Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Fibroadenoma


Untuk bacaan Hawa, Wanita, Perempuan, Para Suami dan Bakal Suami..ekeke (≧◡≦) 

Assalamualaikum.
Alhamdulillah operation pada 20hb Ogos lalu berjalan lancar dan sekarang still dalam proses untuk recover. Secara ringkasnya operation tu untuk membuang lump yang terdapat pada bahagian breast. atau dalam term lain dipanggil fibroadenoma. Lepas je doktor sahkan tentang fibroadenoma ni, aku banyak google dan baca tentang pengalaman-pengalaman mereka yang turut pernah berhadapan dengan benda ni. Jadi aku harap tulisan ni akan menambah satu lagi bahan bacaan dari pengalaman aku pulak.

Asalnya aku hanya perasan terdapat ketulan macam saiz biji buah mata kucing tu. At first aku ignore je tapi lama-lama jadi risau pulak. Sekarang penyakit macam-macam. Alhamdulillah doktor cakap 90% bukan cancer. Kenapa? sebab lump tersebut mobile. Maksud kat sini, bila kau rasa ketulan tu dari permukaaan kulit, dia boleh bergerak dan tak statik. Kalau cancer, lazimnya ketulan tersebut keras dan statik. Tak percaya pergi google skang ehee.
Warded di KPJ Kajang
Dari sini, doktor bagi dua choice samaada nak biarkan atau buang through surgery. In fact kalau tak nak buang pun takpe tapi kena pantau sebab lump tu boleh membesar. Membesar dengan cepat atau lambat itu bergantung pada induvidu. Dalam kes aku memang dah lama dalam 2-3 bulan dan aku perasan ada slow growing , and later mungkin akan terus grow jadi aku pilih untuk remove.

Selain tu ade jugak pendapat yang menyatakan yang fibroadenoma ni kalau dibiarkan takut-takut akan bertukar menjadi kanser. Yang ini aku kurang pasti pulak. Mohon kita semua lebih berjaga-jaga dan ambil berat tentang kesihatan terutamanya dalam hal pemakanan. *Aku ingatkan diri sendiri mohon kurangkan makan mii segera. Yelah, kalau dah sakit ape pun tak boleh. Duit bortingkek2 pun kalau badan tak sihat tak guna, ye dak? Oh ya,aku sertakan sekalilah antara gejala awal kanser payudara yang aku cakap tadi ye.

Pautan lain:
Gejala Kanser Payudara
Pengalaman Ultrasound KPJ Kajang

Walau pahit ku telan jua -__-
InshaAllah isnin ni akan ke KPJ semula untuk follow up dan amek result dr doc.

Saturday, June 1, 2013

Sound Effect

Beberapa bulan yang lepas aku ada workout untuk projek Memorial Tun Abdul Razak dalam pembikinan video untuk diletakkan dibahagian bilik tayangan di sana. Sebenarnya video dah ada cuma kena edit balik, buat montage, susun semula dan masukkan audio yang sesuai & VO untuk bagi lebih harmoni. If nak tengok hasil kerja tu boleh la buat lawatan ke sana haha. Jadi sepanjang proses tu aku banyak la rujuk sound2 effect dan sound track yang sesuai untuk dimasukkan dalam video tu. Just nak share apa yang aku jumpa. 

MTAR video in the making
FIRST, ready headphone. Before play tu change quality jadi 1080p HD dengan paparan penuh (fullscreen).


Awesome sangat. Bagi aku both visual dan audio sound track mix dengan sangat sempurna. Kalau dapat  LED screen 72 inch pehh lagi la. Respect betul dengan orang yang berjaya mix semua soundtract dalam video ni. Oh ya, sebenarnya rasa menyesal sebab tak tengok cerita Avatar versi 3D yang ditayangkan kat pawagam dulu. Bagi aku perkara yang buat aku impress adalah visual/graphic dia berbanding jalan cerita hehe.

Apalah makna sebuah filem kalau soundtract/effect kureng..TAK UMPHH!!

Stickynote:
rasa macam macam skill menulis kian hilang pulak. ke aku memang takde skill -__-ll


Tuesday, September 11, 2012

Malang Tak Berbau

"Nak ikut tak?"

