Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Awana Skyway Genting Highland



Sabtu baru ni aku dan Chak terjah puncak Genting Highland.  Motif utama memang nak melepak. Fullstop. Sebenarnya ni kali kedua aku mengarang kisah ini. Tah macam mana aku boleh terdelete pulak padahal aku dah karang bukan main panjang. Zzz sakit pulak hati kita! Terus lari feel menulis. Update pulak pakai phone. Tadi feel dia macam excited tapi kali ni terfaktab rasa dia.

Back to the story. Gigih Chak drive panjat Genting Highland demi menunaikan permintaan daku muwahaha. Terima kasih, awak! Sampai di puncak kami terus ke Awana Skyway untuk naik kereta kabel. Harga untuk seorang rm12 bagi perjalanan pergi dan balik. Kira ok la kan. Walaupun aku tak pasti berapa jarak sebenar perjalanan kami tapi aku rasa agak jauh jugak. Naik turun dalam empat ke lima bukit dengan pemandangan hutan hijau diselubungi kabus-kabus halus. Nyaman!

Ni time balik. Atas tu Awana Skyway Genting Highland.






Oh ya, kami agak bernasib baik sebab pada hari tersebut ada event Fantastica 2. Seronok dapat tengok banyak persembahan manarik dari kumpulan penari, ahli silap mata dan persembahan clown. Rasa macam nak hentikan masa sebab macam tak puas berjimba hahaha. Boleh macam tu? Disebabkan kami tak nak turun lewat malam sangat jadi lepas maghrib teus je bertolak pulang. Bahayakan nak turun malam dalam keadaan yang licin sebab petang tu hujan. Dah, tu je aku nak cerita!


Event Fantastica 2



Tuesday, October 22, 2013

Night of Fright- festival of fear at Sunway Lagoon

Last week Chak ajak aku pegi Night of Fright kat Sunway Lagoon..tanpa pikir panjang aku terus je setuju. Pada asalnya harga per pax adalah RM48. Aku tnya Chak, harga tu termasuk harga nak masuk Sunway ke belum? Then, Chak cakap dah termasuk lah kot. Lagi pun event tu belah malam. Takkan ade main2 mandi tu semua kan.

Pada hari yang dijanjikan 19hb Oct, dah ready2 bagai..sampai je kat Sunway dah ramai seramai-ramainya. Kental sangat berebut untuk dapatkan tiket. Sampai je depan kaunter, akak tiket tu cakap RM80. Pulak dah? Dia cakap sbb combo RM50 untuk entrance dan RM30 untuk Night of Fright. Dalam kelam kabut tu aku terus settlekan bayaran. Lepas tu wristband (pass untuk masuk sunway lagoon) dah pon berada kat tangan aku berserta tiket Night of Fright tu. Tapi masa tu ade masalah sikit dengan pembayaran tiket Chak. Pung pang pung pang bergaduh bagai, akhirnya settle buat bayaran. Dan yang untungnya, wristband tu valid on 20th Oct. (the next day). So?

Ape lagi yang kitorang expect? Esok datang sekali lagi lah kan. Heaven! rupa-rupanya setiap 20hb pada setiap bulan merupakan Big20 day. Harga tiket untuk masuk boleh didapati serendah RM20. Baru kami tahu. Noob giler Y__Y Plus, Benda ni valid dari October 2012 sampai October 2013, mean bulan ni adalah yang terakhir. So kira ok lah RM80 untuk Night of Fright + tiket theme park untuk hari berikutnya. Sebab last time pergi untuk sekali masuk saje RM90 per pax. Woha! 

Yang paling kanan tu nampak menjadi :P

Ada empat kot rumah hantu/ maze yang sempat kami explore. Totally amazing. Once masuk je entrance tu rasa wahh berbaloi dengan apa yang kita bayar. Hantu bersepah-sepah. Seram je rasa. Cuma set dalam minda yang semua tu pun manusia. LOL. Enjoy sangat dan hantu pun semua mesra-mesra belaka. :P

The next day, yang ini memang tak dirancang, tuah barangkali. Rugi pulak kalau tak pergi. Asalnya aku plan nak buat OT hari ahad tu, sanggup cancel. Hehe..



Untuk kali ni ambil peluang main semua permainan yang tak sempat terjah mase dtg last time. Walaupun pengunjung yang datang ramai.. nak main satu2 permainan tu terpaksa beratur panjang untuk tunggu turn..tapi memang macam tu caranya. pasrah jelah. Bila turn sampai puas hati aku bhahaha. Vuvuzela, dan 5D cenema kat situ paling best ouh >.

