Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Tuesday, July 31, 2012

Tiupan Ramadhan

Beberapa hari lepas aku baca satu post tulisan Cik Syida berkenaan kenakalan beliau ketika di bulan ramadhan. Lalu aku terpanggil untuk turut bercerita. Ada samanya namun dari sudut yang berbeza. Kisah satu malam di bulan ramadhan kira-kira 15 tahun yang lalu.

Ceritanya begini..

Aku membesar di sebuah kampung. Biasanya menjelang hari raya--lebih kurang tinggal lagi seminggu sebelum raya macam tu, orang kampung akan pasang pelita di sepanjang jalan lebih2 lagi di halaman rumah masing-masing. Termasuklah kat rumah aku. Bezanya pada zaman dahulu abang rajin buat pelita yang diperbuat dari buluh. Berbanding sekarang yang lebih prefer pelita biasa yang dibeli di kedai-kedai. Lebih mudah agaknya.

Satu malam, ketika orang lain sibuk meningkatkan amalan dengan melakukan solat tarawih, aku dan abang sibuk dengan aktiviti sendiri. Aku membonceng basikal dengan abang. Seronok jalan-jalan naik basikal malam2 dengan lampu pelita terhias indah di sepanjang jalan--sejuk dan nyaman. Serius best. 


Nak cerita nakalnya aku ni, abang kayuh basikal rapat-rapat dengan bahu jalan. Dalam erti kata lain rapat-rapat dengan pelita. Aku kat belakang tukang tiup. Fuhh...fuhh... satu persatu pelita terpadam.


Yang pasti ada la dalam 5,6,7 pelita aku tiup dengan jayanya. Tak berani nak tiup banyak-banyak. kang tak pasal-pasal kena tibai dengan orang kampung. Nasib tak baik dapat maki lagi :))




Begitulah flashback saya.
Baca lagi memori ramadhan-- Umpatan Ramadhan

Saturday, July 28, 2012

Oldschool

Entry yang aku tulis ni dah lama main dalam kepala cuma mungkin belum sampai seru untuk aku menulis mengenainya atau lebih tepat lagi aku malas. Baru-baru ni Encik H update entry pasal lagu, dan entry ini pon tak lari tentang muzik yang aku rasa memang dekat dengan diri aku. 

Ishh..tak reti pulak nak mula macam mana. Sebenar aku cuba membandingkan lagu-lagu yang ada sekarang dengan lagu-lagu yang boleh dianggap retro. Jika aku melihat dari perspektif penulisan lirik dan bait-bait ayat yang digunakan dalam sesebuah lagu tu sendiri, aku pilih lagu retro.

Bukan bermaksud aku menolak mentah-mentah semua lagu-lagu yang ada sekarang. Tipu sangat kalau dikatakan begitu. Cuma aku suka melihat dan mendengar susunan lirik lagu-lagu yang oldschool ni berbanding lirik lagu-lagu sekarang. 

Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidupmu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan..

Kau tak rasa lirik ni tersusun indah ke? Ini cuma contoh, dan mungkin ada lirik lain yang lebih indah. Jika dan sekiranya nak dibanding dengan lagu sekarang-- Poking-poking-tagging-tagging-liking-liking-flirting-flirting..duh~ apa tu -__-ll  Atau mungkin ini hanya luahan selera aku dan aku tidak boleh tidak menafikan selera telinga orang lain yang aku percaya berbeza sesama kita. Atau mungkin belum cukup senior dan berpengalaman untuk menilai semua ni. *banyak sungguh kemungkinan. Alaa..aku kan ada ramai kakak-kakak dan abang-abang yang lebih senior kat sini. Ye dak? :D 


Oke, yang kat bawah ni takde kaitan--cuma kalau tengok dari mula sampai akhir gua shukew part Abam Mus May :x



Thursday, July 26, 2012

Bila Ada


Masa aku kecik budak kelas aku selalu je nak cucuk dimple aku.
Tapi kau takut pulak? Kau ni comel betul haha. 

Sunday, July 22, 2012

Hati Bentuk Kiub

Mungkin tiada apa yang aku ingin kongsikan, mungkin tiada apa yang aku ingin tuliskan. Kejap, pada firasat aku banyak sangat mungkin itu tidak baik untuk diamalkan. Cuma aku terasa nak update blog. Hari yang dilalui tetap sama. Sama yang aku maksudkan di sini mungkin kau pun tak faham melainkan kau ada bersama aku. Sekali lagi mungkin.