Tiba-tiba tengahari tu ayah tanya (¬‿¬) Memandangkan time2 ni masa terluang yang melimpah-ruah jadi ku turutkan saja. Petang tu juga bertolak ke Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.

Keluarga atuk saudara ditimpa musibah. Kiranya abang kepada arwah atuk aku. Habis rumah mereka terbakar. Kira memang totally musnah. Syukur alhamdulillah semua selamat. Masa tiba kat sana, aku terus teringat last aku jejakkan kaki kat situ masa kenduri kahwin anak beliau. Jelas lagi dalam fikiran aku keadaan rumah tersebut. But now yang tinggal hanya rangka rumah yang hangus dijilat api.

Serius atok ni tabah. masa berbual pun boleh gurau2 gelak2 lagi
'Benda dah jadi kan..nak sedih-sedih pun dah tak guna' - atok tu cakap :)
Berita penuh SINI

Menurut seorang makcik kat situ, kebakaran mungkin disebabkan litar pintas. Perkara macam ni lah yang aku takut. Benda yang kita sendiri tak dapat nak jangka. Cuak pulak aku, sampai je rumah terus unplug semua suis2 yang tak pakai.. adess (╯︵╰,) 

Aku nasihatkan korang dan diri sendiri, hati-hatilah dengan perkakas elektrik ni. Sah-sah kita memang simpan api dalam rumah. Jadi gunakan dengan cermat. Bila mengenangkan kes-kes kebakaran sampai ada yang rentung-rentung bagai. Lagi-lagi yang berlaku masa tidur..mana sedar beb. Malang tak berbau walaupun kebakaran mengeluarkan bau (✖╭╮✖) 


P/s: Dengar cerita MRSM Kuala Kubu Bharu ada kebakaran jugak malam tadi. Just mention sbb rumah guwa dekat KKB. Eh!

Friday, August 31, 2012

Pencuri Kesempatan

Sebenarnya aku sendiri tak pasti samada kata mengambil kesempatan dan mencuri kesempatan membawa erti dan makna yang setara. Hakikatnya meminta dan mencuri itu sememangnya bagai Planet Bumi dan Planet Namek jauhnya. Barangkali kamu juga tidak tahu di mana letaknya Planet Namek tersebut.

Beberapa hati lalu, aku ada membaca tulisan Pocket tentang kebaikan yang disalah erti. Mungkin tiada kaitan dengan peminta dan pencuri kesempatan tapi aku melihat dari sudut yang sama--pelaku baik tetap menerima layanan yang tidak sepatutnya.

Berbalik pada topik kita.. berlapang dada dengan kehidupan orang lain itu yang sepatutnya. Maksud aku, menghormati dan memahami hak mereka. Dan percayalah, perkara paling penting adalah membuang jauh sifat mementingkan diri sendiri yang ada dalam diri. Semoga kamu berjaya melunturkan sifat itu. Aku jua begitu.



Selamat Hari Merdeka
and Happy weekend
 

Friday, June 15, 2012

Tua


Petang tu nenek seperti petang-petang sebelumnya, duduk di atas kerusi roda di beranda rumah melontar pandangan jauh keluar. Nenek dah uzur. Tapi kali ni aku nampak mungkin lain. Petang yang ceria. Entah ape yang nenek sedang gelakkan.. aku sendiri tak ambil pusing. Nenek berbual-bual dengan pembantu indonesia (bibik) yang menjaga nenek. Sesekali emak pun mencelah sama, join borak sekaki.  Aku memang tak berapa rapat dengan nenek.

Sampai satu ketika nenek gelak sampai tersyuu-syuu kt situ. Biasalah, dah tua kan. 

Maghrib hampir menjelang. Masa tengah mop lantai tu, aku tengok nenek menatap sayu. Mungkin rasa bersalah, atau malu--aku sendiri tak pasti. Yang pasti aku rasa sayu tengok nenek menangis. Satu tahap bila mana kita sudah tua dan tak boleh nak buat apa-apa selain mengharap bantuan dari orang lain, bila mana mata semakin kabur, badan lemah tak berdaya, sakit di sini sana, telinga pun makin kurang jelas. Mungkin kita akan rasa.

Arwah nenek pon dah takde dan aku tak akan lupa peristiwa ni.

