Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, April 26, 2013

Task Paling Payah Kat Opis






Wednesday, April 24, 2013

Dah kenapa?



Sidebar aku tercampak ke bawah bila berada di menu HOME. Entah dah kenapa aku pun tak tahu. Bila bukak tab menu lain oke pulak--pandai pulak dia kembali ke pangkal jalan. Dah kenapa. Eh, button komen tu boleh click tak? Aku try-try macam x boleh je. Adakah ini dinamakan disable left click? # Pitam.

Mohon bantuan.

p/s: dah lama tak lukis doodle Chuu Muqhlis hikhik!


Thursday, April 18, 2013

kecik-kecik cili padi, makin besar makin menjadi


Malam tu tiba-tiba perut aku mengidam nak makan stimboat pakcik lori kat downtown Jalan Reko. Aku pun tak pasti samaada perut atau tekak aku yang sebenarnya mengidam. Errr boleh seseorang bagitahu?  Dengan campuran sempurna kuah mayonese pedas, black paper dan kisaran cabai hijau yang diadun sempurna terbayang-bayang di ruangan mata. Berpanoramakan teruna-teruna yang turut serta menghabiskan masa mencekik di situ. Aku syak mungkin student UKM sebab dekat je. Eh, entah lah, aku tak tahu budak UKM selalu lepak mana sebab selama aku di bangi ni pun tak tahu tempat mana yang best. Aku agak je. Aku cari kalau-kalau ada tempat dangdut tak jumpa pulak. Kalau ada pun boleh aku suggest untuk H, kahkah terbahan lak!

Aku keluar lewat sikit sebab datang awal-awal pun downtown tak bukak lagi. Nak dijadikan cerita dari rumah aku gerak dengan nurul (housemate aku) terus ke Jalan Reko dengan satu misi yang pasti—pekena stimboat pakcik lori. Oh ya, Stimboat Bulan Bintang namanya. Tapi, harapan. Harapan yang aku bina musnah di tengah jalan. Aku terlupa pulak yang downtown nih tutup setiap hari isnin. Maka terpaksalah kami melupakan hasrat yang satu tu lalu melencong ke kedai-kedai makan yang lain untuk mengalas perut yang sedang lapar. Oke, kali ni aku pasti yang mengidam tadi sebenarnya perut bukan tekak.

Tak banyak masalah nak cari tempat makan kat Bangi nih. Kedai makan bersepah-sepah. Berhenti kat sebuah kedai makan, aku order bihun kungfu… “wachhaa!” (kalau sebut bihun/mee/kuey teow kungfu wajib sebut ‘wachhaa!’ stail macam orang berkungfu) Chak yang ajar aku makan menu nih dan sampai sekarang menjadi antara faveret jugaklah. Selesai makan kami terus balik rumah.


Elok je dah parking kereta, mestilah nak naik atas kan. Ermm, aku duduk kat flat taw. Sebab tu aku cakap kena naik atas. Dari bawah aku dengar suara adik-adik lelaki umur antara 8-9 tahun (aku agak je lah umur tu sebab memang suara budak-budak)  dari tingkap salah satu rumah di situ. Tak pasti suara tu dari tingkat berapa tapi dekat je kot sebab boleh dengar dengan jelas--“piwwit! piwwit” Amboi dik.




Bidan Terjun: Mini Gathering

So aku orang terakhir la kot yang update pasal apa yg berlaku. Rata-rata yang datang kat blog ni pun orang dari blog Bundle, H mahupun Syida. Dorang semua pun dah cerita. Sebagai pelengkap, aku  update jugak lah pasal mini gathering  kononnya. 

Kalau nak diikutkan. Bundle merupakan antara orang awal yang dok melekat kat blog ni. Mungkin sebab kepala beliau yg sedikit mereng tu yang buat aku ngam untuk turut serta mereng kahkah! borak-borak-borak kenal pulak Liyaa. Aku sebenarnya teringin nak jumpa liyaa gak. Kalau malam tu liyaa turut serta aku syak mesti lebih meriah. Sebab aku tahu liyaa pon stok macam syida jugak. Tetttt. Then barulah aku kenal H, Syida.. dan blogger lain yang aku rapat jugak. sori tak dapat nak mention semua. 


H, Chuu, Syida, Bundle

Kadang-kadang benda yang kita tak jangka tu berlaku jugak. Aku betul-betul tak percaya dapat jumpa berdepan live dengan mereka-mereka nih. Selalu je nampak orang update pergi gathering blogger tapi  tak terlintas pulak kat kepala aku untuk join. But then kali ni lain sikit. Bila H, Syida ajak jumpa. Aku rasa teruja. Kalau bukan kali ni bila lagi? Aku gagahkan jugak dari bangi ke Shah Alam. Sebenarnya aku nak terima kasih kat housemate aku yang sudi teman sampai ke Shah Alam tu. Kalau tak, aku tak sampai agaknya.