Dah nak balik baru sempat snap-snap gambar. 

Kalau dapat datang sini lagi, nak try bungy jumping nih. Ouh~ teringin sangat!

 Oh ya, Night of Fright tu available lagi minggu depan, 25, 26 dan 31hb. RM48 per pax tau. Chow :D

Thursday, September 26, 2013

Padang Besar, Pelis

Last week menyempatkan diri untuk ke utara tanah air nun di Perlis membawa hajat.
Let the pics do the talks. Chow~



Friday, September 6, 2013

Rugi


Kelmarin baru berpeluang dan berkesempatan untuk tengok The Conjuring. Mesti cakap dah basi kan? err..sebenarnya takdelah nak tengok sangat tapi bila ramai yang cakap best, lama-lama aku pulak yang terpengaruh. Tah macam mana jadi bersemangat pulak nak tengok. Gigih balik keje terjah The Mines untuk beli tiket. 
Tapi..'ada tapinya', bak kata H. Disebabkan filem ni dah agak lama ditayangkan maka aku tak kisah sangat sebab mesti tiket masih ada. Takde lah macam stok goreng pisang panas..laju je terjual.Beratur punya panjang sampai depan kaunter tahu-tahu tinggal seat betul-betul depan screen. Takmo takmo takmo. Kalau macam tu memang aku rejek awal-awal. Balik tidur lagi bagus!

Wayang start pukul 10.45 malam. Sesuai sangatlah, cerita-cerita versi seram macam ni kalau tengok belah malam impact dia lebih sikit. Nak pulak jenis sepesen macam aku ni. Impact lagi la lebih..haha. Rugi je aku beli tiket sebab aku lagi banyak tutup mata dari tengok cerita. Hampeh betul. 
Sementara tunggu waktu tayangan, tuan belog nak posing jap.

Wednesday, March 13, 2013

Rock Oo By Mamat Khalid

Rasa-rasanya beberapa minggu yang sudah macam agak kerap menonton cerita-cerita kat wayang. Dah macam kaki wayang pulak. Dalam seminggu mesti ada satu cerita sekurang-kurangnya. Ke ada yang lagi advance sehari satu cerita?

Bukan nak buat review just nak share apa yang aku rasa. Last few weeks pergi tengok cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.. Dua minggu lepas pulak tengok Rock Oo. Kedua-duanya cerita arahan Mamat Khalid. Tabik sikit dengan beliau sebab berjaya mengeluarkan filem yang kreatif macam ni.

Bagi aku, kalau nak diikutkan cerita-cerita arahan Mamat Khalid ringan dan santai je. So boleh dilayankan tak kira peringkat usia dan umur cewah. Dari Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah semuanya layan-layan belaka :D

Tapi Rock Oo memang aku bagi 5 bintanglah. Sorotan dari filem Rock yang pertama dahulu. Bila dapat tahu je ada Rimba Bara kembali rasa macam teruja gila nak tengok hohoho!  Tapi bagi yang belum pernah tengok cerita Rock, better ulang kaji dulu sebelum tengok Rock Oo..kehkeh..


Last weekend ingat nak tengok Rock Oo sekali lagi, tapi memandangkan semua tiket full house so decide tengok cerita lain: Snitch lakonan The Rock. Harapan agar The Rock   memberikan yang terbaik tapi hampa. At last, Zzzz...dinginnya pawagam membuai aku ke alam mimpi  XD



Sori Amy..Slash nampak cool sangat dalam cerita nih (︶ω︶)

Tuesday, February 26, 2013

Steamboat dan Beautiful Creatures

Menyesal pulak suruh orang teka usia aku pada previous post haha. Wondering aku ni nampak matang agaknya #tak nak mengaku nampak berusia (sedaya upaya cuba mengelak daripada menggunakan perkataan t*a) LOL.

Bukan usia yang ingin dijadikan cereka sebenarnya jauh sekali untuk berduka cita. Tapi sekadar untuk membunuh masa yang aku kira sebelum-sebelum ini susah nak dapat ruang sebegini. Kata begini yang aku maksudkan adalah membuat terbitan di blog- di ofis.

