Enam bulan yang lalu. Seminggu selepas aku melangkah ke fasa
hidup yang baru iaitu fasa alam pekerjaan. Dan pada ketika itu dia masuk
melapor diri. Tugas dia mengurus hal ehwal kewangan merangkap admin sepenuh
masa. Selalunya bab-bab admin nih
perempuan yg buat tapi ternyata dia mampu menjalankn tugas dengan jayanya. Aku
tak tahu dari sudut pandangan orang lain macam mana. Tapi dari sudut mata aku
yang kurang arif bab admin nih. Rasa mcm oke je. Tambahan dia ada pengalaman
dalam bidang ni sebelum ni. So advantage la kot.
Dari situ dia banyak bercerita tentang pengalaman dan cara
dia bekerja. Chak bilang, kita kena rajin bertanya dan bersembang dengan orang.
Barulah kita dapat belajar sesuatu yang baru. Masuk hari ketiga, aku dah nampak
something wrong dengan dia. Aku tak cakap dari sudut yang negative. Something
wrong yang aku maksudkan—masuk air.
Sebelum ni biasa jugak jumpa orang jenis macam ni. Tapi masuk air dia
lain macam sikit. Mungkin kalau kau ada dengan dia kau akan tahu. Cukuplah
barang 10 minit, kau akan turut masuk air.
Nak dijadikan cerita, kalau ada dia nih, maka satu ofis
boleh masuk air. Dengan bos-bos sekali terlibat sama. Eh kau faham tak masuk air yang aku maksudkan
ni? Maksud aku, cakap dia ni banyak yang mengarut..ada je bahan buat orang
tergelak. Sampai satu tahap kau tak dapat nak bezakan benda yang dia cakap tu
serious atau sekadar gurauan. Konfius. But then syok ade kawan macam ni. Ceria
je hidup. Satu perkara aku respek — agama cukup dia jaga. Alhamdulillah.
Dan selepas ini. Takde siapa lagi nak masuk air kat ofis tu.
Tak tahu la pulak kalau ada orang lain yang akan masuk same kepala macam dia. “Tahniah
sebab dapat masuk line government. Semoga terus maju jaya dalam apa bidang
sekali pun” Team GLSB akan merinduimu. Cewah!
hahaha tu lbh kurang mcm kategori sengal ke ngee....bos tmpt saya kerja lak kuat melatah..lelaki ok
ReplyDelete.dahlah duduk sblh meja dia..asyik gelak je mcm2 peel dia tu...
hahaha..akhirnya kau update jugak blog ni..
ReplyDeleteaku boleh nampak la camne karekter org masuk air macam yg kau cerita ni..jenis yg buat lawak x diduga..cakap dgn muka serius tapi sebenarnya dia buat lawak..karekter tu kuat dan indirectly buat org lain attached pada dia..
huhuhu.
ReplyDeletemasuk air...
kat sini ramai je masuk air tibe-tibe...
stress kot... haha
Kategori masuk air tu kalau kau malas nak terangkan panjang2 boleh je kau taip masuk air sama macam Encik H :) Jelas...Orang akan faham..Hewhewhew..
ReplyDeleteeleh... ko sendiri pun terlebih air...eh?
ReplyDelete