Aku taip dan kemudian aku tekan butang backspace. Taip dan backspace. Itu la yang aku buat untuk masa ni, tak tahu nak mula dari mana mungkin kehabisan idea.
Beberapa hari lepas, aku menghadiri satu temuduga untuk jawatan graphic designer tapi tak berjaya. Tak perlu tanya mengapa sebab yang pasti bukan kerana kekhilafan aku tapi sebab pengurusan syarikat tu sendiri yang tak beretika malah lebih tepat aku katakan TIDAK BERDISPLIN. In fact, syarikat tu dah panggil aku untuk inteview, aku dah datang jauh-jauh at last orang yang nak temuduga aku tak hadirkan diri. Memang dapat maki dari aku.
Oke bukan inteview yang aku nak cerita sebenarnya.
Menyimpang dari bab interview, sebelum balik rumah aku singgah di Jabatan Vaterina Kuala Kubu Bharu untuk bertanya mengenai kos memandulkan kucing. Memandangkan ada 4 ekor anak kucing (adik kepada Putih) baru lahir kat rumah ni, so ayah ambil tindakan awal untuk mandulkan Putih sebelum dia bunting. Now total kucing kat rumah ada 6 ekor.
The next day aku teman ayah ke Rawang--angkat satu sangkar kucing dan petang tu juga Putih di bawa ke klinik. Kos total around RM120- RM130 tapi pagi tadi aku search ada pulak lagi murah-- around RM80 saja. Mushkil pulak aku :-?
Ok, yang ni penting--kucing yang nak dimandulkan perlu atleast 6 bulan tahu? Bagi kucing yang dah beranak pulak perlu at least sebulan selepas beranak. Dan kucing tersebut perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum operation. Macam manusia jugak lah kot, before operation mesti mau puasa maa..
Encik doktor bagi ubat antibiotik dan ubat untuk disapu pada luka jahitan. Kecik je kira-kira 5mm camtu. Lepas pick up dy dari klinik semalam, Putih terpaksa dikuarantin untuk beberapa hari sebab nak pastikan dia betul-betul pulih. Ouh sayu sungguh aku keadaannya melihatnya :|
|
Rasa sebak sangat masa pick up dia.. |
Semoga Putih cepat sihat.
*****
Hukum memandulkan kucing:
Psst~ sebenarnya gua tak sanggup nak taip perkataan 'memandulkan' tu -__-