Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Monday, November 7, 2016

Antenatal Class KPJ Selangor, Shah Alam


Gambar masa Antenatal Class di KPJ Selangor

November 7, 2016. Genap usia kandungan ni. Sepatutnya due date hari ni tapi baby belum nak keluar. Pujuk-pujuk baby supaya tolong ibu masa bersalin nanti, kita berjuang sama-sama. InshaAllah. Kalau takde aral insyaAllah bersalin di hospital Kuala Kubu Bharu. Memandangkan Encik Suami ada komitmen terhadap kerja, makanya sekarang aku menunggu masa untuk bersalin di kampung. Sekurang-kurangnya ada mak dan ayah yang boleh tolong tengok-tengokkan aku. Syukur alhamdulillah.

Ok sebenarnya nak share pengalaman aku menghadiri Antenatal Class di KPJ Selangor yang terletak di Shah Alam tempoh hari. Memandangkan ni first baby kan. So tak de pengalaman dalam menguruskan baby. Asalnya kakak ipar aku yang sarankan untuk attend class ni. Dia suggest untuk pergi DEMC mungkin sebab sebelum ni dia pun attend kat situ.  Tapi entah macam mana aku boleh terjumpa KJP punya class ni. Nak ikut agak jauh jugak dari rumah aku kat Cheras. Aku ada survey jugak untuk ke Pantai Hosp. Tapi dah penuh. Nak tak nak aku grab je lah peluang ni. Kami laki bini memang stail terjah je. Lol.

Bayaran sebanyak RM100 per couple. (Pantai hosp lebih murah RM50 something aku tak ingat) Kelas berjalan setengah hari tak lama pun dan memang seronok. Banyak input yang kami dapat. Dalam kelas ni akan diajar cara pemakanan, senaman ketika hamil, cara nak bersalin hinggalah cara pengurusan bayi seperti penyusuan dan urutan bayi. Yang diajar oleh nurse dan doktor berpengalaman. Kebetulan masa aku attend class ni, ramai peserta cancel last minute, last2 ada tiga couple je dalam satu class. Paling penting makan pun sedap haha (dorang provide breakfast dan lunch)

Nak ikutkan kira advantage jugak lah sebab peserta tak ramai jadi lebih fokus. Nak tanya-tanya pun takde lah malu sangat. Sampai-sampai je aku amek tempat betul-betul depan tempat penceramah tu haha. Nampak tak kegigihan kami. Setiap peserta dibekalkan dengan goodie bag flyers dan mag berkaitan pembelajaran, note books dan pen sebatang. Yang best ade goodie bag berupa gift untuk baby yang akan bersalin nanti. Maknye pulak excited hiks!

Untuk sebarang info boleh terus contact dengan pihak KPJ sendiri. Terutamanya untuk bakal ibu yang first time macam aku. Kalau dah anak dua tiga pun boleh. Tak salah tambah ilmu. Tapi yang penting kena cepat sebab takut kelas penuh. Sori tak dapat nak share gambar sebab tekun sangat dalam kelas sampai terlupa amek gambar. Kahkah!

Sunday, September 4, 2016

Amin




Bila tengok barang-barang ni rasa macam dah ada baby kat rumah pulak. So far persiapan untuk baby dah banyak kami adakan. Walaupun masih ada beberapa barang yang belum beli terutamanya keperluan berpantang aku sendiri. Mungkin dalam masa terdekat akan diusahakan, In Sha Allah.

Lusa ada checkup di klinik kesihatan macam biasa. Memandangkan kandungan dah nak masuk 8 bulan. Nervous, excited semua bercampur-baur. Cuma aku harapkan semuanya selamat dan baik-baik saja. Maklumlah, ini pengalaman pertama. Zero. 

Kadang-kadang bila duduk sorang-sorang aku terfikir macam mana kalau Allah ambil nyawa aku masa bersalin nanti. Allahu Akhbar. Betapa aku belum bersedia. Belum bersedia untuk bertemu-Nya mahupun meninggalkan orang-orang yang aku sayangi. Apatah lagi dengan bekalan yang secebis cuma. Sememangnya Dia yang menghidup dan mematikan. Semoga Allah melindungi orang-orang yang aku sayang dan melindungi kita semua hendaknya.



