Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Saturday, September 7, 2013

Hai orang Morib, jumpa lagi esok!


Err..tak tahu nak mula dari mana. Tadi aku rasa macam excited siket sebenarnya nak update blog. Tapi sekarang macam lain sikit rasa dia. "Hai-hai orang Morib!" Mungkin asalnya aku patut bermula dengan ayat macam tu. 

Macam ni lah, beberapa minggu lepas aku dapat invitation untuk join satu gathering volleyball sekolah, SBPI SB. Err..dulu masa sekolah menengah aku aktif volleyball. Event Jumaat start 8 mlm dengan BBQ. Nak dijadikan cerita aku mulanya tak berniat pun untuk join tapi beberapa hari sebelum event tu berlangsung, Syakirah (teammate) inbox aku. Dia ajak ke Morib, tempat berlangsungnya event tersebut. Dan semuanya berjalan lancar. Aku ajak Bahie, dia pun on. Everything run very smoothly. Aku carpool dengan Bahie dari Bangi melalui Pekan Dengkil, Pekan Banting sampailah ke Morib. Cuma dah dekat dengan Morib tu kitorang macam konfius sikit. Tapi alhamdulillah sampai jugak- Pusat Peranginan Persekutuan Morib.
Betul-betul sebelah laut, tapi sumpah tak boleh mandi dengan keadaan macam ni.
Aktiviti cuma makan-makan, BBQ, then sembang-sembang. Mungkin tak banyak aktiviti yang boleh dibuat malam tadi tapi aku rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, kawan-kawan baru, junior-junior team volleyball, cikgu yang pernah train dulu, dan cikgu-cikgu baru yang memang sporting. Satu-satu kenangan dan cerita zaman sekolah dulu keluar balik dari kotak ingatan. Sekolah dulu duduk hostel kan.. so banyak lah ceritanya. 

BBQ
Main cak-cak dengan Bahie kahkah!
Sebahagian gugurlz yang hadir. 
Then pagi tadi lepas check out aku terus ke KPJ Kajang untuk follow up dengan doktor. Nasib baik ni follow up yang terakhir, tak larat dah nak datang KPJ selalu. Koyak poket aku hahaha. Aku ingat sampai je rumah aku nak rehat kejap. Walaupun semalam dapat tidur nyenyak tapi rasa mengantuk sangat. Planning untuk balik kampung lepas settle hal kat KPJ pun aku sanggup batalkan. Tengah rehat-rehat tu, abang aku pulak call. "Kau ade teringgal phone kat mana-mana ke? Ade orang dari Morib telefon ayah tadi" (phone lagi satu)

Ah sudah. Aku baru sampai dari Morib dah kena pergi Morib balik ke? Ntah macam mana boleh tak perasan. Jumpa lagi esok orang Morib. Tunggu, aku datang -__-ll

14 comments:

  1. ish dia ni x habis2 dgn lupa yea.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Lesung tu kalau timbun bagi kurang kedalaman boleh? Hihi..

    ReplyDelete
  3. Seronok la dapat jumpa kawan2 lama, I tak main volleyball tapi suka tengok :D:D hope u'll get ur phone back, macam mano boleh tertinggal pulak.

    ReplyDelete
  4. bes la boleh pegi lagi..hahaha...

    ReplyDelete
  5. amboi seronok sgt smp terlupa hp tertinggal..

    ReplyDelete
  6. meriahnya nampak...
    Nur suka tgk laut dan ombak.. :)

    ReplyDelete
  7. seronoknya gathering.. saja kan nak suruh chuu pegi banyak2 kali ke morib tu.. huhu..

    ReplyDelete
  8. sy pun main volleyball jugak dulu masa sekolah menengah..satu geng la nih kan..hee :D

    ReplyDelete
  9. erm... morib ni walaupun dekat, tapi malas betul nak pi./..

    ReplyDelete
  10. Untung Chuu orang tu nak pulangkan henpon kau. Ke kau memang saje tinggalkan sebab nak beli Ipong ke mana tau? Hehehe :D

    ReplyDelete
  11. saat aku komen ni misti henpon tu dah selamat kat kau balik kan...hehehe.

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.