Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Thursday, November 28, 2013

Penangan


Pagi tu aku sembang dengan Panjang. Sembang kosong, pasal kerja and rancangan masa hadapan konon-kononnya. Then, time lunch kebetulan sempat lepak sekali. Dengan isi dalam pinggan aku yang masih berbaki, Panjang cakap macam ni.. "manalah rezeki kau susah nak masuk, rezeki yang ada kau buang-buang" Aku terdiam tanda setuju.


Thursday, November 14, 2013

Not Yet.

Pasrah aku dengan engkau ni..




Thursday, November 7, 2013

Balik kerja semalam. 
Bertembung dgn sorang kakak ni. 
Masing-masing tak betegur dan tak kenal--DIAM



Jiran aku rupenye. Terus teringat entry Bundle e-Masyarakat (≧ω≦)



Wednesday, November 6, 2013

Student Vector


Dah lama tak buat benda ni. Siapa agak-agaknya?





Friday, November 1, 2013

Redwok Sek 7 Bandar Baru Bangi


Awak ni kan.. dah setahun menetap di Bangi  tapi baru berkesempatan untuk jejak kaki kat sini—Redwok. Perkataan ‘berkesempatan’ tu bunyik dia macam busy memanjang je pulak. Itu pun sebab Nina yang ajak. Kalau tak, tak tahu bila lagi. Eh, Nina tu dulu satu ofis dengan aku. Tapi sekarang dah pindah ke Putrajaya.
This is Nina
Pekena steamboat kat Redwok, restoran dia betul-betul depan rumah je pun. Senang cerita kalau orang tanya duduk kat mana, memang Redwok tu jadi landmark. Zura cakap makan kat Redwok tak best. Tapi Zura makan makanan panas je. Tak try steamboat. Eh, Zura tu housemate i.  Bagi aku ok la steamboat kat situ recomanded. Ada banyak pilihan. Dari ayam, sotong, ketam, udang, ikan, sampai lah ke bebola yang ade macam-macam rupa, bentuk dan rasa, sayur, mee, wantan, aiskrim, caramel..semua boleh dicekik tanpa segan silu.

Haritu kitorang makan lima orang, satu kepala RM33. OK tak? Siang tu gigih aku kosongkan perut sebab nak hadap steamboat belah malamnya kahkah. Balik rumah terbongkang kekenyangan.

Azie, Chuu, Kak Ana, Liza
Kalau rasa nak try boleh la laju-laju terjah. Jangan lupa roger ok? Itu pun kalau masih menetap di Bangi kehkeh. (∪ ◡ ∪)


Tuesday, October 22, 2013

Night of Fright- festival of fear at Sunway Lagoon

Last week Chak ajak aku pegi Night of Fright kat Sunway Lagoon..tanpa pikir panjang aku terus je setuju. Pada asalnya harga per pax adalah RM48. Aku tnya Chak, harga tu termasuk harga nak masuk Sunway ke belum? Then, Chak cakap dah termasuk lah kot. Lagi pun event tu belah malam. Takkan ade main2 mandi tu semua kan.

Pada hari yang dijanjikan 19hb Oct, dah ready2 bagai..sampai je kat Sunway dah ramai seramai-ramainya. Kental sangat berebut untuk dapatkan tiket. Sampai je depan kaunter, akak tiket tu cakap RM80. Pulak dah? Dia cakap sbb combo RM50 untuk entrance dan RM30 untuk Night of Fright. Dalam kelam kabut tu aku terus settlekan bayaran. Lepas tu wristband (pass untuk masuk sunway lagoon) dah pon berada kat tangan aku berserta tiket Night of Fright tu. Tapi masa tu ade masalah sikit dengan pembayaran tiket Chak. Pung pang pung pang bergaduh bagai, akhirnya settle buat bayaran. Dan yang untungnya, wristband tu valid on 20th Oct. (the next day). So?

Ape lagi yang kitorang expect? Esok datang sekali lagi lah kan. Heaven! rupa-rupanya setiap 20hb pada setiap bulan merupakan Big20 day. Harga tiket untuk masuk boleh didapati serendah RM20. Baru kami tahu. Noob giler Y__Y Plus, Benda ni valid dari October 2012 sampai October 2013, mean bulan ni adalah yang terakhir. So kira ok lah RM80 untuk Night of Fright + tiket theme park untuk hari berikutnya. Sebab last time pergi untuk sekali masuk saje RM90 per pax. Woha! 