Kisahnya, semalam ada seorang teman rapat. Rapat sangat plus baiiiiiiiiiiiiiiiiiiik hati lagi budiman belanja aku steamboat. Nampak tak betapa baiknya beliau. Burpp! kenyang perut senang hati. Aku ingat aktiviti kitorang setakat di situ. Tapi lepas tu shoot tengok wayang pulak. Beautiful Creatures tajuknya.

Sumber: Google

Aku tengok tiket, cerita tu kat hall 5. Then, confiden je lah masuk hall. Duduk kat seat. Betul-betul macam apa yang tertera pada tiket. Orang cakap cun-cun memang seat untuk kitorang. At the time cerita bermula, aku macam dapat menghidu sesuatu yang pelik. Eh, kenapa macam dah penah tengok cerita ni? Hansel and Gratel? Aku check balik tiket rupanya salah masuk hall!

Sumber: Google


Tapi apa pun, Beautiful Creatures tu aku boleh bagi 2 star je kot, out of 5. Tengok poster dia pun boleh tahu, cerita ni nak buat ala-ala Twilight gitu. Berlatar belakangkan cinta antara manusia biasa dan luar biasa, dunia magis dan ahli sihir.  Nak dibandingkan dengan Hansel And Gratel yang aku tonton tempoh hari, 4 out of 5 boleh dapat la kot. kehkehkeh. 

Wednesday, February 20, 2013

Terbit

Hye Port Dickson! Hope to see u again. Rasa puas dapat berkubang dalam laut dibawah sinaran mentari yang terik. Oh indah sungguh cuaca pada hari itu!  (≧◡≦) 



I'm ready!

******
Ngiahaha! ternyata tak ramai yang ingat birthday aku. Sebelum ni memang aku display tarikh lahir dalam facebook. Nak dijadikan cerita, sebelum masuk pukul 12 pada hari sebelum hari lahir aku, gigih on laptop dan terus ke menu setting untuk hide tarikh lahir pada akaun facebook milik aku. The next day-wall facebook bersih tanpa sebarang ucapan birthday seperti tahun2 sebelumnya..ekeke.

Tapi still terharu jugak sebab still ada kawan-kawan yang wish via phone. Thanks so much friends, u rock bebeh! Hehe sebenarnya den tak kesah sangat pasal facebook tu sebab den pun susah nak hengat tarikh-tarikh lahir ni. Cukuplah sekadar doa agar dipanjangkan usia dan bahagia sentiasa. Tarikh lahir yang aku dapat ingat tu memang bertuah la dia kehkeh. 

Birtday present from Chak. Jam tangan+kasut baru. Terharu sangat he's so nice Y__Y
In fact rasa happy dapat luangkan masa ke Port Dickson. Akhirnya plan yang dirancang sekian lama terlaksana. Dah lama teringin nak mandi laut hiks! Oh ya, kat Port Dickson tu, lepak dekat Blue Lagoon. Nice place untuk berkelah bersama family tercinta *wink2!



Its on Feb 16th. Teka berapa umur saye? (¬‿¬)


p/s: korang, sori lama tak singgah rumah korag-korang sekalian sebab rumah sendiri pun tak tersinggah :|




Tuesday, December 27, 2011

Chuu Muqhlis


Semua gambar kat bawah ni just random snap masa balik dari Sabak Bernam dengan abang Chuu tempoh hari. Do enjoy the pic. Macam biasa klik imej untuk view yang lebih masyuk :)




Dis pic abang yang snap time Chuu drive -- nak jugak mention sebab sy x mahir driving -__-ll
Nak tahu, selekoh ni bahaya sangat. Pernah ada kemalangan berlaku kat sini terus terlajak dalam gaung kat sebelah tu. Dah la takde perhalang jalan, mana orang tak terbabas. Chuu drive slow giler kat sini hihi :P *Suke tengok detailing langit dan gunung kat sebalik bukit-bukau tu.


Kenalkan abang Chuu-- giler joran. Seriously! 
Sempat berhenti kat tepi jalan, test power mancing kat sini siap :D






stickynote: Tercipta Untukku by Ungu.

Sunday, December 25, 2011

Lullaby




stickynote: i miss your nite lullaby : |


Sunday, September 18, 2011

Untunglah..

COP! before aku start, kenapa aku punye bloglist update lembab? orang dah sejam publish baru dia nak muncul kat bloglist aku -____-ll

******

SEMALAM. Bak kata Mohd Izzar, kalau orang Sabah mereka translate semalam sebagai malam punya semalam. Kalau kelmarin mereka panggil kelmarin dulu. Tapi aku orang semenanjung, so, aku translate semalam sebagai sehari lepas. Okai?