Berbekalkan doa dan tawakal, ditambah usaha, disertai rasa postif, diselitkan rasa yakin, dicurahkan rasa syukur dan mengharapkan barakah ramadhan. Semoga perjalanan aku untuk esok lancar dan tenang, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah..


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Tiba




Aku hanya ada kesempatan dan ruang ni mungkin. 
Salam Ramadhan buat semua sahabat blogger.
Berharap agar kedatangan Ramadhan menjanjikan sinar bahagia
..buat kita semua. Dia maha berkuasa tahu :D

Monday, July 16, 2012

Sketches





Sori untuk kualiti yg visual yang agak pecah in between the video. 
Aku sendiri tak tawu kenapa bila upload jadi macam tu.
Takde motif, setiap orang punya stail berbeza..
sekadar berkongsi :) mooo~

Diam?


Kadang-kadang aku terfikir, tulisan yang kini aku tulis bukan lagi untuk aku atau kamu dan aku sendiri keliru ke mana arah tuju yang aku pandu. Sedang aku melakar bait kata ini pun pasti ada yang terdetik di dalam hati--aku tak mahu ambil tahu. Lalu semuanya yang aku ingin luahkan di sini akhirnya bersisa dalam kotak draft menunggu sang empunya membaca luahan hati aku. Sememangnya hanya untuk kamu.

Andai aku ada di hadapan kamu dan sekiranya kamu ada di hadapan aku--aku syak kamu tak akan bersangka begitu dan kamu tahu akan itu. Salah aku menulis apa yang sepatutnya tidak perlu dan tidak langsung aku maksudkan begitu. Doa yang terbaik dari aku buat kamu dan keluargamu. Semoga semuanya baik-baik saja. 



Saturday, July 14, 2012

Tips Menulis Tajuk Artikel/Entry Blog




Gua takde mud sebenarnya, stress sikit..tak reti nak buat keputusan. Tapi gua tak nak lah cerita kat sini kan..sebab gua tahu orang lain ada masalah jauh lagi besar dari gua. Jadi gua diam.

Oke berbalik pada tajuk yang gua aku dah set dalam otak awal2 lagi, agak2 dalam minggu lepas lagi aku dah bayang-bayang nak tulis pasal benda ni. Ni baru terlaksana. Mungkin kali ni bukan nak bagi tips sepenuhnya tapi sekadar untuk berkongsi sebab aku sendiri punya kelemahan dalam menulis tajuk bagi sesuatu entry yang aku pos.

Lain orang lain caranya, ada penulis yang selesa meletakkan tajuk yang straight forward, ada yang selesa menggunakan satu perkataan untuk menggambarkan keseluruhan isi artikel dan ada jugak yang langsung tak berkaitan dengan artikel macam yang aku pernah buat. SINI. Cara ni aku boleh trace siapa yang baca tajuk terus komen kehkeh., tapi kadang-kadang je boleh buat macam ni..kalau selalu macam nak nak kena kapak :-w 

Korang pulak macam mana? bak mai kongsi sikit :D

#update: mungkin aku patot tuka word 'kongsi' tips kepada 'berbincang' tips menulis tajuk artikel :))


Wednesday, July 11, 2012

Tips Tidur Lena



Chuu jarang ada masalah tidur, tapi tipu pulak kalau cakap tak pernah. Selalunya kalau dalam keadaan stress atau risau kita memang susah nak tidur. Tambah pulak jika sedang hadapi masalah. Dan SELALUNYA tidur yang panjang belum tentu kita mendapat tidur yang berkualiti. 

Tips tidur lena ni diambil semasa kuliah psikologi-tak-normal tempoh hari dan saja nak kongsi dengan korang hehe. Ok lets go.

1. Improve Sleep Hygine
Bilik tidur yang selesa menjadi perkara paling asas. Bayangkan bilik tidur yang tunggang langgang serupa stor, tikus berkeliaran pun rilex je serupa member-member siap boleh bertegur sapa. Plus, bau haprak lagi. Komfem aktiviti tidur akan jadi tak selesa. Hanya insan-insan terpilih saje mampu bertahan dalam keadaan begini tak pun pitam terus! Yang ni komfem lena wakaka.

2. Masa Tidur Yang Tetap
Masa study dulu, masa tidur yang tetap memang takde. Dan perkara ni mungkin normal. Orang kata tak remaja la tidur awal kan? Ini salah. Walau sesibuk mana pun urusan yang kita hadapi, belajarlah tidur pada masa yang tetap. Lama-kelamaan anda akan terbiasa.