Yang paling kanan tu nampak menjadi :P

Ada empat kot rumah hantu/ maze yang sempat kami explore. Totally amazing. Once masuk je entrance tu rasa wahh berbaloi dengan apa yang kita bayar. Hantu bersepah-sepah. Seram je rasa. Cuma set dalam minda yang semua tu pun manusia. LOL. Enjoy sangat dan hantu pun semua mesra-mesra belaka. :P

The next day, yang ini memang tak dirancang, tuah barangkali. Rugi pulak kalau tak pergi. Asalnya aku plan nak buat OT hari ahad tu, sanggup cancel. Hehe..



Untuk kali ni ambil peluang main semua permainan yang tak sempat terjah mase dtg last time. Walaupun pengunjung yang datang ramai.. nak main satu2 permainan tu terpaksa beratur panjang untuk tunggu turn..tapi memang macam tu caranya. pasrah jelah. Bila turn sampai puas hati aku bhahaha. Vuvuzela, dan 5D cenema kat situ paling best ouh >.

Dah nak balik baru sempat snap-snap gambar. 

Kalau dapat datang sini lagi, nak try bungy jumping nih. Ouh~ teringin sangat!

 Oh ya, Night of Fright tu available lagi minggu depan, 25, 26 dan 31hb. RM48 per pax tau. Chow :D

Wednesday, October 16, 2013

Bukan Sekadar Dunia



Kata lewa tak boleh ada. Jika sekiranya ada mohon dipadamkan segera. Sedang ia adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan kelak. Tinggal lagi terpulang cara bagaimana yang kita pilih untuk menguruskannya.


Thursday, September 26, 2013

Padang Besar, Pelis

Last week menyempatkan diri untuk ke utara tanah air nun di Perlis membawa hajat.
Let the pics do the talks. Chow~



Saturday, September 7, 2013

Hai orang Morib, jumpa lagi esok!


Err..tak tahu nak mula dari mana. Tadi aku rasa macam excited siket sebenarnya nak update blog. Tapi sekarang macam lain sikit rasa dia. "Hai-hai orang Morib!" Mungkin asalnya aku patut bermula dengan ayat macam tu. 

Macam ni lah, beberapa minggu lepas aku dapat invitation untuk join satu gathering volleyball sekolah, SBPI SB. Err..dulu masa sekolah menengah aku aktif volleyball. Event Jumaat start 8 mlm dengan BBQ. Nak dijadikan cerita aku mulanya tak berniat pun untuk join tapi beberapa hari sebelum event tu berlangsung, Syakirah (teammate) inbox aku. Dia ajak ke Morib, tempat berlangsungnya event tersebut. Dan semuanya berjalan lancar. Aku ajak Bahie, dia pun on. Everything run very smoothly. Aku carpool dengan Bahie dari Bangi melalui Pekan Dengkil, Pekan Banting sampailah ke Morib. Cuma dah dekat dengan Morib tu kitorang macam konfius sikit. Tapi alhamdulillah sampai jugak- Pusat Peranginan Persekutuan Morib.
Betul-betul sebelah laut, tapi sumpah tak boleh mandi dengan keadaan macam ni.
Aktiviti cuma makan-makan, BBQ, then sembang-sembang. Mungkin tak banyak aktiviti yang boleh dibuat malam tadi tapi aku rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, kawan-kawan baru, junior-junior team volleyball, cikgu yang pernah train dulu, dan cikgu-cikgu baru yang memang sporting. Satu-satu kenangan dan cerita zaman sekolah dulu keluar balik dari kotak ingatan. Sekolah dulu duduk hostel kan.. so banyak lah ceritanya. 

