Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Saturday, December 31, 2011

Duku & Langsat


Rambai--lokasi: kebun arwah atuk.

Langsat, duku, duku langsat., semua ni aku tak reti nak bezakan. Yang aku tahu dalam adik-beradik ni satu je--Rambai. Tengok atas tu dah macam langsir haha :P


Aku: Mak, apa beza langsat, duku, duku langsat?
Mak: Mak pun x reti sangat. Rasanya Langsat paling nipis kulit dia, duku tebal sikit.
Aku: Duku langsat?
Mak: Sedang-sedang je kot.
Aku: Nipis  langsat tu sampai tahap mana sebelum nk dipanggil duku, mak? 
Mak: Mengada la kamu ni!
Aku: kahkahkah XD


stickynote: kejapnye dok rumah, tak puas lagi -___-ll

Thursday, December 29, 2011

Motor Oldskool Ayah


Pagi tu cerah je. Aku temankan mak ke kebun. Menaiki motor ayah yang dah kian oldskool kelihatannya. Side mirror, break semua ke laut. Tapi tu lah yang digunakan ayah untuk mencari rezeki buat keluarga. Sayu.

Dengan berhati-hati aku bonceng mak. "Mak dok leklok" Mak tersenyum--agaknya sebab takde side mirror mane aku nak nampak hihi. Tiba-tiba mak bersuara, "Dulu kecik-kecik mak bonceng kamu naik basikal, sekarang kamu bonceng mak pulak"

Dalam hati aku berbisik -- Mak... :')

Tuesday, December 27, 2011

Chuu Muqhlis


Semua gambar kat bawah ni just random snap masa balik dari Sabak Bernam dengan abang Chuu tempoh hari. Do enjoy the pic. Macam biasa klik imej untuk view yang lebih masyuk :)




Dis pic abang yang snap time Chuu drive -- nak jugak mention sebab sy x mahir driving -__-ll
Nak tahu, selekoh ni bahaya sangat. Pernah ada kemalangan berlaku kat sini terus terlajak dalam gaung kat sebelah tu. Dah la takde perhalang jalan, mana orang tak terbabas. Chuu drive slow giler kat sini hihi :P *Suke tengok detailing langit dan gunung kat sebalik bukit-bukau tu.


Kenalkan abang Chuu-- giler joran. Seriously! 
Sempat berhenti kat tepi jalan, test power mancing kat sini siap :D






stickynote: Tercipta Untukku by Ungu.

Sunday, December 25, 2011

Lullaby




stickynote: i miss your nite lullaby : |


Puas

Chak! dah sampai rumah~ benda first aku terjah, durian. 2nd, pulasan. Tapi belum try makan durian dengan nasi lagi.



Aku sampai je rumah abang aku teros tolong belah durian untuk aku. *contoh abg mithali hihi. Aku makan satu line. Then ayah offer durian kat atas nih, spesis 88 kata ayah. Huh tak penah dengar! Much more mengancam >,<


Ni namanya pokok pulasan ye. Lokasinya di halaman rumah. Tekstur pokok yang menunduk ke bumi, dah berat sangat mungkin. Pss~ pokok ni sangat rendang okai >,<

Next aku update tentang aktiviti kat Sabak Bernam eh. 
Kbai..


stickynote: jage diri baik2 ye  ♥


Saturday, December 24, 2011

Dari Penang ke Sabak Bernam

Mode: Autopublish

Masa post ni di-publish mungkin aku dah sampai Teluk Intan dan seterusnya menghala ke Sabak Bernam. Bukan rumah aku tapi rumah kawan aku. Ada kenduri kawen. So malam ni aku akan spend satu malam di Sabak Bernam. Petang ahad mungkin baru aku balik rumah.

***


Stickynote:  Harap dia pun datang jugak : /

Friday, December 23, 2011

Im going home

Alhamdulillah~ test pun dah lepas, Minggu ni terlebih sibuk dengan penghantaran draft report untuk FYP. Dah selamat submit semalam :) Then pagi tadi sempat la maraton untuk touch up final assignment (After Effect) gigih nak siapkan jugak sebab weekend nih ada program. 

