Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Sunday, July 10, 2011

Tabiat mendengar lagu


Nak main lagu nih dulu :)





.......

Aku ada cara sendiri untuk mendengar lagu-lagu kegemaran aku. Sebenarnya aku pun baru perasan. Aku baru perasan yang sebenarnya cara ni aku dah pakai lama. Kalau aku dengar satu-satu lagu, bila aku rasa telinga aku dapat filter baik punya tanpa ada rasa yang kurang enak maka secara tidak langsung orang di sekeliling aku bakal mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali. Especially kat rumah.


Ahakz! peduli apa janji layan XD


Aku boleh ulang play satu-satu lagu sampai 10 kali tanpa henti. Siapa boleh lawan meh bagitahu Cek Chuu :D tapi aku agak kurang berkenan dengan satu kes nih...









kalau lagu yang x berapa berkenan tu, bersepah-sepah je kat radio +__+||
* demand sangat kan LOL XD


Stickynote: Siapa ade link lagu terbaru KRU- Tiga Kata, boleh share?
Memang baik hati.

Sunday, July 3, 2011

R.I.P dear bird2. Tak sempat nak bagi nama :'/



Malam tadi ada seekor burung tersesat masuk dalam rumah. Kecik je burung tu. Burung kelicap; kata abang. Kesian tengok burung tu terbang sana sini. Tapi ada jugak niat jahat nak tangkap dia MUWAHAHA!


Then, mak suruh bukak pintu bagi burung tu keluar tapi burung tu still macam x jumpa jalan keluar. Lama jugak lah dalam rumah, Dari pukul 8 lebih agaknya. Sampai abang yang tengah layan Angry Bird bangun ambil jaring buat tangguk ikan (tapi nak buat tangguk burung =,=") penat agaknya tengok chuu lari sana sini kejar burung :D




Jaring tangguk ikan. Abang chuu memang suka memancing :P




Bila tak berjaya chuu pulak try. Motif sngat kan, lari sana sini dalam rumah usung tangguk memalam pulak tu. Susah bebenor nak tangkap, sampai chuu sambung kejar burung lepas makan malam. Pheww :P At last abang yang berjaya tangkap. Chuu sempat la pegang burung tu bawak keluar letak kat pokok bunga mak h0h0. Comel sangat :D


Tapi pagi tadi masa chuu bangun tidur mak cakap burung tu dah mati Y__Y Mak jumpa kat depan rumah. Takde pulak kesan luka ke, mana la tahu kalau kena makan dengan kucing atau semut ke., huh? Mak pesan suruh tanam bangkai burung tu kat belakang rumah. Chuu pun kafankan la dengan surat kab0. LOL. Sian burung tuh T__T


R.I.P Bird2.. comel kan?   :'/



stickynote: Memula nak buat entry ni autopublish, niat nak balik s.alam malam ni tapi tak jadi pulak XD

Peperiksaan Bawah Sedar





Kertas soalan telah pun diedarkan. Pusing kepala dongak awal-awal. Aku tengok kiri kanan, semua dah ready nak jawab exam. Entah kenapa aku rasa lain macam je. Gementar semacam walaupun kalau nak diikutkan ni bukanlah pertama kali aku menghadapi peperiksaan. Papan hijau kat depan tu jelas tertulis, Peperiksaan Bahasa Melayu. Karangan. 


Tak lama kemudian pengawas peperiksaan dengan yakinnya mengeluarkan arahan sambil melihat jam Baby G di tangan beliau. "Anda boleh mula manjawab sekarang". Lebih kurang 3 meter kat depan aku, ada jam dinding. TIK TOK TIK TOK. Dari jarak ni aku boleh tengok jam tu berdetik. Tiba-tiba makin laju pulak. Satu benda pun aku tak tulis lagi. Kertas jawapan atas meja aku kosong. Macam hati aku. 2x5; 5x2.


Apa aku mengarut dan meraban atas kertas jawapan tu pun aku x tahu. Ntah macam mana aku rasa nak minta kertas jawapan baru, niat nak karang jawapan yang baru. GOSH! masa tinggal lagi 15 minit. Kejadah sempatnya nak karang karangan yang baru. Nak pulak kertas jawapan lama awal2 aku dah pangkah, CANCEL.


Dan bila masanya tiba, pengawas peperiksaan berjam tangan Baby G tu datang dekat aku dan terus kutip kertas jawapan yang aku dah pangkah tu. Err.. apakah maksud mimpi aku nih? Aku bangun dalam terpinga-pinga. Bila fikir balik takde apa yang nak dirisaukan kot sebab hanya mimpi. Tido sekali lagi lah, nak tahu ape result exam aku tadi HAHAHA.


p/s: kome kan suke melawa --> sesi facial hujung minggu :)

Saturday, July 2, 2011

KL Sentral dan KTM

Aku nih bukanlah pengguna harian perkhidmatan ktm tapi ada la jugak. Aku kadang-kadang tak faham lah, ktm nih rasanya nak memudahkan orang pergi sana-sini (kalau tak de ktm memang susah). Memandangkan abang aku eksiden tempoh hari, jadi aku gagahkan jugak balik rumah, niat nak melawat. 




Bertolak dari ktm Padang Jawa memang agak selesa, sebab kat situ aku rasa agak lengang. Aku nak dapatkan seat. Memang itu pun motif aku. Tapi bila sampai KL Sentral memang aku lemah, sebab aku nak ke laluan Rawang so kena tuka platform. Nak pulak time orang balik bekerja. tak cukup dengan tu ada kanak-kanak riang bagai ntah ada rombongan sekolah agaknya. 




Nama pun KL Sentral, ce bagi tempat menunggu tu kondusif sikit kan bagus. Delay pun lagi satu hal. Tapi lawak la bila tren sampai dengan muatan penuh je, kat ruang menunggu tu semua mengeluh; "HAAA???" himpit bahu ke bahu dongak kepala tinggi-tinggi bernafas tercungap-cungap. Over tak? Tak tahu lah macam mana orang yang memang menggunakan ktm setiap hari. Mesti penat. kan?




Cakap lebih-lebih kang orang cakap x bersyukur pulak, tettt! 




stickynote: Selepas menempuh hampir 20 stesen., im home! :D
p/s: chak :)



Friday, July 1, 2011

di sebalik cermin mimpi




















Untung la dikelilingi keluarga dan teman yang amat mengambil berat tentang diri kamu. Budi yang tidak terbalas. Terima kasih :')


P/s: Doakan abang aku cepat sembuh sebab dia abang yang baik.Serious!


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.