Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Thursday, December 1, 2011

Mamak Bola dan Myvi

Malam tu Manchester Utd menentang Newcastle. Malam dah agak larut tapi boleh pulak aku dan empat lagi member pekena roti canai kat mamak sebelah kolej aku ni. Kira ni kedai mamak paling femes lah untuk student2 kat sini melepak. Walaupun kalau nak diikutkan aku sendiri jarang makan kat sini.

Masing-masing galak bersembang. Macam-macam topik keluar. Dalam suasana yang agak hingar dengan sorakan jejantan dok melangut tengok bola tapi still boleh mendengar cerita-ceritun dari member aku yang lain. Dan entah berapa minit kemudian, agak2 dah panas punggung, mata pon dah layu... sedap kiranya aku mendapatkan bantal dan tilam untuk beradu. Nak pulak perut dah terisi.

Ketika itu juga perlawanan berakhir sebab aku perasan kedai tu mulai lengang. Selesai urusan pembayaran di kaunter aku pun mengatur langkah menuju ke kereta. Nak balik tidur. Aku perasan aku jalan paling belakang antara kawan2 yang lain. Dengan yakin aku menuju ke sebuah proton myvi. Aku nak bukak pintu.

Dem! macam mane member aku bole bertukar jadi jantan. Dengan selumber aku patah balik berjalan ke kereta sebelah (kereta myvi yang sepatotnye aku naik dengan kawan2 aku yang lain) Dengan kawan aku, dengan jantan dalam kereta myvi sebelah bantai gelak. 

Ciss!

10 comments:

  1. ko ade masalah penglihatan ke chuu..kahakahakah..

    ReplyDelete
  2. walaupun penuh dgn perkataab sahaja tp sy still nak gelak sbb sy ada di situasi tu....

    ReplyDelete
  3. hahahah... nak gelak guling2.. malunya..!!!:D

    ~~lain kali pakai spek mata..:P

    ReplyDelete
  4. err chu, sapa menang lawan bola mu ngan newcastle tuh ? :P

    ReplyDelete
  5. seb baek ko tak dingorat oleh diorang hohohooho

    ReplyDelete
  6. hahahahhahaha...sib baik tak sempat naik. hahahhahaha..

    ReplyDelete
  7. Hihi..Im MU fanz too...kawan Kiz tak penah miss tengok MU lawan...

    ReplyDelete
  8. bstu, mas sampai umah ko xsumbat ke muka ko dalam laci sebab kemaluan yang amat sangat.. hahaha

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.