Assalamualaikum :)
Dah lama berhajat nak berbasikal kat Bukit Cherakah. Ada orang panggil Taman Botani Shah Alam.. ke .. Bukit Cahaya? Aku mention Bukit Cherakah je lah ok? Sebelum-sebelum ni ada jugak google pasal tempat ni, aktiviti berbasikal kat situ, kadar sewa..dan google keadaan kat situ. Kengkonon nak ambil feel. Heh! Dan kebetulan weekend ni Chak cuti dan aku pun tak busy.
Plan A.
Sabtu pagi bertolak ke Shah Alam. Pagi tu kami gerak dalam pukul 9 pagi. Sampai sana lebih kurang pukul 10 lebih. Rasanya macam dah lewat sangat. Yelah..matahari pun dah tinggi. Tup tup ramai jugak yang baru sampai. Tiket parking berharga RM3 kira murah lah jugak. Sampai.
Perkarangan Taman Botani Shah Alam.
Sensored kena hide dengan balang popcorn haha :P
Ok masalahnya sekarang, Dalam wallet aku ade RM20 je. Tak sangka pulak Chak pun tak bawak duit lebih lol. Dalam taman tu pulak macam takde gaya ade ATM machine. Kalau ada aku tak tahulah. Nak keluar balik untuk widraw duit macam tak function je haha. Harga tiket masuk dewasa ke dalam taman RM3. Kami berdua dah RM6. Nak sewa basikal RM10 untuk sebuah basikal. LOL. Parah. At last kami just breakfast kat situ dan decide untuk datang semula esok. Semangat membara!
Plan B.
Hari berikutnya. Aku bangun dengan harapan plan hari ini berjalan lancar. Tapi last minit kami tukar lokasi ke FRIM Kepong. Sebab lagi dekat. Lebih kurang setengah jam memandu kami dah sampai di FRIM. Ni first time aku jejak kaki kat FRIM. Dan mungkin dah boleh lupakan Bukit Cherakah buat masa ni. Buat masa ni ye.
Kat FRIM boleh pilih samaada nk sewa basikal kat luar (RM5) atau nak sewa basikal kat dalam FRIM (RM8) Mula-mula kami parking kat luar je. Nasib baik kami masuk dalam sebab jauh jugak kalau nak menapak. Best sangat suasana kat situ. Nyaman dan hijau. Nak kata nyaman tu mungkin kurang sikit sebab sekarang tengah jerebu. Tapi kalau nak dibanding dengan jerebu kat KL tuh.. Yahanana -__-
Lain kali aku mungkin akan datang lagi. Nak try naik canopy pulak. Tips dia. Kena booking awal takut tiket canopy habis. Limit 250 orang sehari dengan bayaran RM5,. kata kakak kaunter :D
Bagusnyaaa berbasikal :)
ReplyDeleteHehe..sekali2
Deletelain kali ajak la aku sekali, boleh kita race basikal..
ReplyDeleteKx nak.. Nati kalah haha
Deletefrim... lalu je pernah. masuk tak pernah.
ReplyDeleteHehe..try la msuk rm6tiket
Deleteaku pun panggil Bukit Cherakah je...padahal ada nama lain kan. dulu zaman study uitm shah alam selalu pergi sini, Chuu nak berbasikal nanti pastikan stamina kuat untuk mengayuh dengan pecut....kadang2 monyet kat situ suka kejar....siyes trauma
ReplyDeleteWah bia betul.. Nasib baik xde monyet kejar haritu. Tp sumpah penat byk bukit kena daki. Ketar lutut :(
Delete