Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Sunday, March 11, 2012

Kakak Tus


Lebih kurang sebulan yang lalu, budak perempuan lesung pipit telah ditemukan dengan  sebuah sepokok sepohon hamba Allah ni. Masa tu keadaan beliau bukan saja tidak terurus malah juga kurus. Terbiar dibalik serakan tanah yang tak sampai sekangkang kucing. Budak perempuan lesung pipit terjumpa sepohon kaktus. Rasa kesian, lalu budak perempuan lesung pipit pungut kaktus tersebut dengan penuh berhati-hati. 


Dengan penuh kasih budak perempuan lesung pipit berikan kaktus tempat tinggal baru--kotak kayu comel yang dirompak dari almari milik emak. Lalu kaktus diberikan nama, Kakak Tus. Budak perempuan lesung pipit rasa sangat gembira bersama teman barunya.

 

Setiap pagi budak perempuan lesung pipit akan mengucapkan selamat pagi sambil menyiram Kakak Tus. "Kakak Tus cepatlah membesar" Suatu hari budak perempuan lesung pipit perasan Kakak Tus telah mengeluarkan cabang yang baru. Huhha!

Kenalkan-- kakak Tus yang kurus keding hihi. Gambar dirakam ketika Kakak Tus masih baru dipindahkan ke dalam kotak kayu comel. Masa ni kat rumah, sekarang Kakak Tus ada kat Penang :D


Psstt-- Chuu rasa sampai bila-bila pun Kakak Tus tak akan membesar sebab setiap pagi minum air kosong je wakaka XD

22 comments:

  1. ce bagi minum coke lak... mesti membesar dengan jayanya...

    ReplyDelete
  2. hahaha..comel lak aku tengok kakaktus ko ni..haha..sweetnye..ekeke..aku minat bonsai..

    ReplyDelete
  3. jgn byk sgt bagi air kang kembung pulak kaktus tu.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kena bagi baja kot baru dia boleh besar gedabak. Haha.

    ReplyDelete
  5. dulu rajin bela kaktus.haha
    banyakkkkk.tp cpt je mati.errr

    ReplyDelete
  6. ololo.....comeynyer citer ni..:P

    ReplyDelete
  7. kena bagi juz dr. rozmey la kot. ngahhah

    ReplyDelete
  8. mgkin kne bg payuda atika beauty ;)

    hahaha . bg appeton lah .

    ReplyDelete
  9. ye. dulu pun ada bela.rasa 'rocks' bila bela kaktus.
    aku rasa anak kaktus manja..memang cepat mati..

    er..kawan2 housemate aku suka petik habuk rokok dalam pasu dia.hahahampehs

    ReplyDelete
  10. kasi minum jus oren laa.. sedap sket.. hehe

    ReplyDelete
  11. #kenapa lukisan ko simple tp comel huhu

    #kenapa gambo ko amik tu lawo huhuhu

    #aku rindu bdk nama chuu, sekian

    ReplyDelete
  12. cer bagi suplemen ke hape,haha tak pun red bull.ehhh :D

    ReplyDelete
  13. heee..bagus!

    skang k.tus dah ada rumah baru kan..

    :)

    tunggu k.tus besar..heee

    ReplyDelete
  14. jarak jauh ke dekat, sentiasa ada di sisi kita sama ada fizikal atau tidak still boleh dipanggil bff =)

    ReplyDelete
  15. air kosong sihat apa,pandai jaga kesihatan kak tus..:)

    ReplyDelete
  16. air kosong??? ko kasi vitamin sikit dlm mair tu, tak pun ko larut kan ayam kepsi. gemuk la sket kakak tus ko. comel weh.

    bff tak kira juah ke dekat dear. yg pentg ikatan persahabatan tu.

    ReplyDelete
  17. gila comel budak perempuan tuu.

    eh ?

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.