Tuesday, August 16, 2016

Assalamualaikum, Baby :)



Assalamualaikum baby. Pejam celik pejam celik tak sangka baby dalam perut ni dan makin membesar. So far baby sihat Alhamdulillah syukur. Semoga sentiasa baby sentiasa dilindungi Allah hendaknya amin. Masa checkup baru-baru ni tiba-tiba nurse cakap ada gula dalam urine. The next day terpaksalah aku datang sekali lagi untuk minum air gula Ah sudah. 

Tapi memandangkan ni kali kedua aku ambil air gula tu, aku expect aku boleh handle. Sebab masa first time minum air gula tempoh hari, kandungan baru 3 bulan. Nak pulak tengah alahan loya-loya. Faham-faham je lah. Tapi apa yang aku sangka nyata meleset. Habis teguk segelas air gula tu terus rasa tak sedap badan. Bluerrkk. Moga ni lepas ni dah tak perlu ambil air gula lagi dan yang paling penting keputusan ujian tu baik-baik saja hendaknya.

Sayang baby :*

Tuesday, July 19, 2016

Open House Raya





Sabtu baru ni aku menghadirkan diri ke rumah terbuka raya Aurawhite. nak tak nak aku kena jugak pergi. Open house ofis sendiri tak kan tak pergi pulak kan. Chak tak ikut tahun ni. Tak macam tahun lepas. Aku pun tak paksa dia datang dan faham sebab aku tahu aku akan busy sepanjang open house tersebut. Lain lah kalau aku datang untuk makan semata-mata. Maklumlah, tuan rumah kan?

Sebahagian Daripada Family Aurawhite Global

Berlangsung di tempat yang sama, Palace Of The Golden Horses, Serdang, aku gerak sekali dengan Ili dan Ayna, Nasib baik, kalau tak sorang-sorang aku drive ke sana. Walaupun nak diikutkan memang tak jauh pun dari rumah aku sekarang. Sampai ke petang jugaklah aku stay sebab tetamu yang datang macam air je tak surut-surut. Belah petang tu aku dah mula rasa mual-mual, penat agaknya. Banyak berdiri.

Sempat bergambar dengan Dato Aliff, ceewah nak jugak!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Settle satu hal. Brovo!


Friday, July 15, 2016

Aidilfitri Kini


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.


Tahun ni tak banyak gambar raya, tak banyak berjalan raya, Kebetulan tahun ni turn abang beraya di kampung isteri kat Perlis. Maka tinggallah aku yang hanya dua beradik beraya bersama mak dan ayah. Pun begitu,  tahun ni tak sama macam tahun-tahun sebelum ni memandangkan tahun ni tahun pertama beraya bersama suami tercinta, cewah! (Nampak tak betapa dah lamanya tak update blog tiba-tiba dah berlaki LOL)

Walaupun cuti Chak tak panjang tapi sekurang-kurangnya sempat beraya bersama pada hari raya bersama. Aku pulak cuti sampai seminggu, maka berayalah sang isteri tanpa suami di sisi #teamrayatanpasuami bak kata Timah. Alhamdulillah. Orang lain mungkin lebih kurang bernasib baik, Nak beraya bersama keluarga pun belum tentu. InsyaAllah jika diberi keizinan dariNya, tahun depan beraya bertiga pulak. Amin.. Syukur Ya Allah..

I Love Us! 


Monday, October 19, 2015

Mendaki Bukit Broga, Semenyih.



Akhirnya tercapai jugak hasrat nak mendaki Bukit Broga walaupun telah tiga kali rancangan untuk mendaki Bukit Broga kecundang. Masa kali pertama rancang dengan Cik Tim. Aku siap dah menginap kat rumah Cik Tim pada malam sebelumnya. Alih-alih hujan pulak malam tu. Jadi kami batalkan misi pendakian sebab kami expect mesti licin nak mendaki tu nanti. 

Kali kedua rancang dengan Chak. Tapi tak kesampaian jugak sebab pagi tu terlajak tidur tahu-tahu dah cerah. Memang tak lah. Subuh pun dah ke laut. Kali ketiga rancang dengan Chak jugak tapi terpaksa batalkan sebab tiba-tiba ada hal yang lebih urgent. Finally, Semalam Chak bawak aku sampai ke Semenyih untuk daki Bukit Broga. TQ sayang! 



Pukul 6 pagi aku call Chak untuk make sure dia dah bangun. Alhamdulillah sekali call je terus pick up hehe. Kami gerak pun matahari dah mula naik. Walaupun hakikatnya matahari pagi tu sendu saja sebab jerebu. Tak sangka pulak jerebu datang balik sebab hari-hari sebelum tu cuaca agak cerah. Kami sampai di kaki bukit pukul 7.30 pagi.