Orang cakap kalau dah kat Penang tak sah kala tak singgah Padang Kota Lama. Aku yang dah nak dekat 3 tahun dok Penang ni kalau tak sampai-sampai jugak memang minta lempang laju-laju LOL! 



Semalam-- Untunglah ada orang nak bawa ambil angin petang kat Padang Kota. Untung jugak sebab bukan selalu dapat lepak kat sini time banyak angin. 


Semalam-- Untunglah sebab cuaca baik, dapat jugak tengok orang memancing. Ni kalau dapat kat abang aku mesti melompat-lompat sebab abang memang kaki pancing :)


Semalam--Untung sangat dapat tengok sunset walaupon hakikatnya kalau nak tengok sunset aku rasa baik au ke Batu Feringgi.

i ♥ u sunset, muacks! 
**Jadah dok ulang 'semalam--untunglah' banyak kali, gagap ape?

Wednesday, August 17, 2011

Chuu memang macam ni..


Chuu selalu pergi bazar ramadan dengan abang chuu. Ayah chuu cakap pasar ramadan (PARAM) :P  Itu pun kalau abang balik. Jalan sama-sama pusing satu bazar tuh.



Tapi chuu jarang pergi bazar ramadan dengan ayah...


Erkk! Ayah..  >__<''



Sunday, August 7, 2011

Rezeki Masing-Masing Bang..



Jam menunjukkan pukul 6 petang. Memang cun-cun je lah aku sampai kat bazar ramadan nih. Setengah jam pusing cukup. Abang aku parking betul-betul sebelah perhentian bas. Agak-agak kena saman tak. Ahh, lantak lah. Sekejap je.


Jalan dua tiga tapak aku jumpa gerai murtabak. Aku agak pelik sebab kosong je, takde pelanggan. Sebab setahu aku murtabak antara feveret menu bulan2 puasa nih. Dua tiga kali round bazar tu aku dapati ada lebih kurang lima gerai yang setup murtabak :D




Nampak betul perbezaan antara semuanya. Kalau yang ramai pelanggan tu, memang tak menang tangan, yang agak takde pelanggan tu, sedih je aku tengok. Nak pulak gerai sebelah2. Mau tak tension?


Rezeki masing-masing bang...
Tak gitu?



Stickynote: Memotong di jalan raya itu memang dayus! GRR


Saturday, July 2, 2011

KL Sentral dan KTM

Aku nih bukanlah pengguna harian perkhidmatan ktm tapi ada la jugak. Aku kadang-kadang tak faham lah, ktm nih rasanya nak memudahkan orang pergi sana-sini (kalau tak de ktm memang susah). Memandangkan abang aku eksiden tempoh hari, jadi aku gagahkan jugak balik rumah, niat nak melawat. 




Bertolak dari ktm Padang Jawa memang agak selesa, sebab kat situ aku rasa agak lengang. Aku nak dapatkan seat. Memang itu pun motif aku. Tapi bila sampai KL Sentral memang aku lemah, sebab aku nak ke laluan Rawang so kena tuka platform. Nak pulak time orang balik bekerja. tak cukup dengan tu ada kanak-kanak riang bagai ntah ada rombongan sekolah agaknya. 




Nama pun KL Sentral, ce bagi tempat menunggu tu kondusif sikit kan bagus. Delay pun lagi satu hal. Tapi lawak la bila tren sampai dengan muatan penuh je, kat ruang menunggu tu semua mengeluh; "HAAA???" himpit bahu ke bahu dongak kepala tinggi-tinggi bernafas tercungap-cungap. Over tak? Tak tahu lah macam mana orang yang memang menggunakan ktm setiap hari. Mesti penat. kan?




