Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, August 31, 2012

Pencuri Kesempatan

Sebenarnya aku sendiri tak pasti samada kata mengambil kesempatan dan mencuri kesempatan membawa erti dan makna yang setara. Hakikatnya meminta dan mencuri itu sememangnya bagai Planet Bumi dan Planet Namek jauhnya. Barangkali kamu juga tidak tahu di mana letaknya Planet Namek tersebut.

Beberapa hati lalu, aku ada membaca tulisan Pocket tentang kebaikan yang disalah erti. Mungkin tiada kaitan dengan peminta dan pencuri kesempatan tapi aku melihat dari sudut yang sama--pelaku baik tetap menerima layanan yang tidak sepatutnya.

Berbalik pada topik kita.. berlapang dada dengan kehidupan orang lain itu yang sepatutnya. Maksud aku, menghormati dan memahami hak mereka. Dan percayalah, perkara paling penting adalah membuang jauh sifat mementingkan diri sendiri yang ada dalam diri. Semoga kamu berjaya melunturkan sifat itu. Aku jua begitu.



Selamat Hari Merdeka
and Happy weekend
 

Wednesday, August 29, 2012

Tiada Lagi Dia Di Sini


By the time I wrote this entry she is no longer with me. Dia baik sangat dengan aku+manja. Masalahnya, emak dah tak sanggup berhadapan kerenah anak-anak dia. "Tapi dia baik..mak tak suka anak dia so bagi la anak-anak dia. Jangan la bagi dia kat orang" lebih kurang cmtu la aku ckp kat emak.
Betullah kata orang, kalau sayang berpada-pada. Kalau benci pun berpada-pada. Aku yang satu masa dulu tak berapa nak gemar pada kucing at last dah TERsayang gile sampai nak lepaskan dia pergi pun aku sanggup. "Sekurang-kurangnya ada orang nak jaga dia, daripada dibuang macam tu je" kata ayah. Nak pujuk aku lah tu.

Dia & Putih yg sangat akrab

At last petang semalam aku terpaksa lepaskan dia dan anak-anaknya pergi.
Tinggallah Putih di sini. Akan ku kenang dia sampai bila-bila.. 
#nangis kuat-kuat sambil pukul bantal.

Tuesday, August 28, 2012

Santau



Pagi tadi masa aku tengah masak-masak di dapur dengan emak, entah macam mana boleh terkeluar topik tentang kisah-kisah emak satu ketika dahulu. Kata emak ada seorang pakcik- adik kepada arwah nenek. Kiranya atok sedara aku lah kot. Beliau masih bujang pada ketika itu.

Suatu hari pakcik tu pergi meminang gadis idaman hatinya. Alhamdulillah gadis tersebut terima pinangan pakcik berkenaan. Maka bersatulah mereka dalam ikatan pertunangan. Namun kegembiraan tak lama. Sebab ada pihak ketiga yang iri hati dengan pertunangan tersebut. 

Dari situ, pakcik tadi telah disantau oleh pihak yang iri hati terhadapnya. Kisah sedih pakcik bermula. Dari keadaan tubuh yang sihat bertukar sakit. Separuh dari anggota badannya mati. Macam orang kena angin ahmar. Sehinggalah beberapa tahun, pakcik tadi menderita lalu meninggal dunia. Semuanya angkara dengki orang ketiga tadi.

Bila difikir-fikirkan kembali, hanya manusia yang tidak lagi berpaksikan pada tuhan yang satu itu saja yang akan buat kerja-kerja macam ni (santau) Meski zaman nenek moyang atau zaman moden yang canggih macam sekarang perkara macam ni pasti boleh berlaku. Percaya Dia sentiasa ada. Moga manusia-manusia yang bertuhankan syaitan diberi petunjuk dari-Nya. 

Muqhlis


Gatal tangan garu-garukan, gatal pipi tangan-tangankan. Banyak betei masa terluang. Setel apa yang patut serupa suri rumah mithali. 

Hai Muqhlis..


Sunday, August 26, 2012

Bias Singgahsana Rasa


Dalam diam aku sendiri-- Rindu yang menjadi sandaran pada hati terus dibiarkan pergi-hanyut dalam singgahsana rasa yang terus membungkam. Benarkah atau  aku terpaksa membenarkan bahawa suatu hari nanti Adam akan datang mencari Hawa? maka Hawa hanya perlu menanti. Menanti dalam ruang kasih yang telah tercipta buatnya sekian lama. Semoga Dia merahmati pertemuan itu nanti.

Assalamualaikum Adam.. :D


>

Friday, August 24, 2012

Self-Portrait Vector: Blogger Ym Bundle

Previous post pasal self-portrait vector Nur Damia Amani-- sebenarnya mmg nak promote my illustration style plus nak asah skill yang dah berkarat. Memandangkan pakcik Bundle sorang je yang request maka aku dengan sukacitanya menunaikan hajat tersebut (sori pakcik, aku terpaksa rompak gambar kt fb) Kira ni macam first release lah ye.


Boleh terus contact emel kalau berminat nak tempah. Terpulang nak basic self-portrait atau nak buat addition apply pada kad (birthday/anniversary/akikah dll), banner or header pun boleh. Jangan malu-malu :P

Self-Portrait Vector

Self portrait vector adik damia amani. Baru je siapkan pagi ni--fresh from oven lol. Terasa dah lama x main dengan vector so detailing mungkin agak kureng erm..komen sikit boley? komen membina dialu-alukan. ty!


