Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Sunday, August 28, 2011

Ramadan dan Syawal Itu Berjiran, Tak Jauh Mana Pun




Amboi bukan main lagi ye. Punya lah jauh beza perangai, padahal sebelah-sebelah je ramadan dengan syawal tu. Dan sebelum semua orang makin sibuk sebab menyambut kehadiran syawal yang bakal menjelma..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :D
--Selamat Hari Kemerdekaan juga ^^~

Saturday, August 27, 2011

Kenapa Mak Cakap Benda Pelik-Pelik? Kenapeeee..?


Elok je aku duduk menyimpul popia untuk dijadikan popia simpul sempena aidilfitri yang bakal tiba. Tiba-tiba mak mencelah..


Emak: Tahun ni kamu 21 tahun ye..?
Chuu: A`ah mak.
Emak: Emak dulu 21 dah kerja, 22 tahun dah bertunang.
Chuu: Emm ? *dalam hati
Emak: 23 tahun mak dah kahwin dengan ayah.




Rilek dulu mak, awal sangat nih :D
Tiba-tiba je kan -____-||


kbai~ nak tidur.

Nami Island, Korea

Tadaaaaaa~ Chinkk! *senyum dengan gigi berkilauan. Laptop dah kembali bernyawa. Awal tak awal jugak lah update post hari ni. Tak sangka pulak ada yang nebes dengan entry semalam wahaha XD


Let see apa yang Chuu ada..



Originally from Korea. Semua orang pung pang pung pang dapat kad raya. Chuu dapat jugak ngiahaha! Dari seorang blogger, nama dia Tqa. Baru-baru ni Tqa melancong ke Korea. Chuu kenal Tqa masa cuti sem yang lepas. Kira dah setahun lah jugak. Rasa bermakna sangat dapat benda nih. Terima Kasih Tqa :D



Blogging is about friendship.



Stickynote: Doa-doa lah Chuu murah rezeki, rasa next year macam nak post kad raya kat kawan-kawan blogger ngee :P

Wednesday, August 24, 2011

Sempetart yang hilang!

Weeeee~ clap clap clap ^^~ pestaim buat sendrik *ini serius-- dari menyukat, menguli doh hingga membakar. Ermm., nak main teka-teka macam semalam tak?  tak payah lah.. XD

Hasil tangan Cek Chuu; harap takde yang koma -___-||

Dan lepas ni Sempetart hasil kacukan kuih semperit dan tart tidak akan wujud lagi kerana acuan kuih tart sebenar telah ditemui. Baru lah original Kuih Tart Nanas. NGIAHAHAH!! Tapi seriously hari ni pun kebetulan ayah buat dodol. Sama sangat macam kes Sempetart




Macam tak percaya>__<||
*Pitam!

Tuesday, August 23, 2011

Paling senang di alam semesta!


Awal-awal pagi lagi mak aku dah gegar bilik aku. Macam segmen Ben Ashaari pulak *Abg Ben kan suka buat segmen gegar-gegar nih :P Minggu ni maraton kuih raya; Cornflakes Bermadu---kuih raya paling senang di alam semesta! 

Cornflakes, butter dan madu. Bakar lebih kurang 5 minit dan siap. NGAPP!! opss..puasa. Tapi dah bakar ke, belum bakar ke aku tengok macam sama je. Korang rasa gambar kat bawah ni mana satu dah bakar, mana satu belum bakar? 






Jawapannya, takde beza..dua-dua belum bakar XD

Happy Birthday Chakk






Sebenarnyakan, blog nih  Chuu buat untuk Chak, share ape yang chuu buat dan apa-apa yang chuu rasa, tapi lama2 jadi blog komersial lak HAHAHA. By the way, happy birthday!




p/s: misu~



Saturday, August 20, 2011

Sahur Ho Ho Ho


Pada suatu subuh yang sejuk giloz...di bulan Ramadan..