Tak sangka keadaan jerebu kat Semenyih masa tu lagi tebal berbanding di KL. Sampai sana kami dah goyang. Nak naik ke tidak. Tapi bila tengok ruang parkir yang disediakan penuh siap orang parking di bahu-bahu jalan, kami teruskan jugak. Aku ingat dah lambat, rupanya ramai lagi yang turut sama baru sampai.

Sampai je kami terus warm up. Penting untuk warm up takut nanti tiba-tiba cramp pulak. Ah sudah. Awak dah la jenis jarang bersukan. Kerja hari-hari duduk dalam aircond sampai ke petang. Settle warm up rerus start panjat. Di kaki Bukit Broga tu ada disediakan warung kecil bagi sesiapa nak beli air mineral atau makanan ringan sekadar mengalas perut.


Aku pulak baru berjalan dalan 20 tapak dah terasa mengah. Sah sebab dah lama tak bersenam. Awal pendakian jalan agak landai. Bagi aku yang tak biasa ni rasa mencabar lah jugak. Maklumlah, badan pun tak berapa nak fit. Stamina kurang. Empat lima kali jugak aku berhenti LOL! 

Walaupun dalam cuaca yang berjerebu tapi ramai jugak orang lain yang sama-sama mendaki. Chak cakap masa dia pegi dulu pemandangan lebih cantik dengan langit yang membiru. Mungkin bukan rezeki aku. Tapi dapat jejak kaki di sini pun aku sudah rasa happy. Cuma terkilan sebab tak dapat lepak lama-lama kat atas tu sebab aku nak terbuang hajat! Dah, TURUN! TURUN!

Bergambar sebelum meningkatkan Broga!



Tuesday, October 6, 2015

Hampir Ke Sana


Assalamualaikum. 8 Oktober 2015. InshaAllah genap lagi 100 hari hingga majlis pernikahan Chuu & Chak yang bakal berlangsung. Walaupun harini baru 6 Oktober, nampak tak betapa excitednya nak post entry nih haha. InshaAllah.. Harap-harap dipermudahkan segala urusan. Aminn. So far, masih banyak jugak lagi yang belum settle. Rasa macam semua benda nak buat. Tapi Alhamdulillah rasanya semua dah sentuh dari catering, jemputan, goodie bag hinggalah ke persiapan diri pada hari majlis.Tengok orang lain siap ada blog khas untuk wedding  diorang. Curlass uoulz! “Diari Perkahwinanku” Cenggitu bunyi tajuk blog uoulz ya? 

So hari ni just nak tepek sikit majlis pertunangan tempoh hari. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Rasa macam ntah macam mana tiba-tiba bertunang. Asalnya saja-saja beli cincin sebab Cawangan Jabib Jewel KLCC buat clearance sale sebab diorang nak buat renovation. Tup Tup emak Chak suruh beli lagi satu cincin untuk sekali merisik dan bertunang. Then terus tetapkan hari bila nak nikah. Kita follow the flow je. Alhamdulillah :)
Majlis Pertunangan kecil-kecilan saja. Antara dua keluarga.
Kawan pun saya jemput my bff Cik Tim sorang saja.
Hantaran untuk Chak saya DIY sendiri saja.
Gambar tak cukup lagi 1 dulang. So total 7 dulang :D
Mudah-mudahan persiapan semuanya berjalan lancar. Same goes to kawan-kawan yang turut sama bakal melangsungkan majlis perkahwinan especially dalam usia lingkungan saya. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada jemputan dari kawan-kawan. Bagi yang sudah berumah tangga, selamat berkasih sayang! 

Monday, September 28, 2015

5 Tips Penjagaan Mata



Tingkatan 1. Kalau nak diikutkan seawal usia 13 tahun saya dah mula pakai kaca mata. Tapi nak tahu jugak, rabun ni disebabkan keturunan ke? sebab mak dan abang pun berkaca mata jugak. Atau mungkin jugak sebab masa kecik suka sangat pinjam pakai spek emak acah-acah kononnya nampak hebat dan cool dengan kaca mata. Pakai spek emak yang ada power tinggi tu, lepas tu tengok lantai. Wow nampak macam berada di tempat yang tinggi. Mungkin sebab effect power pada spek tu. Tapi bila dah mula rabun dan perlu bergantung pada kaca mata, sikit pun tak cool okey! 

