Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label kampus life. Show all posts
Showing posts with label kampus life. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

PRE-Convo

Assalamualaikum. Belom konvo lagi XD
(kredit gambar to Nesa Wazir & Azam Shah)


Oke this time rasanya tak boleh nak ber'guwa2' bagai sebab nanti pakcik TK marah pulak kehkehkeh. Sori sangat-sangat sebab terasa dah lama tak jenguk ke teratak u'oulz2 sekalian yang dalam hati ade rasa rindu la jugak eceyh! Komen kat blog sendiri pun x terbalas lg :(

Satu-dua-tiga hari ni terasa macam tak percaya ditemukan semula dengan rakan seperjuangan bersama. Tempat bermain lagi kan dikenang, inikan pulak tempak berjimba lol!

Apa pun semoga hari esok berjalan dengan lancar. Mohon elakkan huru-hara dan lintang-pukang. Nak campak topi tinggi-tinggi. Iyahhh!!

Bajet graduate dr Hogwarts wakaka!
Ape tengok-tengok? (¬‿¬)



Tuesday, September 4, 2012

Tak Sabar


Baru halfway preparation. Ingatkan mudah tapi tak. Banyak jugak things kena settle dan rancang, plus kena update from time to time dengan segala information, isi borang/survey segala. Lucky: ade kawan2 yang membantu, saling mengingati. Tak sabar untuk jumpa korang-korang yang dirindui--nak loncat tinggi2 sambil baling topi. Opss.. kain jangan rabak sudah!


Wednesday, March 14, 2012

Pasrah

Lagu ni best :D




Major-- Grafik Komunikasi. Minor aku Psikologi. Masuk sem ni dah empat sem berturut-turut aku ambil subjek Psikologi, dari Psikologi Asas, Psikologi Sosial, Psikologi Kesihatan dan sem ni, Psikologi Abnormal.

Bermula dari sem lepas, sistem penilaian untuk peperiksaan pertengahan tahun adalah berkomputer (online). Jadi semua pelajar diwajibkan untuk mempunyai nombor giliran peperiksaan yang perlu dibeli bersama-sama dengan buku rujukan yang telah ditetapkan. 

Nampak tak strategi pemasaran kat situ. Kalau buku RM20-30 hengget tak pe jugak. Pasrah aku dengan benda-benda cmni lah -___-ll


Wednesday, January 4, 2012

Teaser: Kedah Negeri Jelapang Padi



Pejam celik dah dua hari aku di kedah. Cop! esok aku balik Penang. Budak art memey camni kot. Orang lain sibuk berjimba-jimba kami sibuk dengan projek siang malam. Time study week orang lain tunggang terbalik study kami berjimba LOL!


stickynote: tunggu saye! :D

Wednesday, December 21, 2011

Test


Ape ke pelik-pelik je jawapan yang keluar -__-ll


Gigih membelek soalan2 lepas. Baca notanya tidak hihi. 
Petang ni ada test Psikologi Kesihatan.
Semoga berjaya kawan-kawan :)


Sunday, December 18, 2011

Hiking

Petang semalam secara tak sengaja aku dah terjoin  member aku 
untuk hiking di Bukit Jambul, Penang. 
Last minute decision. Ini sangat serius. 
Orang cakap selalunya kalau last minute mesti jadi punye. Iye ke?

Memperkenalkan, Cik Tun dan Chuu 

Ena Chin, sangat sporting punya olang :D




Arrow pon boleh buat main. Kalau macam ni memang la boleh sesat, 
nak kena gali tanah untuk meneruskan perjalanan XD

Kesian kawan aku, kepenatan dah muka dia :P

Dah sampai kat puncak Bukit Jambul!
Heaven giler dah berjaya ^^~
Sekejap saja, 30 minit pendakian




Masa nak turun dari puncak, kami decide nak ikut jalan yang lain. (bukan jalan yang sama macam masa naik) Jalan tu tak ramai orang. Serius masa kami bertiga turun memang takde siapa-siapa. Jalan tu lebih curam dan mancabar. 

