blog kawan-kawan yang lain. Tak adil bagi mereka. Sebenarnye beberapa minggu lepas aku dah berazam nk cuba jugak update blog walaupun hanya dengan sebaris ayat. Takpe kan? Aku ade masalah sikit untuk update blog. Tolong jgn tanye kenape (╯3╰) 

Btw, dari hari khamis lagi aku dah cuti, off hari jumaat dan terus berlanjutan ke ahad . Cuti yang panjang ni aku aku manfaatkan sebaiknya. Selalunya kalau aku balik kampung pun aku banyak habiskan masa dalam bilik--facebook, online, youtube, movie, chatting, etc. Then bila mak masuk bilik aku mak tanya-- kat rumah pun buat kerja? (mak ingt aku bawak balik keje kat ofis ke rumah). 

One time, bile aku call mak cakap yang aku nak balik kampung, mak cakap "adik balik rumah dudukkk je dalam bilik..." aku tersentak sikit kat situ. Tahu lah aku bahawa mak memerlukan aku. Dah la memang dari sekolah duduk asrama. Masuk U makin jauh tercampak sampai ke Penang. Kesian mak. Ill spend more time wit u mummy :*  

Kesimpulannya, sayangi keluarga anda. Keluarga didahulukan, Chak diutamakan (◡‿◡✿)



p/s----- silent hill vs skyfall, dua2 dah tgk; aku vote silent hill :3



Saturday, October 27, 2012

Moomoo dan Samsu

Alhamdulillah.

Syukur rasanya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara terchenta. Puas melayan kerenah sepupu sepapat yang comel-comel belaka termasuk Chuu Junior. Walaupun terasa masa yang ada terlalu singkat dan pendek untuk aku melakarkan kata puas--mungkin tidak. Tapi kata orang tu kesempatan yang ada perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Semalam aku berkesempatan menundukkan sang moo moo. Eh bukan aku, tolong tengok saja ekceli. Kagum dengan pokcik-pokcik sekalian yang otai dalam menumbangkan lembu korban. Just to mention, my daddy yg semelih lembu tu eh!

Dan esok aku akan kempali berangkat ke bangi menjengah kijo-kijo yang menunggu untuk aku siapkkan. Tak tenang betul adehh~ oh ya, tadi untie kedai potom rambut cakap, org ade lesum pitpit manyak pandai minom samsu. Iye-iye je untie ni (╯︵╰,)


Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Taip dan backspace taip dan backspace untuk beberapa ketika--terasa kekok agaknya tapi dalam pada masa yang sama masih cuba mengekalkan baya penulisan yang sama, gaya yang entah bagaimana aku sendiri kurang pasti. Dalam hidup aku memang banyak perkara yang tidak pasti.

Tapi yang pasti kali ini aku nak ucapkan selamat mnyambut aidiladha. Cliche ke? 



Saturday, October 13, 2012

Baru Hidup Atau Hidup Baru?


Sebenarnya aku rasa macam dah lama mengabaikan blog Chuu Muqhlis ni. Tapi kalau nak diikutkan baru dua minggu. Eh yeke? ✖‿✖


Sebenarnya aku dah pindah menyewa kat tempat baru atau boleh nak cakap macam menjalani satu fasa kehidupan yang baru. Baby lagi.. banyak kena belaja wakaka. Di tempat yang baru, dalam suasana yang baru, dan berada dalam kalangan mereka-mereka yang aku baru kenali. Secara kasarnya aku cuba membiasakan diri dan alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. 