3. Relax
Cuba relaxkan diri sebelum masuk tidur seperti mendengar lagu2 yang tenang/bunyi alam seperti burung/air. Atau bagi yang beragama Islam digalakkan mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Pahala pun dapat, insyaallah. Sebab tu tak digalakkan untuk meletakkan televisyen di dalam ruang bilik tidur. Ni time2 nak tidur lagi mau tengok wreslinglah bagai pastu dah la mimpi yang bukan2 pakej terajang bini sebab mengigau. Tak ke parah :))

4. Kurangkan Stress
Macam mula2 chuu cakap tadi, stress/tekanan biasanya akan mengganggu kualiti tidur kita. Jadi carilah penyelesaian untuk settlekan masalah yang membuatkan anda tertekan tu. Tenang kan diri dan berfikiran positif--semua masalah ada penyelesaiannya, OK?

5. Elakkan bahan rangsangan yang mengurangkan kualiti tidur
Bahan nrangsangan ni boleh lah nak bagi contoh macam caffein atau nicotine. Sah2 kalau minum kopi/nescafe bikin mata segar bugar jadi sebaiknya dielakkan. Bukan saya kata, lecturer saya yang kata.




Walaupun nampak simple tapi jangan sesekali abaikan waktu tidur korang ok?


Tuesday, July 10, 2012

Trippin'





I do not own the audio in this video.
This is a video on my Langkawi trip. 
Do enjoy the video. huehue :D

Thursday, July 5, 2012

Funfair Versus Sunway Lagoon


Untunglah, kecik-kecik tak dapat singgah Sunway Lagoon dah besor panjang berjimba bagai tiada lagi hari esok. Punyalah semangat join contest Nuffnang nak dapatkan tiket  London Summer Musical di Sunway Lagoon tapi gagal--takde rezeki agaknya. Tapi takpelah sebab hati yang lara dah terpujuk kiranya. 
Wink wink ;)

Bertuahnya badan, encik boipreng dah la romantik, baik hati pulak belanja masuk Sunway Lagoon plus jalan-jalan. Lain kali kalau datang Sunway sila datang awal-awal pagi ye kawan-kawan supaya boleh main lebih banyak permainan. Satu hari tak akan puas explore satu Sunway Lagoon tahu!


Sekali bayar untuk dewasa around RM60 with mykad. Kalau tak, dia jadi mahal sikit. Kalau nak diikutkan, even if main kat funfair malam minggu tu mungkin akan jadi sama je harga dia. Sebab tiap kali nak main satu game mesti kene bayar token jugak. Macam Tomahawk tu sekali main dah kena letak 4 token yang nilainya RM2 setiap satu. So bila total up lebih kurang je, lagi pun pilihan permainan yang ada pun lebih ohsem. Err, cakap pasal funfair, selama aku tiga tahun kat Penang, funfair dekat hadapan Queensbay tu bukak time bulan ramadhan je, belah malam. Macam tak bagi orang pegi tarawikh pulak :-?


Oh ya, bagi pencinta bungaan macam aku..boleh la berkunjung ke Floria Putrajaya. Event sampai 8 Julai kalau tak silap. Hari tu pergi time malam ditemani kilauan lampu lampu neon yang berwarna warni. Ada slr, aku tinggal-tinggalkan. Oh, menyesal. BTW, aku rasa kalau datang time siang mungkin lagi cantik tapi panas la sikit kan. Biasalah, sini  Malaysia, bukan Korea huehue~


Wednesday, July 4, 2012

Mumble

Aku tak tahu ke mana perginya mood untuk kembali berblog. Alhamdulillah aku dah selesai last paper tempoh hari. Orang bilang perkara macam ni memang selalu terjadi-mood turun naik serupa saham yang tak pernah stabil. Kelmarin aku baru nak tercari-cari mood blogging tapi terganggu sikit dek kerana berkemas pulang ke Selangor. So santai-santai je. OK?

Semalam aku sampai dari Penang. Tiga kereta jemput aku kat Penang, how sweet..#NanesTerharu. Barang aku pulak bertimbun-timbun, dengan motor sekali angkut naik van dan sekarang aku rasa bilik aku serupa stor yang makin aku kemas makin bersepah pulak jadinya. Artworks aku paling aku tak tahu nak campak mane grr!

Oh ya, esok aku akan ke Langkawi. Bercuti bersama keluarga besar--rombongan Cek Kiah mungkin. Rindunya aku pada Putih. Oh~

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.