Nak kata semua malu-malu mungkin jugak, dah macam first date. Tapi aku memang seronok dapat jumpa diorang. walaupun baru jumpa sekali tapi rasa dah kenal lama dan memang dah kenal lama--tu pun dalam blog je lah. Mengarut merapu semua kat blog.

Harap-harap lepas ni boleh jumpa lagi, mungkin lebih ramai. Rasa lebih bersemangat untuk blogging kehkehkeh

Pssst~ oh ya. aku tak puas hati betul korang cakap aku manja. aku garang okay rawrr! o(≧o≦)o 


Monday, April 15, 2013

Belah dada

Boleh tolong buat keputusan untuk aku? Between balik kampung jumpa emak dan ayah yang dirindui dengan join memember picnic. Tak tahu nak ikut yang mana. Rasa berbelah bahagi darab campur tolak semua ada. Nasib baik pecahan algebra tarik diri tak nak masuk campur. Kalau tak bertambah pening agaknya. 

"Helo mama, kalau nak join memember pegi piknik boleh?"

Friday, April 12, 2013

Terbitan Buat Teman




Enam bulan yang lalu. Seminggu selepas aku melangkah ke fasa hidup yang baru iaitu fasa alam pekerjaan. Dan pada ketika itu dia masuk melapor diri. Tugas dia mengurus hal ehwal kewangan merangkap admin sepenuh masa.  Selalunya bab-bab admin nih perempuan yg buat tapi ternyata dia mampu menjalankn tugas dengan jayanya. Aku tak tahu dari sudut pandangan orang lain macam mana. Tapi dari sudut mata aku yang kurang arif bab admin nih. Rasa mcm oke je. Tambahan dia ada pengalaman dalam bidang ni sebelum ni. So advantage la kot.

Dari situ dia banyak bercerita tentang pengalaman dan cara dia bekerja. Chak bilang, kita kena rajin bertanya dan bersembang dengan orang. Barulah kita dapat belajar sesuatu yang baru. Masuk hari ketiga, aku dah nampak something wrong dengan dia. Aku tak cakap dari sudut yang negative. Something wrong yang aku maksudkan—masuk air.  Sebelum ni biasa jugak jumpa orang jenis macam ni. Tapi masuk air dia lain macam sikit. Mungkin kalau kau ada dengan dia kau akan tahu. Cukuplah barang 10 minit, kau akan turut masuk air.

Nak dijadikan cerita, kalau ada dia nih, maka satu ofis boleh masuk air. Dengan bos-bos sekali terlibat sama.  Eh kau faham tak masuk air yang aku maksudkan ni? Maksud aku, cakap dia ni banyak yang mengarut..ada je bahan buat orang tergelak. Sampai satu tahap kau tak dapat nak bezakan benda yang dia cakap tu serious atau sekadar gurauan. Konfius. But then syok ade kawan macam ni. Ceria je hidup. Satu perkara aku respek — agama cukup dia jaga. Alhamdulillah.

Dan selepas ini. Takde siapa lagi nak masuk air kat ofis tu. Tak tahu la pulak kalau ada orang lain yang akan masuk same kepala macam dia. “Tahniah sebab dapat masuk line government. Semoga terus maju jaya dalam apa bidang sekali pun” Team GLSB akan merinduimu. Cewah!

Thursday, April 11, 2013

Artwork: Banner Facebook

Assalamualaikum. Apa khabar korang? Dalam kepala aku ada cerita yang ingin dikongsikan. Selalunya time tengah mandi datang je idea untuk dicoretkan. Macam takde time lain nak datang idea tu kan.  Alih-alih lepas mandi..nantilah..emm lain kali lah..buat kerja lain dulu lah. Nampak? 

Tapi takpe., kali ni aku bagi ringan-ringan je. Jamu mata. Antara artwork simple2 untuk banner facebook; Kome ada FB banner dop? Kalau takde jangan segan2 boleh order ye kehkeh. 

1) Banner Chuu Closet: ni untuk gugurl2 yg kaki shopping. Tak kaki pun takpe. Asalnya design ni untuk client. Tapi kene reject so aku kutip jadi banner page aku sendiri. 


2) Produk untuk bakal mummy, mummy dan baby2 comelz. Ni kire pakej aku promote la kot. Free of charge. Aci tak cakap macam tu :P




3) Ni pun untuk online biz (clothing) Sayangnya aku cari LINK fb client ni tapi tak jumpa-jumpa. Kalau tak boleh la aku jugak tolong promote.





Friday, April 5, 2013

Gundam Seed

Untung la keje arini pasang gundamseed sajer :D





 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.