Cakap lebih-lebih kang orang cakap x bersyukur pulak, tettt! 




stickynote: Selepas menempuh hampir 20 stesen., im home! :D
p/s: chak :)



Tuesday, March 15, 2011

berjimba-jimba itu indah XD



wiwitt., berjimba-jimba itu memeng indah
tapi indah lagi berjimba-jimba time duet ngah masyuk kan?
adOi kejadah la aku keluar tengok wayang arini en.,
tapi xpe mak.,
disebabkan mengidam jua hamba turutkan XD

















                                                                                                          

         




phewww~ lepas hajat aku nak pegi tengok 
Hikayat Merong Mahawangsa :) 
suke suke suke!! 

x perlu la aku nak ulas ape2 lagi pasal 
cerita tersebut ye., sebab sane sini belog aku masok
pon sume cite benda yg sama., thumbs up! 
awesome sangat cite tuh! 

rugi sape tak tengok oit >.<





sticky note: selamat malam, sayam... auuww XD

Monday, February 14, 2011

lima hari seminggu



i want to be a jumper!!


tibe2 kan? ni bukan jumper yang orang buat repair kereta tu ye., tapi jumper macam dalam cite Jumper yg aku download tu [motif?] ., sebab pagi tadi serious jadi late comer, sori beb =,=!! amacam weekend? cuti saye 5 hari seminggu ye [kalau lah setiap minggu macam ni..] ape kes?  jumaat komfem free coz each single week x de klaz, plus sabtu ahad, es0k school art ade open day; cuti lagi, selasa maulidur rasul :)

woww!!
bahagia kan? 

so, apart of that.. weeee~
kite enjoy!! 
[berlagak Nora Danish macam dalam cite Puteri bhahaha]


hola, boleh ke main bowling tu? jawapannye boleh okei! setakat masuk longkang tu tutup mate je larh.. I pon boleh buat, wakaka :D





ni ntah dari wad mane sesat  ntah, siap pakai topi keledar, tutup muke nak ngaku member hahaha,  tapi yang penting safety first. kan dah cakap keselamatan tu penting :D 


hah, kau ade? XD


sticky note: nothing in my mind la.. satu je; tid0 @__@

Monday, January 31, 2011

oh! hujan yang turun bagaikan mutiara. mutiarakah?


semalam cek chuu pegi port dickson
sumpah dah sampai PD
tinggal lagi nak terjun dalam laot tu je
tapi memandangkan cuaca tak mngizinkan
terpaksa batalkan hasrat tersebut





tenkiu semua yang teman chuu semalam
next time kite pegi lagi ye
bawak baju hujan har har har 

*time hujan, aktiviti luar agak terbatas*
so, cuti dok umah diam2 okei :)



sticky note: i wish i can sit beside you and see the sunset together yaww

Friday, January 21, 2011

kegilaan di teluk bahang






S.E.R.O.N.O.K
semalam spend time dengan classmate
my only geng2 kudut
serious mmg gila! gila best :)

awal2 pagi lagi dah keluar. sebab nak elakkan kesesakan jalan., thaipusam kan. kami sampai ok-ok laa., dalam pkul 10 lebey kot. yang best tempat tu x ramai orang., privasi beb! dats why masing2 menggila hahaxx. jalan2 siket, explore tempat uh, BBQ, mandi2 siket, photoshoot yang banyak; paling x ley pergi blah !





hilang siket tekanan pasal internship
but then before kembali menyenakkan kepala otak
dengan assignment dan urusan internship
layanzz.. chill bebeh :D



tawanan ~ muwahaha
puas sangat dapat panjat batu paling tinggi kt sini :D






tapi agak terkilan x dapat tengok perfect sunset
sebab matahari tu terbenam kat balik pulau
if tak aku akan jadi orang pertama melompat2 keterujaan
ahaha, saye suke sunset :)




kan dah cakap x ramai orang
and, it's time to go home.



sticky note: rase macam nak upload sume gambar., tamak kan?
update: tenkiu nesa h0h0 :P


Wednesday, December 22, 2010

Karnival Selangor Ria 2010


pagi tadi chuu sampai kat shah alam : 10.40a.m
niat nak follow ayah melawat Karnival Selangor Ria 2010
tapi tengok lebih kurang macam MAHA la jugak 
cuma yang ni maybe x sebesar MAHA

btw, berbekalkan kamera fon cek chuu nih
sempat gak snap beberapa pic:


x tahu ape nama pokok ni, nice kan ?  

bukan x nak amek tahu name pokok ni
tapi salah pakcik yang jage booth ni x letak name lalala~ 

ayah cakap nak bela kambeng., erkk~  (=,=!!)

rase nak bawak balik satu pasu ni, byk gile cili satu pokok

suke sangat pic ni sebab chantekssz

ni xde kaitan dgn karnival tu,
snap dari dalam kete je  juz b`coz saye suke teng0k awan :P

karnival ni dari berakhir 26hb ni kalau x silap
so, sempat lagi kalau nak g usya :D

sticky note: pengsan itu indah --> tipu


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.