Masa zaman sekolah menengah terpaksa la jugak pakai spek. Namapun rabun kan. Kalau time hari sukan tuh jangan cakap lah. Siap berbelang muka disebabkan spek--muka sunburn tapi kat area spek pakai spek mata tu tak berapa nak burn pulak. Bila buka spek dah rupa ninja. LOL! 

Mata ninja beraksi HAHAHA!
Time tingkatan 4, kemuncak saya aktif volleyball (berpeluang join tournament bola tampar negeri selangor). Masa tu saya mula belajar pakai kanta lekap 'contact lens' sebab susah sangat bila tounament main bola tampar dengan spek. Dan dari situ saya rasa selesa dan seronok dengan contact lens. Rasa macam dapat mata semula. Tapi saya still pakai cermin mata jugak. Cuma kadang-kadang bila perlu baru saya pakai contact lens..hinggalah sekarang. Dan dalam dua tahun kebelakangan ni saya rasa contact lens bukan lagi keperluan tapi kemestian!


******

Baru-baru ni saya terbaca satu post di laman instagram, pasal seorang remaja yang hampir kehilangan penglihatan sebab pakai contact lens (saya syak mungkin juga sebab dia kurang ambil berat tentang kebersihan contact lens). Dan tak lama lepas tu Chak share benda yang sama dengan saya padahal saya memang dah baca dulu. Chak concern dengan kesihatan mata saya. Cuma dia banyak bagi nasihat dan tak paksa saya. Chak banyak buat saya berfikir. Saya suka cara dia. 

Malam tu jugak saya nekad nak buat spek baru. Rasa macam nak tukar angin. Rehatkan mata buat sementara waktu. Saya mungkin tak boleh tinggalkan contact lens buat selamanya tapi sekurang-kurangnya saya kena bagi ruang pada mata untuk berehat. Sebab bila pakai contact lens mata akan cepat penat dan kering. Lagi-lagi bila bekerja dalam aircond sepanjang hari. Tambahan pula contact lens saya takde filter untuk silau padahal saya ada masalah silau disamping rabun. 

Dan akhirnya, tadaaaaaaaa!

Spek dari Crizal suggested. Sekarang penting untuk pakai spek yang dapat protect mata.
Tambahan zaman sekarang kita banyak menghadap komputer dan smartphone.

Saya buat spek Crizal kat Jusco Au2, tiga hari baru spek siap.

Banyak kali sebenarnya saya bertangguh untuk buat spek baru. Sampai satu malam tu mata saya rasa sakit macam pedih sikit. Bila bangun pagi je mata sebelah dah bengkak. Ok masa tu dah tak boleh tangguh lagi. 

Sorry dah membebel panjang baru nak saya nak share sikit tips penjagaan mata:
  • Perhatikan Jarak Membaca Buku. Pastikan jarak ketika membaca tidak terlalu dekat dan ideal. Sam jugak macam menonton TV. Mak ayah kita mesti marah kalau tengok TV dekat-dekat sebab mak ayah tak nak mata anak dia rosak.
  • Pencahayaan Yang Cukup. Penting untuk membaca dalam cahaya yang cukup. Kalau cahaya kurang mata pun terpaksa bekerja lebih keras untuk fokus. Bagi mereka yang suka surf internet via smartphone malam-malam sebelum tidur, dalam gelap-gelap tu.. seeeloknya elakkan sebab mata boleh cepat rosak. Kalau yang dah memang rabun tu, power rabun boleh jadi naik.
  • Istirehat mata. Usahakan untuk merehatkan mata. Kalau terlalu lama menghadap komputer ketika bekerja atau belajar, sekali sekala rehatkan mata. 
  • Jangan Gosok Mata. Kadang-kadang mata terasa gatal. Jari kita laju je tonyoh-tonyoh mata sampai nak terkeluar anak mata dek nak hilangkan gatal. Tapi kena beringat kadang-kadang kita tak perasan tangan kita kotor dan boleh mengganggu kesihatan mata.
  • Makanan Untuk Mata. Banyakkan makan makanan yang baik untuk kesihatan mata. Apa makanan tu? Pergi google sendiri hahaha!


