Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Monday, October 31, 2011

Oh Gitar

Suka betol aku dengan siapa2 yang reti main gitar nih ^^~


Tapi kalau dapat kat saya... harapan -____-ll


P/s: semalam masa nak g cafe nampak ade mamat gitar dok depan hostel. Nak mengorat awek ke hape -___-ll

Saturday, October 29, 2011

Student Price: Bukit Bendera Penang


Kelmarin, aku dan empat orang classmate yang lain sewa satu kerete. Motif kami nak ambil material untuk fyp kat Georgetown. Memandangkan kami sewa half day, after settle semua hal then tah dari celah mana pula tiba-tiba ada suara yang mengajak kami ke Bukit Bendera. 

Ini kali kedua. First time masa aku form 4, follow rombongan Kelab Sidang Redaksi sekolah. Jarak masa yang agak jauh ini memang cukup untuk memberikan banyak perubahan yang berlaku pada destinasi pelancongan terkenal di Pulau Pinang ini. * Kenapa skema sangat nih? -____-ll

Tengok, tempat ape lah ni agaknya. Terlebih hidayah, bercahaya je hakhak !

Harga memang sangat murah, based on student price kami boleh dapat harga serendah RM4 sahaja. Wiu wiu wiu!! masa dapat tiket rasa nak lompat-lompat sebab macam tak percaya! Kalau pelancong asing akan dicas around RM30, so adult maybe boleh dapat around RM15 gitu. 



Menyaksikan panorama indah citaan Ilahi. Sila jangan terpedaya sebab ini wayang semata-mata. Nak  tengok through  teropong ni kena bayar tahu.  **Kene bayar taw** Bukan kena bayar dengan tahu goreng yang makan dengan sambal kicap tu. Sekian.



Friday, October 28, 2011

Tag VIP


Gyahhh!!! Aku rasa ni lah tag paling panjang aku penah buat, copy paste >___<

  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back ! 


11 Benda pasal Cek Chuu

1. Suka tengok awan
2. Makan cokolat Cadbury itu sedap, tapi dah lama x makan
3. Tunggu orang bagi teddy bear beso nak peluk kuat2
4. Takut dengar guruh yang kuat
5. Tak minat kucing
6. Rabun jauh
7. Suka bau lavender
8. Ada brapa lagi aku kena tulis?
9. Penah bercita-cita untuk jadi arkitek. 
10. Okei tinggal satu.
11. Lately rasa macam dah boleh terima makan sambal belacahan XD

11 Soalan dari Hanie dan Jue


1.Kalau anda jumpa sejuta ringgit di jalan, anda ..
Cari guni di kedai berhampiran, kutip semua duit tu bawak balik rumah buat tilam.

2.Kalau selena Gomez datang rumah anda, anda..
Cakap kat dia..."kau nak apa?"

3.Kalau anda ada doraemon, anda ..
Pinjam pintu suka hati nak pegi rumah Chak :P

4.Kalau Bruno mars kata anda adik dia, anda ..
Pengsan!

5. Kalau anda bijak, anda ..
No komen.

6.Kalau anda seekor semut, anda ..
Pergi cari doraemon, mintak tolong jadikan aku manusia semula -____-ll

7.Kalau anda budak kecil, anda..
Main sampai lebam, tak hengat dunia.

8.Kalau anda cuma ada sepuluh sen, anda..
Masukkan dalam tabung. Ouh amalan mulia ini.

9.Kalau anda ada time machine, anda..
Nak kembali ke setahun lima bulan yang lalu.

10.Kalau anda dapat baucer KFC setahun, anda..
Sedekah kat orang yang takde makanan.

11.Kalau anda seekor burung, anda..
Harap2 jadi burung churp2., kaya2 muwahaha XD


Soalan untuk next tag

1. Kenapa gagak tak warna biru?
2. Antara Kucing dan Arnab siapa lagi comel
3. Pukul berapa korang bangun pagi tadi?
4. Kenapa cicak suka tanggalkan ekor dia **apekah soalan ini -__-
5. Siapakah orang pertama yang sampai ke bulan?
6. 89x x 6y/80z=76. z=?
7. Kenapa ketam x boleh ajar anak dia jalan tegak?
8. Siput babi bertelur atau beranak?
9. Ada lagi berapa soalan aku kena tnya?
10. Adakah anda pasti selipar jepun korang berasal dari jepun?
11. Kenapa bila sejuk, bulu roma akan tegak berdiri?