BBQ
Main cak-cak dengan Bahie kahkah!
Sebahagian gugurlz yang hadir. 
Then pagi tadi lepas check out aku terus ke KPJ Kajang untuk follow up dengan doktor. Nasib baik ni follow up yang terakhir, tak larat dah nak datang KPJ selalu. Koyak poket aku hahaha. Aku ingat sampai je rumah aku nak rehat kejap. Walaupun semalam dapat tidur nyenyak tapi rasa mengantuk sangat. Planning untuk balik kampung lepas settle hal kat KPJ pun aku sanggup batalkan. Tengah rehat-rehat tu, abang aku pulak call. "Kau ade teringgal phone kat mana-mana ke? Ade orang dari Morib telefon ayah tadi" (phone lagi satu)

Ah sudah. Aku baru sampai dari Morib dah kena pergi Morib balik ke? Ntah macam mana boleh tak perasan. Jumpa lagi esok orang Morib. Tunggu, aku datang -__-ll

Friday, September 6, 2013

Rugi


Kelmarin baru berpeluang dan berkesempatan untuk tengok The Conjuring. Mesti cakap dah basi kan? err..sebenarnya takdelah nak tengok sangat tapi bila ramai yang cakap best, lama-lama aku pulak yang terpengaruh. Tah macam mana jadi bersemangat pulak nak tengok. Gigih balik keje terjah The Mines untuk beli tiket. 
Tapi..'ada tapinya', bak kata H. Disebabkan filem ni dah agak lama ditayangkan maka aku tak kisah sangat sebab mesti tiket masih ada. Takde lah macam stok goreng pisang panas..laju je terjual.Beratur punya panjang sampai depan kaunter tahu-tahu tinggal seat betul-betul depan screen. Takmo takmo takmo. Kalau macam tu memang aku rejek awal-awal. Balik tidur lagi bagus!

Wayang start pukul 10.45 malam. Sesuai sangatlah, cerita-cerita versi seram macam ni kalau tengok belah malam impact dia lebih sikit. Nak pulak jenis sepesen macam aku ni. Impact lagi la lebih..haha. Rugi je aku beli tiket sebab aku lagi banyak tutup mata dari tengok cerita. Hampeh betul. 
Sementara tunggu waktu tayangan, tuan belog nak posing jap.

Thursday, September 5, 2013

Another blog, another me.

Sejak-sejak masuk office nih makin sibuk pulak. Tapi tapi tapi..nak curik masa jugak untuk promote blog saya yang satu lagi. Blog yang lebih formal kot. A blog based on my design portfolio. Dengan suka cita, kepada baru nak berkecimpung dalam bisness saya mengambil tempahan untuk branding seperti: 

LOGO design, name card, banner, banner FB, header, blog header, flyers/ risalah, kad undangan perkahwinan, self portrait vector, poster.dll



Nanti saya share design kad kahwin pulak dengan korang.
Kindly spread the news ya! (≧◡≦) 



Sunday, September 1, 2013

Blogger Kopitiam!

Tak sangka hubungan kami boleh pergi sejauh ini. Terasa macam satu family. Walau hakikat sebenarnya sebelum ini kami langsung tak kenal antara satu sama lain dan tak pernah berjumpa. Kali ni lebih istimewa sebab lebih ramai yang hadir. Yakin! 

Allahuakbar walaupun penat berjalan ke Melaka tapi rasa sangat berbaloi. Perjalanan ke Alor Gajah, Melaka dengan hajat untuk meraikan kawan blogger tarlaksana dengan jayanya walau banyak halangan yg datang semua berjaya kami harungi. Yakin lagi! Eh aku terlupa bagitawu, yang berkahwin itu Aien namanya.
The interesting parts.
Berkonvoi dengan empat kereta, aku, H, Ym Bundle bersama isteri dan anaknya, Kakdah bersama tunang dan kawan-kawannya dan 4feet8 bersama adiknya. Eh tertinggal, Liyaa MF turut serta bersama suami tercinta bertolak dari selatan, Larkin, Johor Walaupun ni kali pertama berjumpa Aien, Aien cantik sangat. memang sesuai dengan gelaran raja sehari. Eh tertinggal lagi, Liyaa pun baru first time aku jumpa. Very the excited! ahaha :D

Singgah berbanana boat di Port Dickson 
Hari ni pulak kenduri kahwin lagi seorang rakan blogger, Repunzel. Kebetulan tarikh sebelah-sebelah. Sekali jalan. Harap sangat hari ni dapat jumpa Inche Hlovate sebab semalam kami semua tak berkesempatan jumpa beliau.Sampai jumpa nanti!

p/s: Selamat Hari Kemerdekaan!

Friday, August 30, 2013

Tahan Kencing

Err..entry ni aku dah karang semalam taw.

