Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label begitulah flashback saya. Show all posts
Showing posts with label begitulah flashback saya. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Balik kerja semalam. 
Bertembung dgn sorang kakak ni. 
Masing-masing tak betegur dan tak kenal--DIAM



Jiran aku rupenye. Terus teringat entry Bundle e-Masyarakat (≧ω≦)



Tuesday, August 27, 2013

Sampai


Fuhh! Konon-kononnya tengah hembus nafas tanda melepaskan lelah. Sampai jugak kat rumah akhirnya. Hulu Selangor-Kajang then Kajang-Hulu Selangor. "Alaa, bukan selalu.." tu je respon dari emak. Hari ni follow-up untuk operation tempoh hari, plus amek result makmal, alhamdulillah semuanya OK. Copp! pasal komen dari TK tu sila abaikan. Berani betul hengkorang ye (◣_◢)  

So, tadi settle je urusan di hospital, aku sempat singgah rumah kat Bangi. Terpaksa singgah sebenarnya sebab nak ambil laptop. Budus, laptop pun boleh lupa nak bawak balik. Terpaksa aku bergaduh dengan ayah curik-curik pakai pc untuk online. Lemak lah nak online kt phone manjang ye dak. Oh ya, hari ni baru dapat online sebenarnya. Entah kenapa dengan internet semalam. Sengett. Nanti aku terjah blog hengkorang, boleh?

*Sebenarnya entry ni dah taip malam semalam, pagi ni baru publish.

Wednesday, March 27, 2013

Pengawas Bahagian Basikal

"Aku beli nasi dagang untuk kau. Kau makan x?"

Awal2 pagi lagi aku dah dapat mesej dari Hakim (ofismate). Dia memamg baik. Selalu belikan aku sarapan pagi. Orang memberi kita merasa ahakz!


Aku sebenarnya tak biasa sarapan berat pagi-pagi even time bulan puasa pun aku selalu skip sahur. Tapi takpelah bukan pasal sahur yang ku nak ceritakan di sini tapi pasal makanan berat.

Aku teringat masa aku sekolah rendah dulu-selalu petang pergi sekolah agama kan? Kat sekolah agama tu aku merupakan seorang pengawas. Nak dijadikan cerita sistem pengawas kat sekolah aku time tu: setiap pengawas dah dibahagikan tugas. Contohnya tugas menjaga bahagian surau, tugas bahagian kantin, tugas bahagian kebersihan (tandas), dan aku mase tu ditugaskan jaga bahagian basikal.

Oke. Bahagian basikal tu, tugas aku hari-hari pastikan student lain susun basikal dengan teratur dan kemas pastu tepat je pukul 2:30 petang aku akan tutup pintu pagar dan ambik nama pelajar yang datang lambat. Gila tak best punya tugasan (╯︵╰,)


Jadi bila dah dibahagikan tugasan macam tu. Setiap pengawas ada name tag pengawas kan. Aku punya name tag tu rupa dia cenggini.



Aku tak tahu la macam mana boleh ada sistem macam nih. Satu hari time rehat, macam biasalah kan. Nama pun budak. Aku tak tekecuali berebut-rebut nak keluar awal ke kantin. Menjadi antara orang yang awal, aku pun dengan ramah mesra dan sopan santun tegur makcik kantin tu. “Makanan berat hari ni apa makcik?” Selamber Makcik tu jawab “Basikal”


Damn!

Sejak hari tu aku tak puas hati kenapa pengawas yang jaga tandas name tag dia tulis ‘bahagian kebersihan’ bukan bahagian tandas so that dia akan usung pekataaan tu pergi mana-mana. Punyalah tak puas ati (◣_◢)

Ahh kau.. kecik-kecik dah pandai stress lol.

p/s: Pesanan Penaja- jemput like page Chuu. (sini)


Tuesday, July 31, 2012

Tiupan Ramadhan

Beberapa hari lepas aku baca satu post tulisan Cik Syida berkenaan kenakalan beliau ketika di bulan ramadhan. Lalu aku terpanggil untuk turut bercerita. Ada samanya namun dari sudut yang berbeza. Kisah satu malam di bulan ramadhan kira-kira 15 tahun yang lalu.

Ceritanya begini..

Aku membesar di sebuah kampung. Biasanya menjelang hari raya--lebih kurang tinggal lagi seminggu sebelum raya macam tu, orang kampung akan pasang pelita di sepanjang jalan lebih2 lagi di halaman rumah masing-masing. Termasuklah kat rumah aku. Bezanya pada zaman dahulu abang rajin buat pelita yang diperbuat dari buluh. Berbanding sekarang yang lebih prefer pelita biasa yang dibeli di kedai-kedai. Lebih mudah agaknya.

Satu malam, ketika orang lain sibuk meningkatkan amalan dengan melakukan solat tarawih, aku dan abang sibuk dengan aktiviti sendiri. Aku membonceng basikal dengan abang. Seronok jalan-jalan naik basikal malam2 dengan lampu pelita terhias indah di sepanjang jalan--sejuk dan nyaman. Serius best. 


Nak cerita nakalnya aku ni, abang kayuh basikal rapat-rapat dengan bahu jalan. Dalam erti kata lain rapat-rapat dengan pelita. Aku kat belakang tukang tiup. Fuhh...fuhh... satu persatu pelita terpadam.


