Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label katun. Show all posts
Showing posts with label katun. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Balik kerja semalam. 
Bertembung dgn sorang kakak ni. 
Masing-masing tak betegur dan tak kenal--DIAM



Jiran aku rupenye. Terus teringat entry Bundle e-Masyarakat (≧ω≦)



Tuesday, August 6, 2013

Dahulu Kini Versi Raya


Dahulu kala
Sekarang
First time nak bagi duit raya. Tak tahu rasa dia macam mana. Lazat, agaknya. Oleh yang demikian, mohon hadik-hadik doakan hakak terus dimurahkan rezeki agar tahun mendatang dapat bagi lebih lagi. 


Away isi sampul duit raya XD

Thursday, June 20, 2013

Yes, you are.




Friday, April 26, 2013

Task Paling Payah Kat Opis






Wednesday, April 24, 2013

Dah kenapa?



Sidebar aku tercampak ke bawah bila berada di menu HOME. Entah dah kenapa aku pun tak tahu. Bila bukak tab menu lain oke pulak--pandai pulak dia kembali ke pangkal jalan. Dah kenapa. Eh, button komen tu boleh click tak? Aku try-try macam x boleh je. Adakah ini dinamakan disable left click? # Pitam.

Mohon bantuan.

p/s: dah lama tak lukis doodle Chuu Muqhlis hikhik!


Tuesday, July 31, 2012

Tiupan Ramadhan

Beberapa hari lepas aku baca satu post tulisan Cik Syida berkenaan kenakalan beliau ketika di bulan ramadhan. Lalu aku terpanggil untuk turut bercerita. Ada samanya namun dari sudut yang berbeza. Kisah satu malam di bulan ramadhan kira-kira 15 tahun yang lalu.

Ceritanya begini..

Aku membesar di sebuah kampung. Biasanya menjelang hari raya--lebih kurang tinggal lagi seminggu sebelum raya macam tu, orang kampung akan pasang pelita di sepanjang jalan lebih2 lagi di halaman rumah masing-masing. Termasuklah kat rumah aku. Bezanya pada zaman dahulu abang rajin buat pelita yang diperbuat dari buluh. Berbanding sekarang yang lebih prefer pelita biasa yang dibeli di kedai-kedai. Lebih mudah agaknya.

Satu malam, ketika orang lain sibuk meningkatkan amalan dengan melakukan solat tarawih, aku dan abang sibuk dengan aktiviti sendiri. Aku membonceng basikal dengan abang. Seronok jalan-jalan naik basikal malam2 dengan lampu pelita terhias indah di sepanjang jalan--sejuk dan nyaman. Serius best. 


Nak cerita nakalnya aku ni, abang kayuh basikal rapat-rapat dengan bahu jalan. Dalam erti kata lain rapat-rapat dengan pelita. Aku kat belakang tukang tiup. Fuhh...fuhh... satu persatu pelita terpadam.


Yang pasti ada la dalam 5,6,7 pelita aku tiup dengan jayanya. Tak berani nak tiup banyak-banyak. kang tak pasal-pasal kena tibai dengan orang kampung. Nasib tak baik dapat maki lagi :))




Begitulah flashback saya.
Baca lagi memori ramadhan-- Umpatan Ramadhan

Monday, May 14, 2012

Bila Dah Sedap..

Aku tak pasti lah ni perangai budak-budak atau abang kakak pon ade buat same.



Asal boleh nak save. Makan selow-selow ye abang kakak..  :))


Friday, April 27, 2012

Tips Meminjam Barang


Ini tips untuk yang meminjam barang kawan, bukan meminjam wang hatta bukan tips meminjam masa kawan mintak temankan ke toilet malam malam buta sebab kau takut nak pergi sorang sorang. Dah la lampu lip lap lip lap tunggu ajal. 


Nampak tak situasi di atas? Kawan kita budiman, baik hati lagi berbudi pekerti. Kita pinjam ape semua dia bagi. Memang kawan mithali. Orang kata memang kawan dunia akhirat lah kan. Kau request je nak pinjam apa, kalau kawan tu mampu, pasti dia layankan. Dan dah nama pun meminjam. 

