Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Tips Tidur Lena



Chuu jarang ada masalah tidur, tapi tipu pulak kalau cakap tak pernah. Selalunya kalau dalam keadaan stress atau risau kita memang susah nak tidur. Tambah pulak jika sedang hadapi masalah. Dan SELALUNYA tidur yang panjang belum tentu kita mendapat tidur yang berkualiti. 

Tips tidur lena ni diambil semasa kuliah psikologi-tak-normal tempoh hari dan saja nak kongsi dengan korang hehe. Ok lets go.

1. Improve Sleep Hygine
Bilik tidur yang selesa menjadi perkara paling asas. Bayangkan bilik tidur yang tunggang langgang serupa stor, tikus berkeliaran pun rilex je serupa member-member siap boleh bertegur sapa. Plus, bau haprak lagi. Komfem aktiviti tidur akan jadi tak selesa. Hanya insan-insan terpilih saje mampu bertahan dalam keadaan begini tak pun pitam terus! Yang ni komfem lena wakaka.

2. Masa Tidur Yang Tetap
Masa study dulu, masa tidur yang tetap memang takde. Dan perkara ni mungkin normal. Orang kata tak remaja la tidur awal kan? Ini salah. Walau sesibuk mana pun urusan yang kita hadapi, belajarlah tidur pada masa yang tetap. Lama-kelamaan anda akan terbiasa.

3. Relax
Cuba relaxkan diri sebelum masuk tidur seperti mendengar lagu2 yang tenang/bunyi alam seperti burung/air. Atau bagi yang beragama Islam digalakkan mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Pahala pun dapat, insyaallah. Sebab tu tak digalakkan untuk meletakkan televisyen di dalam ruang bilik tidur. Ni time2 nak tidur lagi mau tengok wreslinglah bagai pastu dah la mimpi yang bukan2 pakej terajang bini sebab mengigau. Tak ke parah :))

4. Kurangkan Stress
Macam mula2 chuu cakap tadi, stress/tekanan biasanya akan mengganggu kualiti tidur kita. Jadi carilah penyelesaian untuk settlekan masalah yang membuatkan anda tertekan tu. Tenang kan diri dan berfikiran positif--semua masalah ada penyelesaiannya, OK?

5. Elakkan bahan rangsangan yang mengurangkan kualiti tidur
Bahan nrangsangan ni boleh lah nak bagi contoh macam caffein atau nicotine. Sah2 kalau minum kopi/nescafe bikin mata segar bugar jadi sebaiknya dielakkan. Bukan saya kata, lecturer saya yang kata.




Walaupun nampak simple tapi jangan sesekali abaikan waktu tidur korang ok?


Monday, May 14, 2012

Bila Dah Sedap..

Aku tak pasti lah ni perangai budak-budak atau abang kakak pon ade buat same.



Asal boleh nak save. Makan selow-selow ye abang kakak..  :))


Friday, April 27, 2012

Tips Meminjam Barang


Ini tips untuk yang meminjam barang kawan, bukan meminjam wang hatta bukan tips meminjam masa kawan mintak temankan ke toilet malam malam buta sebab kau takut nak pergi sorang sorang. Dah la lampu lip lap lip lap tunggu ajal. 


Nampak tak situasi di atas? Kawan kita budiman, baik hati lagi berbudi pekerti. Kita pinjam ape semua dia bagi. Memang kawan mithali. Orang kata memang kawan dunia akhirat lah kan. Kau request je nak pinjam apa, kalau kawan tu mampu, pasti dia layankan. Dan dah nama pun meminjam. 

Tips satu:
Lepas guna, pulangkan secepat mungkin [-(


Tips dua: l
Letak kat tempat yang korang senang nampak dan tak mudah hilang.


Tips tiga: 
Barang tu jaga elok elok. Jangan sampai kat tangan kawan kita tu, barang dah terbarai memang boleh mendatangkan marah :-w


Tapi kalau tak pinjam lagi elok. Bukan aku cakap, mak aku cakap kehkehkeh.

Saturday, January 7, 2012

Minum Air Masak Sebelum Gosok Gigi

Pernah tak korang membaca atau terbaca artikel tentang kebaikan minum air masak ketika baru bangkit dari tidur. Fresh-fresh lagi sebelum ke tandas untuk menggosok gigi. Walaupun amalan baik untuk kesihatan jika dipraktikkan tapi aku akui agak payah untuk diamalkan. Selalu je terlupa.


Tambahan pulak bila aku bayangkan awal-awal lagi dah minum air masak. Uwekk! mesti rasa nak termuntah. Tapi percayalah cuba slow-slow, lama-lama akan jadi ok :)


Lepas ni try la amalkan. Nak tahu lebih lanjut pergi la google sendiri tentang benda nih haha. Malas plak aku nak explen kebaikan dia segala. Till then, take care!


Friday, December 16, 2011

Proses Pemakanan


Masa siang hari boleh la nak makan banyak-banyak. Yang paling penting sekali adalah breakfast. Dikatakan bersarapanlah dipagi hari serupa seorang raja, makan tengahari seperti ahli eksekutif dan makan malam seperti seorang papa kedana. (Lecturer aku yang cakap nih) Walaupun sebenarnya aku memang sangat susah untuk mengambil breakfast tapi terpaksa jugak terima fakta ni.


Dalam tempoh 8 malam hingga 4 pagi adalah proses penyerapan. Jadi malam-malam buta jangan nak melencong ke restoran mamak Khalel mahupun Subaidah untuk pekena burger khalel, teh tarik gelas komtar mahupun roti canai ye. 