Price Tag, sori you all., ur turn!! xD

Baki yang lain aku tag semua followers aku bole tak :P

Wednesday, October 26, 2011

Misscall


Kalaulah semuanya semudah ini, hilang je miskol :P

bcoz its really hard for me

Dear Muqhlis, 


...please don't go, let it stay being ChuuMuqhlis :'(

Monday, October 24, 2011

October 22


Terbang Malam--event tahunan School Of the Arts kat U saya, mengumpulkan semua pelajar tahun satu, dua dan tiga, juga para lecturer, untuk mengeratkan silaturrahim, katanya.  Aktiviti wajib--> makan-makan  xD

Friday, October 21, 2011

Suarakan

Menyahut cabaran dari blogger comey Jue dan Hanie. Jom tengok apa aku ada. Ini sangat serius. Sila jangan gelak.




***
"Sungguh petang itu, akustatik. Meneliti terbangnya merpati putih dengan slumber di awan biru. Kosong. Dan mungkinkah Now Why2 ini untuk melihat generasiku hidup dengan aman dan tenteram..akan terus di situ. Mungkinkah jua aku masih mampu melihat senyuman ragamu yang mekar terukir..secomel kasihnya STEREOKUMONOMU. InsyaALLAH..."




Susunan aksara oleh Chuu Muqhlis berdasarkan lagu-lagu dari kumpulan OAG ♥
PERMYSURI & STEREOKUMONOMU--->feveret :D



Thursday, October 20, 2011

Keretapi Tanah Melayu Dan Pasu Bunga

Mode: Autopublish-- sebab time nih aku dalam kelas.

Petang semalam aku tembak butterworth nak collect tiket ketapi yang telah di-booking. Raya Haji akan datang ni aku balik Selangor naik ketapi. Pestaim.

Kesian takde orang nak tolong amek gambar aku -__-


Okei, ini sangat kelakar! aku baru tahu landasan keretapi berakhir dengan sebuah tembok simen beserta empat buah pasu bunga LOL! Korang ada?

Tuesday, October 18, 2011

Akur

Pheww~ banyak benda tak settle lagi dan sebolehnya nak selesaikan satu persatu. Sedangkan masa yang ada terasa makin cepat berlalu. Nak kejar laju-laju, tapi masa lagi laju. Cemane tu?


Btw, i've decided to remove ruangan komen yang kononnya nampak professional yang dok ada kat entry before dis. So stick back to the old one sebab chuu sendiri terasa susah. Gedik cakap omputih--dushh!!






Iklan dari Duta Nikon-lah-konon jap..







Kbai :-*

Saturday, October 15, 2011

Gigi Geraham Bongsu

Pernah dengar gigi geraham bongsu? Katanya gigi  geraham bongsu juga menandakan kedewasaan sebab gigi geraham bongsu tumbuh antara 17 hingga 21 tahun. Mak pernah cakap masa mak kecil-kecil dulu mak demam sebab nak tumbuh gigi geraham bongsu!


Kelmarin aku rasa x selesa sangat pada geraham belakang. Sakitnya macam ada benda nak terkeluar je. Macam orang mengandung nak bersalin. Maksud aku macam ada gigi baru nak terberanak. 


**Paham tak apa aku cuba sampaikan nih -___-ll


First time aku lukis mulut detail giler, scary pon ade -_____-ll


Sampai lewat malam terasa sakit. Serius tak boleh tidur. Berlarutan ke pagi, rase macam makin membengkak. Even tak dapat nk tutup rahang dengan rapat. Aku fikir gigi geraham bongsu nak tumbuh kot >.<


Tapi menjelang tengahari, tiba-tiba rasa sakit tu makin surut. Bengkak pun makin susut. Sangkaan aku malam tadi meleset. Bila aku nak dewasa nih ?



Friday, October 14, 2011

Dah bagi chance, tak nak pulak!


# Serik tulis panjang-panjang mostly orang tak paham tulisan aku, sabo je la  Jah -__-ll

*******





Stickynote: ade orang balas dendam dengan menjadikan aku sebagai target utama--ni semua Angkara Kak Jah wakaka!

Antalis

Semalam jadual aku memang pack sungguh. Kalah PM hihihi. Kelas seawal 8 pagi-- aku benci betul kelas pagi-pagi buta nih * next entry aku akan post pasal benda nih LOL. Berlarutan hingga jam 1 tengahari, kelas selesai.

