Malam tu tiba-tiba perut aku mengidam nak makan stimboat
pakcik lori kat downtown Jalan Reko. Aku pun tak pasti samaada perut atau tekak
aku yang sebenarnya mengidam. Errr boleh seseorang bagitahu? Dengan campuran sempurna kuah mayonese pedas,
black paper dan kisaran cabai hijau yang diadun sempurna terbayang-bayang di ruangan
mata. Berpanoramakan teruna-teruna yang turut serta menghabiskan masa mencekik
di situ. Aku syak mungkin student UKM sebab dekat je. Eh, entah lah, aku tak tahu
budak UKM selalu lepak mana sebab selama aku di bangi ni pun tak tahu tempat
mana yang best. Aku agak je. Aku cari kalau-kalau ada tempat dangdut tak jumpa
pulak. Kalau ada pun boleh aku suggest untuk H, kahkah terbahan lak!
Aku keluar lewat sikit sebab datang awal-awal pun downtown
tak bukak lagi. Nak dijadikan cerita dari rumah aku gerak dengan nurul
(housemate aku) terus ke Jalan Reko dengan satu misi yang pasti—pekena stimboat
pakcik lori. Oh ya, Stimboat Bulan Bintang namanya. Tapi, harapan. Harapan yang
aku bina musnah di tengah jalan. Aku terlupa pulak yang downtown nih tutup
setiap hari isnin. Maka terpaksalah kami melupakan hasrat yang satu tu lalu
melencong ke kedai-kedai makan yang lain untuk mengalas perut yang sedang
lapar. Oke, kali ni aku pasti yang mengidam tadi sebenarnya perut bukan tekak.
Tak banyak masalah nak cari tempat makan kat Bangi nih.
Kedai makan bersepah-sepah. Berhenti kat sebuah kedai makan, aku order bihun
kungfu… “wachhaa!” (kalau sebut bihun/mee/kuey teow kungfu wajib sebut ‘wachhaa!’
stail macam orang berkungfu) Chak yang ajar aku makan menu nih dan sampai
sekarang menjadi antara faveret jugaklah. Selesai makan kami terus balik rumah.
Elok je dah parking kereta, mestilah nak naik atas kan. Ermm,
aku duduk kat flat taw. Sebab tu aku cakap kena naik atas. Dari bawah aku
dengar suara adik-adik lelaki umur antara 8-9 tahun (aku agak je lah umur tu sebab
memang suara budak-budak) dari tingkap
salah satu rumah di situ. Tak pasti suara tu dari tingkat berapa tapi dekat je
kot sebab boleh dengar dengan jelas--“piwwit! piwwit” Amboi dik.
pehh..semangat aku tengok chuu ni dah kembali rajin update blog..hahaha
ReplyDeleteerrr..aku dah bersara la..x join kelab dangdut skrg..grrr
DeleteNAF ajar aku makan kuey teow kungfu..siap suapkan lagi..pehhh syahdu bila ingat2 balik..:p
cop! untuk entry ni aku ni memang dah ada dala otak sebelum kita semua gather aritu lagi haha. Siapa NAF? nak jugak suap kahkah
Deletejln reko tu kat mane? mcm penah dengar je..biase la kot budak laki main pewit2 tu..tapi kalau pewit kat makcik macam ko tu luar biase..
ReplyDeletekim salam kat chak..
err..kajang kot.eh budak2 tu piwwit kat aku lah wakaka
Deletein sha Allah :)
pergh...tinggi selera budak2 skg..kehkehkeh..
Deletedasar gatal betul bebudak ni,hahahaha....... wei chuuu,aku turut bersimpati sebab kau tak dapat makan stimbot,haha....aku paling tak suka stimbot,wuu
ReplyDeleterugi laa onieee..nape x sukee
DeleteAdik2 tu tau suara kau manja kot..Kahkakah...
ReplyDeleteeleh... nak ngata dia hot la tuh...
ReplyDeletekemain lg.. bajet kanak2 la chuu eh.. haha
ReplyDeletePeeewit peeewittt! Mana kau tau dorang 8-9 tahun Chuu? Ntah2 dorang dah dewasa cuma suara je tak pecah lagi. Lambat baligh kut. Hormon lelaki dewasa tak cukup lagi kut. Hahaha!
ReplyDelete