Cuma dalam soal kerja mungkin ada kurangnya juga dan ada isu yang perlu dipersoalkan. Oh ya, aku cuma nak mention yang aku susah sikit nak update blog sebab kat rumah takde internet connection, kat ofis walaupun ada capaian internet tapi tak tercapai pulak--busy kalah menteri. Sedey aku Y__Y


#aku dah janji dengan H nak update entry hari ni. Aku dah update so bolehlah belanje Baskin Robin lepas ni :3

Wednesday, September 26, 2012

Angin Utara


Tak salah untuk berubah kepada sesuatu yang baru sebab kedang-kadang perubahan itu membawa kebaikan. Perubahan yang kadang-kadang menjahanamkan diri pun ada. Jadi terpulang pada yang merasa dan mencuba. Lumrah manusia berubah. Dari satu tahap ke tahap yang lain. Cuma yang menjadi kuncinya adalah berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Macam yang pernah Amy katakn pada H; lama-lama biasalah tu.. bagus Amy! (╯3╰) 

Aku doakan Amy akan terus maju jaya dan berani mencuba.

Monday, September 24, 2012

Self-Portrait Vector



Vector Encik Najad. Lai2 sapa mau order (◡‿◡✿)


Friday, September 21, 2012

Mute

Mute untuk mode senyap. Tengok gambar tanpa suara. Senyum sampai telinga sepanjang hari. Eh mungkin minggu (◡‿◡✿)





Esok guwa balik Selangorrrr!

Thursday, September 20, 2012

PRE-Convo

Assalamualaikum. Belom konvo lagi XD
(kredit gambar to Nesa Wazir & Azam Shah)


Oke this time rasanya tak boleh nak ber'guwa2' bagai sebab nanti pakcik TK marah pulak kehkehkeh. Sori sangat-sangat sebab terasa dah lama tak jenguk ke teratak u'oulz2 sekalian yang dalam hati ade rasa rindu la jugak eceyh! Komen kat blog sendiri pun x terbalas lg :(

Satu-dua-tiga hari ni terasa macam tak percaya ditemukan semula dengan rakan seperjuangan bersama. Tempat bermain lagi kan dikenang, inikan pulak tempak berjimba lol!

Apa pun semoga hari esok berjalan dengan lancar. Mohon elakkan huru-hara dan lintang-pukang. Nak campak topi tinggi-tinggi. Iyahhh!!

Bajet graduate dr Hogwarts wakaka!
Ape tengok-tengok? (¬‿¬)



Sunday, September 16, 2012

Meraban


Tiada apa yang nak dijadikan isu. So just anggap ini sebagai personal post yang boleh kata meraban la jugak. Guwa rasa macam tu. Mungkin dua-tiga hari ni rasa tak tenang-entah kenapa tapi guwa tetap pura-pura tenang.

Dalam tak tenang ada excited at the same time ada sedih yang guwa pendam. Esok guwa lalu atas jambatan Pulau Pinang, guwa ingt nak suruh pakcik bas tu stop sekejap so that guwa boleh buang segala rasa yang tak sepatutnya guwa rasa. Hoi! jangan dengan guwa-guwa sekali ke laot sudah lah. Sebab guwa masih ingat orang tersayang..kehkeh (¬‿¬)


Friday, September 14, 2012

Kuntum Mekar Dan Layu

Sebenarnya semalam aku dah karang apa yang aku nak tulis pagi ini. Karang di dalam fikiran tapi bila aku bangun pagi ini ia terus hilang Jauh dari jangkauan senggama minda atau mungkin pendapat aku cuma. Cuba meletakkan kamu di dalam situasi yang aku cipta. Begini sebenarnya.



 "Elehh.. kau pun tak tara mana nak nasihat orang pulak!" (¬_¬)

Nampak? Sekali baca kalau kena dengan intonasi dan nadanya kamu pasti tahu ianya berbaur sindiran. Tidak penting sama ada situasi ini terjadi pada kamu sendiri atau kamu hanya menjadi penonton dan perdengar yang kiranya tidak terlibat langsung.

