Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label ku rasa something. Show all posts
Showing posts with label ku rasa something. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

New Chapter

Bismillah..

New story, new chapter and new life. For now aku dah tak menetap lagi kat Bangi. Genap sebulan sebab dah resign dari previous company. Banyak cerita yang boleh ditulis, banyak kisah boleh dilukis. Mungkin sebab sebelum ni mood untuk menulis tu takde. Nak kata busy pun iya.

Actually sebulan jugak aku menganggur lepas resign and sebelum dapat kerja yang baru. So sekarang stay kat Wangsa Maju pulak. Dok Key El kate ko. Ahah!  Semua yang berlaku pasti dah tertulis. First week masa masuk ofis baru aku masih menunggu result interview n  panggilan kerja dari The Sun. Tu laa aku cakap mungkin memang rezeki aku kat sini (Wangsa Maju). So tak dapat lah job kat The Sun tuh.

Kalau before nih main dengan multimedia, develop courseware dan e-learning. Sekarang bertukar bidang event and advertising pulok. Setiap hari mesti teringat kat Encik Alias (bekas lecturer time kat USM) Sebab En. Alias banyak bercerita tentang advertising industry sebab dia sendiri memang previously advertising designer.



Oh ya, for now. Aku dah makin dekat la dengan Chak. Kebetulan dia memang stay kat sini. Dekat sangat-sangat lah. Nak cakap dekat tu stok aku panggil je boleh terus datang. MELAINKAN time aku panggil dia tengah layan DOTA mungkin lambat sikit lah kot hahah!  

Saturday, November 17, 2012

Sayangi Keluarga Anda :)


Kadang-kadang aku rasa tak adil kalau aku update entry baru tanpa berkunjung ke blog kawan-kawan yang lain. Tak adil bagi mereka. Sebenarnye beberapa minggu lepas aku dah berazam nk cuba jugak update blog walaupun hanya dengan sebaris ayat. Takpe kan? Aku ade masalah sikit untuk update blog. Tolong jgn tanye kenape (╯3╰) 

Btw, dari hari khamis lagi aku dah cuti, off hari jumaat dan terus berlanjutan ke ahad . Cuti yang panjang ni aku aku manfaatkan sebaiknya. Selalunya kalau aku balik kampung pun aku banyak habiskan masa dalam bilik--facebook, online, youtube, movie, chatting, etc. Then bila mak masuk bilik aku mak tanya-- kat rumah pun buat kerja? (mak ingt aku bawak balik keje kat ofis ke rumah). 

One time, bile aku call mak cakap yang aku nak balik kampung, mak cakap "adik balik rumah dudukkk je dalam bilik..." aku tersentak sikit kat situ. Tahu lah aku bahawa mak memerlukan aku. Dah la memang dari sekolah duduk asrama. Masuk U makin jauh tercampak sampai ke Penang. Kesian mak. Ill spend more time wit u mummy :*  

Kesimpulannya, sayangi keluarga anda. Keluarga didahulukan, Chak diutamakan (◡‿◡✿)



p/s----- silent hill vs skyfall, dua2 dah tgk; aku vote silent hill :3



Sunday, August 26, 2012

Bias Singgahsana Rasa


Dalam diam aku sendiri-- Rindu yang menjadi sandaran pada hati terus dibiarkan pergi-hanyut dalam singgahsana rasa yang terus membungkam. Benarkah atau  aku terpaksa membenarkan bahawa suatu hari nanti Adam akan datang mencari Hawa? maka Hawa hanya perlu menanti. Menanti dalam ruang kasih yang telah tercipta buatnya sekian lama. Semoga Dia merahmati pertemuan itu nanti.

Assalamualaikum Adam.. :D


>

Saturday, July 28, 2012

Oldschool

Entry yang aku tulis ni dah lama main dalam kepala cuma mungkin belum sampai seru untuk aku menulis mengenainya atau lebih tepat lagi aku malas. Baru-baru ni Encik H update entry pasal lagu, dan entry ini pon tak lari tentang muzik yang aku rasa memang dekat dengan diri aku. 