Bila pakai spek, pakai shawl muka pun jadi kembang semangkuk--
salah satu sebab tak suka pakai spek hehe
Bersyukurlah kalau anda masih mempunyai kesihatan mata yang baik dan terang. Saya cemburu sebenarnya tapi saya jugak bersyukur sebab masih mampu melihat. Dan kalau ada rezeki saya nak buat rawatan lasik untuk pulihkan mata saya. InshaAllah ^^



Tuesday, September 8, 2015

Wall Climbing: Putrajaya Challenge Park



Last minute plan! Kalau Chak tak ajak awal-awal lagi saya dah balik kampung. Selalunya memang macam tu. Kalau agak-agak saya takde aktiviti semasa hujung minggu saya lebih prefer untuk balik kampung dan luangkan masa bersama emak dan ayah. Walaupun hakikatnya luangkan lebih masa dengan emak tu lebih sikit berbanding ayah kot hehe. Sebab saya memang rapat dengan emak. Kadang-kadang sampai takut ayah kecil hati pula. Well you know.

Mulanya macam-macam cadangan keluar. Dari nak panjat Bukit Broga, buat aktiviti di Skytrex, berjimba di Sunway Lagoon, main ATV hinggalah Extream Park.. Semua tak kena reject atas sebab kekangan masa, kewangan atau pun sebab dah tak sempat book. Nama pun last minute kan?

Lastly kami decide nak buat wall climbing saja. Chak cakap dekat Batu Cave ada jugak. Mula-mula saya macam tak percaya sebab saya ingat Chak bergurau. Tapi kami pilih Putrajaya Challenge Park.


Haruslah ambil gamba kaki. Bau achumm! HAHA


Bagi  sesiapa yang nak cuba perlu sewa kelengkapan yang disedialan di sana. Kalau nak request tenaga pengajar pun boleh. Mereka terdiri daripada golongan yang terlatik dan berpengalaman. Disebabkan ini pengalaman pertama kami, jadi kami hanya sewa kasut dan try panjat tanpa tali. Untuk starter wall dia tak tinggi pun siap ada tilam lagi. Tapi jangan ingat mudah. Itu pun dah terketar-ketar jari. Aiyarkk!

Jika pada asalnya saya macam tak kisah dengan pencapaian mereka yang mampu panjat tinggi-tinggi,  tapi lepas dah cuba sendiri baru saya tahu bukan mudah sebenarnya!

 But at least we did it ^^v


Friday, May 15, 2015

Candle Light Dinner - Bora Ombak


Assalamualaikum.  Rasa macam susah nak menulis sebab dah lama tak mengarang agaknya tapi nak jugak cerita. Sebanarnya ini pertama kali saya nak buat kejutan macam ni. Walaupun sebenarnya tak berapa nak suprise sebab takut tiba-tiba dia ada hal pulak. Jadi terpaksa bagitahu Encik Tunang awal-awal. "12hb ni kita dinner sama-sama nak?" saya tanya macam tu je and dia cakap OK. So boleh la saya teruskan plan nih. Plan ni pun jadi sebab kebetulan saya ternampak iklan Pakej Candle Light Dinner, Bora Ombak ni kat plaza tol AKLEH. Balik rumah terus google!

Dua hari sebelum 12hb tu saya buat reservation siap-siap through Whatsapp. Set tarikh dan masa then terus bank-in bayaran. Settle. Rasanya betul dah procedure tuh, kemain nervous sebab first time buat kerja-kerja macam ni haha!


Malam tu saya pesan kat Encik tunang pakai segak-segak haha sebab dia tak tahu saya nak bawak dia dinner kat mana. Balik kerja petang tu terus bersiap and jemput Encik Tunang kat rumah. Disebabkan  tak berapa tahu lokasi Bora Ombak ni, kami pun waze saja. Disebabkan tak jauh so kami sampai on time :)

First time melangkah masuk dah rasa wahhh..Cantik sangat dekorasi dia. Romantik you oulz. Then, pelayan kat situ tunjukkan table kami. Siap ada heart-shaped ballon and candle..haruslah! Nama pun candle light dinner. Encik Tunang malu-malu nak duduk sebab ada ballon tuh. LOL! Mula-mula rasa kekok tapi lama-lama dah OK. 



Yang best sebab ade laveband nyanyi kat meja we oulz. Encik Tunang request lagu Dasyat by Mojo. *Terharu* Rasa deep gile lagu tuh. Lagi pun abang yang nyanyi pun bukan main sedap lagi dia bawak. Very the talented one lah brotheh! Hehe



What a happy night!



