Iklan: Rosales Couture.
****
Bersebelahan bilik aku ada halaman kecil cantik je diselimuti dengan rumput kaler hijau yang ala-ala tak berapa nak karpet..dan, katil aku pulak terletak besebelahan dengan tingkap yang menghadap halaman berumput hijau tak berapa nak karpet tadi. Dapat bayangkan?
Ok, jump into the story, time tu aku tengah tidur, tidur yang tak terlalu lena dan tak juga terlalu tidur-tidur ayam, entah lah..kiranya aku tidur dalam keadaan gud2 je. Tingkap kat sebelah ni terbuka. Dalam aku tengah tidur secara gud2 tadi, tiba-tiba dalam separa sedar aku rasa kaki aku macam sejuk-sejuk je. Aku fikir mak aku datang pegang kaki aku sebab nak tolong kejut. Yelah, tidur waktu siang. *err..sempat lagi fikir walaupun tengah tidur =))
Bila aku bukak mata, lain yang aku fikir, lain pulak rupanya yang pegang aku. Terkejut gila ada seekor ular kaler hitam. Aku tengok ular tu, ular tu pon tengok aku! dua-dua terkejut. Benda tu berlaku laju sangat. Sekelip mata je ular tadi melompat turun terus ke lantai.
Sila jangan tanya aku macam mana ular tu melompat. Aku fobia [-(
Korang ada fobia?