Hakikatnya, seburuk mana pun seseorang itu insyaallah pasti ada baiknya yang kita boleh ambil dari dia. Kamu punya fikiran apatah lagi berpelajaran pasti boleh menilai apa yang boleh kamu ambil dan apa yang kamu perlu tinggalkan. Maksud aku nasihat orang itu jangan dibuang mentah-mentah tak kira dari mana datangnya. Aku kira apa yang aku nak sampaikan masih belum jelas (︶︹︺)

Sekarang aku letakkan diri aku sebagai orang yang 'buruk' itu. Aku tahu aku mungkin bukan seorang yang sempurna dan cukup baik untuk memberi nasihat apatah lagi menegur orang lain. Tapi selagi apa yang kita sampaikan mampu membawa kebaikan aku rasa tidak salah. Dan ia pilihan kamu untuk terima atau menolak mentah-mentah. Seperti apa yang aku katakan di awal tadi--sekadar pendapat aku cuma.


Tuesday, September 11, 2012

Malang Tak Berbau

"Nak ikut tak?"

Tiba-tiba tengahari tu ayah tanya (¬‿¬) Memandangkan time2 ni masa terluang yang melimpah-ruah jadi ku turutkan saja. Petang tu juga bertolak ke Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.

Keluarga atuk saudara ditimpa musibah. Kiranya abang kepada arwah atuk aku. Habis rumah mereka terbakar. Kira memang totally musnah. Syukur alhamdulillah semua selamat. Masa tiba kat sana, aku terus teringat last aku jejakkan kaki kat situ masa kenduri kahwin anak beliau. Jelas lagi dalam fikiran aku keadaan rumah tersebut. But now yang tinggal hanya rangka rumah yang hangus dijilat api.

Serius atok ni tabah. masa berbual pun boleh gurau2 gelak2 lagi
'Benda dah jadi kan..nak sedih-sedih pun dah tak guna' - atok tu cakap :)
Berita penuh SINI

Menurut seorang makcik kat situ, kebakaran mungkin disebabkan litar pintas. Perkara macam ni lah yang aku takut. Benda yang kita sendiri tak dapat nak jangka. Cuak pulak aku, sampai je rumah terus unplug semua suis2 yang tak pakai.. adess (╯︵╰,) 

Aku nasihatkan korang dan diri sendiri, hati-hatilah dengan perkakas elektrik ni. Sah-sah kita memang simpan api dalam rumah. Jadi gunakan dengan cermat. Bila mengenangkan kes-kes kebakaran sampai ada yang rentung-rentung bagai. Lagi-lagi yang berlaku masa tidur..mana sedar beb. Malang tak berbau walaupun kebakaran mengeluarkan bau (✖╭╮✖) 


P/s: Dengar cerita MRSM Kuala Kubu Bharu ada kebakaran jugak malam tadi. Just mention sbb rumah guwa dekat KKB. Eh!

Saturday, September 8, 2012

Digital Paint: Free Wallpaper Yuna




Free stuff-- main2 vector. Haipp~byk main ye sekarang


Friday, September 7, 2012

Kalkatu Selepas Hujan


Main-main  kamera. Roll--action! 





Tuesday, September 4, 2012

Tak Sabar


Baru halfway preparation. Ingatkan mudah tapi tak. Banyak jugak things kena settle dan rancang, plus kena update from time to time dengan segala information, isi borang/survey segala. Lucky: ade kawan2 yang membantu, saling mengingati. Tak sabar untuk jumpa korang-korang yang dirindui--nak loncat tinggi2 sambil baling topi. Opss.. kain jangan rabak sudah!


Sunday, September 2, 2012

Self-Portrait Vector: Syazieka

Hye korang. Angkat tangan keluarkan 3 jari.--P.e.a.c.e! Ika version


Friday, August 31, 2012

Pencuri Kesempatan

Sebenarnya aku sendiri tak pasti samada kata mengambil kesempatan dan mencuri kesempatan membawa erti dan makna yang setara. Hakikatnya meminta dan mencuri itu sememangnya bagai Planet Bumi dan Planet Namek jauhnya. Barangkali kamu juga tidak tahu di mana letaknya Planet Namek tersebut.

Beberapa hati lalu, aku ada membaca tulisan Pocket tentang kebaikan yang disalah erti. Mungkin tiada kaitan dengan peminta dan pencuri kesempatan tapi aku melihat dari sudut yang sama--pelaku baik tetap menerima layanan yang tidak sepatutnya.

