Assalamualaikum--aku rasa ni 2nd time aku bagi salam kat blog. Awal-awal lagi memang dah kena reject la jawabnya untuk join Ustazah Pilihan Astro Oasis.
Masa aku sekolah menengah, tiap-tiap petang akan ada satu tazkirah selepas Asar. Sekolah berasrama kan. Tazkirah tu pendek je. Paling lama pun 10 minit, tapi cukup berguna. Kadang-kadang kalau nak jahat-jahat sikit, lepas Asar terus blah dari surau. *Semua pelajar wajib solat kat surau). Malas nak tunggu tazkirah, even 10 minit je.
Teringat satu tazkirah pasal pentingnya untuk diam ketika orang lain bersolat. Sedangkan orang yang sedang mengaji pun perlu merendahkan suaranya. Inikan pula kita yang berbual-bual kosong atau mendengar lagu. Nampak tak?
Dulu, kat rumah kalau tengok tv suka up volume tinggi2. Tiap kali mak nak sembahyang, mesti kena marah. Dulu la... Degil. Kesian mak aku.
Stickynote: Okei, esok 12 Ogos-Internship END!