Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Thursday, December 18, 2014

Kerja Baru (lagi)

Dah genap sebulan aku kerja dengan company baru. Environment baru, kenalan baru, bos baru, work station baru.. and everything memang awesome. *so far..heh* Aku decide untuk berhenti dengan previous company tanpa ada backup kerja lain. Alhamdulillah menganggur seminggu je dan semuanya berjalan lancar.

Walaupun aku terpaksa ulang-alik dari Wangsa maju ke Mahkota Chera. Hari-hari hadap jem kat mrr2 tuh. Urgh.. mula-mula memang tak sanggup nak hadap tapi lama2 ok kot.. LOL. Bos baru sempoi tahap gaban. Hari-hari belanja lunch..sampai naik segan. Tenkiu bos kikiki. I lap U <3 p="">

Tuesday, October 21, 2014

FRIM Canopy Walk

Kan dah cakap nak datang sini lagi! :D

Dua minggu berturut-turut aku buat aktiviti kat FRIM nih. Bukan apa mungkin sebab dah bosan, nak lari dari kebiasaan.. Balik-balik lepak shopping mall sampai. Boooooriiiiinggg. Tapi kali ni datang FRIM untuk try aktiviti Canopy Walk pulak.

Dari hari khamis lagi aku dah call FRIM untuk booking tiket masuk ke Canopy Walk. Senang je nak booking, korang kena emel nama, bilangan peserta dan tarikh korang nak booking tuh. Just in case takut tiket habis, sebab tu booking awal-awal. Lepas tu pihak FRIm akan reply emel korang untuk comfirmation. Dah siap! 

So...hari ahad baru-baru ni aku datang collect tiket dengan bayaran RM5 saje. Murah kan? Sila anggukkan kepala anda tanda setuju dengan saye. Heh. 

Tapi sebelum dapat naik Canopy Walk, kena mendaki dulu. Aku tak expect aku mendaki pada hari tu. Mungkin sebab dah lama sangat tak panjat bukit, sakit jugaklah hahah. Padahal ada uncle tuh lagi berusia tapi steady je. Aku syak mungkin uncle nih dah biasa turun naik kat sini. 

Lebih kurang 20 minit kot mendaki..emm ntah aku pun tak hengat. Baru sampai ke base canopy tuh. Taraaaaa~

Ni starting point untuk aktiviti Canopy Walk, FRIM

Posing sikit sebelum mulakan pejalanan lebih jauh

First check point hehe

Tak gayat poooonnn :D

Masa nak turun balik, kami ikut laluan yang berlainan dari laluan semasa naik. Ada air terjun..teruja je aku jumpa air terjun. Rasa macam nak berkubang je dalam tuh. Sejuk dan nyaman. ^^ 

Yeyy!!



Thursday, October 16, 2014

Kembang Kempis

Kan aku cakap sekarang musim jerebu. Tambah pulak officemate yang kebanyakan dari mereka perokok tegar. Keluar rumah jerebu. Dalam ofis pun jerebu..Uhuk ..uhuk!! *batuk. Aku pergi klinik malam tadi sebab nak ambil ubat batuk. Bulan lepas dah ambil sebotol. Kali ni nak ambil lagi sebotol. Aku takut doktor ingat aku ketagih ubat batuk.

"Buka mulut sebut aaa~ Dongak sikit"
Aku ikutkan saja.. "Aaaa~"
"Saya tengok hidung awak ni bengkak sebelah"
 Aku, "Hah? Yeke?" Sambil raba hidung sendiri.

Ok. Tak kelakar. Doktor cakap mungkin cecair dr hidung mengalir ke kerongkong menyebabkan iritasi. Huh. Pulak dah. Sebab tu batuk. Keluar dari bilik doktor aku terus cerita pada Chak yang sedang menunggu di luar.

"Kahkahkah. Esok boleh la pergi register buat kad OKU!"
Dia boleh bantai gelak..Cesss >.



Monday, October 13, 2014

Aktiviti Berbasikal di FRIM

Assalamualaikum :)

Dah lama berhajat nak berbasikal kat Bukit Cherakah. Ada orang panggil Taman Botani Shah Alam.. ke .. Bukit Cahaya? Aku mention Bukit Cherakah je lah ok?  Sebelum-sebelum ni ada jugak google pasal tempat ni, aktiviti berbasikal kat situ, kadar sewa..dan google keadaan kat situ. Kengkonon nak ambil feel. Heh! Dan kebetulan weekend ni Chak cuti dan aku pun tak busy.

Plan A.

Sabtu pagi bertolak ke Shah Alam. Pagi tu kami gerak dalam pukul 9 pagi. Sampai sana lebih kurang pukul 10 lebih. Rasanya macam dah lewat sangat. Yelah..matahari pun dah tinggi. Tup tup ramai jugak yang baru sampai.  Tiket parking berharga RM3 kira murah lah jugak. Sampai.

Perkarangan Taman Botani Shah Alam.

