Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Thursday, August 26, 2010

kam0 yang bernama lelaki.,yer, kam0 !!


Artikel ni dah tersimpan lame dalam inbox mail saye, mungkin lebih dari 3 tahun.,ermm~


Beza Lelaki dan Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh
manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?

Anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya
dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka
dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh
membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan
beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-
dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.



Wanita

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu
taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah
haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala
dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Manakala seorang wanita
pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5
waktu, puasa di bulan ramadan, taat suaminya
dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan
sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
tetapi
ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya
adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab
itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-
baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita
dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan
istimewa disisiNYA…


renung-renungkan lah...
ingatan buat diri sendiri dan kita sume.,insyaallah~


2 comments:

  1. err, chu, bagusnya entry kamu.. huhuhu... mintak izin untuk copy.. mungkin ad manfaat nanti...

    sebenarnya Allah itu Maha Adil..
    beban wanita tanggung = beban lelaki tanggung... walaupon pada zahirnya nampak senang bagi wanita tapi sebenarnya tidak..
    tak caye?
    amik satu contoh jer.. senang ke nak taat suami?

    heee..Nampak? btol tak Allah Maha Adil?

    ReplyDelete
  2. iye~ nmpak mudah, tapi sbenarnye payah~
    Allah mmg maha adil,, cume kadang2 kita sebagai manusia ni yg lalai~

    sila la c0py., ^^v

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.