Thursday, April 19, 2012

Pembungkus Polisterin

Sejak aku study kat usm ni, aku lebih concern bab penggunaan polisterin sebab usm handle satu project yang yang dipanggil The White Coffin untuk ban penggunaan pembungkusan makanan polisterin. Rasanya semua sedia maklum yang polisterin nih banyak mendatangkan mudarat malah boleh menyebabkan kanser. 

Jadi semua  student digalakkan untuk bawak sendiri bekas makanan kalau ade niat nak tapau. tak pun nak senang makan je kat cafe, senang tak payah nak tapau-tapau bagai. Satu lagi alternatif lain penggunaan bekas makanan yang alaa-ala polisterin macam kat bawah ni.

Aku tak sure sangat material yang digunakan tapi nampak macam kertas yang keras. Then ade lapisan macam kat kertas pembungkus nasi lemak yang korang selalu beli tu, alaa yang kertas kaler brown tu. Tujuannya kalau korang tapau makanan yang berkuah takde la container tu terus lembik or bocor kan? Tapi aku memang suke ngan container ni. Eco-design la kononnye kehkehkeh.



Lagi satu yang best kat usm ni, kalau time bulan ramadhan, akan ada bazar pasar ramadhan berhampiran kawasan kediaman pelajar. Biasalah kan, memang selalu kalau pergi bazar ramadhan mesti berplastik-plastik sekali angkut. Nasi ayam, kuih muih, murtabak lagi, air lagi. 

Then, kat satu sudut kat pintu masuk usm akan ade satu group yang bermini demonstrasi untuk ban penggunaan plastik dan polisterin. Still jinjing plastik dan polisterin padahal depan mata diorang angkat banner besar-besar untuk tolak penggunaan plastik dengan polisterin tuh. Tak ke malu? Tapi selalunya aku bedal jugak. Jahat aku wakaka.

Ni artwork aku mase first year kot. Jangan tanya ape bende menatam nih..grr!!  
** Waktu kritikal cmni bole update blog panjang lebor! Oh ya, doakan aku untuk selection for arts exhbition this friday, cuak.

Friday, December 16, 2011

Proses Pemakanan


Masa siang hari boleh la nak makan banyak-banyak. Yang paling penting sekali adalah breakfast. Dikatakan bersarapanlah dipagi hari serupa seorang raja, makan tengahari seperti ahli eksekutif dan makan malam seperti seorang papa kedana. (Lecturer aku yang cakap nih) Walaupun sebenarnya aku memang sangat susah untuk mengambil breakfast tapi terpaksa jugak terima fakta ni.


Dalam tempoh 8 malam hingga 4 pagi adalah proses penyerapan. Jadi malam-malam buta jangan nak melencong ke restoran mamak Khalel mahupun Subaidah untuk pekena burger khalel, teh tarik gelas komtar mahupun roti canai ye. 


Yang ini mesti ramai yang bersetuju. Maka tidak hairanlah kalau pagi-pagi tandas serbaguna akan menjadi sesak lagi-lagi tandas asrama, kolej mahupun pejabat. Pandai-pandailah bangun awal untuk tempah tiket ye :D



Fleksibel sungguh aku ni, tiba-tiba jadi ahli nutrisi pulak HAHAHA XD


Friday, November 25, 2011

Siput Kemudi



Kerang pun tak makan ada hati pulak nk makan Siput Kemudi. Cess, terbako je bila abang aku cakap ghupe itu.  Tak penah tahu pun selama ni pasal siput ni. Siput Kemudi namanya. First time tengok last two weeks masa kat rumah pakcik. Rumah tepi laut. Musim agaknya, petang-petang budak-budak kat situ rajin betul turun ke laut cari siput kemudi ni. Sepupu aku pun join sama.  Sampai luka-luka kaki dia. 





Korang pernah makan ke? Siput ni agak besar jugak, separuh tapak tangan dewasa ada kot. Makcik aku cakap buat gulai sodap..err.. tak tahu lah sebab aku pun x pernah makan. Tengok rupa dia macam adik-beradik kerang je -___-ll

stickynote: credit gambar google :D


Wednesday, November 2, 2011

Mamaku Yang Jauh :)


P/s: HAHAHA. Tergelak aku bila mak cakap macam tu.
♥ Mak, kenape comel sangat!? XD

Saturday, September 17, 2011

Bekas Girlpren Kepada Bekas Boipren Add Facebook Aku?