Sensored kena hide dengan balang popcorn haha :P


Ok masalahnya sekarang, Dalam wallet aku ade RM20 je. Tak sangka pulak Chak pun tak bawak duit lebih lol. Dalam taman tu pulak macam takde gaya ade ATM machine. Kalau ada aku tak tahulah. Nak keluar balik untuk widraw duit macam tak function je haha. Harga tiket masuk dewasa ke dalam taman RM3. Kami berdua dah RM6. Nak sewa basikal RM10 untuk sebuah basikal. LOL. Parah. At last kami just breakfast kat situ dan decide untuk datang semula esok. Semangat membara!

Plan B.

Hari berikutnya. Aku bangun dengan harapan plan hari ini berjalan lancar. Tapi last minit kami tukar lokasi ke FRIM Kepong. Sebab lagi dekat. Lebih kurang setengah jam memandu kami dah sampai di FRIM. Ni first time aku jejak kaki kat FRIM. Dan mungkin dah boleh lupakan Bukit Cherakah buat masa ni. Buat masa ni ye.

Kat FRIM boleh pilih samaada nk sewa basikal kat luar (RM5) atau nak sewa basikal kat dalam FRIM (RM8) Mula-mula kami parking kat luar je. Nasib baik kami masuk dalam sebab jauh jugak kalau nak menapak. Best sangat suasana kat situ. Nyaman dan hijau. Nak kata nyaman tu mungkin kurang sikit sebab sekarang tengah jerebu. Tapi kalau nak dibanding dengan jerebu kat KL tuh.. Yahanana -__-


Plan B berjaya :)




Main game manjang huih >.<

Lain kali aku mungkin akan datang lagi. Nak try naik canopy pulak. Tips dia. Kena booking awal takut tiket canopy habis. Limit 250 orang sehari dengan bayaran RM5,. kata kakak kaunter :D






Thursday, October 2, 2014

How

My job is my periuk nasi. But then there is no beras. How-lahh..

Tuesday, July 1, 2014

Marathon Post 01 : ICT

Alkisah hari tu menyinggah ke Shah Alam. Niatnye nak teman Chak makan malam. Padahal aku yang gatal merayap smpai ke sana. Time2 macam tu..lpas mkn dok melepak kat ICT. Mungkin sebab ICT tempat paling femes kat S. Alam kot..kott laa. Aku pn kurang arif hehe.






Aku pn dah tak ingt bila last time sampai sini. Mungkin dua tahun lalu.. zaman aku tengah buat praktikal. Time tu praktikal kat Shah Alam..Alam Budiman. Sama-sama dengan Eton. Dan time tu melawat ICT pun tak banyak mainan lagi. Setakat jenjalan sambil ditemani lampu2 yang comel-comel belaka. Sekarang..macam-macam hado!



Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari
memohon kemaaf atas segala salah dan silap.
Salam Ramadan Al-Mubarak!



P/S : Saya berhajat nak buat marathon post memandangkan byk aktiviti yang saya rasa saya nak share tapi dah terlambat. Ermm ..marathon trowback barangkali. Good luck Chuu!!


Monday, April 14, 2014

Awana Skyway Genting Highland



Sabtu baru ni aku dan Chak terjah puncak Genting Highland.  Motif utama memang nak melepak. Fullstop. Sebenarnya ni kali kedua aku mengarang kisah ini. Tah macam mana aku boleh terdelete pulak padahal aku dah karang bukan main panjang. Zzz sakit pulak hati kita! Terus lari feel menulis. Update pulak pakai phone. Tadi feel dia macam excited tapi kali ni terfaktab rasa dia.

Back to the story. Gigih Chak drive panjat Genting Highland demi menunaikan permintaan daku muwahaha. Terima kasih, awak! Sampai di puncak kami terus ke Awana Skyway untuk naik kereta kabel. Harga untuk seorang rm12 bagi perjalanan pergi dan balik. Kira ok la kan. Walaupun aku tak pasti berapa jarak sebenar perjalanan kami tapi aku rasa agak jauh jugak. Naik turun dalam empat ke lima bukit dengan pemandangan hutan hijau diselubungi kabus-kabus halus. Nyaman!

Ni time balik. Atas tu Awana Skyway Genting Highland.






Oh ya, kami agak bernasib baik sebab pada hari tersebut ada event Fantastica 2. Seronok dapat tengok banyak persembahan manarik dari kumpulan penari, ahli silap mata dan persembahan clown. Rasa macam nak hentikan masa sebab macam tak puas berjimba hahaha. Boleh macam tu? Disebabkan kami tak nak turun lewat malam sangat jadi lepas maghrib teus je bertolak pulang. Bahayakan nak turun malam dalam keadaan yang licin sebab petang tu hujan. Dah, tu je aku nak cerita!


Event Fantastica 2



Friday, April 11, 2014

HALAL



Suami awak kerja apa? Dan Dia tertunduk sambil menjawab. Butir perkataannya antara acuh dengn tidak. "Driver" Tutur yang keluar antara dengar dengan tidak. Waima aku yang duduk bersebalahannya sendiri agak kurang jelas. Apatah lagi sahabat yang duduk bertentangan dengan Dia. Dipisahkan dua botol sos, air suam bersama juadah sizzling yang kami sedang jamah. Dan sebenarnya sahabat itu yang bertanya. "Kerja apa?" Sahabat tanya lagi kerana kurang jelas dan aku nampak Dia semakin tidak selesa dengan pertanyaan itu.