Psst! Hari ni chuu nak buat kuih raya dengan mak--Popia Simpul; 
Siapa nak tempah?  XD


Thursday, August 18, 2011

Cendol Canggih


Ayah : Ape lah.. semua benda nak amek gambar...
Chuu: Ayah nii >__<"



Korang! pernah tak makan benda ni? Komfem pernah. *Sendiri tanya, sendiri jawab sebab semua orang tidur lagi -__-||) Kuih ni is actually cendol taw. Selalunya orang minum air cendol tapi dis time makan ngap3! :D


Elok je dia asingkan gula, santan dan cendol. Pakai agar-agar mungkin. Inovasi cendol :P
Kbai nak tidur.


Wednesday, August 17, 2011

Chuu memang macam ni..


Chuu selalu pergi bazar ramadan dengan abang chuu. Ayah chuu cakap pasar ramadan (PARAM) :P  Itu pun kalau abang balik. Jalan sama-sama pusing satu bazar tuh.



Tapi chuu jarang pergi bazar ramadan dengan ayah...


Erkk! Ayah..  >__<''



Men-doodle-larh-konon



Dah lama rasanya tak buat entry under label fotografi. Lately aku perasan yang aku asyik sibuk buat doodle-larh-konon untuk entry-entry aku. 


Stickynote:Ni bukan entry Wordless Wednesday (WW). 
Aku tak pernah buat benda WW tuh! XD
P/S: Salam Nuzul Quran :)



Tuesday, August 16, 2011

Kucing Dara


Pestaim aku letak gambar kucing dalam blog nih. Tak letak, rasa tak berbaloi pulak aku bergolek-golek atas rumput basah pagi tadi. Aku tak berapa nak minat dengan kucing. "Alololo comeynyeewww tucin nih..." memang harapan la nak dengar ayat ni dari mulut aku.


Mungkin sebab dah biasa dari kecil tak pernah bela kucing. Bukan tak nak tapi mak memang tak bagi bela kucing. Aku akur. Kesannya sampai sekarang, terus aku tak berminat nak bela kucing. 


Bukan salah ibu mengandung LOL!
*Tetiba!

Monday, August 15, 2011

Rasa Ngilu

Cikgu sekolah check kuku setiap minggu. Memang tak pernah miss. Ada seorang member aku nih, lelaki berbangsa India. Sunther nama dia kalau tak silap aku. Every week mesti kena denda sebab tak potong kuku. 


Sampai satu tahap cikgu aku dah tak dapat bertahan dengan kedegilan Sunther yang tak nak potong kuku tu. Kalau nak diikutkan boleh dikatakan tiap minggu jari dia kena ketuk. At last cikgu tu jatuhkan hukuman yang aku sendiri tak jangka. Bersila depan kelas, asah kuku kau kat lantai sampai kuku yang panjang tu jadi pendek. Dapat bayang tak, macam cakar-cakar kuku kat lantai? 



Aku kalau bab kuku nih sometimes ngilu. Jangan tak tahu  pulak ngilu tu apa. Perasaan yang tak tahan sangat kegelian apabila mendengar melakukan, atau melihat sesuatu. (Definisi cam haram -__-||) 


Aku memang tak boleh blah kalau orang gores-gores kuku kat papan hijau. Sekarang kat sekolah-sekolah dah pakai white board dan marker, untung lah. Zaman aku sekolah rendah masih papan hijau dan kapur. Kalau stok budak yang nakal-nakal tu suka lah nak kenakan orang. Memang mintak pangg la jawabnya XD





Stickynote: Salam 15 Ramadan :)

PREVIEW--Acer 4775G

Masa terlalu pantas je rasenya. Padahal pada awalnya nak menanti untuk sampai ke penghujung tu bukan main lama lagi. Bila intern dah habis ni ha, amek kau! 3 bulan, SEKEJAP KAN?