Details n Contc. :




Tuesday, May 12, 2015

Cuti Macam Tak Cuti

Sepanjang minggu lepas rasa macam busy sangat. Sebab company ada buat event sabtu baru-baru ni. So faham je lah., preparation dia. Start jumaat dari office aku terus tembak pegi Vivatel menginap di sana sebab event memang buat kat situ. Nasib baik boss baik hati sponsor bilik we ouls. 

Nak dijadikan cerita sepatutnya aku tunggu person incharge untuk check in hotel. Tapi sebab sampai awal. aku, Ili dengan Ee check in dulu. Bermasalah jugak masa nak check in tu, hakak receptionis kemain kerek tak senyum pun. Yang kelakarnya boleh pulak we ouls terperangkap dalam lif. Sabar je lah -__- 

Tapi dalam nak event esok tuh, sempat lagi kami melencong ke Danau Kota malam tu. Menyempat grab baju sehelai. Jadilah kan. 

Event mula sabtu pkul 2 ptg. Pagi tu ada raptai then siap. Walaupun company ade hire team untuk handle majlis tapi ak pun tak ketinggalan. Kire mcm jd runner la jugak. Mana yang tak cukup tolong mana yang mampu.  Lebih kurang pkul 6 ptg baru majlis tamat. Fuh. Penat dik non. 



Esoknya pulak aku ke Sabak Bernam. Kenduri Dayah. Malas sungguh aku nak drive tapi demi kawan aku gagahkan la jugak. Alhamdulillah selamat smpai. Ngam-ngam pengantin tenga sanding. Makan pun sedap. Puas hati.. siap mintak nasi tambah LOL!

Tahniah Dayah.. We- Sengal Rangers! HAHA

Wednesday, January 28, 2015

Canyoning / Wet Abseiling Sungai Pisang



Ini Kerja Gilaa! 

Hari tu Cik Tim ajak aku dan beberapa member lain (ex-SBPISB) ke Sungai Pisang untuk Aktiviti Canyoning. Eja betul-betul sebab aku tak expect pulak canyoning ni macam mana. Aku ingat canoeing.  Sekali aku google Sg. Pisang ni geografi dy kawasan air terjun. Cewah geografi kau nyahh! Dah tu celah mana nak canoeingnya. Check balik rupa-rupanya canyoning. C.A.N.Y.O.N.I.N.G. Sudah, aku yang pishang!
Air terjun Sg. Pisang yang sejuk gilak
Takpelah layan kan saja. Kami gerak sabtu pagi dari Taman Melati. Malam tu kami bermalam kat rumah Akilah so that senang nak gerak sama-sama pagi tu. Dalam pukul 1030 am macam tu kami dah gerak diiringi crew yang bertanggungjawab. Bayaran untuk aktiviti ni hanya RM30. Murah kan? Aku rasa kalau orang lain yang bawak maybe lagi mahal.

Lokasi tak jauh dari tol Gombak nak menghala ke Kuantan tu. Kami park kereta tepi highway sajor. Dan jungle trecking lebih kurang 15 minit. Treck pun landai. So ok lah. Huwahhhh dah sampaii!


Kami buat aktiviti sampai tengahari. Boleh ulang unlimited cuma tahan or tak tahan ke badan tu. Aku buat dua kali je. Tak mampu dah hahaha. Petang tu mandi-mandi kat air terjun then bergerak balik dalam pukul 3:30 pm macam tu.  Best sangat spend time dengan budak-budak nih. Dah lah lama tak jumpa.. Masing-masing sengal.

1ST TRY!! Ketaqqq lutut woi haha
Ni 2nd time. Turun sekali dengan Dayah :)
Kilah cakap dia terkejut tengok aku sebab dia ingt aku dah berubah menjadi gegadis ayu based on gamba-gamba aku kat IG, cewahh. Sekali hareem.. Sama sengal. Kalau aku sengal. Diorang lima kali lagi sengal kahkah! Jumpa lagi Korang! Best!

Wehoo! Hashtag canyoning

Friday, January 16, 2015

Majlis Kesyukuran & Cukur Jambul



Assalamualaikum. Kenalkan ahli baru dalam family. Zaim Zuhairy Bin Zulasyraf. So cute. From now on saye dah jadi maksu. Wuuu umur makin besar. But dun worry, stay young ok? Hari ni dah dua bulan lebih usia Zaim. Dah pandai nak borak kalau kita cakap-cakap dengan dia. geram sangat! 

Assalamualaikum uoulz hehe
Mama dia cakap Zaim geng dengan maksu sebab sama2 kena vakum masa lahir haha. Plus sama-sama ade lesung pitpit.