Yang pasti ada la dalam 5,6,7 pelita aku tiup dengan jayanya. Tak berani nak tiup banyak-banyak. kang tak pasal-pasal kena tibai dengan orang kampung. Nasib tak baik dapat maki lagi :))




Begitulah flashback saya.
Baca lagi memori ramadhan-- Umpatan Ramadhan

Sunday, March 11, 2012

Kakak Tus


Lebih kurang sebulan yang lalu, budak perempuan lesung pipit telah ditemukan dengan  sebuah sepokok sepohon hamba Allah ni. Masa tu keadaan beliau bukan saja tidak terurus malah juga kurus. Terbiar dibalik serakan tanah yang tak sampai sekangkang kucing. Budak perempuan lesung pipit terjumpa sepohon kaktus. Rasa kesian, lalu budak perempuan lesung pipit pungut kaktus tersebut dengan penuh berhati-hati. 


Dengan penuh kasih budak perempuan lesung pipit berikan kaktus tempat tinggal baru--kotak kayu comel yang dirompak dari almari milik emak. Lalu kaktus diberikan nama, Kakak Tus. Budak perempuan lesung pipit rasa sangat gembira bersama teman barunya.

 

Setiap pagi budak perempuan lesung pipit akan mengucapkan selamat pagi sambil menyiram Kakak Tus. "Kakak Tus cepatlah membesar" Suatu hari budak perempuan lesung pipit perasan Kakak Tus telah mengeluarkan cabang yang baru. Huhha!

Kenalkan-- kakak Tus yang kurus keding hihi. Gambar dirakam ketika Kakak Tus masih baru dipindahkan ke dalam kotak kayu comel. Masa ni kat rumah, sekarang Kakak Tus ada kat Penang :D


Psstt-- Chuu rasa sampai bila-bila pun Kakak Tus tak akan membesar sebab setiap pagi minum air kosong je wakaka XD

Sunday, January 8, 2012

Aku Beralih Kiblat

Masa nak solat Asar tadi, aku secara tak sengaja telah TERmembentangkan (hancur BM) sejadah secara terbalik. Terus aku teringat akan satu peristiwa yang berlaku masa aku kecik-kecik dulu. Ketika tu masih baru nak belajar sembahyang kiranya. 

Cerita ni mungkin agak bangang..

Masa tu, kalau nak ikut kiblat pelan tapak bilik aku, ketika sembahyang aku akan membelakangkan pintu bilik. Masa tu entah solat Maghrib atau Isyak. Maka tak hairanlah kalau aku agak takut-takut dalam rumah sendiri. Nama pun budak. Memandangkan pintu bilik aku tidak berpintu *paham dop? kiranya just ada langsir sahaja.


Aku selalu terbayang masa tengah solat tiba-tiba datang dari belakang makhluk jahat atau hantu jembalang datang terkam dari belakang. Maklumlah, pintu di belakang. Apa yang datang mana nampak kan? aku fikir macam tu.


Maka aku yang bijaksana lagi sengal ubi ketika itu tanpa segan silu menukar arah kiblat dari yang sepatutnya. Dengan harapan apa saja yang datang aku tak akan gentar lagi. Sebab aku boleh kawal laluan keluar masuk  pintu bilik aku. Gile!


Begitulah flashback saya...


Friday, November 25, 2011

Siput Kemudi



Kerang pun tak makan ada hati pulak nk makan Siput Kemudi. Cess, terbako je bila abang aku cakap ghupe itu.  Tak penah tahu pun selama ni pasal siput ni. Siput Kemudi namanya. First time tengok last two weeks masa kat rumah pakcik. Rumah tepi laut. Musim agaknya, petang-petang budak-budak kat situ rajin betul turun ke laut cari siput kemudi ni. Sepupu aku pun join sama.  Sampai luka-luka kaki dia. 





Korang pernah makan ke? Siput ni agak besar jugak, separuh tapak tangan dewasa ada kot. Makcik aku cakap buat gulai sodap..err.. tak tahu lah sebab aku pun x pernah makan. Tengok rupa dia macam adik-beradik kerang je -___-ll

stickynote: credit gambar google :D


Wednesday, November 9, 2011

Nyamuks dan Buah Getah

Aku membesar sebagai budak kampung. Dulu kat kampung aku tu banyak pokok getah berbeza berbanding sekarang. Berkawan dengan sepupu aku, Wani namanya, muda setahun dari aku. Bila tiba musim buah getah gugur, kami akan jalan-jalan kat area kebun getah. Kutip buah getah yang bertaburan kat atas tanah.


Seronok dok kutip buah getah tapi tak tahu nak buat apa dengan buah getah tu. Dah takde kerja sangat agaknya -___-ll. Al-maklumlah nama pun kebun getah, sah-sah nyamuks berpesta dengan kedatangan kami. Hurung baekkk punya! Tapi, ape der hal.. lantak lah dengan nyamuks-nyamuks sekalian. Yang penting kami dapat kumpul buah getah.

Yang paling best bila dah puas hati dengan hasil kutipan. Masa nak balik rumah kami akan ambil lajak untuk lari sekuat hati. Sebab nak lari dari nyamuks-nyamuks yang sedang hangat menjadikan kami sebagai juadah tengahari. Eceyh!


Tapi at last dah sampai rumah kena marah dengan arwah nenek ada la. Sebab buah getah tu for sure akan dibiarkan bersepah-sepah. Sampai sekarang aku terfikir. Jadah la seronok sangat kutip buah getah time tu -____-ll

Google: Ini la rupa buah getah tu. Ekceli tak sure, buah getah or biji getah :P
Begitulah flashback saya.



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.