Chuu jarang ada masalah tidur, tapi tipu pulak kalau cakap tak pernah. Selalunya kalau dalam keadaan stress atau risau kita memang susah nak tidur. Tambah pulak jika sedang hadapi masalah. Dan SELALUNYA tidur yang panjang belum tentu kita mendapat tidur yang berkualiti.
Tips tidur lena ni diambil semasa kuliah psikologi-tak-normal tempoh hari dan saja nak kongsi dengan korang hehe. Ok lets go.
1. Improve Sleep Hygine
Bilik tidur yang selesa menjadi perkara paling asas. Bayangkan bilik tidur yang tunggang langgang serupa stor, tikus berkeliaran pun rilex je serupa member-member siap boleh bertegur sapa. Plus, bau haprak lagi. Komfem aktiviti tidur akan jadi tak selesa. Hanya insan-insan terpilih saje mampu bertahan dalam keadaan begini tak pun pitam terus! Yang ni komfem lena wakaka.
2. Masa Tidur Yang Tetap
Masa study dulu, masa tidur yang tetap memang takde. Dan perkara ni mungkin normal. Orang kata tak remaja la tidur awal kan? Ini salah. Walau sesibuk mana pun urusan yang kita hadapi, belajarlah tidur pada masa yang tetap. Lama-kelamaan anda akan terbiasa.
3. Relax
Cuba relaxkan diri sebelum masuk tidur seperti mendengar lagu2 yang tenang/bunyi alam seperti burung/air. Atau bagi yang beragama Islam digalakkan mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Pahala pun dapat, insyaallah. Sebab tu tak digalakkan untuk meletakkan televisyen di dalam ruang bilik tidur. Ni time2 nak tidur lagi mau tengok wreslinglah bagai pastu dah la mimpi yang bukan2 pakej terajang bini sebab mengigau. Tak ke parah :))
4. Kurangkan Stress
Macam mula2 chuu cakap tadi, stress/tekanan biasanya akan mengganggu kualiti tidur kita. Jadi carilah penyelesaian untuk settlekan masalah yang membuatkan anda tertekan tu. Tenang kan diri dan berfikiran positif--semua masalah ada penyelesaiannya, OK?
5. Elakkan bahan rangsangan yang mengurangkan kualiti tidur
Bahan nrangsangan ni boleh lah nak bagi contoh macam caffein atau nicotine. Sah2 kalau minum kopi/nescafe bikin mata segar bugar jadi sebaiknya dielakkan. Bukan saya kata, lecturer saya yang kata.
Walaupun nampak simple tapi jangan sesekali abaikan waktu tidur korang ok?
f.i.s.t
ReplyDeletefirst...sbb H eja first salah :|
Deletegrr takde hadiah :-w
DeleteMohon admin jawab..
DeleteNape dok bahasa diri chuu? Geli lah!
sebab nak bagi kau geli *berjaya*
DeleteEhem2..
Delete1. ni kami xdak masalah..bilik tidoq kemaih pun kami buleh tidoq..bilik tidoq sepah merata pun kami buleh tidoq..yg penting, masa kami nak tidoq tu xdak sapa2 dok call2 kami..
2. masa tidoq kami x tetap..ikut dan ja..sbb kami memang morning person, tidoq lewat camna pun tetap akan terbangun awai..ahad pun sama..tapi........hakhak..tapi paling lewat pun kami tidoq pukoi 2pagi la..
3. kami ada letak tibi dalam bilik tidoq nih..tapi kami x minat tengok resling..kami tengok bola..kadang2 bola tengok kami..tapi kami xdak mengigau sepak2 bini la..sebab errr..sebab kami mana ada bini..:|
4. tapi selalu gak kami xleh nak tidoq even dah pukoi 2..kami akan bangun dok depan laptop pahtu kami kaco kat blog or pesbuk org..pastu kami baring balik baru la boleh tidoq..
5. kami suka minum ayaq sejuk..sanggup kami turun bawah pi cari ayaq sejuk..dalam peti ais la ni ada f&n oren, teh bunga, soya dgn cincau..buleh pilih nak minum yg mana..
p/s: arini kami masak sup ayam..ni sbnqnya kami tgh tggu sup masak..lapaq aih..sekian entry tambahan drpd kami..harap maklong..
kami kami kami..
Delete1. untungla takde bini kalau tak dah kena sepak cam bola wahaha.
2. part ayaq sejuk tu kami tawu sbb ampa pena cerita kat blog. ampa ni kelakar la sebab gigih p beli air mlm2 buta walau hanya untuk sebungkus ayaq sejuk. #kami tak sure sebungkus/secawan :))
3. Selamat makan sup!. jemput makan. kami kami kami...
eh
hahaha..h wat karangan dah....
Deletechuu gagap ka? hakhakhak
Delete:-w
Deletestress pulak aku tengok pengomen yang berlumba lumba nak menjadi pengomen pertama ni...