By the way, this is the first time post entry. Oke tipu; first time post entry via lappy baru. wiwiitt XD
Acer Aspire 4755G. Time kat lowyat last time aku tembak 3 jenis laptop. Lenevo, Asus, dan Acer nih, at last angkat Acer.





Kalau tengok kepada spec dia, *preview sikit) Intel Core i5 + 4GB RAM DDR3 plus bole up to 8GB. 640GB HDD. Graphic Card--Nvidia GeForce; 2GB. Yeah! Vroom3 :P 

Walaupun acer ni pakai Dolby Advance system tapi bass dy kureng sikit lor. So, sound dia x puas hati sangat. Bateri pulak kalau fullcharge; boleh tahan sampai 3 jam sahaja. Jom usya sikit apa orang lain kata.

So far oke lah. Jangan sakit-sakit lagi ye :)


Stickynote: Tak jadi trade in Suzie! Pass kat abang aku pulak :D
p/s: Kredit Gambar to Google.

Thursday, August 11, 2011

Ustazah Pilihan: Tazkirah/ Peringatan

Assalamualaikum--aku rasa ni 2nd time aku bagi salam kat blog. Awal-awal  lagi memang dah kena reject la jawabnya untuk join Ustazah Pilihan Astro Oasis.

Masa aku sekolah menengah, tiap-tiap petang akan ada satu tazkirah selepas Asar. Sekolah berasrama kan. Tazkirah tu pendek je. Paling lama pun 10 minit, tapi cukup berguna. Kadang-kadang kalau nak jahat-jahat sikit, lepas Asar terus blah dari surau. *Semua pelajar wajib solat kat surau).  Malas nak tunggu tazkirah, even 10 minit je.

Teringat satu tazkirah pasal pentingnya untuk diam ketika orang lain bersolat. Sedangkan orang yang sedang mengaji pun perlu merendahkan suaranya. Inikan pula kita yang berbual-bual kosong atau mendengar lagu. Nampak tak?



Dulu, kat rumah kalau tengok tv suka up volume tinggi2. Tiap kali mak nak sembahyang, mesti kena marah. Dulu la... Degil. Kesian mak aku.


Stickynote: Okei, esok 12 Ogos-Internship END!

Mungkin Aku Yang Tak Perasan



Makin hari makin dia lupa pulak. Lupa yang aku suka tengok awan. Warna putih yang suci lagi menyucikan. Itu pun kalau cuaca cerah. Shah Alam selalu hujan. Nak dibandingkan dengan Penang aku rasa memang tak. Nak pulak dekat pulau nun. Ke.., aku yang tak perasan? 

Berkepul-kepul. Rasa macam nak makan je. Ergh! bulan puasa larh.


Monday, August 8, 2011

Kejamkah?


Betul ke kalau aku cakap kadang-kadang dunia ni memang kejam?



Menyediakan hanya satu pilihan sedangkan pilihan tu sikit pon kita tak nak.  
Padahal kita boleh tunggu..

Arghh!
 
Cepatlah 12hb! Tak sabar aku nak habiskan praktikal nih. 


Sunday, August 7, 2011

Rezeki Masing-Masing Bang..



Jam menunjukkan pukul 6 petang. Memang cun-cun je lah aku sampai kat bazar ramadan nih. Setengah jam pusing cukup. Abang aku parking betul-betul sebelah perhentian bas. Agak-agak kena saman tak. Ahh, lantak lah. Sekejap je.


Jalan dua tiga tapak aku jumpa gerai murtabak. Aku agak pelik sebab kosong je, takde pelanggan. Sebab setahu aku murtabak antara feveret menu bulan2 puasa nih. Dua tiga kali round bazar tu aku dapati ada lebih kurang lima gerai yang setup murtabak :D




Nampak betul perbezaan antara semuanya. Kalau yang ramai pelanggan tu, memang tak menang tangan, yang agak takde pelanggan tu, sedih je aku tengok. Nak pulak gerai sebelah2. Mau tak tension?