** Aku jarang tulis story panjang-panjang, harap2 takde yang ALT+f4

Agak-agak 2-3 bulan selepas aku diceraikan oleh ex-bf aku [ex-boifren larh, sila jangan buat-buat tak paham] tiba-tiba budak perempuan  cantik tu add aku di facebook. kalau nak tahu, budak perempuan cantik tu ex-gf kepada ex-bf aku. Kiranya budak perempuan cantik tu pernah jadi kekasih hati ex-bf aku--sebelum aku mengambil alih. **LOL ayat x ley blah. HUH! Paham dop?

Nak dijadikan cerita, pada asalnya aku sendiri tak paham apa motif budak perempuan cantik tu add aku, mungkin sebab aku dah senasib dengan budak perempuan cantik tu. Berjaya diceraikan oleh ex-bf dengan amat tragis sekali. Dem. Aku nak cerita pasal budak perempuan cantik bukan ex-bf -__-ll

Makin lama aku kenal budak perempuan cantik tu, aku tahu dia baik orangnya. Tak sangka pulak boleh jadi kawan dengan ex-gf kepada ex-bf sendiri dan tak pernah jumpa face-to-face pon HAHAHA. Minggu depan budak perempuan cantik bakal bernikah. Awal pagi tadi sempat tegur dia, ucap tahniah. Walaupun tak selalu chat dengan budak perempuan cantik, tapi aku tahu dia happy. Aku orang first yang wish -- katanya. 

Serius Gambar takde kaitan -___-ll

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, budak perempuan cantik :)

Sunday, August 28, 2011

Ramadan dan Syawal Itu Berjiran, Tak Jauh Mana Pun




Amboi bukan main lagi ye. Punya lah jauh beza perangai, padahal sebelah-sebelah je ramadan dengan syawal tu. Dan sebelum semua orang makin sibuk sebab menyambut kehadiran syawal yang bakal menjelma..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :D
--Selamat Hari Kemerdekaan juga ^^~

Thursday, August 18, 2011

Cendol Canggih


Ayah : Ape lah.. semua benda nak amek gambar...
Chuu: Ayah nii >__<"



Korang! pernah tak makan benda ni? Komfem pernah. *Sendiri tanya, sendiri jawab sebab semua orang tidur lagi -__-||) Kuih ni is actually cendol taw. Selalunya orang minum air cendol tapi dis time makan ngap3! :D


Elok je dia asingkan gula, santan dan cendol. Pakai agar-agar mungkin. Inovasi cendol :P
Kbai nak tidur.


Friday, August 5, 2011

Terjemahan, Tafsiran dan Tilikan.


Untuk bacaan Lelaki dan Wanita Sahaja.

Moh nak share sikit. Penting untuk semua gamaknya. Terjemahan, Tafsiran dan Tilikan oleh Pawang Mek Ronggeng yang baru sahaja menghabiskan Kursus Tesol di Thailand.

1. Fine
Perkataan ni biasanya digunakan untuk menamatkan pertelingkahan dan pergaduhan. Maknanya kau kena DIAM!

2. Five Minutes
Kalau orang perempuan sedang bersiap, lima minit ni nak menyedapkan hati.  Maknanya kalau kau dah bagi lesen 5 minit tu, pandai-pandai la kau tambah tolak darab bahagi lagi beberapa minit ye.

3. Nothing
Cubaan untuk bertenang sebelum ribut yang maha dasyat melanda. Argument yang selalunya bermula dengan nothing selalunye akan berakhir dengan word nombor satu tadi, FINE!

4. Go Ahead
Go Ahead ni sebenarnya cabaran. Lebih baik jangan buat, paham?


5. Whatever
Way of saying 'F- YOU!' *katanya..

6. Don't worry about it, I got it
Statement ni selalunya keluar bila seseorang perempuan tu meminta seseorang lelaki melakukan sesuatu untuk several time, tapi at last, girl tu yang kena buat sendiri. Bila lelaki tu tanya, 'What's wrong?'. Response-- 'Nothing'.