Minggu lepas berlansdung majlis kesyukuran dan cukur jambul. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tumbang kambing seekor untuk aqiqah. Kebiasaan orang kampung saya kalau majlis bercukur jambul mesti ada 'tabur duit' di mana masa bayi sedang dicukur akan ada acara tabur duit untuk disedekah kepada kanak-kanak. 

Masa sedang bercukur
Mak cakap.. saja buat meriah. Memang tradisi kampung sini macam tu. Even masa saya kecil pun ada join jugak. Sekarang memang tak lah. Dah jadi makcik orang pun. hehe. Kadang-kadang sampai cedera acciden dengan kawan-kawan, berlaga masa nak rebut-rebut duit yang ditabur. Maklumlah nak dapat duit banyak. Untung2 esok boleh melabur kat kedai runcit buat beli jajan haha.

Selfie dengan Cik Tim, Tq sudi datang siap tolong masak lagi ^^

Wednesday, January 14, 2015

Selamat Tahun Baru!

Selamat Tahun Baru! Baru nak wish kan. Belum terlewat kot. Rasanya. Sebab masih awal bulan Januari. Eh.. Ke dah pertengahan? tapi masa memang berlalu dengan pantas. Bulan lepas paling tak terasa. Mungkin sebab agak sibuk. Setiap minggu ada program and event. Aku siap masuk wad lagi sebab keracunan makanan. Tiba-tiba dah tahun 2015. 

Event press conference Pencarian Wajah Aurawhite di Istana Budaya
Selfie sikit dengan Natasha Hudson selaku duta produk

Few weeks leaps tu event KLYES festival PWTC

Esoknya terus aku masuk wad. Argh tuhan je tahu seksanya rasa :(

Aku cuma harap tahun ni lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni. Azam untuk baiki diri sendiri. Mana-mana yang kurang In Sha Allah nak top up balik. Umur pun makin banyak. Allahu.. mudahkan jalanku dan dekatkan aku kepada-Mu. Amiin.. PEACE!! ^^v


Thursday, December 18, 2014

Kerja Baru (lagi)

Dah genap sebulan aku kerja dengan company baru. Environment baru, kenalan baru, bos baru, work station baru.. and everything memang awesome. *so far..heh* Aku decide untuk berhenti dengan previous company tanpa ada backup kerja lain. Alhamdulillah menganggur seminggu je dan semuanya berjalan lancar.

Walaupun aku terpaksa ulang-alik dari Wangsa maju ke Mahkota Chera. Hari-hari hadap jem kat mrr2 tuh. Urgh.. mula-mula memang tak sanggup nak hadap tapi lama2 ok kot.. LOL. Bos baru sempoi tahap gaban. Hari-hari belanja lunch..sampai naik segan. Tenkiu bos kikiki. I lap U <3 p="">

Tuesday, October 21, 2014

FRIM Canopy Walk

Kan dah cakap nak datang sini lagi! :D

Dua minggu berturut-turut aku buat aktiviti kat FRIM nih. Bukan apa mungkin sebab dah bosan, nak lari dari kebiasaan.. Balik-balik lepak shopping mall sampai. Boooooriiiiinggg. Tapi kali ni datang FRIM untuk try aktiviti Canopy Walk pulak.

Dari hari khamis lagi aku dah call FRIM untuk booking tiket masuk ke Canopy Walk. Senang je nak booking, korang kena emel nama, bilangan peserta dan tarikh korang nak booking tuh. Just in case takut tiket habis, sebab tu booking awal-awal. Lepas tu pihak FRIm akan reply emel korang untuk comfirmation. Dah siap! 

So...hari ahad baru-baru ni aku datang collect tiket dengan bayaran RM5 saje. Murah kan? Sila anggukkan kepala anda tanda setuju dengan saye. Heh. 

Tapi sebelum dapat naik Canopy Walk, kena mendaki dulu. Aku tak expect aku mendaki pada hari tu. Mungkin sebab dah lama sangat tak panjat bukit, sakit jugaklah hahah. Padahal ada uncle tuh lagi berusia tapi steady je. Aku syak mungkin uncle nih dah biasa turun naik kat sini. 

