Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, July 22, 2011

Selera Yang Terbantut Versi Ikan Sumbat

Semangat je call mak mintak resipi, mengidam Ikan Sumbat. At last tak dapat jugak, sebab kedai yang jual ikan kat sebelah ofis aku tuh dah kehabisan ikan. Motif betul. Simpan la ikan banyak2 sikit GRR~ Nak berhenti kat Giant malas pulak so esok aku nak bangun awal-awal pukul 6 pagi terpacak tunggu depan kedai request ikan jaket dua ekor untuk ikan sumbat aku! Okei, mimpi la nak hadap kat Alam Budiman tuh pukul 6 pagi.


Nah, amek resipi Ikan sumbat mak aku yang simple lagi mavel0s!

1. Bawang Kecil
2. Bawang Putih
3. Kelapa
4. Serai
5. Cili kecil
6. Garam
7. Gula

Bahan di atas semuanya di cincang halus dan digaul dengan penuh mesra dan kasih sayang ye. Kelapa tu kalau nak halus sikit boleh la tumbuk dengan lesung batu. Kat rumah bujang aku lesung batu takde, lesung pipit ada ahakz :P

Oh ya lupa bahan paling penting.

8. Ikan. (Ikan cencaru/ Ikan jaket) err., aku rasa ramai yang kenal tak ikan jaket nih sebab housemate aku buat muka pelik bila aku sebut ikan jaket. Ikan ni sisik dia macam jaket. *Rasa macam nak buat lagi 1 entry pasal ikan nih LOL!

Cara buat:
Siang ikan tadi. Tapi cara nk potong ikan ni lain sikit dari yang biasa. selalunya potong kat bahagian perut ikan kan? Tapi this time kena potong kat bahagian atas so that ada ruang yang lebih besar nak sumbat inti yang kita buat tadi.

Then sumbat je lah bahan yang dah dicincang dan digaul tadi dan goreng. Dah siap makan ngan sambal kicap. WOW! :D



K bai ^^~


stickynote: arghh, weekend kena keja! suka suka suka x(
p/s: Tips Tampil HOT dengan Lens :D
  

8 comments:

  1. power power. Kalau ada resipi nak buat sata lagi power.

    ReplyDelete
  2. @Zombie: Sata x jumpe lg la brader ahah!

    ReplyDelete
  3. @Touya; Sedara mara otak-otak jugak kot. buat dr ikan gak. Otak2 tahu?

    ReplyDelete
  4. mana gamborrnyaaa...ade gambar br terliooo nk try...heeeee

    ReplyDelete
  5. @mama Gee: tak baca entry betoi2 nih., sah2 ikan tak de, mmg x buat lg larh. so xde gamba :P

    ReplyDelete
  6. otak-otak tahu , suka makan

    ReplyDelete
  7. @touya: bagus la, pon sedap dimakan

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.