Rezeki masing-masing bang...
Tak gitu?



Stickynote: Memotong di jalan raya itu memang dayus! GRR


Saturday, August 6, 2011

Preview Laptop: Consultan Diperlukan :D



Pagi tadi aku sempat singgah kat kedai komputer. Aku plan nak repair dulu Compaq CQ40 aku tuh, next week maybe baru boleh trade in. Haram J betul, motherboard dah jahanam. Alang-alang aku nak repair baik aku beli baru jek *dengan muka sedih kocek kosong Y__Y
Jom survay laptop jap. Kat bawah ni ada beberapa ciri yang perlu ada pada laptop untuk grafik design dan gaming. 100% copy paste :D
  1. Resolusi Skrin

    Resolusi skrin yang terbaik ialah 15″ untuk memudahkan pemprosesan gambar dan senang untuk kita install software. Contoh paling mudah, Adobe Photoshop takleh nak install kat laptop dengan resolusi skrin yang kecik. Lagipun, if korang design website or blog, ada masanya tak dapat nak tengok macamana width keseluruhan blog tu. Senget ke tepi ke dah kat tengah ke, memang agak susah nak tengok.
  2. Dedicated Graphic Card

    Biasanya komputer menggunakan kad grafik jenis built-in yang berkongsi memorinya dengan sistem utama. Maknanya, masa korang gunakan komputer jenis ni, korang sebenarnya kehilangan 100-200MB RAM sebab kad grafik tu sedang guna MB tu. Kad grafik tu pun slow sebab terpaksa guna jalan yang sama dengan main system. Berbeza dengan dedicated graphic card sebab ianya menggunakan RAM sendiri, bolehlah photoshop berfungsi lebih laju. Antara graphic card yang terbaik ialah 128mb or 256mb NVIDIA GeForce. Inilah kekurangan Apple Macbook, takde dedicated graphic card ni melainkan korang abiskan duit beli Macbook Pro.
  3. RAM

    RAM 1GB okay tapi kalau untuk grafik, minimum ambillah 2GB. 3GB dah memang bagus dan kalau 4GB memang takde masalah la nak buka beberapa program dalam masa yang sama. RAM ni boleh upgrade so kalau belum ada duit nak beli yang besar, beli yang kecil dulu. Nanti-nanti upgrade je.
  4. Processor

    Kalau dapat Intel Core Duo, dah okay. Takde beza sangat antara 2.1GHZ dengan 2.6GHZ tapi ada banyak perbezaan yang ketara antara Intel Duo dan Intel Celeron sebab Celeron lebih lambat.


    P/S: Aku nak cari laptop yang tahan lasak, tahan lama dengan performance yang baik untuk kerja-kerja grafik. Nasihat dan pandangan amat dialu-alukan :D

    *Acer Aspire 4755G ok tak?

    riezarchry

Friday, August 5, 2011

Terjemahan, Tafsiran dan Tilikan.


Untuk bacaan Lelaki dan Wanita Sahaja.

Moh nak share sikit. Penting untuk semua gamaknya. Terjemahan, Tafsiran dan Tilikan oleh Pawang Mek Ronggeng yang baru sahaja menghabiskan Kursus Tesol di Thailand.

1. Fine
Perkataan ni biasanya digunakan untuk menamatkan pertelingkahan dan pergaduhan. Maknanya kau kena DIAM!

2. Five Minutes
Kalau orang perempuan sedang bersiap, lima minit ni nak menyedapkan hati.  Maknanya kalau kau dah bagi lesen 5 minit tu, pandai-pandai la kau tambah tolak darab bahagi lagi beberapa minit ye.

3. Nothing
Cubaan untuk bertenang sebelum ribut yang maha dasyat melanda. Argument yang selalunya bermula dengan nothing selalunye akan berakhir dengan word nombor satu tadi, FINE!