Berbalik pada topik kita.. berlapang dada dengan kehidupan orang lain itu yang sepatutnya. Maksud aku, menghormati dan memahami hak mereka. Dan percayalah, perkara paling penting adalah membuang jauh sifat mementingkan diri sendiri yang ada dalam diri. Semoga kamu berjaya melunturkan sifat itu. Aku jua begitu.



Selamat Hari Merdeka
and Happy weekend
 

Wednesday, August 29, 2012

Tiada Lagi Dia Di Sini


By the time I wrote this entry she is no longer with me. Dia baik sangat dengan aku+manja. Masalahnya, emak dah tak sanggup berhadapan kerenah anak-anak dia. "Tapi dia baik..mak tak suka anak dia so bagi la anak-anak dia. Jangan la bagi dia kat orang" lebih kurang cmtu la aku ckp kat emak.
Betullah kata orang, kalau sayang berpada-pada. Kalau benci pun berpada-pada. Aku yang satu masa dulu tak berapa nak gemar pada kucing at last dah TERsayang gile sampai nak lepaskan dia pergi pun aku sanggup. "Sekurang-kurangnya ada orang nak jaga dia, daripada dibuang macam tu je" kata ayah. Nak pujuk aku lah tu.

Dia & Putih yg sangat akrab

At last petang semalam aku terpaksa lepaskan dia dan anak-anaknya pergi.
Tinggallah Putih di sini. Akan ku kenang dia sampai bila-bila.. 
#nangis kuat-kuat sambil pukul bantal.

Tuesday, August 28, 2012

Santau



Pagi tadi masa aku tengah masak-masak di dapur dengan emak, entah macam mana boleh terkeluar topik tentang kisah-kisah emak satu ketika dahulu. Kata emak ada seorang pakcik- adik kepada arwah nenek. Kiranya atok sedara aku lah kot. Beliau masih bujang pada ketika itu.

Suatu hari pakcik tu pergi meminang gadis idaman hatinya. Alhamdulillah gadis tersebut terima pinangan pakcik berkenaan. Maka bersatulah mereka dalam ikatan pertunangan. Namun kegembiraan tak lama. Sebab ada pihak ketiga yang iri hati dengan pertunangan tersebut. 

Dari situ, pakcik tadi telah disantau oleh pihak yang iri hati terhadapnya. Kisah sedih pakcik bermula. Dari keadaan tubuh yang sihat bertukar sakit. Separuh dari anggota badannya mati. Macam orang kena angin ahmar. Sehinggalah beberapa tahun, pakcik tadi menderita lalu meninggal dunia. Semuanya angkara dengki orang ketiga tadi.

Bila difikir-fikirkan kembali, hanya manusia yang tidak lagi berpaksikan pada tuhan yang satu itu saja yang akan buat kerja-kerja macam ni (santau) Meski zaman nenek moyang atau zaman moden yang canggih macam sekarang perkara macam ni pasti boleh berlaku. Percaya Dia sentiasa ada. Moga manusia-manusia yang bertuhankan syaitan diberi petunjuk dari-Nya. 

Muqhlis


Gatal tangan garu-garukan, gatal pipi tangan-tangankan. Banyak betei masa terluang. Setel apa yang patut serupa suri rumah mithali. 

Hai Muqhlis..


Sunday, August 26, 2012

Bias Singgahsana Rasa


Dalam diam aku sendiri-- Rindu yang menjadi sandaran pada hati terus dibiarkan pergi-hanyut dalam singgahsana rasa yang terus membungkam. Benarkah atau  aku terpaksa membenarkan bahawa suatu hari nanti Adam akan datang mencari Hawa? maka Hawa hanya perlu menanti. Menanti dalam ruang kasih yang telah tercipta buatnya sekian lama. Semoga Dia merahmati pertemuan itu nanti.

