Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, July 26, 2013

Ultrasound KPJ Kajang

Entry ni dah terperap dalam draft sejak beberapa hari yang lalu. Bila dah update-update jadi panjang pulok! 2in1 katanya. 

Berhubung perkara haritu, aku ade macam ketumbuhan/lump je actually. Emak, kawan-kawan semua suggest untuk buat further check up, takut2 lump tu boleh jadi cancer . Erm., aku tak ingat la..dalam minggu lepas kalau tak silap, hari jumaat after selesaikan urusan di Pejabat Mara Kuala Lumpur, singgah kejap dekat Hospital Serdang. Asalnya aku sendiri blur nak ke hospital swasta atau kerajaan. Disebabkan kekangan kewangan maka aku pilih untuk ke hospital kerajaan dulu, tengok pergi dia macam mana.

Sebelum aku pilih Hospital Serdang tu, dalam otak ade hospital Kajang dan Hospital Putrajaya. Tapi bila google pasal hospital ni, ade je jumpa feedback2 negative. Terasa terlalu dimomokkan. So finally aku ke Serdang je. Aku sampai dalam pukul 2 petang terus ke kaunter pertanyaan. Tanya-tanya, tunjuk reference letter semua, staff yang bertugas tu cakap dalam pukul 2.45 aku boleh terus ke klinik pakar untuk buat appointment. Rujukan kepada doktor surgeon. 

So pukul 2:45 tu aku terus ke bahagian klinik pakar bahagian pembedahan. Err..aku konfius sebenarnya aku under O&G atau surgical. Tapi bila tanya balik dengan staff kat bahagian pembedahan tu memang aku dirujuk ke doctor surgeon bukan O&G. Ok fine, tak dapat appointment pun hari tu. Just diberi note kecil untuk kita isi tarikh appoinment. Tarikh appointment sebenar akan diberi melalui panggilan telefon dalam tempoh two weeks.


Ermm. Lamanya nak tunggu dua minggu, baru dapat tarikh. Tarikhnya pulak belum tahu lagi bila. Ntah-ntah berbulan baru boleh jumpa doctor. My officemate pernah buat appointment di hosp. gomen dari bulan disember, bulan march baru boleh jumpa doc. Buat aku terfikir untuk pertimbangkan cadangan ke Hospital swasta. Ermm.


Update: 26 Julai 2013

Pagi tadi aku gagahkan diri ke KPJ Kajang. Soal kos semua boleh tolak tepi dulu kot. Tak tahan rasanya asyik tertanya-tanya dalam keadaan yang tak pasti. Risau sendiri. Dalam pukul 9:30am macam tu, aku call KPJ tanya doktor ade tak. Kang datang doktor takde pulak. Nuzul Quran kan. Alhamdulillah nurse yang jawab call tu suruh datang pukul 10 lebih macam tu.

Alhamdulillah urusan sangat mudah. Masa tu aku tengok parking macam full je sampai ke bahagian luar hospital. Tapi elok ambil tiket kat car park, ade sorang brader siap bertopang (patah kaki agaknya) angkat tangan. Tahulah aku yang  dia dah nak keluar n nak bagi parking tu kat aku. fuhh~

Memula rasa cuak sangat. Dah lama tak cuak macam ni. Ni standard cuak zaman-zaman sekolah rendah time tunggu turn pertandingan pidato. Haa macam tu la rasa dia. Terus register, dan tak lama lepas tu terus dapat jumpa doktor buat check up + ultrasound. Semua berjalan lancar. After all, doctor suggest supaya aku jalani pembedahan untuk remove lump tu. Alhamdulillah again, 90% bukan cancer.


"Cik boleh balik dulu untuk fikir. Kalau nak buat operation boleh datang semula untuk set tarikh"

17 comments:

  1. kalau buat pembedahan cara terbaik untuk buang lump tu, better chuu buat... tapi chuu fikir la dulu ya :)

    ReplyDelete
  2. wei, kau dok kajang ke? boleh lah jumpaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukanlah! aku kt bangi. Bundle cakap ko pn kat bangi.

      Delete
  3. nasib baik bukan kanser.. adeh. apa2 pun, semoga pembedahan tu nanti akan berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalah tau. amin..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ... bukan cancer . swasta mmg cepat . cuma duit kita jer tak tau lambat ke cepat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa berkorban. duet boleh dicari bak kata teman sy.

      Delete
  5. rakan cikgu ira br buat operation sbb ada lump ni juga..wat kat ppum..xsure bpe lama appoinment smua..

    tp hosp kerajaan mmg lambat n lama kena tnggu..ira aritu pn suppose bln 3 dr bln 12..tp ira jumpa dermatalogist sbb kulit...kalo lump mmg risau la kn kot2 jd bnda lain..

    rs better operation utk elakkan jd berakar n tmbh lagi ke..apa2 pn fikir baik2 eh :)

    salam ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. hari tu dah buat appoinment kt hospital kerajaan. last2 cancel sbb proceed ke hospital swasta je. cpat sikit

      Delete
  6. Replies
    1. ksudahannya belum sudah hehe. sdg tgu tarikh utk proceed operation, im sha Allah :)

      Delete
  7. i think , we have same problem.

    boleh share experience please?

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.