Then only i will go home. Rasa rindu nak balik rumah, makan masakan emak dan paling penting sekarang tengah musim buah-buahan. Im goin to grap the durian HAHA XD 

Hai Selangor, im coming :)


Stickynote: Learning to understand is a process i guess <3



Wednesday, December 21, 2011

Test


Ape ke pelik-pelik je jawapan yang keluar -__-ll


Gigih membelek soalan2 lepas. Baca notanya tidak hihi. 
Petang ni ada test Psikologi Kesihatan.
Semoga berjaya kawan-kawan :)


Monday, December 19, 2011

Shoutbox Beta

Ouh sakitnya hati dinda. Dinda rindu pada shoutbox yang kaler-kaler pink dan biru itu. Arakian sesungguhnya dinda telah melakukan khilaf dengan meremove kekanda shoutbox dari dunia fantasi blog kita ini. 

Adei geli pulak telinga beta  mendengar mulut beta membaca ayat kat atas ni. Grr, beta pun tak faham sama ada beta sengaja remove shoutbox atau tak sengaja telah remove! **Oh no! adakah ini yang dikatakan minda bawah sedar? 

****

Maka sesungguhnya bila mana beta berhasrat untuk install semula adalah amat keciwa di hati beta...

Emel: ****@gmail.com
Passward: Apekah (Lupe sudey)?! ><

Dan lebih keciwa apabila beta mengetik button 'forget passward' dibalas dengan kata-kata kesat "This email have never register with us" Sungguh, ini perbuatan durhaka terhadap beta!

Beta pasti sekalian rakyat blogger tahu bahawa shoutmix akan mengenakan cas untuk penggunaan aplikasi berkenaan. Maka kisahnya beta terpaksa memilih pelan yang memerlukan beta untuk membayar sejumlah wang jika sekiranya beta terpaksa mendaftar semula. Sedangkan beta tahu duit ptptpu beta sendiri kian susut seiring surutnya gelombang ombak rindu. 

Mana-mana arjuna atau arjunawati yang dapat membantu beta, akan beta hadiahkan mereka dengan jalan-jalan makan angin. Ngaaa~ sila sediakan mulOt yang ternganga luas.


Ouh, beta tak mahu guna Cbox. Cbox tak syiok! 


Sunday, December 18, 2011

Hiking

Petang semalam secara tak sengaja aku dah terjoin  member aku 
untuk hiking di Bukit Jambul, Penang. 
Last minute decision. Ini sangat serius. 
Orang cakap selalunya kalau last minute mesti jadi punye. Iye ke?

Memperkenalkan, Cik Tun dan Chuu 

Ena Chin, sangat sporting punya olang :D




Arrow pon boleh buat main. Kalau macam ni memang la boleh sesat, 
nak kena gali tanah untuk meneruskan perjalanan XD

Kesian kawan aku, kepenatan dah muka dia :P

Dah sampai kat puncak Bukit Jambul!
Heaven giler dah berjaya ^^~
Sekejap saja, 30 minit pendakian




Masa nak turun dari puncak, kami decide nak ikut jalan yang lain. (bukan jalan yang sama macam masa naik) Jalan tu tak ramai orang. Serius masa kami bertiga turun memang takde siapa-siapa. Jalan tu lebih curam dan mancabar. 

Kononnya nak turun cepat-cepat. Tapi hari makin gelap. Aku dah mula fikir macam-macam. At one point kami tersesat jalan. Then, try patah balik, daki semula and folow jalan lain lagi. Alhamdulillah sampai jugak ke bawah. Kalau tak, tak dapat la aku nak cerita pada anda-anda macam ni, ye dak?



Tu la, main lagi dalam hutan time maghrib -__-ll
p/s: klik imej untuk kualiti gambar yang lebih masyukk :D

Saturday, December 17, 2011

Gaming Again


Suddently i have so much time. Tetibe kan? Sebelum ni ketagih dengan Highstreet5. Memang payah nak stop. Tapi alhamdulillah berjaya jugak quit dari game tu muwahaha. This time is another, tapi game yang lebih ringan and santai. Yang paling penting its free! yuhoo. Before ni bergolok gadai topup untuk Highstreet5. Bodoh betol~ kalau tak, duit topup tu dah boleh dapat henfon seketul!