4. Go Ahead
Go Ahead ni sebenarnya cabaran. Lebih baik jangan buat, paham?


5. Whatever
Way of saying 'F- YOU!' *katanya..

6. Don't worry about it, I got it
Statement ni selalunya keluar bila seseorang perempuan tu meminta seseorang lelaki melakukan sesuatu untuk several time, tapi at last, girl tu yang kena buat sendiri. Bila lelaki tu tanya, 'What's wrong?'. Response-- 'Nothing'.


P/S--Bagi aku sesetengah perempuan ni selalunya susah nak berterus terang, selalu cakap berkias-kias. Padahal orang lelaki susah nak paham kiasan yang cuba nak disampaikan. 
Okei, stret to de point !

Stickynote: Yeay! tinggal seminggu sebelum menghabiskan latihan amali :D

Wednesday, August 3, 2011

Balasan

Benda wajib buat TAK bole tinggal. Lepas sahur, lepas semayang Subuh, lepak-king atas katil bersiap sedia untuk re-tidur (bak kata Encik Zaaid) Sayup-sayup terdengar orang baca Quran dari surau kat bawah apartment tempat aku menyewa. 

Okei tetiba teringat kat mak di kampung. Untung ada mak lagi kan? Aku tak paham kenapa ada anak-anak yang benci mak bapak diorang *selalunya aku tengok dalam drama-drama melayu. Macam mana garang/ tegas pun mak kau, mak tetap mak. Terkenang zaman bebudak skali lagi (Tak paham kenapa lately asyik flash back je kerjanya, GRR~)

Time mak ajar abang aku mengaji aku suka kacau dia sampai tak boleh nak mengaji sebab ikut tergelak sama dengan aku. Aku bukan lah degil mana pun, nakal comel-comel je wahaha XD






Budak baik memang selalu kena heret keluar dari rumah. I love you mummy ! T__T

Stickynote:
Yes, external hardisk dah jahanam jatuh dari katil!
Yes, takde backup!
Yes, laptop CQ40 aku baru meninggal malam tadi GRR!
Yes, dah susah nak buat kerja
Yes, padan muka Y__Y


Tuesday, August 2, 2011

Makin Pandang Makin Geram


Ewah, baru hari kedua puasa, feeling raya pulak yang lebih. Aku tak paham kenapa bulan ramadan nih aku rajin update blog. Jadah tetiba gigih blogwalking sana-sini, baik duduk atas kerusi leklok pegang Quran ke hape. Tak ke lagi bagus? *Okei kena batang idung sendiri -__-'

Ini tidak, dari pagi hadap benda alah ni. Lama-lama tengok geram pulak aku. Nasib baik shooting dah lepas. Kalau tak memang dah kena sauk LOL. Tinggal lagi nak design packaging dia saje :)  

Wahaha tak siap lagi pon.. masih dalam peringkat development. Simple and clean. Yosh,  I like dis concept very MUCHO! Amacam? boleh pegi ke? 

Stickynote: Okei jagan lupa ye anak-anak sekalian; Kerja itu suatu ibadah. 
P/s: Yeah! Tinggal 2 minggu sebelum aku meninggalkan company nih. Wahaha :D 


Monday, August 1, 2011

Cin-Cau-Yeop's


Pergi blog sana-sini cerita pasal ramadan dan puasa. Memang larh! Nama pun bulan puasa tak kan kau nak cerita pasal deepavali pulop? Semalam classmate aku SMS, Fatiyah namanya. Ucap salam ramadan kat aku. Untung lah, praktikal kat JB dapat cuti.

"Jangan jelesss" kata Fatiyah
"Takpe, kerja pun satu ibadah" - aku reply.

Wahaha, pandai tak aku sedapkan hati?  :P




P/S: Biasanya kalau sahur aku minum susu secawan cukup. Pagi tadi sahur air tin+air putih 5 teguk. Okei, sleep back LOL !

Alhamdulillah, dapat sahur :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.