Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Wednesday, June 27, 2012

OCB

Pernah jadi macam ni?


Ni namanya Obsessive Compulsive Behaviour [OCB]. 
K, tu je aku nak bagitahu :))




# Like n Share to win at Rosales Couture!

Sunday, June 24, 2012

Fobia

Iklan: Rosales Couture.

****

Bersebelahan bilik aku ada halaman kecil cantik je diselimuti dengan rumput kaler hijau yang ala-ala tak berapa nak karpet..dan, katil aku pulak terletak besebelahan dengan tingkap yang menghadap halaman berumput hijau tak berapa nak karpet tadi. Dapat bayangkan?

Ok, jump into the story, time tu aku tengah tidur, tidur yang tak terlalu lena dan tak juga terlalu tidur-tidur ayam, entah lah..kiranya aku tidur dalam keadaan gud2 je. Tingkap kat sebelah ni terbuka. Dalam aku tengah tidur secara gud2 tadi, tiba-tiba dalam separa sedar aku rasa kaki aku macam sejuk-sejuk je. Aku fikir mak aku datang pegang kaki aku sebab nak tolong kejut. Yelah, tidur waktu siang. *err..sempat lagi fikir walaupun tengah tidur =))

Bila aku bukak mata, lain yang aku fikir, lain pulak rupanya yang pegang aku. Terkejut gila ada seekor ular kaler hitam. Aku tengok ular tu, ular tu pon tengok aku! dua-dua terkejut. Benda tu berlaku laju sangat. Sekelip mata je ular tadi melompat turun terus ke lantai. 


Sila jangan tanya aku macam mana ular tu melompat. Aku fobia [-(
Korang ada fobia?


Tuesday, June 19, 2012

Noob Noob

*****
"Kau tu yang noob!" Aku rasa tak adil bila ada orang cakap macam tu sebab semua orang pernah jadi noob. melainkan kau memang dilahirkan untuk jadi warrior yang keluar je dari perut mak kau, tak sempat nak uwekk (bukan muntah tapi nangis), kau dah pandai berlari.

Dalam konteks berblog, aku sendiri mengaku masih noob. Blog ni baru berusia dua tahun mungkin antara blog celah gigi yang tak menjamin apa-apa pun samada pada aku apatah lagi pada siapa-siapa. Cuma, aku sayang tulisan dan kawan-kawan yang aku ada dari blog ni.

Jauh lagi dari apa yang aku cuba sampaikan. Let say aku bagi satu situasi:

Satu hari kau blogwalking ke blog orang-lain-yang-kau-tak-kenal, tiba-tiba entah angin dari mana datang rasuk kau untuk baca satu entry yang orang-lain-yang-kau-tak-kenal tu taip. Secara faktanya, kau pernah jumpa isu yang sama dari belog yang berbeza, bulat-bulat macam orang-lain-yang-kau-tak-kenal tu tulis (cuma cara olahan yang berbeza). Bukan sekali, tapi dua tiga empat kali."Orang lain dah lama tulis pasal benda ni lah. Noob" kau cakap dalam hati sebab kalau kau cakap terang2 pon tak guna serupa cakap dengan laptop. 

Ok, hold dulu situasi ni.

Satu lagi situasi. Satu hari kau share satu benda yang kau rasa baru dalam life kau. Baru bagi kau tapi tak bagi sesetengah manusia yang boleh dianggap superseniorita dan lebih berpengalaman. Silap hari bulan kau kena gelak sebab beliau yang superseniorita tu 10 tahun lebih kehadapan, 10 tahun lebih dahulu tahu dan 10 tahun kali dah terbiasa dengan benda yang kau rasa baru tu. Dan kau yang mulanya eksaited dengan benda baru tu terus rasa down macam baru jatuh dari tingkat 84 sebab kau rasa diri kau noob. Tak ke sakit?

Kesimpulannya, janganlah kita memperkecil rakan-rakan yang baru dalam dunia blog, lagi2 macam aku ni :"> :)) Salah ke jadi noob? Awak tu niat dalam hati tu sekadar untuk borkongsi. Kamon-lah, semua orang pernah jadi kanak-kanak. Tipulah kalau kau cakap tak pernah berak dalam pempers. Lainlah macam aku, memang tak pernah..sebab zaman aku kecik-kecik pakai kain napkin je wakaka.


#Noob merujuk kepada 'newbie' atau orang baru dalam sesuatu perkara.