Kononnya nak turun cepat-cepat. Tapi hari makin gelap. Aku dah mula fikir macam-macam. At one point kami tersesat jalan. Then, try patah balik, daki semula and folow jalan lain lagi. Alhamdulillah sampai jugak ke bawah. Kalau tak, tak dapat la aku nak cerita pada anda-anda macam ni, ye dak?



Tu la, main lagi dalam hutan time maghrib -__-ll
p/s: klik imej untuk kualiti gambar yang lebih masyukk :D

Friday, December 16, 2011

Proses Pemakanan


Masa siang hari boleh la nak makan banyak-banyak. Yang paling penting sekali adalah breakfast. Dikatakan bersarapanlah dipagi hari serupa seorang raja, makan tengahari seperti ahli eksekutif dan makan malam seperti seorang papa kedana. (Lecturer aku yang cakap nih) Walaupun sebenarnya aku memang sangat susah untuk mengambil breakfast tapi terpaksa jugak terima fakta ni.


Dalam tempoh 8 malam hingga 4 pagi adalah proses penyerapan. Jadi malam-malam buta jangan nak melencong ke restoran mamak Khalel mahupun Subaidah untuk pekena burger khalel, teh tarik gelas komtar mahupun roti canai ye. 


Yang ini mesti ramai yang bersetuju. Maka tidak hairanlah kalau pagi-pagi tandas serbaguna akan menjadi sesak lagi-lagi tandas asrama, kolej mahupun pejabat. Pandai-pandailah bangun awal untuk tempah tiket ye :D



Fleksibel sungguh aku ni, tiba-tiba jadi ahli nutrisi pulak HAHAHA XD


Friday, December 2, 2011

Se-Ronok

"Kamu semua ni kira beruntung dapat lecturer macam ni, boleh gurau-gurau lagi" macam tu lah lebih kurang dialog lecturer aku. Lecturer untuk subjek Penjanaan Imej Berkomputer. Beliau sememangnya antara lecturer yang sporting kat school art. Mungkin sebab sifat beliau yang mudah didekati menjadikan pelajar senang berkomunikasi dengan beliau. *Oh apekah ini; skema betul aku mendengarnya.

"Oo.. seronok ye kamu".. kata beliau selepas membuat lawak dalam kelas kelmarin.
"Dua ronok la .. hahaha" kawan aku yang lain mencelah..

Lecturer aku terus menyambung, "kalau banyak seronok?"
"Beronok-ronokkk.." masing-masing menjawab dengan gelak tawa.

Dari suatu sudut, kawan aku (seorang perempuan berbangsa cina) melaung dengan nada yang agak tinggi.

"BUKAN LAH!! its MULTI RONOK!"

lol.

Friday, November 4, 2011

Home Sweet Home :P

Di saat ini aku kat rumah, lewat malam semalam aku gerak dari Penang, Alhamdullillah dah sampai, dan sekarang tahulah aku cerita apa yang mak tengok kat tv tiap-tiap petang hak hak XD



P/s--ade orang bagi saya lolipop masa kat KL sentral tadi :*

Saturday, October 29, 2011

Student Price: Bukit Bendera Penang


Kelmarin, aku dan empat orang classmate yang lain sewa satu kerete. Motif kami nak ambil material untuk fyp kat Georgetown. Memandangkan kami sewa half day, after settle semua hal then tah dari celah mana pula tiba-tiba ada suara yang mengajak kami ke Bukit Bendera. 

Ini kali kedua. First time masa aku form 4, follow rombongan Kelab Sidang Redaksi sekolah. Jarak masa yang agak jauh ini memang cukup untuk memberikan banyak perubahan yang berlaku pada destinasi pelancongan terkenal di Pulau Pinang ini. * Kenapa skema sangat nih? -____-ll

Tengok, tempat ape lah ni agaknya. Terlebih hidayah, bercahaya je hakhak !

Harga memang sangat murah, based on student price kami boleh dapat harga serendah RM4 sahaja. Wiu wiu wiu!! masa dapat tiket rasa nak lompat-lompat sebab macam tak percaya! Kalau pelancong asing akan dicas around RM30, so adult maybe boleh dapat around RM15 gitu. 



Menyaksikan panorama indah citaan Ilahi. Sila jangan terpedaya sebab ini wayang semata-mata. Nak  tengok through  teropong ni kena bayar tahu.  **Kene bayar taw** Bukan kena bayar dengan tahu goreng yang makan dengan sambal kicap tu. Sekian.