***

"Kalau awak malu dengan pekerjaan suami awak sendiri maknanya macam awak tak dapat terima. Rezeki masing-masing.. Sama macam kalau ayah awak kerja kampung buat ketja kotor-kotor..adakah awak akan malu? Yang penting kerja itu HALAL" kata sahabat. Aku cakap mungkin Dia tak selesa namun kata sahabat ada benarnya.


Monday, March 31, 2014

Kenapa ni :(

Tak dapat nak tahan rasa sebak. Dah dua hari dia tak balik, itu yang emak aku bilang. Pagi semalam, masa aku tengah kemas-kemas rumah..tiba-tiba aku terdengar suara yang aku kenal sangat. "Meow.." kata suara itu. Aku tak faham apa yang dimaksudkan malah aku tak pernah faham. Tapi suara itu cukup sayu. Kain cadar yang aku tengah lipat segera aku lepaskan.. "Putih!" Air mata aku mengalir.. :(


Allah..sayunye rasa. Petang tu aku mintak tlg ayah bawak jumpe vet. Ikutkan hati aku sendiri nak bawak tapi doktor free belah petang. Sakit..pedih..lapar.. kesiannya :( petang tu aku balik Wangsa Maju. Aku balik tanpa melihat dia.. tak sampai hati. Serius. 

Thursday, March 27, 2014

3D Booth Design














Sunday, March 23, 2014

Basi.

Ye. cerita dah basi. Aku tahu. Dah lama aku upload gambar ni kat instagram n fb. 
Beberapa minggu lalu. Tapi nak jugak tepak kat blog ni.
Ni masa photoshoot untuk company profile. Dah..tu je.




Sweet memory dari kiri: 
Alin, Nur, Chuu, Aisyah , Nadia 


 Kbai~

Friday, March 7, 2014

Pecah.

Belah siang tu, officemate sorang ni baru je cerita pasal kereta kawan dia kena pecah time tengah drive sebab letak handbag kat seat. Belah malam pulak betul-betul terkena. Walaupun situasinya berbeza.

Walau pun bukan kereta aku..tapi kereta Chak tapi aku rasa sikit terkilan sebab aku yang ajak Chak keluar malam tu -_- Kata orang benda dah nak jadi.  Kami lepak makan-makan kat uptown then pusing-pusing kejap dalam uptown. Masa sampai kat kereta Chak, aku tengok cermin belakang dah takde. EH! Tak tutup tingkap ke? And masa tu jugak aku tengok cermin dah pecah dan bersepah dalam kereta. Ah sudah. Bag pack Chak yang diletak bawah seat kena sebat. 



Even time buat laporan polis pun ade seorang brader ni turut sama buat report yang kereta dia kena umpil kat tempat sama. Walaupun malang tak berbau tapi tetap ade rase sedih dengan apa yang berlaku. Moga diberi kekuatan atas musibah yang datang..buat aku..apatah lagi Chak.  Amin.

Thursday, February 27, 2014

New Chapter

Bismillah..

New story, new chapter and new life. For now aku dah tak menetap lagi kat Bangi. Genap sebulan sebab dah resign dari previous company. Banyak cerita yang boleh ditulis, banyak kisah boleh dilukis. Mungkin sebab sebelum ni mood untuk menulis tu takde. Nak kata busy pun iya.

Actually sebulan jugak aku menganggur lepas resign and sebelum dapat kerja yang baru. So sekarang stay kat Wangsa Maju pulak. Dok Key El kate ko. Ahah!  Semua yang berlaku pasti dah tertulis. First week masa masuk ofis baru aku masih menunggu result interview n  panggilan kerja dari The Sun. Tu laa aku cakap mungkin memang rezeki aku kat sini (Wangsa Maju). So tak dapat lah job kat The Sun tuh.

Kalau before nih main dengan multimedia, develop courseware dan e-learning. Sekarang bertukar bidang event and advertising pulok. Setiap hari mesti teringat kat Encik Alias (bekas lecturer time kat USM) Sebab En. Alias banyak bercerita tentang advertising industry sebab dia sendiri memang previously advertising designer.



Oh ya, for now. Aku dah makin dekat la dengan Chak. Kebetulan dia memang stay kat sini. Dekat sangat-sangat lah. Nak cakap dekat tu stok aku panggil je boleh terus datang. MELAINKAN time aku panggil dia tengah layan DOTA mungkin lambat sikit lah kot hahah!  

Saturday, January 18, 2014

Pertama.

Gua rasa lately macam kuat berjalan pulak.
Lokasi: Port Dickson, 15 Jan 2014




Err..btw nak nak ucapkan selamat tahun baharu 2014 memandangkan ni
post pertama untuk tahun ini. Semoga tahun ini lebih baik dari yg mendatang.
Adios~
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.