Minecraft-- get into a world that u can build almost anything! ngahhh~ gigih gile aku speak0ng LOL. Sempoi je game ni macam main lego. Grafik pun low je. Dari bangunan, character, replika.. macam-macam orang dah bina. Sometime rasa.. wargghhh~ amazing & kretif giler diorang ni boleh bina benda power2.



Kat atas ni adalah usaha sama aku dan Cek Chak.  Membangunkan sebuah taman la kononnya tapi mostly Chak yang bina sebab aku tak boleh nak stand lama2 main game ni. Boleh terkeluar isi perot aku. Pening (efek view game nih yang terpusing-pusing -___-ll). Tengok, semalam ahli nutrisi, hari ni part time kontraktor pulak wakaka.


This is so nice. Mr Mario dan kawannya *sirius tak tahu nama kawan Mario. Pandai Cek Chak bina :) 


Lets check out apa player lain dah pena bina. Aku google je nih wakaka.





Kreatif kan?
** dis entry got too much pixel meh :P




Friday, December 16, 2011

Proses Pemakanan


Masa siang hari boleh la nak makan banyak-banyak. Yang paling penting sekali adalah breakfast. Dikatakan bersarapanlah dipagi hari serupa seorang raja, makan tengahari seperti ahli eksekutif dan makan malam seperti seorang papa kedana. (Lecturer aku yang cakap nih) Walaupun sebenarnya aku memang sangat susah untuk mengambil breakfast tapi terpaksa jugak terima fakta ni.


Dalam tempoh 8 malam hingga 4 pagi adalah proses penyerapan. Jadi malam-malam buta jangan nak melencong ke restoran mamak Khalel mahupun Subaidah untuk pekena burger khalel, teh tarik gelas komtar mahupun roti canai ye. 


Yang ini mesti ramai yang bersetuju. Maka tidak hairanlah kalau pagi-pagi tandas serbaguna akan menjadi sesak lagi-lagi tandas asrama, kolej mahupun pejabat. Pandai-pandailah bangun awal untuk tempah tiket ye :D



Fleksibel sungguh aku ni, tiba-tiba jadi ahli nutrisi pulak HAHAHA XD


Saling

Situasi yang aku nak gambarkan di sini adalah situasi  kemalangan. Kemalangan kat jalan raya la kawan. Selalunya kalau family, suami, isteri, boipren or gurgurlpren korang nak travel mesti kita akan pesan supaya berhati-hati kan. Tapi sekuat manapun kita berhati-hati kalau dah orang lain pun yang dok pandu sama atas jalan raya tu macam haram memang bahaya tu akan datang jugak.

Nak cakap kat sini semua pemandu kena la saling barhati-hati. Kesian kawan aku, tak pasal-pasal eksiden. Eksiden kena langgar dengan mat mabuk pulak. Siapa tak panas. Syukur takde yang cedara. Entry ni aku boleh anggap sebagai pakej kempen keselamatan jalan raya la jugak :P

Cakap pasal saling berhati-hati, perilaku saling ni orang cakap biasanya berlaku antara dua pihak. Eh kejap, bukan orang cakap tapi memang hakikat. Ni kalau tanya budak sekolah rendah pun aku rasa diorang boleh faham. Tapi takde la pulak nak tengok dalam satu sudut yang fix sangat kan? Tak semestinya dalam perhubungan saja. Macam yang aku bagitahu tadi. Kat jalan raya pun perlu saling. Saling berhati-hati.

Sesungguhnya malang tak berbau. Kalau berbau kalau boleh yang wangi.


Thursday, December 15, 2011

Hilang

Assalamualaikum. 


Lama tak update blog kan? Sampai kawan aku sendiri tetiba mesej, "Oii, apsal blog kau macam dah tak gerak je?" Walaupun sekarang ni memang agak busy dengan assignment dan test yang akan datang tak lama lagi. Ditambah pulak dengan mood blogging yang entah ke mana hilangnya, aku pun tak tahu.

