Err..entry ni aku dah karang semalam taw.
Akhir-akhir ni Putih kian menjadi
buruan jantan-jantan dari kawasan sekitar. Setakat ni ada tiga ekor jantan yang
sanggup bergadai nyawa berkelahi demi dia. Putih pulak relaks je macam takde
apa-apa yang berlaku. Maklumlah, Putih sudah tidak boleh hamil lagi kerana ini.
Demi mengelakkan jantan-jantan keparat sekalian berkelahi sesama sendiri maka
emak kurung Putih kat dalam sangkar. Yelah, jantan-jantan sekalian sememangnya
berkelahi sesame sendiri, tapi.. tetap mengganggu ketenteraman awam tahu tak?
Ahh, jantan-jantan sekalian memang tak akan faham. Tahunya hanya untuk
memuaskan nafsu yang kian gatal dan membuak-buak. Aku syak macam tu lah
agaknya. Kalau tak, kenapa mereka sanggup bergadai nyawa dan terhegeh-hegeh
datang mencari Putih.
Jenuh dok panggil tapi tak mau pandang -_- |
Tiba-tiba teringat masa Putih
kena kuarantin suatu masa dulu. Dulu kan, aku belajar sesuatu. Masa putih baru
lepas dioperasi untuk tujuan kemandulan..err atau tujuan memandulkan. Sementara
nak tunggu pulih tu kami kuarantin Putih dalam sangkar. Heran kami, selama
lebih kurang tiga hari Putih langsung tak syusyuu mahu pun buang air besar.
Sampailah aku letak timbunan pasir dalam polistrin dan aku letakkan dalam
sangkar tu, terus Putih syusyuu. Penuh satu poliestrin. Euww~ Kena ada pasir
rupanya. Macam manusia. Kena ada jamban! HAHAH.