Assalamualaikum Adam.. :D


>

Friday, August 24, 2012

Self-Portrait Vector: Blogger Ym Bundle

Previous post pasal self-portrait vector Nur Damia Amani-- sebenarnya mmg nak promote my illustration style plus nak asah skill yang dah berkarat. Memandangkan pakcik Bundle sorang je yang request maka aku dengan sukacitanya menunaikan hajat tersebut (sori pakcik, aku terpaksa rompak gambar kt fb) Kira ni macam first release lah ye.


Boleh terus contact emel kalau berminat nak tempah. Terpulang nak basic self-portrait atau nak buat addition apply pada kad (birthday/anniversary/akikah dll), banner or header pun boleh. Jangan malu-malu :P

Self-Portrait Vector

Self portrait vector adik damia amani. Baru je siapkan pagi ni--fresh from oven lol. Terasa dah lama x main dengan vector so detailing mungkin agak kureng erm..komen sikit boley? komen membina dialu-alukan. ty!


Monday, August 20, 2012

Nafas Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullah. Ada yang nak jemput aku ke rumah terbuka? Macam mana dengan hari raya korang? Aku doakan semoga korang sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang, sama macam apa yang sedang aku rasakan. Bertuah masih bernafas hingga ke hari ini, hidup dalam keadaan aman dan damai hendaknya-- Alhamdulillah.

Salam Lebaran :)



Alhamdulillah juga sebab aliran masuk duit raya masih ada walaupun mungkin sedikit merosot. Hello..guwa masih student oke.. memandangkan guwa still belum konvo, kahkahkah! Time-time macam ni laju je mengaku student kan. Pesan aku, salam tu lama sikit ekeke..

Masuk hari kedua berhari raya, aku syak mungkin masih ramai yang berada di kampung halaman masing-masing. Sibuk benor kome beraya ye.. Takpelah, bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai ye dak? Itu sebenarnya yang lebih penting sebab aku sendiri mengaku still ada sedara mara yang aku sendiri tak cam. 

Ada gaya berdiri sebelah YB tak =P


Apa pun salam lebaran dari aku buat semua sahabat blogger. Korang memang best--tak tipu. Jemput datang rumah rasa tart kurma dari aku muwahaha.. Oh ya, ada orang ingt guwa yuna. Eh, guwa bukan yuna kahkah!


Saturday, August 18, 2012

Perempuan


Acap kali aku bertanya soalan demi persoalan yang sama hingga sampai ke satu tahap aku sepatutnya sedar dan seharusnya faham. Redha atau lebih kepada menerima sesuatu yang sememangnya telah diaturkan untuk aku. Aku perempuan--itulah bezanya.

" kamu masih dibawah tanggungjawab mak dan ayah sehinggalah kamu berkahwin--insyaallah suatu hari nanti"



Friday, August 17, 2012

Posto! Posto!


Nangis-nangis guwa buat kad raya ni.
Istimewa untuk semua teman2, supporters, pembaca dan followers 
blog Chuu Muqhlis. 

Maaf Zahir dan Batin :)

Friday, August 10, 2012

Hukum Memandulkan Kucing


Aku taip dan kemudian aku tekan butang backspace. Taip dan backspace. Itu la yang aku buat untuk masa ni, tak tahu nak mula dari mana mungkin kehabisan idea.

Beberapa hari lepas, aku menghadiri satu temuduga untuk jawatan graphic designer tapi tak berjaya. Tak perlu tanya mengapa sebab yang pasti bukan kerana kekhilafan aku tapi sebab pengurusan syarikat tu sendiri yang tak beretika malah lebih tepat aku katakan TIDAK BERDISPLIN. In fact, syarikat tu dah panggil aku untuk inteview, aku dah datang jauh-jauh at last orang yang nak temuduga aku tak hadirkan diri. Memang dapat maki dari aku.

Oke bukan inteview yang aku nak cerita sebenarnya. 

Menyimpang dari bab interview, sebelum balik rumah aku singgah di Jabatan Vaterina Kuala Kubu Bharu untuk bertanya mengenai kos memandulkan kucing. Memandangkan ada 4 ekor anak kucing (adik kepada Putih) baru lahir kat rumah ni, so ayah ambil tindakan awal untuk mandulkan Putih sebelum dia bunting. Now total kucing kat rumah ada 6 ekor.