Sunday, June 17, 2012

Cheezy Blueberry Tart

Not too bad for a very-first-timer like Chuu Muqhlis, agaknye la XD
Sesuatu yang istimewa pada hari yang istimewa untuk orang yang teristimewa--rasanya tak rugi. Aku berfikir 2, 3,4,5 kali sama ada nak share rasipi atau tak kerana aku dah yakin sangat dalam maya ni bersepah-sepah tunggu masa untuk kau gugel dan klik saja, betul? Selamat hari bapa, ayah, daddy, baba, abi, walid, papa, abah dan yang seangkatan dengannya, korang pakai yang mana satu--pilih saja. Besarnya pengorbananmu. Senyum besar2 untuk anda semua :D



Saturday, June 16, 2012

Putih Pan-Asia: Pendirian Aku Luntur

Korang.. kenalkan, ini Putih. Sebenarnya aku dah pos gambar ni kat fb semalam. Kawan-kawan blogger yang ada add fb aku mungkin dah tengok. Dengan terhasilnya entry ni mungkin melunturkan pendirian aku sebelum ni yang aku tak berminat dengan kucin.  SINI.  COopp!

Aku tak cakap memadamkan pendirian, tapi melunturkan saje okei. #taknakkalah =))


Mata biru, ekor serupa penyapu suka main dalam semak -___-ll
Putih & her mumy yang sedang preggy--bakal dpt adik baru LOL

Dalam sesetengah perkara, pendirian aku memang tak berapa nak teguh. Samalah dalam kes aku-tak-suka-sayur. Dan tak mustahil satu hari nanti, Cik Chuu yang tak makan kerang ni akan jadikan kerang sebagai makanan die hard fanz beliau. Sekarang hati aku belum terbukak. Oh~

Friday, June 15, 2012

Tua


Petang tu nenek seperti petang-petang sebelumnya, duduk di atas kerusi roda di beranda rumah melontar pandangan jauh keluar. Nenek dah uzur. Tapi kali ni aku nampak mungkin lain. Petang yang ceria. Entah ape yang nenek sedang gelakkan.. aku sendiri tak ambil pusing. Nenek berbual-bual dengan pembantu indonesia (bibik) yang menjaga nenek. Sesekali emak pun mencelah sama, join borak sekaki.  Aku memang tak berapa rapat dengan nenek.

Sampai satu ketika nenek gelak sampai tersyuu-syuu kt situ. Biasalah, dah tua kan. 

Maghrib hampir menjelang. Masa tengah mop lantai tu, aku tengok nenek menatap sayu. Mungkin rasa bersalah, atau malu--aku sendiri tak pasti. Yang pasti aku rasa sayu tengok nenek menangis. Satu tahap bila mana kita sudah tua dan tak boleh nak buat apa-apa selain mengharap bantuan dari orang lain, bila mana mata semakin kabur, badan lemah tak berdaya, sakit di sini sana, telinga pun makin kurang jelas. Mungkin kita akan rasa.

Arwah nenek pon dah takde dan aku tak akan lupa peristiwa ni.

Tuesday, June 12, 2012

Cashout Nuffnang

Amboi amboi amboi amboi..terbakor tengok tajuk.

Aku cek-cek akaun nuffnang--dah cukup untuk cash out. Alhamdulillah BE pon masih ada. Mohon rajin beri sumbangan..kehkehkeh.. Btw, terima kasih pada yang banyak menyumbang. Kalau nak diikutkan memang blog Chuu Muqhlis ni lembab untuk earn up cash lagi-lagi tuan blog ni pemalas nak up entry or blogwalking or apa-apa-je-larh kan. *cett! aku je boleh cakap tuan blog ni malas, orang lain no no no! ;;)

Sebab aku prefer berkenalan dan bersahabat dengan blogger-blogger yang aku jumpa, mungkin inilah yang menjadi punca kelembapan ekonomi blog ni. Tapi ape nak kesah, sebab aku nak korang tahu betapa persahabatan itu lebih penting dibandingkan dengan earning yang ada. 

Tipu la kalau aku cakap tak jeles bila berdepan dengan manusia manusia yang berjuta kali ganda mengaut keuntungan dari aktiviti berblog, yang hampir setiap jam tepek muka depan blog. Aku pon ada kerja lain nak buat. Rezeki masing-masing, langit tempat aku dan mereka tak akan pernah sama~ eh!

# Jemput singgah ke Rosales Couture.

# Mohon vote untuk papa boiboi I kat sini :"> 
#FordRangerChallange peserta bernama joecharlie. Ty!

Monday, June 11, 2012

Lucky-- London The Summer Musical








Such a beautiful song, nice to hear and nice to sing. A song that will remind me to my first love. Rolling my memory tape ten years back, we are so friend during our childhood then i lost him as my good friend coz his family had to move to another place, for the sake of his father's job *i guess. What a kid like us can do..so we just lost in contact.

After that super ignorance ten years, he suddenly appear in my life and I don't know where the hell he could find me and surprising we do declare as couple. So, here where the song comes! A song entitles Lucky by Jason Mraz and Colbie Caillat. Unfortunately i just can accept him as a friend. It was too complicated. Maybe i'm too cruel on him. >^<

Now we are just friend and i do thank and love what i have now-- jodoh pertemuan di tangan tuhan, so who knows our future :)

# This post is in conjunction of a Nuffnang contest, Sing Away Your Summer days with Sunway Lagoon








gudluck chuu~kehkehkeh :))

Sunday, June 10, 2012

Feeling Deep Deep



The worth pain is when you are smiling..
JUST to stop the tears from falling.