Akhir-akhir ni Putih kian menjadi buruan jantan-jantan dari kawasan sekitar. Setakat ni ada tiga ekor jantan yang sanggup bergadai nyawa berkelahi demi dia. Putih pulak relaks je macam takde apa-apa yang berlaku. Maklumlah, Putih sudah tidak boleh hamil lagi kerana ini. Demi mengelakkan jantan-jantan keparat sekalian berkelahi sesama sendiri maka emak kurung Putih kat dalam sangkar. Yelah, jantan-jantan sekalian sememangnya berkelahi sesame sendiri, tapi.. tetap mengganggu ketenteraman awam tahu tak? Ahh, jantan-jantan sekalian memang tak akan faham. Tahunya hanya untuk memuaskan nafsu yang kian gatal dan membuak-buak. Aku syak macam tu lah agaknya. Kalau tak, kenapa mereka sanggup bergadai nyawa dan terhegeh-hegeh datang mencari Putih.

Jenuh dok panggil tapi tak mau pandang -_-
Tiba-tiba teringat masa Putih kena kuarantin suatu masa dulu. Dulu kan, aku belajar sesuatu. Masa putih baru lepas dioperasi untuk tujuan kemandulan..err atau tujuan memandulkan. Sementara nak tunggu pulih tu kami kuarantin Putih dalam sangkar. Heran kami, selama lebih kurang tiga hari Putih langsung tak syusyuu mahu pun buang air besar. Sampailah aku letak timbunan pasir dalam polistrin dan aku letakkan dalam sangkar tu, terus Putih syusyuu. Penuh satu poliestrin. Euww~ Kena ada pasir rupanya. Macam manusia. Kena ada jamban! HAHAH.

Deno Short GA

Dah lama tak buat benda-benda macam ni..err i mean join GA.
Jom. support kawan-kawan (∩︵∩)




Thursday, August 29, 2013

D.I.Y Wall Deco


Err..tak tahu la ni boleh jadi wall deco ke tak. 
Gatal tangan memenuhkan dinding yang kosong.
Drawing bongok2 atas kertas lukisan sajo,
pastu spray mount atas black cardboard.
(pensel, art pen, black charcoal)

Btw, esok dah nak gerak balik Bangi orang opis dah panggil TT__TT


Wednesday, August 28, 2013

Nuffnang Gala Premier Sceening


Tajuk taknak kalah hahaha. Ehem.. sebelum ni aku pernah terbitkan satu terbitan bertajuk "Apa Itu Imotiv?" Acah-acah nak buat tajuk berunsur SEO. Kalau aku nak lebih poyo lagi aku akan tulis macam ni, Korang ingat tak sebelum ni aku pernah post satu entry tentang "Apa Itu Imotiv?". Bajet macam kamu yang aku gelar sebagai 'korang' atau lebih tepat lagi  'semua orang' follow setiap terbitan Chuu Muqhlis. 

Sebenarnya, aku tempatkan diri aku dalam senarai ahli Imotiv berdaftar sebab ini:


Tak tahu pulak aku, sejak bila Nuffnang ada benda Imotiv nih. Nampak tak aku agak ketinggalan di belakang? Imotiv menggantikan NuffnangX katanya. Tapi malangnya pada tarikh tersebut aku masih warded kat hospital. Maka tiket tersebut terpaksa dilepaskan ke tangan Nuffnanger lain yang sedang yang berada dalam senarai menunggu.  Oh ya, Nuffnang tengah ada banyak primier screening sekarang. Aku  suggest siapa yang belum ada akaun Imotiv untuk mendaftar dahulu. Itu pun kalau kamu mahu. Aku bilang kalau... 

Aku harap sangat suatu hari nanti boleh join. Dulu pn dah pernah terlepas sekali. Ni kali kedua lah kiranya. Eh, baru dua kali rupanya (─‿‿─)

Tuesday, August 27, 2013

Sampai


Fuhh! Konon-kononnya tengah hembus nafas tanda melepaskan lelah. Sampai jugak kat rumah akhirnya. Hulu Selangor-Kajang then Kajang-Hulu Selangor. "Alaa, bukan selalu.." tu je respon dari emak. Hari ni follow-up untuk operation tempoh hari, plus amek result makmal, alhamdulillah semuanya OK. Copp! pasal komen dari TK tu sila abaikan. Berani betul hengkorang ye (◣_◢)  

So, tadi settle je urusan di hospital, aku sempat singgah rumah kat Bangi. Terpaksa singgah sebenarnya sebab nak ambil laptop. Budus, laptop pun boleh lupa nak bawak balik. Terpaksa aku bergaduh dengan ayah curik-curik pakai pc untuk online. Lemak lah nak online kt phone manjang ye dak. Oh ya, hari ni baru dapat online sebenarnya. Entah kenapa dengan internet semalam. Sengett. Nanti aku terjah blog hengkorang, boleh?

