Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Wednesday, September 26, 2012

Angin Utara


Tak salah untuk berubah kepada sesuatu yang baru sebab kedang-kadang perubahan itu membawa kebaikan. Perubahan yang kadang-kadang menjahanamkan diri pun ada. Jadi terpulang pada yang merasa dan mencuba. Lumrah manusia berubah. Dari satu tahap ke tahap yang lain. Cuma yang menjadi kuncinya adalah berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Macam yang pernah Amy katakn pada H; lama-lama biasalah tu.. bagus Amy! (╯3╰) 

Aku doakan Amy akan terus maju jaya dan berani mencuba.

Monday, September 24, 2012

Self-Portrait Vector



Vector Encik Najad. Lai2 sapa mau order (◡‿◡✿)


Friday, September 21, 2012

Mute

Mute untuk mode senyap. Tengok gambar tanpa suara. Senyum sampai telinga sepanjang hari. Eh mungkin minggu (◡‿◡✿)





Esok guwa balik Selangorrrr!

Thursday, September 20, 2012

PRE-Convo

Assalamualaikum. Belom konvo lagi XD
(kredit gambar to Nesa Wazir & Azam Shah)


Oke this time rasanya tak boleh nak ber'guwa2' bagai sebab nanti pakcik TK marah pulak kehkehkeh. Sori sangat-sangat sebab terasa dah lama tak jenguk ke teratak u'oulz2 sekalian yang dalam hati ade rasa rindu la jugak eceyh! Komen kat blog sendiri pun x terbalas lg :(

Satu-dua-tiga hari ni terasa macam tak percaya ditemukan semula dengan rakan seperjuangan bersama. Tempat bermain lagi kan dikenang, inikan pulak tempak berjimba lol!

Apa pun semoga hari esok berjalan dengan lancar. Mohon elakkan huru-hara dan lintang-pukang. Nak campak topi tinggi-tinggi. Iyahhh!!

Bajet graduate dr Hogwarts wakaka!
Ape tengok-tengok? (¬‿¬)



Sunday, September 16, 2012

Meraban


Tiada apa yang nak dijadikan isu. So just anggap ini sebagai personal post yang boleh kata meraban la jugak. Guwa rasa macam tu. Mungkin dua-tiga hari ni rasa tak tenang-entah kenapa tapi guwa tetap pura-pura tenang.

Dalam tak tenang ada excited at the same time ada sedih yang guwa pendam. Esok guwa lalu atas jambatan Pulau Pinang, guwa ingt nak suruh pakcik bas tu stop sekejap so that guwa boleh buang segala rasa yang tak sepatutnya guwa rasa. Hoi! jangan dengan guwa-guwa sekali ke laot sudah lah. Sebab guwa masih ingat orang tersayang..kehkeh (¬‿¬)


Friday, September 14, 2012

Kuntum Mekar Dan Layu

Sebenarnya semalam aku dah karang apa yang aku nak tulis pagi ini. Karang di dalam fikiran tapi bila aku bangun pagi ini ia terus hilang Jauh dari jangkauan senggama minda atau mungkin pendapat aku cuma. Cuba meletakkan kamu di dalam situasi yang aku cipta. Begini sebenarnya.



 "Elehh.. kau pun tak tara mana nak nasihat orang pulak!" (¬_¬)

Nampak? Sekali baca kalau kena dengan intonasi dan nadanya kamu pasti tahu ianya berbaur sindiran. Tidak penting sama ada situasi ini terjadi pada kamu sendiri atau kamu hanya menjadi penonton dan perdengar yang kiranya tidak terlibat langsung.

Hakikatnya, seburuk mana pun seseorang itu insyaallah pasti ada baiknya yang kita boleh ambil dari dia. Kamu punya fikiran apatah lagi berpelajaran pasti boleh menilai apa yang boleh kamu ambil dan apa yang kamu perlu tinggalkan. Maksud aku nasihat orang itu jangan dibuang mentah-mentah tak kira dari mana datangnya. Aku kira apa yang aku nak sampaikan masih belum jelas (︶︹︺)

Sekarang aku letakkan diri aku sebagai orang yang 'buruk' itu. Aku tahu aku mungkin bukan seorang yang sempurna dan cukup baik untuk memberi nasihat apatah lagi menegur orang lain. Tapi selagi apa yang kita sampaikan mampu membawa kebaikan aku rasa tidak salah. Dan ia pilihan kamu untuk terima atau menolak mentah-mentah. Seperti apa yang aku katakan di awal tadi--sekadar pendapat aku cuma.


Tuesday, September 11, 2012

Malang Tak Berbau

"Nak ikut tak?"

Tiba-tiba tengahari tu ayah tanya (¬‿¬) Memandangkan time2 ni masa terluang yang melimpah-ruah jadi ku turutkan saja. Petang tu juga bertolak ke Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.

Keluarga atuk saudara ditimpa musibah. Kiranya abang kepada arwah atuk aku. Habis rumah mereka terbakar. Kira memang totally musnah. Syukur alhamdulillah semua selamat. Masa tiba kat sana, aku terus teringat last aku jejakkan kaki kat situ masa kenduri kahwin anak beliau. Jelas lagi dalam fikiran aku keadaan rumah tersebut. But now yang tinggal hanya rangka rumah yang hangus dijilat api.

Serius atok ni tabah. masa berbual pun boleh gurau2 gelak2 lagi
'Benda dah jadi kan..nak sedih-sedih pun dah tak guna' - atok tu cakap :)
Berita penuh SINI

Menurut seorang makcik kat situ, kebakaran mungkin disebabkan litar pintas. Perkara macam ni lah yang aku takut. Benda yang kita sendiri tak dapat nak jangka. Cuak pulak aku, sampai je rumah terus unplug semua suis2 yang tak pakai.. adess (╯︵╰,) 

Aku nasihatkan korang dan diri sendiri, hati-hatilah dengan perkakas elektrik ni. Sah-sah kita memang simpan api dalam rumah. Jadi gunakan dengan cermat. Bila mengenangkan kes-kes kebakaran sampai ada yang rentung-rentung bagai. Lagi-lagi yang berlaku masa tidur..mana sedar beb. Malang tak berbau walaupun kebakaran mengeluarkan bau (✖╭╮✖) 


P/s: Dengar cerita MRSM Kuala Kubu Bharu ada kebakaran jugak malam tadi. Just mention sbb rumah guwa dekat KKB. Eh!

Saturday, September 8, 2012

Digital Paint: Free Wallpaper Yuna




Free stuff-- main2 vector. Haipp~byk main ye sekarang


Friday, September 7, 2012

Kalkatu Selepas Hujan


Main-main  kamera. Roll--action! 





Tuesday, September 4, 2012

Tak Sabar


Baru halfway preparation. Ingatkan mudah tapi tak. Banyak jugak things kena settle dan rancang, plus kena update from time to time dengan segala information, isi borang/survey segala. Lucky: ade kawan2 yang membantu, saling mengingati. Tak sabar untuk jumpa korang-korang yang dirindui--nak loncat tinggi2 sambil baling topi. Opss.. kain jangan rabak sudah!


Sunday, September 2, 2012

Self-Portrait Vector: Syazieka

Hye korang. Angkat tangan keluarkan 3 jari.--P.e.a.c.e! Ika version


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.