Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Wednesday, May 30, 2012

Blogwalking Like A Boss!


Kalau nak cerita pasal blogwalking/bw ni mungkin dah bersepah-sepah orang cakap. Dan memang aku tak nafikan  bende ni kalau kau jenis nak up trafik punye orang memang boleh buat modal. Tak pon stok blogger-blogger yang nak cari kenalan baru. In fact, bw ni boleh luaskan .... (aku tak tahu nak letak perkataan ape, well u noe what i mean :> 

Zaman dolu-dolu aku rajin buat kerja kerja bw ni. Niat nak promote blog tu tipulah kalau aku cakap takde. Kalau idak sunyi sepi je. Yang aku nak cerita ni stail aku blogging. Pertama sekali aku akan check komen yang kawan kawan blogger tinggalkan. Sumpah aku sayang korang *tetibe. Then aku akan terus masuk blog untuk reply komen tu. BUT.. if aku bizi memang hahaharapan lah untuk aku reply :))

Cakap pasal bw, aku prefer terjah blog yang ade dalam bloglist terlebih dahulu. Kalau aku rajin baru aku terjah blog2 yang aku stalk, or mane2 blog yg ade kat dashboard. Maka beruntunglah anda yang tersenarai dalam bloglist aku kerana anda akan selalu aku lawati <-- blogwalking like a BOSS #hidung berdarah!


So, Y no U in my bloglist huh?


Tuesday, May 29, 2012

Berakhir Sebuah Permulaan



Dan setiap hari yang berlalu pergi tanpa belas meninggalkan waktu sekarang.
Sem ni dah nak berakhir. Doakan aku grad tahun ni. insyaallah.
Tak sabar nak balik selangor :P

Thursday, May 24, 2012

Surat Cinta Dari Teman

Dalam dunia ni, percayalah kita tak akan mampu untuk hidup sorang-sorang. Memang dah jadi lumrah untuk kita saling memerlukan. Kalau kau dicampakkan ke satu dunia yang serba serbi lengkap pun.. kau mungkin tak akan dapat memenuhi satu ruang ni--ruang di mana kau amat memerlukan sokongan dan galakan dari orang di sekeliling kau. Dan yang paling hebat adalah sokongan dari orang yang kau sayang. Kosong. 

Lain lah bila sakaratul maut dah datang jemput kau. Masa tu memang kau sorang-sorang. Jawablah sendiri. 


Aku dapat banyak surat cinta dari teman2 seperjuangan :>


Monday, May 21, 2012

Finale

Bosan ek? aku asyik update pasal exhibition aku ni. Omaigod, suke hati aku lah gamaknye kan muwakhakha. Semalam final day untuk art exhibition aku. overall aku enjoy every momen sebab lepas ni pon bukan aku ade life kat U lagi..dah nak grad pon.. insyaallah.

Gambar-gambar kat bawah ni semua artwork yang aku pamerkan mase exhibition tu. Saje share sebab aku tawu ade yang tak dapat datang walaupun aku dah jemput tempoh hari pakej offer jagung bakar tepi pantai Quensbay. Mostly dalam gambar ni just promotion item, aku buat tajuk reusable packaging sebenarnya. Lets start..

Aku create satu game. Antara semua item, bende ni yang jadi tumpuan.

Magnet fridge--hand made daripada softclay. Haritu dah penah show huehue.

Ni pon game jugak tapi aku x twu nak explen macam mane,
Kalau ade depan mate maybe korang tawu..ngaaa.. XD

Ececey, bajet nak buat sculpture lah ni. Still pakai material soft clay.