*Sebenarnya entry ni dah taip malam semalam, pagi ni baru publish.

Saturday, August 24, 2013

Keywords


MC 11 hari ni aku akan rajin blogging je rasanye. *Tetiba kan. Lepas ni mungkin dah sibuk semula dengan kerja. Belek-belek blog alhamdulillah masih suci tanpa noda hahaha. Bukti? 

Mode: All time

Ramai yang cari petua membuat lesung pipit. Tapi sayang, bila aku buka semula link untuk tips yang pernah aku bagi sebelum ni dah tak wujud lagi. Jadi yang datang ke blog ni hanya menemui KEHAMPAAN (╯_╰)

Ermm, Ini pendapat aku la ye, lesung pipit yang menjadi idaman kebanyakan ni, bagi aku berpunca dari faktor keturunan. Ini berdasarkan apa yang aku nampak Aku mungkin dapat dari family belah ayah, sebab family belah emak tak ramai yang ada. Macam Aien dapat dagu terbelah yang diwarisi dari bapanya, bak kata beliau..macam tu jugak lah dengan lesung pipit agaknya haha.

Barisan sepupu dan anak sedara belah ayah. LP spotted :O 
Tapi tapi tapi, aku tak nafikan kalau dalam family tu tiada seorang pun ade lesung pipit tiba-tiba anak kau boleh dapat. Kuasa Allah kan :D

Friday, August 23, 2013

Fibroadenoma


Untuk bacaan Hawa, Wanita, Perempuan, Para Suami dan Bakal Suami..ekeke (≧◡≦) 

Assalamualaikum.
Alhamdulillah operation pada 20hb Ogos lalu berjalan lancar dan sekarang still dalam proses untuk recover. Secara ringkasnya operation tu untuk membuang lump yang terdapat pada bahagian breast. atau dalam term lain dipanggil fibroadenoma. Lepas je doktor sahkan tentang fibroadenoma ni, aku banyak google dan baca tentang pengalaman-pengalaman mereka yang turut pernah berhadapan dengan benda ni. Jadi aku harap tulisan ni akan menambah satu lagi bahan bacaan dari pengalaman aku pulak.

Asalnya aku hanya perasan terdapat ketulan macam saiz biji buah mata kucing tu. At first aku ignore je tapi lama-lama jadi risau pulak. Sekarang penyakit macam-macam. Alhamdulillah doktor cakap 90% bukan cancer. Kenapa? sebab lump tersebut mobile. Maksud kat sini, bila kau rasa ketulan tu dari permukaaan kulit, dia boleh bergerak dan tak statik. Kalau cancer, lazimnya ketulan tersebut keras dan statik. Tak percaya pergi google skang ehee.
Warded di KPJ Kajang
Dari sini, doktor bagi dua choice samaada nak biarkan atau buang through surgery. In fact kalau tak nak buang pun takpe tapi kena pantau sebab lump tu boleh membesar. Membesar dengan cepat atau lambat itu bergantung pada induvidu. Dalam kes aku memang dah lama dalam 2-3 bulan dan aku perasan ada slow growing , and later mungkin akan terus grow jadi aku pilih untuk remove.

Selain tu ade jugak pendapat yang menyatakan yang fibroadenoma ni kalau dibiarkan takut-takut akan bertukar menjadi kanser. Yang ini aku kurang pasti pulak. Mohon kita semua lebih berjaga-jaga dan ambil berat tentang kesihatan terutamanya dalam hal pemakanan. *Aku ingatkan diri sendiri mohon kurangkan makan mii segera. Yelah, kalau dah sakit ape pun tak boleh. Duit bortingkek2 pun kalau badan tak sihat tak guna, ye dak? Oh ya,aku sertakan sekalilah antara gejala awal kanser payudara yang aku cakap tadi ye.

