Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, August 30, 2013

Tahan Kencing

Err..entry ni aku dah karang semalam taw.

Akhir-akhir ni Putih kian menjadi buruan jantan-jantan dari kawasan sekitar. Setakat ni ada tiga ekor jantan yang sanggup bergadai nyawa berkelahi demi dia. Putih pulak relaks je macam takde apa-apa yang berlaku. Maklumlah, Putih sudah tidak boleh hamil lagi kerana ini. Demi mengelakkan jantan-jantan keparat sekalian berkelahi sesama sendiri maka emak kurung Putih kat dalam sangkar. Yelah, jantan-jantan sekalian sememangnya berkelahi sesame sendiri, tapi.. tetap mengganggu ketenteraman awam tahu tak? Ahh, jantan-jantan sekalian memang tak akan faham. Tahunya hanya untuk memuaskan nafsu yang kian gatal dan membuak-buak. Aku syak macam tu lah agaknya. Kalau tak, kenapa mereka sanggup bergadai nyawa dan terhegeh-hegeh datang mencari Putih.

Jenuh dok panggil tapi tak mau pandang -_-
Tiba-tiba teringat masa Putih kena kuarantin suatu masa dulu. Dulu kan, aku belajar sesuatu. Masa putih baru lepas dioperasi untuk tujuan kemandulan..err atau tujuan memandulkan. Sementara nak tunggu pulih tu kami kuarantin Putih dalam sangkar. Heran kami, selama lebih kurang tiga hari Putih langsung tak syusyuu mahu pun buang air besar. Sampailah aku letak timbunan pasir dalam polistrin dan aku letakkan dalam sangkar tu, terus Putih syusyuu. Penuh satu poliestrin. Euww~ Kena ada pasir rupanya. Macam manusia. Kena ada jamban! HAHAH.

19 comments:

  1. nasib baik puteh tak syusyu n poop je kat dalam sangkar...haha kalau tak tdo same laa...eeww.. >.<

    ReplyDelete
  2. putih segan la tu kalo xde pasir. kekeke..

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh,kemain tau putih dia nak pasir,hik

    ReplyDelete
  4. 3 hari? lama betul...
    Kucing Nur dulu, dlaam pengsan tu dia boleh melepas..
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeke nur? time pengsan pun boleh melepas. ni kucing sehat nih hehe

      Delete
  5. lama tu tahan berak sampai 3 hari. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la., kesian dia., x tawu pulak dia kne ada pasir -_-

      Delete
  6. putih x nak pandang camera sbb x nak over shadow tuannya tuh ...

    ReplyDelete
  7. kucing diva memang camtu.. 'ramai' sangat paparazzi yg nak amik gambar gamaknye. hohoho.

    ReplyDelete
  8. sweet sgt putih ni sebab tu jadi rebutan.ok apa banyak jantan pun,putih kan sudah dimandulkan.hakhak...

    ReplyDelete
  9. nasib baik dia tak kena batu karang...hadoi.

    kueh

    ReplyDelete
  10. hm... dia dah diajar mcm tu... habit dia la tu..

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.