Monday, October 24, 2011

October 22


Terbang Malam--event tahunan School Of the Arts kat U saya, mengumpulkan semua pelajar tahun satu, dua dan tiga, juga para lecturer, untuk mengeratkan silaturrahim, katanya.  Aktiviti wajib--> makan-makan  xD

Friday, October 14, 2011

Antalis

Semalam jadual aku memang pack sungguh. Kalah PM hihihi. Kelas seawal 8 pagi-- aku benci betul kelas pagi-pagi buta nih * next entry aku akan post pasal benda nih LOL. Berlarutan hingga jam 1 tengahari, kelas selesai.

Lepas tu, berpacukan Produa Kancil buatan Malaysia, aku dan tiga kawan yang lain tembak Antalis Paper di Georgetown. Motif untuk select paper for minor project untuk degree show akan datang, Insyaallah. Each student provided with rm35 baucer :)

Seriously pengalaman pertama!

Memilih material terlebih dahulu before design sesuatu rekabentuk. Selalunya design dulu, then tak kesah pulak nak pakai meterial apa, sauk je apa yang ada..kan. But dis time terbalik pulak. Material paper yang disediakan baaaaaanyak sangat sampai tak tahu nak pilih material paper yang mana satu. Just imagine we all stay kat situ sampai kedai tutup- 5.30pm. 

Rasanya kalau bagi satu hari pun tak akan cukup heh! Tapi bila fikir balik on selecting material 1st, then baru apply pada design, masuk akal jugak. Ok fine, aku rasa entry ni macam syok sendiri.


Begitulah flashback saye ^^~

Friday, September 16, 2011

Oh Mubarak Majid~ Retiss Lagend nih! Kesian betul kalau korang tak kenal.. bawak-bawak la bertanya Cek Gugel



Masa first day aku jejak kaki kat Art School isnin lepas, aku ternampak someone macam aku kenal. "Eh??" --"Iye, Mubarak Majid, dia junior kita, under teater" member aku cakap.  Ngah3! so far baru dua kali jumpa Encik Mubarak nih. Last nite kat kafe LOL. Sebenarnya aku tak baca pulak berita pasal Encik Mubarak nih. Baru search--takde keje! XD




Lembab la kau Chuu!

Tuesday, September 13, 2011

Chuu Jr.?

Untunglah kalau ada yang masih ingat. Entah ada yang ingat aku tergolek kat tepi highway tak sampai-sampai Penang LOL!  Alhamdulillah dah selamat tiba. Lega sikit semua urusan pendaftaran dah settle. Tinggal lagi aku pelik kenapa duit PTPTN yang masuk tak naik-naik. 
*Bahagia lebih la kalau dapat lebih XD


Singgah melawat family pakcik jap-- Chuu and Chuu junior
Shomel and Sweet kan? wakaka XD


Saturday, April 30, 2011

kau dah add aku, pastu kau buat bodoh?


pfftt~ at last agak lega dengan segala project yang tertangguh before ni. tinggal lagi satu assignment je nak submit. chuu tengah tunggu assignment akhir, kena publish sebuah buku tentang warisan. on the way printing proses dan harap2 selasa ni dapat collect dan submit pada waktu yang ditetapkan :)

sekarang sedang bertungkus lumus  untuk hadap note2 psychology. 3hb-exam. Ciss! tu laa., siapa suruh makan semut banyak2 hahaha, baca pon susah je nak lekat, kan?  hadoii~ padahal sem ni paper exam sekeping je., x dapat bayang la pulak korang2 yang final exam sampai 8-9 paper tu *pitam.


patot la ., study maen2 :P

tapi kan., tadi msuk blog tetiba nampak nombor kat bawah ni., h0h0 suke2^^, tapi lately trafik blog ni agak slow sebab utama kemalasan nak blogwalking, btw thanks kepada yang sudi singgah di blog ini (^_^)"~





sticky note: have a look, the final Little India ^^~
p/s---> LOL! tajuk x de kaitan :P