Pautan lain:
Gejala Kanser Payudara
Pengalaman Ultrasound KPJ Kajang

Walau pahit ku telan jua -__-
InshaAllah isnin ni akan ke KPJ semula untuk follow up dan amek result dr doc.

Sunday, August 18, 2013

Apa itu imotiv


Lately aku macam agak rajin dalam berblog. Rajin yang dimaksudkan konon-kononnya untuk kembali rajin blogwalking, tambah kenalan, dan kembalikan skill menulis yang aku tak pernah ada pun sebenarnya. Dan disebabkan beberapa bulan lepas hormon blogging kurang aktif, maka aku rasa aku tertinggal sesuatu. Imotiv? Kejadah menatang nih? Dalam pada berjalan dari blog ke blog, ada beberapa blog yang menggunakan imotiv conversation pada ruangan komen. 


Mulanya aku rasa imotiv ni macam tak penting je. So aku ignore dan biarkan saja tanpa ada rasa bersalah. Tapi tapi tapi..ada certain part yang memaksa aku untuk register imotiv nih. Eeee~motif?? Bila aku masuk blog nuffnang. Imotiv macam jadi satu keperluan pulak. Jadi aku register la jugak dalam keterpaksaan walaupun aku tahu yang sebenarnya takda siapa-siapa pun yang paksa.  

Sorry to say sampai saat aku tulis entry ni, aku belum betul-betul pasti yang imotiv adalah suatu keperluan. Kena explore lebih lagi nih. Nampak tak aku tak menjawab soalan walaupun tajuk entry ini "Apa itu imotiv?"


Friday, August 16, 2013

Buah Tangan


Cikjah bagi buat tambah koleksi. 




Monday, August 12, 2013

Voiceover Untuk Fifi

Hyeps! err..benda dah lama sebenarnya tapi malu nak share. Just a prototype video untuk projek tv pendidikan. Sebenarnya aku dalam team graphic development tapi at the same time tetibe terjebak untuk jadi talent voiceover bagi watak FIFI. Nampak tak aku highlight team graphic tu. Mohon jangan gelak sebab jadi talent utk VO memang di luar bidang. Layanz (-’_’-) 


p/s: nur izyan noor salim pada credit akhir tu nama saye., VO ni for dummy..prototype kan. harap maklum :|


Saturday, August 10, 2013

Ohh


Gambar beraya di rumah Nek Esah :)

"Semalam masa sembahyang raya, Cik Ros duduk sebelah emak." Cik Ros tu kawan emak masa sekolah dulu-dulu. "Cik Ros cakap nak cari orang sini untuk anak lelaki dia.."

Aku "Ohh.."


Friday, August 9, 2013

Salam Lebaran~


Assalamualaikum! macam mana hari raya korang? (∪ ◡ ∪) 

Alhamdulillah syukur sangat masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat beraya di samping keluarga tercinta. Memandangkan raya tahun ni ada atok beraya kat rumah ni, so memang ramai saudara mara dan tetamu yang datang. Biasalah orang yang lebih muda memang selalunya akan datang melawat mereka yang lebih berusia..kan? Belah pagi memang aku dah cop tender basuh gelas macam tahun2 sebelumnya. Tapi tahun ni abang aku rajin pulak membantu. Kesedaran sivik lebih sikit tahun ni agaknya ekeke. Atau mungkin sebab tahun ni tahun akhir beraya sebagai orang bujang. tett! 

Tema tahun ni hentam sajelah labu :P

Semalam pun sempat beraya tiga buah rumah saje. Itu beraya bersama keluarga wahidah (kazen). Almost ramai yang dah tak kenal beta nampaknya sebab memang jarang sangat keluar rumah even selalu balik kampung. Kalau raya sebelum ni pun duduk rumah je. Ni baru keluar dari gua lah kiranya (︶ω︶)

fefeeling princess jap :3

Akhir kata. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua kawan-kawan dan rakan blog yang sudi singgah di sini. semoga hari2 mendatang membawa lebih kebaikan buat kita semua^^ 



Tuesday, August 6, 2013

Dahulu Kini Versi Raya


Dahulu kala
Sekarang
First time nak bagi duit raya. Tak tahu rasa dia macam mana. Lazat, agaknya. Oleh yang demikian, mohon hadik-hadik doakan hakak terus dimurahkan rezeki agar tahun mendatang dapat bagi lebih lagi. 


Away isi sampul duit raya XD

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.