P/S--Bagi aku sesetengah perempuan ni selalunya susah nak berterus terang, selalu cakap berkias-kias. Padahal orang lelaki susah nak paham kiasan yang cuba nak disampaikan. 
Okei, stret to de point !

Stickynote: Yeay! tinggal seminggu sebelum menghabiskan latihan amali :D

Wednesday, July 27, 2011

Kulat memang unik. Antara tumbuhan dan haiwan kulat dikelaskan sebagai

Wah, bukan main panjang lagi tajuk entry kau ye. Kalau bab kulat-kulat nih, mula la teringat masa sekolah rendah dulu-dulu. Belajar sains main dengan kulat atas roti yang lembab dan dah tengik haihh! 

Dua bulan yang lepas, time baru start praktikal aku ada buat shooting untuk produk muffin. Tapi disebabkan berjam-jam aku menghadap muffin tersebut hilang terus selera nak makan. At last tersadai je kat studio. *Agak tak senonoh disitu -__-' .  Agak pelik sebab muffin tu tak rosak pun. WOW!


Ni muffin masa shooting dulu

After dua bulan lebih- memang la x rosak tapi dah kering kontang LOL!

Tahu tak, ekceli kulat asalnya diketegorikan sebagai tumbuhan. Tapi disebabkan kulat tidak mempunyai klorofil dan tidak menghasilkan makanan sendiri so cancel lah masuk grup tumbuhan. Pada masa yang sama, kulat tak bole masuk group haiwan sebab takdeciri-ciri haiwan. Akhirnya, kulat dimasukkan dalam Group Protista bersama-sama alga yang turut memilki ciri-ciri perantaraan haiwan dan tumbuhan. 

Menarik kan? :D


Stickynote: Memang sampai ke akhirnya tak akan makan :{



Sunday, June 26, 2011

tips membersih seluar jeans :)

Sejak bergelar pelajar universiti, attire harian aku jeans. Kalau nak diikutkan aku rasa peraturan pemakaian kat universiti aku tak lah ketat sangat. Tambahan pulak aku dalam kos art, selipar jepong pun aku sauk. Lain pulak dengan kos pendidikan, memang aku tengok diorang agak formal dalam berpakaian.

Aku nak cakap pasal  tips basuh seluar jeans sebenarnye, sorry lari jauh lak. Al-kisah aku dengar orang kata seluar jeans ni tak elok basuh kerap sangat sebab boleh rosak. Tapi aku pernah dengar jugak ada orang tak basuh seluar jeans sampai dekat setahun. Phewww! macam mana lah ghupenye tuh?? Tapi yang pasti setiap kali aku basuh jeans mesti luntur. Memang cepat pudar lah jeans aku grr!




Okeh, dari yang aku tahu;

♦ First basuh jeans dengan air biasa-biasa je atau suam-suam. Jangan pakai air terlalu panas atau sejuk.

♦ Second biasakan terbalikkan seluar jeans korang tuh supaya jeans tak cepat rosak.

♦ Lagi, seeloknya asingkan cucian jeans dengan pakaian lain, macam aku membebel kat atas tadi jeans ni kadang-kadang luntur takut baju lain pun terbabit sama.

♦ Digalakkan membasuh jeans baru bersama jeans yang lama supaya jeans yang lama tu terpelihara la sikit kan.

♦ Jeans ni sebenarnya tak boleh pakai mesin pengering, tahu? tapi aku selalu buat. Sebab kalau tak, sumpah jeans tu memang lambat kering grr..

♦ Next, dah cuci tu keringkan di tempat yang teduh. Biar dia kering sendiri. Tak payah gatal nak tiup-tiup bagi cepat kering. Wakaka!