Ishh..tak reti pulak nak mula macam mana. Sebenar aku cuba membandingkan lagu-lagu yang ada sekarang dengan lagu-lagu yang boleh dianggap retro. Jika aku melihat dari perspektif penulisan lirik dan bait-bait ayat yang digunakan dalam sesebuah lagu tu sendiri, aku pilih lagu retro.

Bukan bermaksud aku menolak mentah-mentah semua lagu-lagu yang ada sekarang. Tipu sangat kalau dikatakan begitu. Cuma aku suka melihat dan mendengar susunan lirik lagu-lagu yang oldschool ni berbanding lirik lagu-lagu sekarang. 

Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidupmu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan..

Kau tak rasa lirik ni tersusun indah ke? Ini cuma contoh, dan mungkin ada lirik lain yang lebih indah. Jika dan sekiranya nak dibanding dengan lagu sekarang-- Poking-poking-tagging-tagging-liking-liking-flirting-flirting..duh~ apa tu -__-ll  Atau mungkin ini hanya luahan selera aku dan aku tidak boleh tidak menafikan selera telinga orang lain yang aku percaya berbeza sesama kita. Atau mungkin belum cukup senior dan berpengalaman untuk menilai semua ni. *banyak sungguh kemungkinan. Alaa..aku kan ada ramai kakak-kakak dan abang-abang yang lebih senior kat sini. Ye dak? :D 


Oke, yang kat bawah ni takde kaitan--cuma kalau tengok dari mula sampai akhir gua shukew part Abam Mus May :x



Sunday, July 22, 2012

Hati Bentuk Kiub

Mungkin tiada apa yang aku ingin kongsikan, mungkin tiada apa yang aku ingin tuliskan. Kejap, pada firasat aku banyak sangat mungkin itu tidak baik untuk diamalkan. Cuma aku terasa nak update blog. Hari yang dilalui tetap sama. Sama yang aku maksudkan di sini mungkin kau pun tak faham melainkan kau ada bersama aku. Sekali lagi mungkin.

Berbekalkan doa dan tawakal, ditambah usaha, disertai rasa postif, diselitkan rasa yakin, dicurahkan rasa syukur dan mengharapkan barakah ramadhan. Semoga perjalanan aku untuk esok lancar dan tenang, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah..


Friday, June 15, 2012

Tua


Petang tu nenek seperti petang-petang sebelumnya, duduk di atas kerusi roda di beranda rumah melontar pandangan jauh keluar. Nenek dah uzur. Tapi kali ni aku nampak mungkin lain. Petang yang ceria. Entah ape yang nenek sedang gelakkan.. aku sendiri tak ambil pusing. Nenek berbual-bual dengan pembantu indonesia (bibik) yang menjaga nenek. Sesekali emak pun mencelah sama, join borak sekaki.  Aku memang tak berapa rapat dengan nenek.

Sampai satu ketika nenek gelak sampai tersyuu-syuu kt situ. Biasalah, dah tua kan. 

Maghrib hampir menjelang. Masa tengah mop lantai tu, aku tengok nenek menatap sayu. Mungkin rasa bersalah, atau malu--aku sendiri tak pasti. Yang pasti aku rasa sayu tengok nenek menangis. Satu tahap bila mana kita sudah tua dan tak boleh nak buat apa-apa selain mengharap bantuan dari orang lain, bila mana mata semakin kabur, badan lemah tak berdaya, sakit di sini sana, telinga pun makin kurang jelas. Mungkin kita akan rasa.

Arwah nenek pon dah takde dan aku tak akan lupa peristiwa ni.

Sunday, June 10, 2012

Feeling Deep Deep



The worth pain is when you are smiling..
JUST to stop the tears from falling.




#guarasamacamtengahupdatestatuskatfesbuk :))



Tuesday, January 3, 2012

Satu Jam Setengah


Jenguk kepala kat tingkap. Sah-sah matahari dah tinggi. Satu jam setengah dari sekarang aku  bertolak ke Sg Petani. Memember aku ngajak teman bermalam kat rumah member se-clasmate. Is actually berat hati nak pergi. Mak aku bilang kalau yang nak menuju ke suatu tempat itu, kalau hatinya ragu-ragu jangan pergi. Bimbang ada yang tak apa-apa akan berlaku. 