ReplyDeleteni yang membuatkan tidur aku menjadi lambat 2 saat daripada biasa...
mohon tk abaikan komen yg berebut2 tu dan semoga dpt tidur lebih lena hahhaha. malam ni awal dua saat ok? :P
Deletetak boleh awal sangat... malam ni malam jumaat...
Deleteamboih., hari2 ko mlm jumaat ye? esok kames ye hahaha
Deletehang apa tau... seluar kecik pun mak belikan lagi...
Deleteok aku noob kbai.
Deletekahkahkah
err hang tidor berkemban pakai tuala putih ka? ni deduksi ak berdasarkan lukisan ko tu..kekekeke
ReplyDeleteimej sekadar ilustrasi. tiada kena mengena dengan penulis. sekian :P
Deletehahahahhaa...aku suka komen ko kopi..
Deleteelakkan berfikir pun salah satu cara tidur lena jugak. :)
ReplyDeletekena shut down otak sat la klu cmtu hihihi
Deletetips tidur lena aku kena tutup lampu jekk :))
ReplyDeleteaku tak perlukan bantal sebab aku tak suka bantal.. kehkehkeh..
bila nak jadi yg first nie !!
-payeh-
oke aku lupe nak masukkan tips ni., aku pon stail cm kau.,, ekceli tido lam terang bole., tp klu dpt yg gelap tu lg nyaman rasenye wahaha
Deletesori lmbat rply :|
Secara kasarnya, aku jarang ikut tips no 2 & 3. Aku suka tidur ikut suka masa aku. Maknanya, kurang kualiti r tidur aku kan? -__-
ReplyDeleteDulu2 masa blaja & duk hostel, aku konon2 takleh tidur tanpa dengar lagu. Pas dah keje, aku dengar pendpt tak elok camtu. Sbb kita tidur dlm keadaan mengkhayalkan kut.
Okeyy r. Masuk tidur dulu. Zzzzzzz
amboi liyaaa awalnye da na tido hehehe., aku dulu pon selalu kne marah dgn ayh aku sebab dgr lagu mase tidur lol.
ReplyDeleteTak tidur pun lagi. Saje je tadi aku nak endingkan komen aku. Zzzzzz
DeleteDulu aku konon r takleh tidur tanpa dengar radio. Lgpun dulu aku suka dengar Mix.fm bukak lagu jejiwang tetengah malam tu. Mula r layan. Bwahaha!
Ayah kau marah, means mmg tul tak elok r kan? Pdhal skang tak dengar lagu bleh je aku tidur -__-
aku minum apa pon kalau dah ngantok tetap senang tido..haha..
ReplyDeletepenatkan bdan sebelum tido cara paling senang tido lena yang lecturer ko tak ajar...ko buat la apa-apa yang patut sampai penat..utk orng yang dah kawin senang je..senggama jer..mesti dapat tido yang lena..tak caya tanye liyaa..kehkehkeh..
-cikgu bundle-
Nape nak kena tanya aku? Kepastian drpd kau jek tak cukup ke? Kahkah!
DeleteBangun subuh jgn lupa mandi wajib dulu =))
sebab ko contoh..aku biasa buat senaman je..kehkehkeh..
Deleteaku malas nak salin2 petua nih..aku print screen terus..zzzzz
DeleteAku kdg2 bersenam, kdg2 men game sebelum tidur :D
Deletegame ape ko main liyaa x)
DeleteRahsia. Hihi
Deletemasa tidur yang tetap tu penting.. kalau tak, memang berserabut jadinya
ReplyDeleteyup2., sy sedang belajar tidur masa tetap :D
Deletemmg bagus petua ni :) biasanya deno akan pasang lagu ...
ReplyDeletetidur lena ye deno dgr lagu hihi..
Deleteaku stress tido kah3...
ReplyDeletelol. x payah tido hahaha
Deleteaku takda hal nak tido..
ReplyDeletekat mana-mana, pukul brp pun xjd hal..
tp kalau aku dh nyenyak tido, jgn nk kejutkan tgh2 mlm..
mmg cari masalah ;p
nota kaki : dulu aku suka tido meniarap tp tak elok katanya so sekarang ni mmg tidur lena bila baring terlentang & tgn atas perut...Zzzzzz...
kenape? nti x boleh tidur balik ke?
Deletebanyak sebab punca susah tidur lena ni.aku cukuplah jadual tidur teratur pasti lena ikut masanya...tapi kalau dah terjaga paling susah nak tidur balik.
ReplyDeletebgus., aku pon tga blaja untuk tidur ikot jadual hehe
Deletexpayah tips .. asal letak kepala atas bantal.. dreamsland sudah ahkak... bhahaha...
ReplyDeletewahh mell mantap., klu penat sgt aku pon cmtu hihi
DeleteTak pernah dapat tido lena wlaupun tak stress mana pun.
ReplyDelete