Yang ini mesti ramai yang bersetuju. Maka tidak hairanlah kalau pagi-pagi tandas serbaguna akan menjadi sesak lagi-lagi tandas asrama, kolej mahupun pejabat. Pandai-pandailah bangun awal untuk tempah tiket ye :D



Fleksibel sungguh aku ni, tiba-tiba jadi ahli nutrisi pulak HAHAHA XD


Saling

Situasi yang aku nak gambarkan di sini adalah situasi  kemalangan. Kemalangan kat jalan raya la kawan. Selalunya kalau family, suami, isteri, boipren or gurgurlpren korang nak travel mesti kita akan pesan supaya berhati-hati kan. Tapi sekuat manapun kita berhati-hati kalau dah orang lain pun yang dok pandu sama atas jalan raya tu macam haram memang bahaya tu akan datang jugak.

Nak cakap kat sini semua pemandu kena la saling barhati-hati. Kesian kawan aku, tak pasal-pasal eksiden. Eksiden kena langgar dengan mat mabuk pulak. Siapa tak panas. Syukur takde yang cedara. Entry ni aku boleh anggap sebagai pakej kempen keselamatan jalan raya la jugak :P

Cakap pasal saling berhati-hati, perilaku saling ni orang cakap biasanya berlaku antara dua pihak. Eh kejap, bukan orang cakap tapi memang hakikat. Ni kalau tanya budak sekolah rendah pun aku rasa diorang boleh faham. Tapi takde la pulak nak tengok dalam satu sudut yang fix sangat kan? Tak semestinya dalam perhubungan saja. Macam yang aku bagitahu tadi. Kat jalan raya pun perlu saling. Saling berhati-hati.

Sesungguhnya malang tak berbau. Kalau berbau kalau boleh yang wangi.


Saturday, August 6, 2011

Preview Laptop: Consultan Diperlukan :D



Pagi tadi aku sempat singgah kat kedai komputer. Aku plan nak repair dulu Compaq CQ40 aku tuh, next week maybe baru boleh trade in. Haram J betul, motherboard dah jahanam. Alang-alang aku nak repair baik aku beli baru jek *dengan muka sedih kocek kosong Y__Y
Jom survay laptop jap. Kat bawah ni ada beberapa ciri yang perlu ada pada laptop untuk grafik design dan gaming. 100% copy paste :D
  1. Resolusi Skrin

    Resolusi skrin yang terbaik ialah 15″ untuk memudahkan pemprosesan gambar dan senang untuk kita install software. Contoh paling mudah, Adobe Photoshop takleh nak install kat laptop dengan resolusi skrin yang kecik. Lagipun, if korang design website or blog, ada masanya tak dapat nak tengok macamana width keseluruhan blog tu. Senget ke tepi ke dah kat tengah ke, memang agak susah nak tengok.
  2. Dedicated Graphic Card

    Biasanya komputer menggunakan kad grafik jenis built-in yang berkongsi memorinya dengan sistem utama. Maknanya, masa korang gunakan komputer jenis ni, korang sebenarnya kehilangan 100-200MB RAM sebab kad grafik tu sedang guna MB tu. Kad grafik tu pun slow sebab terpaksa guna jalan yang sama dengan main system. Berbeza dengan dedicated graphic card sebab ianya menggunakan RAM sendiri, bolehlah photoshop berfungsi lebih laju. Antara graphic card yang terbaik ialah 128mb or 256mb NVIDIA GeForce. Inilah kekurangan Apple Macbook, takde dedicated graphic card ni melainkan korang abiskan duit beli Macbook Pro.
  3. RAM

    RAM 1GB okay tapi kalau untuk grafik, minimum ambillah 2GB. 3GB dah memang bagus dan kalau 4GB memang takde masalah la nak buka beberapa program dalam masa yang sama. RAM ni boleh upgrade so kalau belum ada duit nak beli yang besar, beli yang kecil dulu. Nanti-nanti upgrade je.
  4. Processor

    Kalau dapat Intel Core Duo, dah okay. Takde beza sangat antara 2.1GHZ dengan 2.6GHZ tapi ada banyak perbezaan yang ketara antara Intel Duo dan Intel Celeron sebab Celeron lebih lambat.


    P/S: Aku nak cari laptop yang tahan lasak, tahan lama dengan performance yang baik untuk kerja-kerja grafik. Nasihat dan pandangan amat dialu-alukan :D

    *Acer Aspire 4755G ok tak?

    riezarchry

Tuesday, November 30, 2010

petua membuat lesung pipit



sebelum tu aku nak reverse 14 tahun yang lalu dulu .,
~~~~~~


pada suatu pagi yang hening beberapa kanak2 di sebuah tadika kemas sedang bermain2 sementara menanti sesi pembelajaran bermula.,


sailor mooon: macam mane kaw buat lobang kat pipi kaw tu ye?
dengan agak sengal2 ayam powerpuff girl menjawab.,
powerpuffgirl: erm., erm., ni eh., kaw balek amek anak lesung batu mak kaw kat dapur tu, tumbuk je kt pipi :)

sailor mooon: owh., yeke? ^^
keesokan harinya..
sailor mooon: puff, malam tadi gigi aku patah sebatang~
powerpuffgirl: erkk @____@


okei forward 14 tahun selepas tu..
~~~~~

kahkahkah., kalau ingat benda ni memang law0k.,
x sangka cek sailor mooon akan buat bet0l2
alahai., percaya bulat-bulat lak tuh hakhak.,
nama pon kanak2 tadika :P memang kesian.,



bagi sesiapa yang agak2 nak ade lesung pipit boleh la terai petua kat sini.,
tapi., tapi., lesung pipit sebenarnya merupakan satu kecacatan., OKU kah?


sticky note: saye OKU ., @_@

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.