Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Tuesday, October 22, 2013

Night of Fright- festival of fear at Sunway Lagoon

Last week Chak ajak aku pegi Night of Fright kat Sunway Lagoon..tanpa pikir panjang aku terus je setuju. Pada asalnya harga per pax adalah RM48. Aku tnya Chak, harga tu termasuk harga nak masuk Sunway ke belum? Then, Chak cakap dah termasuk lah kot. Lagi pun event tu belah malam. Takkan ade main2 mandi tu semua kan.

Pada hari yang dijanjikan 19hb Oct, dah ready2 bagai..sampai je kat Sunway dah ramai seramai-ramainya. Kental sangat berebut untuk dapatkan tiket. Sampai je depan kaunter, akak tiket tu cakap RM80. Pulak dah? Dia cakap sbb combo RM50 untuk entrance dan RM30 untuk Night of Fright. Dalam kelam kabut tu aku terus settlekan bayaran. Lepas tu wristband (pass untuk masuk sunway lagoon) dah pon berada kat tangan aku berserta tiket Night of Fright tu. Tapi masa tu ade masalah sikit dengan pembayaran tiket Chak. Pung pang pung pang bergaduh bagai, akhirnya settle buat bayaran. Dan yang untungnya, wristband tu valid on 20th Oct. (the next day). So?

Ape lagi yang kitorang expect? Esok datang sekali lagi lah kan. Heaven! rupa-rupanya setiap 20hb pada setiap bulan merupakan Big20 day. Harga tiket untuk masuk boleh didapati serendah RM20. Baru kami tahu. Noob giler Y__Y Plus, Benda ni valid dari October 2012 sampai October 2013, mean bulan ni adalah yang terakhir. So kira ok lah RM80 untuk Night of Fright + tiket theme park untuk hari berikutnya. Sebab last time pergi untuk sekali masuk saje RM90 per pax. Woha! 

Yang paling kanan tu nampak menjadi :P

Ada empat kot rumah hantu/ maze yang sempat kami explore. Totally amazing. Once masuk je entrance tu rasa wahh berbaloi dengan apa yang kita bayar. Hantu bersepah-sepah. Seram je rasa. Cuma set dalam minda yang semua tu pun manusia. LOL. Enjoy sangat dan hantu pun semua mesra-mesra belaka. :P

The next day, yang ini memang tak dirancang, tuah barangkali. Rugi pulak kalau tak pergi. Asalnya aku plan nak buat OT hari ahad tu, sanggup cancel. Hehe..



Untuk kali ni ambil peluang main semua permainan yang tak sempat terjah mase dtg last time. Walaupun pengunjung yang datang ramai.. nak main satu2 permainan tu terpaksa beratur panjang untuk tunggu turn..tapi memang macam tu caranya. pasrah jelah. Bila turn sampai puas hati aku bhahaha. Vuvuzela, dan 5D cenema kat situ paling best ouh >.

Dah nak balik baru sempat snap-snap gambar. 

Kalau dapat datang sini lagi, nak try bungy jumping nih. Ouh~ teringin sangat!

 Oh ya, Night of Fright tu available lagi minggu depan, 25, 26 dan 31hb. RM48 per pax tau. Chow :D

13 comments:

  1. alahai mesranya hantu2 tu.. kihkih

    ReplyDelete
  2. klu dah set kat mind , hantu tu org , selamba jer la redah jawapnya ...

    ReplyDelete
  3. bunjee jumping berapa? chuu survey tak..?
    teringin gak nk g. tapi lepas adik balik dari Indonesia kot, baru gi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nak main bangee tu kne ad tiket masuk exreampark. kalu x silap la., mahal sikit harha dy kak

      Delete
  4. Beraninya chuu...hehehe...walaupun manusia tapi rupa tu cukup buat org yg pgecut ketaq lutut...malam lak tu..kekekekek...

    Ingtkan chuu dah cube bungy jummping tu...baru nak tnya best ke x...hehehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi aku sampai sini....bila la agaknya. Mesti lg best dr water theme park kt dgn rumah aku ni. Pasti..huhu. Harga pun klihatan berbaloi...

    ReplyDelete
  6. rajin ko berdetim tempat2 grand ni ye..hahaha..aku dulu bawak wani pegi pasar malam je...ekekeke...

    ReplyDelete
  7. part jumpa hantu tu best..entah bila la dpt pegi sana,.huhu

    ReplyDelete
  8. kalo sya naik jmbtn tu rasenya tak bergerak kot

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...best kan pegi sunway lagoon.. heee... rasa mcm nak pergi lagi...

    jemput baca pengalaman saya di sunay lagoon juga PENGALAMAN BERCUTI DI SUNWAY LAGOON PART 1 : VUVUZELA, WATERPLEXX 5D,GFORCEX

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.