Satu. Siapa peduli? Hanya sekelumit, namun ia tetap ada. Melengkapkan sistem kehidupan.
Kalkatu selalu berada di bawah lampu kan? Betul. Mak cakap, kalkatu sebenarnya bercita-cita tinggi. Terlalu tinggi untuk terbang ke langit lalu menerjah sang bulan. Tapi sayang bulan yang disangka tidak seindah yang digambarkan. Hanya mampu terbang dibawah lampu yang disangkakan sang bulan. Kesian. Sedang aku sendiri tidak tahu sama ada kalkatu tahu atau tidak bahawa kalkatu telah menggapai bulan yang palsu.
Dua. Setiap kali tiba musim kalkatu merupakan satu petanda..Mak aku cakap.. Petanda yang kami mungkin akan menerima rezeki dari Dia. Insyaallah. Sebab kalau ada kalkatu, maka tak lama lagi aku akan dapat menikmati manisnya sup cendawan yang aku sendiri petik dari hadapan rumah di atas busut itu. *Arghh rindunya nak makan sup cendawan emak.
|
Suatu pagi selepas hujan--memetik cendawan bersama emak |
Sesenarnya aku sendiri tak pasti apa kaitan antara kalkatu dan cendawan. Tahu-tahu jiran aku dah ketuk pintu rumah dan memberitahu yang adanya cendawan, sedia untuk dituai (kami sendiri pun tak perasan) Mungkin terbitnya cendawan itu yang memanggil-manggil kelkatu untuk hadir. Entah, aku takde jawapan. Yang pasti aku redha..Rezeki cendawan free HAHA.
|
Mao tak puas makan full bowl rupe ini? Sup cendawan black pepper Y__Y |
Tiga.Sampai ke hari ini ade satu sajak yang dah stuck dalam kepala aku--tentang kalkatu. Sajak yang aku baca tika aku sedang di bangku sekolah rendah lagi.
Kalkatu,
terbangnya tak tinggi,
Di bawah lampu
gugur ke bumi.
Kalkatu,
Di aspal bertaburan,
Hatinya pilu,
Rindukan keindahan.
*Terasa rindu yang sangat dalam bila terkenangkan emak..