Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Tuesday, August 28, 2012

Santau



Pagi tadi masa aku tengah masak-masak di dapur dengan emak, entah macam mana boleh terkeluar topik tentang kisah-kisah emak satu ketika dahulu. Kata emak ada seorang pakcik- adik kepada arwah nenek. Kiranya atok sedara aku lah kot. Beliau masih bujang pada ketika itu.

Suatu hari pakcik tu pergi meminang gadis idaman hatinya. Alhamdulillah gadis tersebut terima pinangan pakcik berkenaan. Maka bersatulah mereka dalam ikatan pertunangan. Namun kegembiraan tak lama. Sebab ada pihak ketiga yang iri hati dengan pertunangan tersebut. 

Dari situ, pakcik tadi telah disantau oleh pihak yang iri hati terhadapnya. Kisah sedih pakcik bermula. Dari keadaan tubuh yang sihat bertukar sakit. Separuh dari anggota badannya mati. Macam orang kena angin ahmar. Sehinggalah beberapa tahun, pakcik tadi menderita lalu meninggal dunia. Semuanya angkara dengki orang ketiga tadi.

Bila difikir-fikirkan kembali, hanya manusia yang tidak lagi berpaksikan pada tuhan yang satu itu saja yang akan buat kerja-kerja macam ni (santau) Meski zaman nenek moyang atau zaman moden yang canggih macam sekarang perkara macam ni pasti boleh berlaku. Percaya Dia sentiasa ada. Moga manusia-manusia yang bertuhankan syaitan diberi petunjuk dari-Nya. 

33 comments:

  1. Replies
    1. perghh kuat giler die punya santau smpai separuh lumpuh...mohon djauhi lah dgn menda alah nie smue..kiranya putus tunang bila dh lumpuh tu???

      Delete
  2. nauzubillah....

    pastu org ketiga tu dpt ke kawin dgn tunang pakcik tu? insya-Allah hidup dia x aman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. at last x kawin pun.,mcm no point., klu sy jd gadis tu pn sy x mao kawin dgn dia >,<

      Delete
  3. santau kerana cinta....satandard ahh...

    ReplyDelete
  4. ade cikgu pada kawan kena santau tak boleh mendekati isteri, lagi sedih. die pun hilang nafsu pada perempuan, n masa dlu die kawin, die asik rase nak marah kat isteri die (ex wife) sebab santau tu la. sampai skang die still mcm tu agaknye, kwn citer. die ceraikan isteri die sbb taknak isteri die btmbah malang dgn die

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaallah, macam tu pun ada, tp cikgu tu mmg bertimbangrasa la walupun macam tu still fikir perasaan isteri dia.,, simpati :(

      Delete
  5. ni la masalah bila tak dapat menerima sesuatu perkhabaran.. sepatutnya kita kena belajar redha akan ketentuan Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,ni namenye x terima takdir yg dah ditentukn..

      Delete
  6. huumanggai..sakit sampai meninggal jadinya..tapi kene terima la..mungkin dah ajal pakcik tu camtu chuu..bersebab la..

    atas izin Allah jugak sesuatu santau tu jadi dengan tak..so kita yang sihat lagi ni doa la banyak2 elakkan jadi mangsa bangkai2 ni..biasanya orang dekat2 je yang buat ni..

    p/s : teringat rancangan perangi sihir kat astro lak..kalut semacam je hos dato' ustaz tu cakap..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong komen bendulu. Chuu, kalau ko sakit hati mcm mana pun kat bendulu dngn si H jgn ko santau dorg tau..Hahaha..

      p/s: al-Fatihah buat arwah pakcik Chuu.

      Delete
    2. tu lah pakcik, betul jugak cakap kau, mungkin dah takdir ajal pkcik tu mcm tu pn kite tak tahu kan, urusan semua ditangan Dia. semoga kite semua dijauhkn dr perkara2 syirik mcm ni..

      eh syida, aku kalau sakit hati dgn dorang pon aku redha, tu je yg mampu hahaha

      Delete
    3. aku jaga la hati kawan2 sida..kalau ter tu mungkin diluar kawalan la kot..ekeke..