Haa.. cemana tu? Hopefully everything gonna be OK :)

stickynote: tak sampai hati nak tinggalkan dia, tapi dah tercakap jadi pergi pulop.


Wednesday, December 21, 2011

Test


Ape ke pelik-pelik je jawapan yang keluar -__-ll


Gigih membelek soalan2 lepas. Baca notanya tidak hihi. 
Petang ni ada test Psikologi Kesihatan.
Semoga berjaya kawan-kawan :)


Friday, November 4, 2011

Home Sweet Home :P

Di saat ini aku kat rumah, lewat malam semalam aku gerak dari Penang, Alhamdullillah dah sampai, dan sekarang tahulah aku cerita apa yang mak tengok kat tv tiap-tiap petang hak hak XD



P/s--ade orang bagi saya lolipop masa kat KL sentral tadi :*

Monday, October 10, 2011

ISNIN




Psstt~ dasyat tak expresi muka aku wakaka XD
Stickynote: Amboi kemain cepat aku bangun hari ni o__O


Wednesday, October 5, 2011

:(

Kadang-kadang aku rasa terlalu selesa sebab kau selalu ada. Sampai aku tak sedar yang tak selamanya kau akan dekat dengan aku. Sedangkan masa yang berlalu pun tak terhitung. Sekejap rasanya. Sekejap sangat sampai tak sedar hari ini kau ucapkan selamat tinggal. Pergi jauh dan entah bila akan berjumpa semula.




Esok.. kembali seperti dulu
"Chuu jaga diri taw.." tak akan lagi kau di sisi aku :(



Thursday, September 8, 2011

Tak Payah Nak Gelabah Sangat



Hari-hari belakang ni terasa lambat je berlalu. Cuti yang pada awalnya rasa begitu lama pun akhirnya terasa berlalu pantas. Insyaallah sabtu ni akan bertolak ke Penang. Kembali ke markas. USM dah meyeru-nyeru.

But then terasa cuak gilak sebab dis time saya jadi super senioritas atau dengan kata lain sebagai final year student. Bakal berhadapan dengan final year project (FYP)  and akan get along the whole dis last two semestar yang akan menentukan saya untuk join final degree show n exhibiton. Kemain jauh dah sampai ke final exhibition =,=
Best of luck Chuu dan kawan-kawan : )


 
**Tak payah nak gelabah sangat lah <--- Hotak Kau!  
HAHAHA

Monday, August 15, 2011

Rasa Ngilu

Cikgu sekolah check kuku setiap minggu. Memang tak pernah miss. Ada seorang member aku nih, lelaki berbangsa India. Sunther nama dia kalau tak silap aku. Every week mesti kena denda sebab tak potong kuku. 


Sampai satu tahap cikgu aku dah tak dapat bertahan dengan kedegilan Sunther yang tak nak potong kuku tu. Kalau nak diikutkan boleh dikatakan tiap minggu jari dia kena ketuk. At last cikgu tu jatuhkan hukuman yang aku sendiri tak jangka. Bersila depan kelas, asah kuku kau kat lantai sampai kuku yang panjang tu jadi pendek. Dapat bayang tak, macam cakar-cakar kuku kat lantai? 



Aku kalau bab kuku nih sometimes ngilu. Jangan tak tahu  pulak ngilu tu apa. Perasaan yang tak tahan sangat kegelian apabila mendengar melakukan, atau melihat sesuatu. (Definisi cam haram -__-||) 


Aku memang tak boleh blah kalau orang gores-gores kuku kat papan hijau. Sekarang kat sekolah-sekolah dah pakai white board dan marker, untung lah. Zaman aku sekolah rendah masih papan hijau dan kapur. Kalau stok budak yang nakal-nakal tu suka lah nak kenakan orang. Memang mintak pangg la jawabnya XD





Stickynote: Salam 15 Ramadan :)

Friday, July 29, 2011

Tips Segar-Bugar Dipagi Hari

Pagi ini sangat hening. Serius. Sehening dan sesejuk embun di luar tatkala aku menjengukkan kepala di tirai tingkap. Oh, malam tadi hujan rupanya. Patut lah sejuk semacam. Argh!! malas sungguh aku nak bangun pagi ni. Dengan kepala yang masih tingtong aku gagahkan jugak untuk bangun, menolak daun pintu untuk terus mandi.