Lepas tu, berpacukan Produa Kancil buatan Malaysia, aku dan tiga kawan yang lain tembak Antalis Paper di Georgetown. Motif untuk select paper for minor project untuk degree show akan datang, Insyaallah. Each student provided with rm35 baucer :)

Seriously pengalaman pertama!

Memilih material terlebih dahulu before design sesuatu rekabentuk. Selalunya design dulu, then tak kesah pulak nak pakai meterial apa, sauk je apa yang ada..kan. But dis time terbalik pulak. Material paper yang disediakan baaaaaanyak sangat sampai tak tahu nak pilih material paper yang mana satu. Just imagine we all stay kat situ sampai kedai tutup- 5.30pm. 

Rasanya kalau bagi satu hari pun tak akan cukup heh! Tapi bila fikir balik on selecting material 1st, then baru apply pada design, masuk akal jugak. Ok fine, aku rasa entry ni macam syok sendiri.


Begitulah flashback saye ^^~

Thursday, October 13, 2011

Box Office minggu ini


Telemovie Angkara Kak Jah nampaknya mendapat sambutan hangat dengan kutipan 98% telah PLAY video dengan jayanya manakala hanya 1% yang enggan berbuat demikian. Namun 1% lagi tidak dapat dikesan. 

Maka pihak penerbit beranggapan kekurangan 1% itu berpunca daripada kesilapan pihak penerbit sendiri dalam   meng-'key-in' data. *biasa la malam2 buta, mata pun dah layu :P 

Sori beb2 sekalian kerana menimbulkan ketidakpuasan hati anda. Sebab ada yang mengaku "..semangat aku klik taw tak" hahaha. Gurauan kasar semata hihi XD 


Peace ^^v
Kbai nite2!! :-*

Tuesday, October 11, 2011

Angkara Kak Jah


Hihihi, pestaim buat telemovie :P



Psst-- banyak sangat masa nak buat telemovie lah bagai kan. Jangan marah :P

Monday, October 10, 2011

ISNIN




Psstt~ dasyat tak expresi muka aku wakaka XD
Stickynote: Amboi kemain cepat aku bangun hari ni o__O


Sunday, October 9, 2011

Do it do it chu!



Do it do it chu!




ngaa~ ade lagu untuk chuu tahu! kamu ade? :P
hepi weekend all ^^~

Friday, October 7, 2011

Bau



Tahukah anda ingatan terhadap bau adalah lebih efektif. Ngahaa-pandai je aku buat kesimpulan. Tapi ini serius. Penah tak satu masa korang terhidu bau sesuatu and at the same time terus korang teringat memori dolu-dolu yang berkaitan dengan bau tu. "eh..macam bau masa tadika dulu la" .. "eh macam bau cikgu fatimah la" kan?

Walaupun tak semua bau kekal dalam ingatan kita tapi sesetengah bau yang hidung kita dapat cam tu betul2 mengimbau memori. Korang ingat aku merepek ke?


Wednesday, October 5, 2011

:(

Kadang-kadang aku rasa terlalu selesa sebab kau selalu ada. Sampai aku tak sedar yang tak selamanya kau akan dekat dengan aku. Sedangkan masa yang berlalu pun tak terhitung. Sekejap rasanya. Sekejap sangat sampai tak sedar hari ini kau ucapkan selamat tinggal. Pergi jauh dan entah bila akan berjumpa semula.




Esok.. kembali seperti dulu
"Chuu jaga diri taw.." tak akan lagi kau di sisi aku :(



Sunday, October 2, 2011

Teluk Bahang

Sekali lagi, mengimbau peristiwa terindah di Teluk Bahang itu memang seronok. Kipas susah mati--sumpah tak boleh lupa.  Just nak share some picture dengan u all. Chuu snap semalam, juga di Teluk Bahang. Editting je lebih kot HAHA :D


Klik image to see in bigger resolution
rase cam lagi best :P






Last time masa datang sini takde penternakan penyu ni. (Okei tipu mana ada penyu kat Penang LOL) Is actually diorang tanam anak pokok, nak buat benih agaknya.





Ni bajet kanak-kanak tak pernah jumpa air -___-

Aku tengok orang kalau pergi pantai mesti buat benda ni, tulis-tulis kat pasir. Tak tahu kenapa. Aku ikut je nak jugak tahu apa rasanya buat benda nih xD

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.