The next day aku teman ayah ke Rawang--angkat satu sangkar kucing dan petang tu juga Putih di bawa ke klinik. Kos total around RM120- RM130 tapi pagi tadi aku search ada pulak lagi murah-- around RM80 saja. Mushkil pulak aku :-?

Ok, yang ni penting--kucing yang nak dimandulkan perlu atleast 6 bulan tahu? Bagi kucing yang dah beranak pulak perlu at least sebulan selepas beranak. Dan kucing tersebut perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum operation. Macam manusia jugak lah kot, before operation mesti mau puasa maa.. 

Encik doktor bagi ubat antibiotik dan ubat untuk disapu pada luka jahitan. Kecik je kira-kira 5mm camtu. Lepas pick up dy dari klinik semalam, Putih terpaksa dikuarantin untuk beberapa hari sebab nak pastikan dia betul-betul pulih. Ouh sayu sungguh aku keadaannya melihatnya :|

Rasa sebak sangat masa pick up dia..
Semoga Putih cepat sihat.

*****

Hukum memandulkan kucing:






Psst~ sebenarnya gua tak sanggup nak taip perkataan 'memandulkan' tu -__-

Tuesday, August 7, 2012

Kuih Sarang Semut dan Air Batu

This is my first time--Kuih Sarang Momot. Alhamdulillah menjadi. Sori kalau ada yang terasa sebab pos gamba makanan dalam pada bulan puasa ni..dan minta maaf jugak sebab lama x update n blogwalking kat blog korang-korang. 


Sebenarnya hari ni rasa down sikit sebab rasa macam kena tipu dengan pihak pengurusan yang ntah hape-hape. Mak aku bilang kalau dah berjanji baik lah kita tepati. Kalau tak, serupa bikin air batu, dah keras kau letak bawah matahari pulak. Nak buat milo ais tak kesampaian apetah lagi nk kunyah air batu. Sia-sia je..

p/s: Kad raya baru je pos tadi. Salam ramadhan!

Tuesday, July 31, 2012

Tiupan Ramadhan

Beberapa hari lepas aku baca satu post tulisan Cik Syida berkenaan kenakalan beliau ketika di bulan ramadhan. Lalu aku terpanggil untuk turut bercerita. Ada samanya namun dari sudut yang berbeza. Kisah satu malam di bulan ramadhan kira-kira 15 tahun yang lalu.

Ceritanya begini..

Aku membesar di sebuah kampung. Biasanya menjelang hari raya--lebih kurang tinggal lagi seminggu sebelum raya macam tu, orang kampung akan pasang pelita di sepanjang jalan lebih2 lagi di halaman rumah masing-masing. Termasuklah kat rumah aku. Bezanya pada zaman dahulu abang rajin buat pelita yang diperbuat dari buluh. Berbanding sekarang yang lebih prefer pelita biasa yang dibeli di kedai-kedai. Lebih mudah agaknya.

Satu malam, ketika orang lain sibuk meningkatkan amalan dengan melakukan solat tarawih, aku dan abang sibuk dengan aktiviti sendiri. Aku membonceng basikal dengan abang. Seronok jalan-jalan naik basikal malam2 dengan lampu pelita terhias indah di sepanjang jalan--sejuk dan nyaman. Serius best. 


Nak cerita nakalnya aku ni, abang kayuh basikal rapat-rapat dengan bahu jalan. Dalam erti kata lain rapat-rapat dengan pelita. Aku kat belakang tukang tiup. Fuhh...fuhh... satu persatu pelita terpadam.


Yang pasti ada la dalam 5,6,7 pelita aku tiup dengan jayanya. Tak berani nak tiup banyak-banyak. kang tak pasal-pasal kena tibai dengan orang kampung. Nasib tak baik dapat maki lagi :))




Begitulah flashback saya.
Baca lagi memori ramadhan-- Umpatan Ramadhan

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.