Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, April 27, 2012

Tips Meminjam Barang


Ini tips untuk yang meminjam barang kawan, bukan meminjam wang hatta bukan tips meminjam masa kawan mintak temankan ke toilet malam malam buta sebab kau takut nak pergi sorang sorang. Dah la lampu lip lap lip lap tunggu ajal. 


Nampak tak situasi di atas? Kawan kita budiman, baik hati lagi berbudi pekerti. Kita pinjam ape semua dia bagi. Memang kawan mithali. Orang kata memang kawan dunia akhirat lah kan. Kau request je nak pinjam apa, kalau kawan tu mampu, pasti dia layankan. Dan dah nama pun meminjam. 

Tips satu:
Lepas guna, pulangkan secepat mungkin [-(


Tips dua: l
Letak kat tempat yang korang senang nampak dan tak mudah hilang.


Tips tiga: 
Barang tu jaga elok elok. Jangan sampai kat tangan kawan kita tu, barang dah terbarai memang boleh mendatangkan marah :-w


Tapi kalau tak pinjam lagi elok. Bukan aku cakap, mak aku cakap kehkehkeh.

Tuesday, April 24, 2012

Rosales Couture

Tengok-tengok. Nak jadi model mesti cantik ke? Sesiapa pun boleh cantik. Chuu pernah cakap kat seorang rakan blogger ni setiap orang ada kecantikan tersendiri. Trust me. Tapi hari ni bukan nak cakap pasal model/cantik. BUKAN.

Chuu nak ajak korang jenguk-jenguk satu online shop ni. Rosales Couture. Bagi korang yang suka fesyen ala-ala korean camtu kan, boleh lah usya2 mane tahu berkenan. Hujung-hujung sem macam sekarang banyak dinner..kan? kan? kan? :D




Ni paling best. Ada promotion set! Strip dress dengan long cardigan. Ni kalau detim kat tepi pantai dengan angin tiup-tiup..stail tak? kehkehkeh

Oke senang cerita baik anda anda semua terjah terus owner Rosales Couture ni lah. Lagi puas hati, lagi banyak pilihan, lagi korang nampak menawan..auww :">

Monday, April 23, 2012

Tafsiran Dalam Dua



Menyulam rapat dua makna yang tersirat. 
Stereoku monomu, kau dan aku.

Saturday, April 21, 2012

Rintis


Huarghhh..rasa lega sikit lepas seminggu hidup lintang pukang. Makan ntah ke mana, tidur ntah ke mana, mandi ntah ke mana..tettttt. Lepas ni aku qada' balik bw blog korang eh. Sori tak dapat reply komen-komen kat blog ni, sebab kalau aku boleh reply memang aku reply :D

Semalam aku ada selection untuk join final deg. art exhibiton (RINTIS). Selection pukul 9 pagi, pukul 7 aku dah siap siap dan kemudian gerak ke school art, set up tempat. Malam tu berkampung seramai lima orang, aku dengan member-member pulun untuk final touch artwork and finishing. 

Work coursemate yang lain aku tengok semua power-power, artwork memasing nak hebat je kan. Risau aku kalau-kalau tak terpilih untuk join exhibition ni, dah banyak fulus aku melayang sebab menatam exhibition nih. Nak tak nak aku kena masok jugak. Kena kena kena!

Time lecturers buat penilaian, kami semua kat luar studio grafik. Sekali sekala pintu dibuka, Dr Sam update berapa orang yang gagal join exhibition. 9 students among 34 fail untuk join pameran tu. Dem! gile ramai. Serius CUAK. Menjelang tengah hari mcm tu, kami diarahkan masuk sebab lecturers nak announce siapa yang terpilih. 

Pn. Ju (ketua bahagian grafik) --"Saya serahkan pada Pn Sumetha sebab saya tak sanggup nak beritahu berita ni" muka Pn Ju sedih bercampur kecewa. But then bila Pn Sumetha ambil alih, beliau announce yang we all semua berjaya.. aku rase woww! Memecah tradisi sebab first time semua student dari graphic department layak ke Rintis. Alhamdulillah. Berbaloi baloi.




Lepas sesi pemilihan tu, Pn Ju jumpa kami, "Pandai tak aku berlakon?" 


*Entry ni kire diary tak? lalala~

Thursday, April 19, 2012

Pembungkus Polisterin

Sejak aku study kat usm ni, aku lebih concern bab penggunaan polisterin sebab usm handle satu project yang yang dipanggil The White Coffin untuk ban penggunaan pembungkusan makanan polisterin. Rasanya semua sedia maklum yang polisterin nih banyak mendatangkan mudarat malah boleh menyebabkan kanser. 

Jadi semua  student digalakkan untuk bawak sendiri bekas makanan kalau ade niat nak tapau. tak pun nak senang makan je kat cafe, senang tak payah nak tapau-tapau bagai. Satu lagi alternatif lain penggunaan bekas makanan yang alaa-ala polisterin macam kat bawah ni.

