Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Tuesday, September 11, 2012

Malang Tak Berbau

"Nak ikut tak?"

Tiba-tiba tengahari tu ayah tanya (¬‿¬) Memandangkan time2 ni masa terluang yang melimpah-ruah jadi ku turutkan saja. Petang tu juga bertolak ke Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.

Keluarga atuk saudara ditimpa musibah. Kiranya abang kepada arwah atuk aku. Habis rumah mereka terbakar. Kira memang totally musnah. Syukur alhamdulillah semua selamat. Masa tiba kat sana, aku terus teringat last aku jejakkan kaki kat situ masa kenduri kahwin anak beliau. Jelas lagi dalam fikiran aku keadaan rumah tersebut. But now yang tinggal hanya rangka rumah yang hangus dijilat api.

Serius atok ni tabah. masa berbual pun boleh gurau2 gelak2 lagi
'Benda dah jadi kan..nak sedih-sedih pun dah tak guna' - atok tu cakap :)
Berita penuh SINI

Menurut seorang makcik kat situ, kebakaran mungkin disebabkan litar pintas. Perkara macam ni lah yang aku takut. Benda yang kita sendiri tak dapat nak jangka. Cuak pulak aku, sampai je rumah terus unplug semua suis2 yang tak pakai.. adess (╯︵╰,) 

Aku nasihatkan korang dan diri sendiri, hati-hatilah dengan perkakas elektrik ni. Sah-sah kita memang simpan api dalam rumah. Jadi gunakan dengan cermat. Bila mengenangkan kes-kes kebakaran sampai ada yang rentung-rentung bagai. Lagi-lagi yang berlaku masa tidur..mana sedar beb. Malang tak berbau walaupun kebakaran mengeluarkan bau (✖╭╮✖) 


P/s: Dengar cerita MRSM Kuala Kubu Bharu ada kebakaran jugak malam tadi. Just mention sbb rumah guwa dekat KKB. Eh!

Saturday, September 8, 2012

Digital Paint: Free Wallpaper Yuna




Free stuff-- main2 vector. Haipp~byk main ye sekarang


Friday, September 7, 2012

Kalkatu Selepas Hujan


Main-main  kamera. Roll--action! 





Tuesday, September 4, 2012

Tak Sabar


Baru halfway preparation. Ingatkan mudah tapi tak. Banyak jugak things kena settle dan rancang, plus kena update from time to time dengan segala information, isi borang/survey segala. Lucky: ade kawan2 yang membantu, saling mengingati. Tak sabar untuk jumpa korang-korang yang dirindui--nak loncat tinggi2 sambil baling topi. Opss.. kain jangan rabak sudah!


Sunday, September 2, 2012

Self-Portrait Vector: Syazieka

Hye korang. Angkat tangan keluarkan 3 jari.--P.e.a.c.e! Ika version


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.