Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Wednesday, March 14, 2012

Pasrah

Lagu ni best :D




Major-- Grafik Komunikasi. Minor aku Psikologi. Masuk sem ni dah empat sem berturut-turut aku ambil subjek Psikologi, dari Psikologi Asas, Psikologi Sosial, Psikologi Kesihatan dan sem ni, Psikologi Abnormal.

Bermula dari sem lepas, sistem penilaian untuk peperiksaan pertengahan tahun adalah berkomputer (online). Jadi semua pelajar diwajibkan untuk mempunyai nombor giliran peperiksaan yang perlu dibeli bersama-sama dengan buku rujukan yang telah ditetapkan. 

Nampak tak strategi pemasaran kat situ. Kalau buku RM20-30 hengget tak pe jugak. Pasrah aku dengan benda-benda cmni lah -___-ll


Sunday, March 11, 2012

Kakak Tus


Lebih kurang sebulan yang lalu, budak perempuan lesung pipit telah ditemukan dengan  sebuah sepokok sepohon hamba Allah ni. Masa tu keadaan beliau bukan saja tidak terurus malah juga kurus. Terbiar dibalik serakan tanah yang tak sampai sekangkang kucing. Budak perempuan lesung pipit terjumpa sepohon kaktus. Rasa kesian, lalu budak perempuan lesung pipit pungut kaktus tersebut dengan penuh berhati-hati. 


Dengan penuh kasih budak perempuan lesung pipit berikan kaktus tempat tinggal baru--kotak kayu comel yang dirompak dari almari milik emak. Lalu kaktus diberikan nama, Kakak Tus. Budak perempuan lesung pipit rasa sangat gembira bersama teman barunya.

 

Setiap pagi budak perempuan lesung pipit akan mengucapkan selamat pagi sambil menyiram Kakak Tus. "Kakak Tus cepatlah membesar" Suatu hari budak perempuan lesung pipit perasan Kakak Tus telah mengeluarkan cabang yang baru. Huhha!

Kenalkan-- kakak Tus yang kurus keding hihi. Gambar dirakam ketika Kakak Tus masih baru dipindahkan ke dalam kotak kayu comel. Masa ni kat rumah, sekarang Kakak Tus ada kat Penang :D


Psstt-- Chuu rasa sampai bila-bila pun Kakak Tus tak akan membesar sebab setiap pagi minum air kosong je wakaka XD

Friday, March 9, 2012

Kematian Jua yang Tiba

Sedang bunga yang bercambah mekar
Tidak gentar dan takut 
Pada teriknya mentari
Kuatnya tiupan sang angin
Mahupun lelah badai yang datang

Moga kau terus kuat
Biar akhirnya tetap akan jatuh
Tertunduk layu
Mati 

Thursday, March 8, 2012

Golden Key is Kunci Kebahagiaan



Mungkin dah lebih dari 12 jam. Walaupun tak berterusan tapi menjelang pagi hingga ke tengahari ni makin menjadi-jadi pulak. Makin lebat. 

Jadual kelas sem ni agak lapang. Kelas hanya pada hari isnin malam, selasa petang dan selasa malam. Selain dari tu free la kiranya. Memandangkan sekarang ni hujan sokmo, jadi pergerakan agak terbatas. Kepada yang memandu silalah berhati-hati ye (apesal da macam pesanan khidmat masyarakat -___-||)

Last but not least, Happy Gugurl Day ♥
*tajuk tu err...

Wednesday, March 7, 2012

Mumble

Terdetik dihati nak tutup blog. Choi! kalau ditutup maka akan hilanglah nama Chuu Muqhlis gamaknya. Ye dak? Is actually sem ni agak busy. Amboih, kau ingat kau menteri sangat nak busy2 hihi. Dua hari lepas chuu baru saje habiskan 3rd presentation untuk fyp. Ok2 la hikhik :P


Project on packaging design. Err bole kata ni promo item gak la kot :P

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.