#guarasamacamtengahupdatestatuskatfesbuk :))



Wednesday, June 6, 2012

Trolling In The Deep Lalala~

Bas dah mula bergerak. Ye, aku dapat rasakan. Aku selak tirai yang menutupi jendela. Memang dah bergerak..takde rasa-rasa lagi--kali ni aku yakin. Dan kemudian aku berpaling ke kiri menatapi seraut wajah yang ku rasa amat mendamaikan. Mungkin kedamaian dek kasih dan sayang yang tertanam. Aku senyum--bahagia. Bahagia kerana ada dia menemani aku dalam perjalanan kali ini.

Cukup untuk aku katakan yang aku hanya berangan. Tettt!

*****

Dari tingkap bas sekadar cuma. Aku jenguk kepala keluar, harapan untuk menatap wajah kau kali akhir sebelum aku bertolak. Ye, aku sendiri kini. Tatapan wajahnya yang penuh shahdu, aku tak tahu apa yang bermain di dalam hati dan minda kau. "Gonna miss you..



Dan aku berangan lagi--ada dia menemani aku..

*****

Hakikatnya aku memang sendiri. Terkedek-kedek angkut beg galas warna hitam berkasut snekers. Baget dah cool sangat lah tu? Semua tu belakang cerita, aku dah selamat sampai. Huntonglah, orang lain study week, aku study month muakhakha :))


Babai Penang..haihai Selangor :D

Monday, June 4, 2012

Aku Terkosa Kata


Sejak aku berumur 13 tahun lagi aku dah merantau. Menuntut di asrama. Mase aku melanjutkan pelajaran kat matrikulasi, aku jumpa ramai kawan yang rata-ratanya berasal dari entah mana-mana negeri, bersepah-sepah serupa rojak pasembor. Sedap dan umph! Cett, tiba tiba aku rase nak lahap pasembor Penang sebelum berangkat keluar dari pulau ni.

Berbalik pada pasembor cerita tadi, maka banyak jualah kosa kata yang aku jarang jumpa atau lebih tepat, tak pernah jumpa, aku jumpa sepanjang perantauan ni. Tak mungkin aku nak senaraikan semua kosa kata pelik lagi ajaib tu. Cuma satu je yang aku nak kongsi kat sini sebab aku rasa perkataan ni kelakar--bagi aku la.


Perkataan yang kawan aku sendiri gunakan. Beliau orang kedah, Farah namanya. Satu hari, aku nampak Farah dok srott srott..maka aku tahulah dia selsema. Dah lumrah orang Malaysia dah tahu pon lagi mau tanya kan. "Kau selsema?" aku tanya dia. "Iya, malam tadi aku ketat hidung"

"Hidung boleh ketat or longgar meh??" 

Yang biasa sangat aku dengar, hidung tersumbat. 
Yang ni lain pesen pulak :))


**Aku post entry ni sebab nampak perkataan pelik jatuh bantal kat 
blog Ym Bundle =))

Saturday, June 2, 2012

Lets The Pics Do The Talks


Ngaaa! :D

Friends and lecturers

Closest friend mase tahun satu.
Getting along together with lots of memmoriess :D

Maybe this is the last--with my supervisor

Meet Cik Tun, nak kena tarik lidah kasi ikat kat pokok!

Having too much excitement, am i? =))
meet abg azmeer, pengerusi untuk dinner malam ni ^^

Friday, June 1, 2012

Menatam Hijau Hijau


Siapa kat sini penggemar sayuran atau orang putih sangat tu cakap vegetarian sila angkat tangan tinggi-tinggi siket , aku nak tengok. Huh! aku dah agak sorang pon takde yang sudi nak angkat tangan tinggi tinggi depan pc sambil ngadap blog Chuu Muqhlis nih. Gile ke hape?

Kalau kawan-kawan rapat aku mungkin diorang tahu yang aku ni bukanlah spesis yang hadap sangat bila berdepan dengan sayuran ni. Mungkin sebab aku dah terbiasa dari kecil. Haipp!! jangan salahkan ibu mengandung. :D 

Mase aku kecik kecik dulu, entah agenda dari mana dah berjaya terserap meresap ke dalam kepala otak aku yang mengatakan sayur tu memang siket pon tiada istilah sedap yang boleh aku labelkan kepadanya. Pahit lagi hado! itu dulu. At least sekarang aku dah boleh telan menatam menatam yang kaler hijau nih.

As time goes by.. eceyh.. Aku rasa sayuran ni tak lah teruk mana kalau nak dibandingkan dengan mentalliti aku masa zaman aku melayan dragon ball dan sailormoon dulu. Entahlah. Mungkin sebab aku sendiri yang terlalu memilih plus cerewet.  :-&

P/s-- Lai lai usyar korean style kat sini, Rosales Couture 
special untuk adik maneess :D



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.