Say hai kepada target audience aku yang comey2 belaka ^^

Korang, Cek Chuu jemput korang usya artwork lain dari kawan2 beliau. Kelik SINI k.. kat fb chuu. Alang2 masuk fb jum LIKE Rosalese Couture sekali, dengar cerita ade stok long cardigan n couple shirt baru :D


Saturday, May 19, 2012

Pameran Dah Mula

hyep hyep rindu-rindu blogger. Update blog laju-laju. chuu dah 2-3 hari tak online. last thursday setup tapak pameran untuk chuu punye pameran seni sampai hari ni still busy, dan akan berlarutan sampai ke esok. humph!

siapa2 yang ada kat area penang mai la datang Straits Quay, area tesco Tg Pinang, come and enjoy artwork dari 95 student graphic comm., new media. music, theather, fine art dan product design dari student school of the art USM. Osem okei! :D







Next entry chuu update about artworks oke.
Nak gerak ke Starits Quay da. kbai! :D
#mata rabak



Tuesday, May 15, 2012

Siesta


Rasa dah lame tak share foto kat sini. Aktiviti siang tadi. Ada event Siesta, salah satu projek dari kelas Design Management, School of the Art. Banyak gerai dibuka. Have fun :)




Menyahur cabaran menangguk ikan menggunakan tisu. Senang rabak ok. 


Kenalkan, Mokmok..ikan yang aku berjaya tangguk. 
Mokmok makan biskut Jacobs High Fibre. Kelaz kau maria!

Monday, May 14, 2012

Bila Dah Sedap..

Aku tak pasti lah ni perangai budak-budak atau abang kakak pon ade buat same.



Asal boleh nak save. Makan selow-selow ye abang kakak..  :))


Sunday, May 13, 2012

Street Love Fighter XD

Kelmarin aku rasa malang betul. Hari yang malang..tapi nanti-nantilah aku cerita hari yang malang tu kan. Nak dibanding dengan hari semalam yang sangat berbuanga-bunga ouch.. Untungla ade org blanje jalan2 kehkehkeh :D

#Enty bergambar versi personal trip ahah!

Meet Chun Li, Ryu and the geng., Wachaa!

Street Fighter-- versus Bison. Da mcm twin aku tengok.
 Jangan tak percaya, Bison tewas di tangan brader ni :>  




Bajet da hebat la tu jejak menara KL XD





Kalau nak bercinta x boleh malu-malu nak jiwang wakaka :))
>>alang2 iklan Rosales Couture skali hihi<<


Thursday, May 10, 2012

Ruang Masa

tik tok tik tok


Aku sedang menghitung hari. Rase berdebar-debar tapi dalam masa yang sama aku rase teruja. Tak sabar rasanye. Eh keje banyak lagi belum siap. Sesuailah. aku pun tak berapa nak rajin update blog lately. 


kbai.

Friday, May 4, 2012

Bersidai di Malam Kebudayaan Kokurikulum

Malam tadi aku santai-santai je dengan coursemate aku. Tiket pun free. Sebenarnya memang takde sebarang tiket dikenakan pun. Malam Kebudayaan Hari Kokurikulum. Best la jugak untuk nak manjakan otak sebab ada macam-macam persembahan--sketsa, tarian modern, tarian tradisional, nyanyian, lakonan dan lain-lain. 

Persembahan Tarian Modern

Nampak tak aku menari tu..? nerves tahu tak? :))

Bila dah tahun akhir ni baru aku rasa nak join macam-macam aktiviti universiti, rasa rugi pulak kan. Lepas ni macam susah je nak dapat join aktiviti-aktiviti macam ni.



Nah..aku bagi video kalau nak feeling lebih wakaka!








** Sem ni aku tak berkesempatan tengok teater lagi. Mahal pulak tiket-tiket sem ni. 
Hampeh betol :-w

**Oh ye jemput usya2 kat sini. Rosales Couture :D


Wednesday, May 2, 2012

Jemputan Ke Pameran Seni



RINTIS Sprout 2012 merupakan satu program yang mempamerkan hasil karya seni pelajar tahun akhir pusat pengajian seni usm. 

Bagi sesiapa yang berada di sekitar Penang, utara tanah air, mahupun sesiapa saja yang berminat, saya menjemput anda untuk hadir bersama-sama menyokong dan memeriahkan pameran ini yang bermula pada 18 hingga 20 May bertempat di Straits Quay Penang. Sekian Terima Kasih :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.