♦ Erm, tu je kot. Lain-lain aku tak ingat sebab petang tadi aku dah tertelan 2 ekor semut LOL !


stickynote: Aku nak biasakan mengeja dan menulis dengan betul. Wah ! :D


Wednesday, May 11, 2011

masih hidup




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !







p/s: saya dapat note ni dari seorang rakan, dah lama ade dalam inbox saye, inspired :)

Monday, April 25, 2011

gejala makan


tahukah anda makan ni ade banyak gejalanye., ade gejala makan sampai licin, ade gajala makan tak habis, ade gejala payah makan, gejala makan lauk je danlain2 gejala korang pikir la sendiri.

gejala makan tak habis tu aku larh. uishhh x baik kau nih. MEMBAZIIRRR!! betol larh tu, membazir kan? susah nak dapat makan habis dengan licin. tapi sometimes kalau aku dapat habiskan nasi dan lauk dalam pinggan sampai licin.. yeayy!! aku berjaya. hahaha bukan selalu.. bangga2 :P

mase kecik2 kalau aku makan tak habis mak selalu paksa aku makan lauk, at least kalau x habis makan nasi habiskan la lauk tu., macam tu la lebih kurang. amboi, nak salahkan mak ke?  aku lah yang bersalah sebenarnye. perangai adOii..


dah tu bila dah x cukup makan mula la sakit2 kan, penah gak rase2 macam nak gastrik.. haaa tawu takowt! saket woh~ tapi kalau stress or banyak berfikir cepat lapar kan? setuju tak? harus kah sentiasa stress untuk meningkatkan selera makan :D 

gejala makan kamu2 cmne?


sticky note: makan makan makan makan makan pitam :P

Saturday, April 9, 2011

Maybank2u tipu!!


terkejut jugak semalam, buka emel tengok2 ada emel dari maybank2u. Sape pulak yang masokkan duit ke dalam akaun aku hakhak (gaji design program inspire aku belom berbayar grr..) subject emel tu 'Re-confirm Your Account' ni untuk emel pertama sebab selepas tu aku dapat 2 lagi emel yang sama. 

hihi, buat lawak ke ape nih?? akaun maybank pon aku takde nak konfem2 akaun pulak :P bila aku klik link yg diberi kelua malware pulop kan., nasib baik ade protection berganda wakaka :D 




tapi yang pasti bukan aku sorang pernah kena., beliau ni pon pernah kena. heh!


Thursday, February 24, 2011

bermain 'snake' di youtube ketika video loading


woah., assignment semakin membuak-buak! 
'i LIKE sangat'

lets have some rest and share something dengan kamu2 sekalian.

selalunye kalau dapat stok internet yang agak slow
mesti kite biasa dengan benda ni kan?
 bulat-bulat, pusing-pusing, nasib x pening :P

mean-nye video sedang loading



tapi, tahu tak kamu boleh bermain 'snake' ketika sedang menunggu video tersebut loading?
hahaa., chuu baru tahu pasal benda nih sebenarnye., dan agak wow!!


senang je caranya..
time ngah loading tu, korang main-main la dengan arrows kat keyboard korang tu.,
nanti bende tu gerak sendrik!
tapi kadang2 degil gak bende tuh
x mo gerak2 ., wakaka

x pun, time ngah loading tu klik siket kat video tu sambil hit button arrows oraits?



tapi kalau time loading tu terus buat fullscreen pun jalan gak kot.,
pandai2 la korang hahaha

pesanan khidmat masyarakat: kesabaran perlu untuk berjaya :D




P/S: credit to cek rumput yang jumpe bende ni dan share dengan saye.
sticky note:  rase macam patut crop lagi gambar2 kat atas ni, semak je kat tepi2 tu =,="

Monday, January 3, 2011

tak salah buat orang terasa muda ; sebab aku pon suke bhahaha



perlu ke nak takut pada umur yang hanya diwakili dengan nombor/ angka., Beb !! tak suke larhh dah jejak 20-an nih., hilang teen kt belakang nombor tuh >.<" ... dan bile dah terasa makin dewasa ni,  rase orang di sekeliling aku dengan pangkat kakak lebih ramai daripada pangkat makcik., ad0ii. dah makin tua=,=!!) paham ke maksud yang aku cuba nak sampaikan ni grr?

tapi
tapi
tapi


tak salah kalau kau buat orang kat kiri kanan kau tu terasa muda bhahaha., agak-agak yang x berape nak makcik tu panggil la kakak., yang x berapa nak pakcik tu panggil la abang., komfem senyum pon lebar je bhahaha :D 


x pasal2 mokcik ni d0k kat bel0g aku :P



sticky note: nak cuti lagy T__T  tomorrow; klazzzzzzZZZzzzz

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.