      Delete
  7. tapi kan sis,
    another way of looking at this would be...
    'aku cintakan kamu, sungguh aku cinta kamu,
    sampai ku tak kisahkan lautan berapi yang
    dijanjikan pencipta jika aku cuba menghapuskan
    lawan ku hanya demi kamu,
    Aku tahu.. biarpun lawanku kecundang,
    jatuh terputus tali,
    masih belum pasti kamu kan jatuh ke tangan ini,
    tapi tetap ku cuba. tetap ku usaha,
    Biarpun hanya untuk satu peluang memiliki
    kamu. tetap ku cuba, tetap ku usaha'

    Tak?
    (Pocket tak sokong, cuma one different way of looking at the whole scenery)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ni serius ni pocket, cinta mati namenye bhahaha. betullah kalau dah cintakan seseorg mmg kdg2 kite x boleh elak dr melakukan kerja2 yg x masuk akal.. tak tawu la, manusia macam2 ragam. kan..?

      Delete
  8. Takut baca kesah kau ni Chuu. Dlm tv pun kdg aku pelik zaman2 dah moden ni pun still ade yg guna cara tu utk balas dendam or whatsoeva. Kdg muka dah habes cantek, rambut dah habes blonde tp bila ada saket hati, bomoh jugak yg dicarinya.

    Err mintak dijauhkan. Tp moralnya, jgn sewenang2 menyakiti hati manusia. Sbb esok lusa belum tentu dpt jumpa untuk mintak dimaafkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..menganjing nampak makcik..ekeke...ko selalu tgk cerita melayu ni.hahaha..aku teringat satu kes rambut blonde ni..masa muda2 dulu masa selalu pegi club ada sorang mek salleh celup ni.blonde habis..duk speaking je dengar dia sembang..

      sekali club kena ambush, dia kantoi..pastu dengar dia calling ckp dngn family dia rasanya..tubik bau budu..maksud aku kecek kelate...kehkehkeh..

      Delete
    2. aku setuju liyaa, kalau x sebab dengki n sakit hati x jd la kot, but somehow kite x buat pape pun, org tu yg x puas hati dgn kite, cemane tu..

      alaa liyaa, dun worry bundle pon hantu cerita melayu jugak kan hahaha.

      bundle--dah jadi cmtu blonde tah kemane, speaking tah ke mana. balik rumah cari budu jugop., kehkeh..

      Delete
    3. Erkk! Aku menganjing ke tu? Bukan bg nasehat ke tu? Bwahaha! Dah gelabah kena ambush terus lupa nak berskipping London ek? Alahai, kantoi mek salleh! :D

      Ntah kan Chuu. Bundle mengata aku konon. Tgk cite melayu je senang, terus paham. Takyah mata aku penat2 nak kejar subtitle yg kdg betul kdg tak tuu. Ahaha!

      Delete
    4. Chuu, kalau kita tak wat pape tp still de org saket hati kena redha je la Chuu. Tu kira ujian la, & cam kata kau, mmg mintak dijauhkan. Takut aku!

      Biar Allah je yg balas semuanya kan? Kita serahkan pada Dia :D

      Delete
    5. mmg xde siapa pun yg mintak untuk jadi mcm tu liyaa., insyaallah semua baik2 saje, serahkan pada Dia :)

      Delete
  9. kisah ko wat aku teringat kisah abang kawan aku.. dia kena santau angin masa tengah naik moto.. xsiden.. pahtu langsung xingat family atau diri sendiri.. mujur saksi kejadian.. seorang pakcik yg baik hati ni bawak berubat.. yang akhirnya jadi pak mentua dia.. disebalik kesusahan yg dia terima dia dapat keindahan yg tak ternilai.. kuasa ALLAH..

    lg moden manusia.. lagi percaya bomoh semua.. bila hati xde iman cmtula. haih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee ni lagi dasat ni mell, pakai angin je pon jalan, bomoh same maju dgn kemajuan negara. tepuk dada tnya iman O_O

      Delete
  10. Minta dijauhkan larh . Ya ALLAH takut hal2 cemni . Manusia taksub sangat dengan iri hati .

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah kite, bnde2 cmni mmg kite x pernah sangka, mntak dijauhkan >.<

      Delete
  11. seram bab2 santau ni...mintak2 dijauhkan

    ReplyDelete
  12. santau.. memang jahat sapa yg hantar.. huhuhu.. hati sedih bila mengigati nasib si dia.. huhuhu

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.