Thursday, April 21, 2011

waahh... dah lama tak keluar dari almari

wooo., KENYANG! alhamdulillah., ade jugak rezeki untuk aku makan hari ni., okei, kejadah dok dalam almari? bukan aku taw tapi aku punyer nikon. cek tun ajak aku jalan2 naik basikal, okeh! so aku usung la jugak walaupon masalah utama dslr ni sebab dia gedabak *sebab tu kau selalu dok dalam almari LOL :P

aaaa~ nak suke gambar ni bole tak?


dah dua tahun taw dok kat usm ni, tapi x pernah pon main basikal kat sini, selalu petang2 nampak la jugak orang lain pusing2 dalam kampus. tapi hari ni kesempatan tu baru datang eh eh., ke baru sampai seru.. tak. aku memang dah lama teringin nak main basikal. last aku naik basikal rasenye dua tahun lepas, masa kat matrik :)



 hajat di hati nak panjat naik bukit kat minden, then, snap beberapa gambar tapi tak kesampaian pulak. tak larat mak nok hahaha. xpe2 lain kali lah, kumpul stamina dulu :P





cuaca pon elok je, nampak cerah, tapi sometimes ade guruh, risau jugak kalau2 hujan tengah jalan macam mana nak balik. tidur muzium la nampaknye *time nak hujan tu aku dah round sampai area muzium.

lari2 kejar cik ni dari belakang nak amek gamb0 xD




tapi seronok la jugak sebab dapat jugak merasa main basikal kat usm haha, 1st time pulak tu.. patot la time balik tu hujan LOL !


sticky note: tenkiu tun ajak main beskal ^^v

Wednesday, April 20, 2011

tak bole slow okei


ape de  hal., dah lame x menaip kat sini sampai nak blogwalking pon terasa berat. kalau dah hujung sem ni memang sesak ah kalau boleh blogwalking lagi. tapi biasa r tu. nama pon student, kalau tak busy x best pulak., kang 24/7 dok mengadap laptop je. nak pulak duet poket dah surut. nak keluar pon pikir 5-6 kali jugak. rilek suda *cubaan menenangkan diri.


kau pon exam bukan banyak sangat. 1 paper je kot. orang lain pon final gak. projek-projek final sem yang still terbengkalai tu slow kayuh lame2 siap ah. GOSH! tak bole slow okei; dah nak dateline !


sudi klik untuk tumbesaran yang lebih sempurna : )


sticky note: joesonghabnida ~

Friday, April 15, 2011

rasa ini




tak kisah la macam mane hasil yang datang pada penghujungnya. as long as aku dah buat yang terbaik, it's really make me satisfied and smile all day long.. b'coz it's my work  : )


one by one aseimen pass away bhahaha.,  :P
sticky note: time is runnin' out >.<

Thursday, April 7, 2011

walaupun hanya satu, ia tetap mencabar

fenomena penghujung sem; member2 slalu tanye  kau ambik brape paper sem ni? SERIOUS sem ni aku ade satu paper. budak art memang mcm tu kot., paper x banyak., waaaaa!! seronoknye, jelas ngan kao >.<

apede hal yang nak jeles pom aku x paham., aku ade 3 lagi projek final nak kena settle. plus esok akan dapat brief untuk projek baru. totally 4 within dis month. hajat nak balik rumah settlekan program internship untuk bulan 5 ni., tapi kene pikir banyak kali kot nak balik ke tak. *pengsan!




sticky note: baru mencabar @____@

Saturday, April 2, 2011

MAYAT


kenapa bunga kemboja sangat dekat dikaitkan dengan perkuburan?
berfikir jap., nak tahu gak -__-"

semalam chuu pegi tengok teater dari pelajar akhir lakonan dan pengarahan kat school seni. teater bertajuk MAYAT. memang dah lame mengidam nak tengok teater, rasenye last tengok teater masa awal tahun 2011 ni., tak pon sem lepas kot., errr.. tak hengat @__@



yang paling kanan tu abu mamu (raja lawak); produk usm *nak ckp jugak XD* out of 5 chuu bagi 3 kot., persembahan dan feel tu ok, cuma jalan cerita agak bosan (aku pon nak jadi pengkritik) overall ok-ok laa :P


sticky note: hujan rahmat :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.