Dalam hati rindu nak berblog, blogwalking, bertegur sapa dengan blogger yang lain, nantilah. Mungkin sem break ni ada masa yang lebih terluang *alasan sangat kan (padahal sem break ni agak-agak banyak jugak kerja nak kena buat) 

Nanti free aku datang blog korang eh. Semoga semua sihat saja hendaknya. Esok ada presentation subjek keusahawanan. Doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan. Insyaallah :)


Thursday, December 8, 2011

Kembali Pada Dia

Ada sorang kawan nih, aku penah mengadu kat dia sebab ada orang tak berapa berkenan dengan aku. Kawan ni pulak cakap kat macam ni --"Kau kena tahu, tak semua orang suka kita". Mula-mula dengar dia cakap macam tu agak-agak sentap tak sentap jugak lah kan. Tapi bila aku fikir-fikir balik, memang betul pon, siapalah kita ni nak semua orang suka dan terima kita. 

Kadang-kadang bila datang satu masa, hati rasa resah dan gelisah, ada je yang tak kena, pada saat itu, mulalah kita kembali pada DIA. Masa senang jarang sangat kita cari DIA. Bila difikirkan kembali bersyukur adalah lebih baik. Kalau hanya dengan cara ini membuatkan kita kembali pada DIA. Percaya Dia sentiasa ada bersama kita. InsyaAllah :)


awan kepul-kepul



Hyep! lama  x update kan? Apa nak diherankan bukan blogger femes almes pong :P


Pernah tengok orang post maki2 kat fb? 
Pernah tengok orang naik status touching2 kat fb? 
Tipo la kalau tak penah, 
Sedangkan diri sendiri pun sometimes ada terlajak jugak, ye d0k.


Bak kata kawan aku,
hidup kita memang tak selalunya happy dan ceria
tapi x guna jugak kalau nak miserable setiap masa
kacau mood orang lain je
kahkahkah~


tetiba terasa kena batang hidung aku lak.
what ever peace yaw! :D


trololoL xD



Friday, December 2, 2011

Se-Ronok

"Kamu semua ni kira beruntung dapat lecturer macam ni, boleh gurau-gurau lagi" macam tu lah lebih kurang dialog lecturer aku. Lecturer untuk subjek Penjanaan Imej Berkomputer. Beliau sememangnya antara lecturer yang sporting kat school art. Mungkin sebab sifat beliau yang mudah didekati menjadikan pelajar senang berkomunikasi dengan beliau. *Oh apekah ini; skema betul aku mendengarnya.

"Oo.. seronok ye kamu".. kata beliau selepas membuat lawak dalam kelas kelmarin.
"Dua ronok la .. hahaha" kawan aku yang lain mencelah..

Lecturer aku terus menyambung, "kalau banyak seronok?"
"Beronok-ronokkk.." masing-masing menjawab dengan gelak tawa.

Dari suatu sudut, kawan aku (seorang perempuan berbangsa cina) melaung dengan nada yang agak tinggi.

"BUKAN LAH!! its MULTI RONOK!"

lol.

Thursday, December 1, 2011

Mamak Bola dan Myvi

Malam tu Manchester Utd menentang Newcastle. Malam dah agak larut tapi boleh pulak aku dan empat lagi member pekena roti canai kat mamak sebelah kolej aku ni. Kira ni kedai mamak paling femes lah untuk student2 kat sini melepak. Walaupun kalau nak diikutkan aku sendiri jarang makan kat sini.

Masing-masing galak bersembang. Macam-macam topik keluar. Dalam suasana yang agak hingar dengan sorakan jejantan dok melangut tengok bola tapi still boleh mendengar cerita-ceritun dari member aku yang lain. Dan entah berapa minit kemudian, agak2 dah panas punggung, mata pon dah layu... sedap kiranya aku mendapatkan bantal dan tilam untuk beradu. Nak pulak perut dah terisi.

Ketika itu juga perlawanan berakhir sebab aku perasan kedai tu mulai lengang. Selesai urusan pembayaran di kaunter aku pun mengatur langkah menuju ke kereta. Nak balik tidur. Aku perasan aku jalan paling belakang antara kawan2 yang lain. Dengan yakin aku menuju ke sebuah proton myvi. Aku nak bukak pintu.

Dem! macam mane member aku bole bertukar jadi jantan. Dengan selumber aku patah balik berjalan ke kereta sebelah (kereta myvi yang sepatotnye aku naik dengan kawan2 aku yang lain) Dengan kawan aku, dengan jantan dalam kereta myvi sebelah bantai gelak. 

Ciss!
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.