Monday, August 20, 2012

Nafas Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullah. Ada yang nak jemput aku ke rumah terbuka? Macam mana dengan hari raya korang? Aku doakan semoga korang sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang, sama macam apa yang sedang aku rasakan. Bertuah masih bernafas hingga ke hari ini, hidup dalam keadaan aman dan damai hendaknya-- Alhamdulillah.

Salam Lebaran :)



Alhamdulillah juga sebab aliran masuk duit raya masih ada walaupun mungkin sedikit merosot. Hello..guwa masih student oke.. memandangkan guwa still belum konvo, kahkahkah! Time-time macam ni laju je mengaku student kan. Pesan aku, salam tu lama sikit ekeke..

Masuk hari kedua berhari raya, aku syak mungkin masih ramai yang berada di kampung halaman masing-masing. Sibuk benor kome beraya ye.. Takpelah, bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai ye dak? Itu sebenarnya yang lebih penting sebab aku sendiri mengaku still ada sedara mara yang aku sendiri tak cam. 

Ada gaya berdiri sebelah YB tak =P


Apa pun salam lebaran dari aku buat semua sahabat blogger. Korang memang best--tak tipu. Jemput datang rumah rasa tart kurma dari aku muwahaha.. Oh ya, ada orang ingt guwa yuna. Eh, guwa bukan yuna kahkah!


Saturday, August 18, 2012

Perempuan


Acap kali aku bertanya soalan demi persoalan yang sama hingga sampai ke satu tahap aku sepatutnya sedar dan seharusnya faham. Redha atau lebih kepada menerima sesuatu yang sememangnya telah diaturkan untuk aku. Aku perempuan--itulah bezanya.

" kamu masih dibawah tanggungjawab mak dan ayah sehinggalah kamu berkahwin--insyaallah suatu hari nanti"



Friday, August 17, 2012

Posto! Posto!


Nangis-nangis guwa buat kad raya ni.
Istimewa untuk semua teman2, supporters, pembaca dan followers 
blog Chuu Muqhlis. 

Maaf Zahir dan Batin :)

Friday, August 10, 2012

Hukum Memandulkan Kucing


Aku taip dan kemudian aku tekan butang backspace. Taip dan backspace. Itu la yang aku buat untuk masa ni, tak tahu nak mula dari mana mungkin kehabisan idea.

Beberapa hari lepas, aku menghadiri satu temuduga untuk jawatan graphic designer tapi tak berjaya. Tak perlu tanya mengapa sebab yang pasti bukan kerana kekhilafan aku tapi sebab pengurusan syarikat tu sendiri yang tak beretika malah lebih tepat aku katakan TIDAK BERDISPLIN. In fact, syarikat tu dah panggil aku untuk inteview, aku dah datang jauh-jauh at last orang yang nak temuduga aku tak hadirkan diri. Memang dapat maki dari aku.

Oke bukan inteview yang aku nak cerita sebenarnya. 

Menyimpang dari bab interview, sebelum balik rumah aku singgah di Jabatan Vaterina Kuala Kubu Bharu untuk bertanya mengenai kos memandulkan kucing. Memandangkan ada 4 ekor anak kucing (adik kepada Putih) baru lahir kat rumah ni, so ayah ambil tindakan awal untuk mandulkan Putih sebelum dia bunting. Now total kucing kat rumah ada 6 ekor.



The next day aku teman ayah ke Rawang--angkat satu sangkar kucing dan petang tu juga Putih di bawa ke klinik. Kos total around RM120- RM130 tapi pagi tadi aku search ada pulak lagi murah-- around RM80 saja. Mushkil pulak aku :-?

Ok, yang ni penting--kucing yang nak dimandulkan perlu atleast 6 bulan tahu? Bagi kucing yang dah beranak pulak perlu at least sebulan selepas beranak. Dan kucing tersebut perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum operation. Macam manusia jugak lah kot, before operation mesti mau puasa maa.. 

Encik doktor bagi ubat antibiotik dan ubat untuk disapu pada luka jahitan. Kecik je kira-kira 5mm camtu. Lepas pick up dy dari klinik semalam, Putih terpaksa dikuarantin untuk beberapa hari sebab nak pastikan dia betul-betul pulih. Ouh sayu sungguh aku keadaannya melihatnya :|

Rasa sebak sangat masa pick up dia..
Semoga Putih cepat sihat.

*****

Hukum memandulkan kucing:






Psst~ sebenarnya gua tak sanggup nak taip perkataan 'memandulkan' tu -__-

Tuesday, August 7, 2012

Kuih Sarang Semut dan Air Batu

This is my first time--Kuih Sarang Momot. Alhamdulillah menjadi. Sori kalau ada yang terasa sebab pos gamba makanan dalam pada bulan puasa ni..dan minta maaf jugak sebab lama x update n blogwalking kat blog korang-korang. 


Sebenarnya hari ni rasa down sikit sebab rasa macam kena tipu dengan pihak pengurusan yang ntah hape-hape. Mak aku bilang kalau dah berjanji baik lah kita tepati. Kalau tak, serupa bikin air batu, dah keras kau letak bawah matahari pulak. Nak buat milo ais tak kesampaian apetah lagi nk kunyah air batu. Sia-sia je..

p/s: Kad raya baru je pos tadi. Salam ramadhan!

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.