Orang cakap yang bagusnya bangun je dari tidur terus minum air-banyak manfaat katanya. Tapi aku tidak, terus capai ubat gigi kolget yang dah tinggal lagi beberapa picit. 


Selesai menggosok gigi aku capai pencuci muka. Putih je krim pencuci muka nih-aku cakap. Tonyoh2 sikit kat tapak tangan bagi berbuih. PAP! Macam mana Safi Balqis Perfect 10 boleh bertukar jadi Colgate?! Grr~




Ambek kau! Segar lagi berangin je rasanya. Piuuu~ -__-||


Stickynote: Cepat ah pukul 6. Nak balik kampung :D


Friday, July 1, 2011

di sebalik cermin mimpi




















Untung la dikelilingi keluarga dan teman yang amat mengambil berat tentang diri kamu. Budi yang tidak terbalas. Terima kasih :')


P/s: Doakan abang aku cepat sembuh sebab dia abang yang baik.Serious!


Thursday, June 23, 2011

an apple a day keeps the doctor away, a mamee a day keeps my brain away LOL

r3nyuk goncang makan : )

Saturday, March 26, 2011

antara pernah atau tidak, antara iye atau bukan


penah x dengar ayat ni..?
"hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah.."
tapi kadang2 walaupun langit tu nampak cerah
tapi hidup tak seindah langit yang cerah tu?

betol tak.,?
what so ever la uoulz ahakz
yang penting keje jalan walaupon x brape nak jalan
and have a gud life ^^v


gambatte ne!!


sticky note: tido lena sayam :)

Friday, March 18, 2011

rabun itu indah.

rabun itu indah? watdehel??

iye aku rabun.
rabun ayam? rabun kura-kura? atau rabun ape saje..
tu sume x penting., tp yang penting aku rabun jauh ~__~

petang tadi tergerak hati nak pegi check power
sebab mmg dah lama tak test power :D
result- tahap kerabunan mcm menurun
aku senyum ^___^

*gile senyum sorang2!

tak suke pakai spek!
dulu waktu kecik2 aku teringin sangat nak pakai spek
sebab dan alasan aku sendiri pon tak tahu
dari situ aku test2 pakai spek mak aku.,
plus kalau tengok tv kalau boleh nak lekat muka depan tv tu XD

tapi sekarang dah berubah,
walaupun rabun aku lagi rela pakai contact lens ~__~
dan aku baru sedar dah dua tahun lebih rupanya dari aku mula guna cntct lens :D
* tak suke pakai spek!


sticky note: maraton makan carrot banyak-banyak sangat sampai muntah XD

Tuesday, March 15, 2011

kejujuran yang gagal



ek'eley (cubaan memperlekeh) tak paham betol la. perlu ke ade motif tertentu untuk mewujudkan belog? perlu ke kau nak tentukan ape yang aku nak sumbat dalam belog ni? "amboi semua cerita nak santap dalam tu" suke hati aku boley tak.





LOL! intro nak emosi je kan? betul lah kot belog aku ni bukan ade motif sangat pon at first, just nak share ape yang aku lalui dan ape yang ade dalam hati, kalau ade ilmu lebih siket tu kekadang share la jugak gamaknya haih..

plus tengok hidup orang lain yg bermacam ragam pakej menambah kenalan agaknya. kalau motif nak carik duet makan jangan cakap la, sampai tahun depan pon belum tentu dapat makan adOii.. 

aku tulis sesedap rase, sebab sesedap rase tu penting--> touyakaruma yang cakap.

tapi kalau kau rase kau nak direct aku dan tentukan ape yang perlu dan tidak dalam belog ni aku suggest kau setup belog sendiri.  much better kan? cubaan untuk menjadi seorang yang jujur. *jadi tak?


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.