Lebih kurang 20 minit kot mendaki..emm ntah aku pun tak hengat. Baru sampai ke base canopy tuh. Taraaaaa~

Ni starting point untuk aktiviti Canopy Walk, FRIM

Posing sikit sebelum mulakan pejalanan lebih jauh

First check point hehe

Tak gayat poooonnn :D

Masa nak turun balik, kami ikut laluan yang berlainan dari laluan semasa naik. Ada air terjun..teruja je aku jumpa air terjun. Rasa macam nak berkubang je dalam tuh. Sejuk dan nyaman. ^^ 

Yeyy!!



Thursday, October 16, 2014

Kembang Kempis

Kan aku cakap sekarang musim jerebu. Tambah pulak officemate yang kebanyakan dari mereka perokok tegar. Keluar rumah jerebu. Dalam ofis pun jerebu..Uhuk ..uhuk!! *batuk. Aku pergi klinik malam tadi sebab nak ambil ubat batuk. Bulan lepas dah ambil sebotol. Kali ni nak ambil lagi sebotol. Aku takut doktor ingat aku ketagih ubat batuk.

"Buka mulut sebut aaa~ Dongak sikit"
Aku ikutkan saja.. "Aaaa~"
"Saya tengok hidung awak ni bengkak sebelah"
 Aku, "Hah? Yeke?" Sambil raba hidung sendiri.

Ok. Tak kelakar. Doktor cakap mungkin cecair dr hidung mengalir ke kerongkong menyebabkan iritasi. Huh. Pulak dah. Sebab tu batuk. Keluar dari bilik doktor aku terus cerita pada Chak yang sedang menunggu di luar.

"Kahkahkah. Esok boleh la pergi register buat kad OKU!"
Dia boleh bantai gelak..Cesss >.



Monday, October 13, 2014

Aktiviti Berbasikal di FRIM

Assalamualaikum :)

Dah lama berhajat nak berbasikal kat Bukit Cherakah. Ada orang panggil Taman Botani Shah Alam.. ke .. Bukit Cahaya? Aku mention Bukit Cherakah je lah ok?  Sebelum-sebelum ni ada jugak google pasal tempat ni, aktiviti berbasikal kat situ, kadar sewa..dan google keadaan kat situ. Kengkonon nak ambil feel. Heh! Dan kebetulan weekend ni Chak cuti dan aku pun tak busy.

Plan A.

Sabtu pagi bertolak ke Shah Alam. Pagi tu kami gerak dalam pukul 9 pagi. Sampai sana lebih kurang pukul 10 lebih. Rasanya macam dah lewat sangat. Yelah..matahari pun dah tinggi. Tup tup ramai jugak yang baru sampai.  Tiket parking berharga RM3 kira murah lah jugak. Sampai.

Perkarangan Taman Botani Shah Alam.

Sensored kena hide dengan balang popcorn haha :P


Ok masalahnya sekarang, Dalam wallet aku ade RM20 je. Tak sangka pulak Chak pun tak bawak duit lebih lol. Dalam taman tu pulak macam takde gaya ade ATM machine. Kalau ada aku tak tahulah. Nak keluar balik untuk widraw duit macam tak function je haha. Harga tiket masuk dewasa ke dalam taman RM3. Kami berdua dah RM6. Nak sewa basikal RM10 untuk sebuah basikal. LOL. Parah. At last kami just breakfast kat situ dan decide untuk datang semula esok. Semangat membara!

Plan B.

Hari berikutnya. Aku bangun dengan harapan plan hari ini berjalan lancar. Tapi last minit kami tukar lokasi ke FRIM Kepong. Sebab lagi dekat. Lebih kurang setengah jam memandu kami dah sampai di FRIM. Ni first time aku jejak kaki kat FRIM. Dan mungkin dah boleh lupakan Bukit Cherakah buat masa ni. Buat masa ni ye.

Kat FRIM boleh pilih samaada nk sewa basikal kat luar (RM5) atau nak sewa basikal kat dalam FRIM (RM8) Mula-mula kami parking kat luar je. Nasib baik kami masuk dalam sebab jauh jugak kalau nak menapak. Best sangat suasana kat situ. Nyaman dan hijau. Nak kata nyaman tu mungkin kurang sikit sebab sekarang tengah jerebu. Tapi kalau nak dibanding dengan jerebu kat KL tuh.. Yahanana -__-


Plan B berjaya :)




Main game manjang huih >.<

Lain kali aku mungkin akan datang lagi. Nak try naik canopy pulak. Tips dia. Kena booking awal takut tiket canopy habis. Limit 250 orang sehari dengan bayaran RM5,. kata kakak kaunter :D






 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.