Tips satu:
Lepas guna, pulangkan secepat mungkin [-(


Tips dua: l
Letak kat tempat yang korang senang nampak dan tak mudah hilang.


Tips tiga: 
Barang tu jaga elok elok. Jangan sampai kat tangan kawan kita tu, barang dah terbarai memang boleh mendatangkan marah :-w


Tapi kalau tak pinjam lagi elok. Bukan aku cakap, mak aku cakap kehkehkeh.

Tuesday, April 10, 2012

Kesian Lelaki

Things That You Should Know About Woman. Aku rajin gak baca benda benda macam ni dan selalu je jumpa point cam kat bawah ni..




Friday, March 30, 2012

Minum Petang

Ingat lagi tak cerita kakaktus? Suatu petang chuu saja nak bergurau-gurau dengan emak.



Sebenarnya dah agak dah. Jawapan emak-emak orang ni selalunya standard-- JANGAN..nanti mati! Tapi alasan yang emak bagi LOL!  


Pandai mak bergurau dengan chuu  XD


Wednesday, March 28, 2012

Kartun/ Doodle



"Lama ko tak buat doodle Chuu"-- Kan dah kena tegur dengan brader bundle kehkeh. Memang dah lama rasanya tak buat. Aku pun tak tahu nak bagi alasan sebab apa dan kenapa. Tapi bila aku jumpa blog aku dalam bloglist orang lain--kategori BLOG KARTUN lagi tuh. Aku rasa macam dah menghampakan orang pulak. Sebab mungkin blog aku lari dari expectation tu. Eh, korang paham ke ape yang aku cuba nak sampaikan ni?

Gambar dari blog kuehbakar. Antara blogger yang rajin gak melawat blog aku. *Sori merompak gambar tanpa kebenaran. lol* :: Say hai to kuehbakar. Nanti aku buat kartun lagi eaa :D

**Entry doodle/kartun ada di bawah label 'kartun'

Sunday, March 11, 2012

Kakak Tus


Lebih kurang sebulan yang lalu, budak perempuan lesung pipit telah ditemukan dengan  sebuah sepokok sepohon hamba Allah ni. Masa tu keadaan beliau bukan saja tidak terurus malah juga kurus. Terbiar dibalik serakan tanah yang tak sampai sekangkang kucing. Budak perempuan lesung pipit terjumpa sepohon kaktus. Rasa kesian, lalu budak perempuan lesung pipit pungut kaktus tersebut dengan penuh berhati-hati. 


Dengan penuh kasih budak perempuan lesung pipit berikan kaktus tempat tinggal baru--kotak kayu comel yang dirompak dari almari milik emak. Lalu kaktus diberikan nama, Kakak Tus. Budak perempuan lesung pipit rasa sangat gembira bersama teman barunya.

 

Setiap pagi budak perempuan lesung pipit akan mengucapkan selamat pagi sambil menyiram Kakak Tus. "Kakak Tus cepatlah membesar" Suatu hari budak perempuan lesung pipit perasan Kakak Tus telah mengeluarkan cabang yang baru. Huhha!

Kenalkan-- kakak Tus yang kurus keding hihi. Gambar dirakam ketika Kakak Tus masih baru dipindahkan ke dalam kotak kayu comel. Masa ni kat rumah, sekarang Kakak Tus ada kat Penang :D


Psstt-- Chuu rasa sampai bila-bila pun Kakak Tus tak akan membesar sebab setiap pagi minum air kosong je wakaka XD

Sunday, January 8, 2012

Aku Beralih Kiblat

Masa nak solat Asar tadi, aku secara tak sengaja telah TERmembentangkan (hancur BM) sejadah secara terbalik. Terus aku teringat akan satu peristiwa yang berlaku masa aku kecik-kecik dulu. Ketika tu masih baru nak belajar sembahyang kiranya. 

Cerita ni mungkin agak bangang..

Masa tu, kalau nak ikut kiblat pelan tapak bilik aku, ketika sembahyang aku akan membelakangkan pintu bilik. Masa tu entah solat Maghrib atau Isyak. Maka tak hairanlah kalau aku agak takut-takut dalam rumah sendiri. Nama pun budak. Memandangkan pintu bilik aku tidak berpintu *paham dop? kiranya just ada langsir sahaja.


