Aku membesar sebagai budak kampung. Dulu kat kampung aku tu banyak pokok getah berbeza berbanding sekarang. Berkawan dengan sepupu aku, Wani namanya, muda setahun dari aku. Bila tiba musim buah getah gugur, kami akan jalan-jalan kat area kebun getah. Kutip buah getah yang bertaburan kat atas tanah.
Seronok dok kutip buah getah tapi tak tahu nak buat apa dengan buah getah tu. Dah takde kerja sangat agaknya -___-ll. Al-maklumlah nama pun kebun getah, sah-sah nyamuks berpesta dengan kedatangan kami. Hurung baekkk punya! Tapi, ape der hal.. lantak lah dengan nyamuks-nyamuks sekalian. Yang penting kami dapat kumpul buah getah.
Yang paling best bila dah puas hati dengan hasil kutipan. Masa nak balik rumah kami akan ambil lajak untuk lari sekuat hati. Sebab nak lari dari nyamuks-nyamuks yang sedang hangat menjadikan kami sebagai juadah tengahari. Eceyh!
Tapi at last dah sampai rumah kena marah dengan arwah nenek ada la. Sebab buah getah tu for sure akan dibiarkan bersepah-sepah. Sampai sekarang aku terfikir. Jadah la seronok sangat kutip buah getah time tu -____-ll
|
Google: Ini la rupa buah getah tu. Ekceli tak sure, buah getah or biji getah :P |
Begitulah flashback saya.