Aku tak sure sangat material yang digunakan tapi nampak macam kertas yang keras. Then ade lapisan macam kat kertas pembungkus nasi lemak yang korang selalu beli tu, alaa yang kertas kaler brown tu. Tujuannya kalau korang tapau makanan yang berkuah takde la container tu terus lembik or bocor kan? Tapi aku memang suke ngan container ni. Eco-design la kononnye kehkehkeh.



Lagi satu yang best kat usm ni, kalau time bulan ramadhan, akan ada bazar pasar ramadhan berhampiran kawasan kediaman pelajar. Biasalah kan, memang selalu kalau pergi bazar ramadhan mesti berplastik-plastik sekali angkut. Nasi ayam, kuih muih, murtabak lagi, air lagi. 

Then, kat satu sudut kat pintu masuk usm akan ade satu group yang bermini demonstrasi untuk ban penggunaan plastik dan polisterin. Still jinjing plastik dan polisterin padahal depan mata diorang angkat banner besar-besar untuk tolak penggunaan plastik dengan polisterin tuh. Tak ke malu? Tapi selalunya aku bedal jugak. Jahat aku wakaka.

Ni artwork aku mase first year kot. Jangan tanya ape bende menatam nih..grr!!  
** Waktu kritikal cmni bole update blog panjang lebor! Oh ya, doakan aku untuk selection for arts exhbition this friday, cuak.

Tuesday, April 17, 2012

Ka-ching


Mandi tak lena, makan tak basah, tidur tak kenyang
Demi fyp kurelakan Y___Y

Bak kata member aku, 
'cash flowing..but where is the refill!'


Nak ptptn lg pliss.. 

Thursday, April 12, 2012

Gempa April 11, 2012

Mungkin tak akan aku lupakan. Keadaan sangat cemas. Gegaran pertama aku rasa pukul 4lebih(petang) aku ngah buat photoshoot dengan cik tun, bantu seorang rakan. Lepas dari tu status kat fb mengenai gegaran tu mencanak-canak keluar. satu satu update pasal gempa. Ramai yang rasa. Malah negara negara lain jugak rasa. *gile skema ayat grr.

Tak lama selepas gegaran susulan amaran tsunami keluar *georgetown*. Aku yang kat pulau ni dah kecut perut. Memang. Siapa yang akan mati memang akan mati. tak payah tunggu tsunami nak datang.

gambar ni kredit kat nesa, dia yang snap

Ni aku snap :P

Lepas magrib macam tu aku ngan memember keluar tembak tempat yang aku rasa agak tinggi kat usm nih. Ni semua gara gara amaran tsunami 9.11pm. 
Risau sangat :-/

Semoga semuanya baik baik saja. 
april 11 2012


Tuesday, April 10, 2012

Kesian Lelaki

Things That You Should Know About Woman. Aku rajin gak baca benda benda macam ni dan selalu je jumpa point cam kat bawah ni..




Monday, April 9, 2012

Ragu



Tiada yang lebih indah dari pandangan mata. Snap, masuk kamera-- still tak sama dengan apa yang kita lihat.

Sunday, April 8, 2012

Arts Showcase

Assalamualaikum. Ini kisah semalam. Serius semalam rasa cuaca panas gile. Tapi aku gagahkan jugak sebab dah plan baik punya dengan kawan-kawan untuk satu event nih --

The Score (Arts Showcase) dari pelajar The Equator Art Academic
Vanue: Straits Quay



[Gambar ni bagi kredit kat Cik Tun]

Showcase ni ada kategori grafik, archi., fesyen, interior. Tapi aku datang sini memang nak tembak grafik je. ngeh3. Tapi aku rasa showcase last time cam lagi best. Kelik [sini] untuk lihat showcase last time. 





Datang dengan sejuta harapan. Sedut sedut ilham. Slurppp slurppp! Peace ^^v

Saturday, April 7, 2012

Jiwang vs Romantika





Ni bukan jiwang.. ni namanya romantik kehkehkeh. Cantik tak music box *err..tp ni tak brape nak box :P   *Hepi saturdays all., chow to art showcase at Penang Pac. :D

Friday, April 6, 2012

Jumaat Datang lagi



Cepat sangat masa berlalu.
Kenapa dah jumaat balik? Musykil2~ 


Ape de hal.. 
Bersyukur masih ditemukan dengan jumaat, 
sihat dan masih bernyawa.




**tayar moto flat lagi, kentang betei Y__Y

Wednesday, April 4, 2012

Menatam Flash

Hyep. Sori sebab aku rasa dah lama tak blogwalking. Singgah mana yang sempat. Saja nak share satu projek--Interactive StoryBook. Dah siap dah pun. Budak bawah ni nama dia Sarah. Tapi sebab nak post kat sini aku tuka jadi Chuu. Boleh kan?




Menatam ni aku nak upload .swf format tapi tak reti. Nak embed kat photobucket kena bayar pulak, gile. Nak upload gif pon x jadi. Macam hareem sikit. Aku fedup, aku bagi jpeg je. So tak bole gerak2. Siapa nak ngajo dialu-alukan. Kbai.

Rindu korang semua larh!

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.