Aku selalu terbayang masa tengah solat tiba-tiba datang dari belakang makhluk jahat atau hantu jembalang datang terkam dari belakang. Maklumlah, pintu di belakang. Apa yang datang mana nampak kan? aku fikir macam tu.


Maka aku yang bijaksana lagi sengal ubi ketika itu tanpa segan silu menukar arah kiblat dari yang sepatutnya. Dengan harapan apa saja yang datang aku tak akan gentar lagi. Sebab aku boleh kawal laluan keluar masuk  pintu bilik aku. Gile!


Begitulah flashback saya...


Saturday, January 7, 2012

Minum Air Masak Sebelum Gosok Gigi

Pernah tak korang membaca atau terbaca artikel tentang kebaikan minum air masak ketika baru bangkit dari tidur. Fresh-fresh lagi sebelum ke tandas untuk menggosok gigi. Walaupun amalan baik untuk kesihatan jika dipraktikkan tapi aku akui agak payah untuk diamalkan. Selalu je terlupa.


Tambahan pulak bila aku bayangkan awal-awal lagi dah minum air masak. Uwekk! mesti rasa nak termuntah. Tapi percayalah cuba slow-slow, lama-lama akan jadi ok :)


Lepas ni try la amalkan. Nak tahu lebih lanjut pergi la google sendiri tentang benda nih haha. Malas plak aku nak explen kebaikan dia segala. Till then, take care!


Sunday, November 20, 2011

Gila Kentang!


Kentang goreng
kentang masak sambal
kentang lenyek
kentang putar
kentang kena balun
kentang dalam kari kambing
kentang masak lemak
kentang segala kentang
karipap kentang
semua aku sauk


memang gile kentang! >,<
korang ado?

Wednesday, November 9, 2011

Nyamuks dan Buah Getah

Aku membesar sebagai budak kampung. Dulu kat kampung aku tu banyak pokok getah berbeza berbanding sekarang. Berkawan dengan sepupu aku, Wani namanya, muda setahun dari aku. Bila tiba musim buah getah gugur, kami akan jalan-jalan kat area kebun getah. Kutip buah getah yang bertaburan kat atas tanah.


Seronok dok kutip buah getah tapi tak tahu nak buat apa dengan buah getah tu. Dah takde kerja sangat agaknya -___-ll. Al-maklumlah nama pun kebun getah, sah-sah nyamuks berpesta dengan kedatangan kami. Hurung baekkk punya! Tapi, ape der hal.. lantak lah dengan nyamuks-nyamuks sekalian. Yang penting kami dapat kumpul buah getah.

Yang paling best bila dah puas hati dengan hasil kutipan. Masa nak balik rumah kami akan ambil lajak untuk lari sekuat hati. Sebab nak lari dari nyamuks-nyamuks yang sedang hangat menjadikan kami sebagai juadah tengahari. Eceyh!


Tapi at last dah sampai rumah kena marah dengan arwah nenek ada la. Sebab buah getah tu for sure akan dibiarkan bersepah-sepah. Sampai sekarang aku terfikir. Jadah la seronok sangat kutip buah getah time tu -____-ll

Google: Ini la rupa buah getah tu. Ekceli tak sure, buah getah or biji getah :P
Begitulah flashback saya.



Monday, November 7, 2011

Harapan Menggunung


Wednesday, November 2, 2011

Mamaku Yang Jauh :)


P/s: HAHAHA. Tergelak aku bila mak cakap macam tu.
♥ Mak, kenape comel sangat!? XD

Monday, October 31, 2011

Oh Gitar

Suka betol aku dengan siapa2 yang reti main gitar nih ^^~


Tapi kalau dapat kat saya... harapan -____-ll


P/s: semalam masa nak g cafe nampak ade mamat gitar dok depan hostel. Nak mengorat awek ke hape -___-ll

Wednesday, October 26, 2011

Misscall


Kalaulah semuanya semudah ini, hilang je miskol :P

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.