Pagi tu aku sembang dengan Panjang. Sembang kosong, pasal kerja and rancangan masa hadapan konon-kononnya. Then, time lunch kebetulan sempat lepak sekali. Dengan isi dalam pinggan aku yang masih berbaki, Panjang cakap macam ni.. "manalah rezeki kau susah nak masuk, rezeki yang ada kau buang-buang" Aku terdiam tanda setuju.
Pages
▼
Thursday, November 28, 2013
Penangan
Pagi tu aku sembang dengan Panjang. Sembang kosong, pasal kerja and rancangan masa hadapan konon-kononnya. Then, time lunch kebetulan sempat lepak sekali. Dengan isi dalam pinggan aku yang masih berbaki, Panjang cakap macam ni.. "manalah rezeki kau susah nak masuk, rezeki yang ada kau buang-buang" Aku terdiam tanda setuju.
Thursday, November 14, 2013
Wednesday, November 6, 2013
Friday, November 1, 2013
Redwok Sek 7 Bandar Baru Bangi
Awak ni kan.. dah setahun menetap di Bangi tapi baru berkesempatan untuk jejak kaki kat
sini—Redwok. Perkataan ‘berkesempatan’ tu bunyik dia macam busy memanjang je
pulak. Itu pun sebab Nina yang ajak. Kalau tak, tak tahu bila lagi. Eh, Nina tu
dulu satu ofis dengan aku. Tapi sekarang dah pindah ke Putrajaya.
![]() |
This is Nina |
Pekena steamboat kat Redwok, restoran dia betul-betul depan
rumah je pun. Senang cerita kalau orang tanya duduk kat mana, memang Redwok tu
jadi landmark. Zura cakap makan kat Redwok tak best. Tapi Zura makan makanan panas
je. Tak try steamboat. Eh, Zura tu housemate i.
Bagi aku ok la steamboat kat situ recomanded. Ada banyak pilihan. Dari
ayam, sotong, ketam, udang, ikan, sampai lah ke bebola yang ade macam-macam
rupa, bentuk dan rasa, sayur, mee, wantan, aiskrim, caramel..semua boleh
dicekik tanpa segan silu.
Haritu kitorang makan lima orang, satu kepala RM33. OK tak?
Siang tu gigih aku kosongkan perut sebab nak hadap steamboat belah malamnya
kahkah. Balik rumah terbongkang kekenyangan.
![]() |
Azie, Chuu, Kak Ana, Liza |
Tuesday, October 22, 2013
Night of Fright- festival of fear at Sunway Lagoon
Last week Chak ajak aku pegi Night of Fright kat Sunway Lagoon..tanpa pikir panjang aku terus je setuju. Pada asalnya harga per pax adalah RM48. Aku tnya Chak, harga tu termasuk harga nak masuk Sunway ke belum? Then, Chak cakap dah termasuk lah kot. Lagi pun event tu belah malam. Takkan ade main2 mandi tu semua kan.
Pada hari yang dijanjikan 19hb Oct, dah ready2 bagai..sampai je kat Sunway dah ramai seramai-ramainya. Kental sangat berebut untuk dapatkan tiket. Sampai je depan kaunter, akak tiket tu cakap RM80. Pulak dah? Dia cakap sbb combo RM50 untuk entrance dan RM30 untuk Night of Fright. Dalam kelam kabut tu aku terus settlekan bayaran. Lepas tu wristband (pass untuk masuk sunway lagoon) dah pon berada kat tangan aku berserta tiket Night of Fright tu. Tapi masa tu ade masalah sikit dengan pembayaran tiket Chak. Pung pang pung pang bergaduh bagai, akhirnya settle buat bayaran. Dan yang untungnya, wristband tu valid on 20th Oct. (the next day). So?
Ape lagi yang kitorang expect? Esok datang sekali lagi lah kan. Heaven! rupa-rupanya setiap 20hb pada setiap bulan merupakan Big20 day. Harga tiket untuk masuk boleh didapati serendah RM20. Baru kami tahu. Noob giler Y__Y Plus, Benda ni valid dari October 2012 sampai October 2013, mean bulan ni adalah yang terakhir. So kira ok lah RM80 untuk Night of Fright + tiket theme park untuk hari berikutnya. Sebab last time pergi untuk sekali masuk saje RM90 per pax. Woha!
Yang paling kanan tu nampak menjadi :P
Ada empat kot rumah hantu/ maze yang sempat kami explore. Totally amazing. Once masuk je entrance tu rasa wahh berbaloi dengan apa yang kita bayar. Hantu bersepah-sepah. Seram je rasa. Cuma set dalam minda yang semua tu pun manusia. LOL. Enjoy sangat dan hantu pun semua mesra-mesra belaka. :P
The next day, yang ini memang tak dirancang, tuah barangkali. Rugi pulak kalau tak pergi. Asalnya aku plan nak buat OT hari ahad tu, sanggup cancel. Hehe..
Untuk kali ni ambil peluang main semua permainan yang tak sempat terjah mase dtg last time. Walaupun pengunjung yang datang ramai.. nak main satu2 permainan tu terpaksa beratur panjang untuk tunggu turn..tapi memang macam tu caranya. pasrah jelah. Bila turn sampai puas hati aku bhahaha. Vuvuzela, dan 5D cenema kat situ paling best ouh >.
Dah nak balik baru sempat snap-snap gambar.
Kalau dapat datang sini lagi, nak try bungy jumping nih. Ouh~ teringin sangat!
Oh ya, Night of Fright tu available lagi minggu depan, 25, 26 dan 31hb. RM48 per pax tau. Chow :D
Wednesday, October 16, 2013
Bukan Sekadar Dunia
Kata lewa tak boleh ada. Jika sekiranya ada mohon dipadamkan segera. Sedang ia adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan kelak. Tinggal lagi terpulang cara bagaimana yang kita pilih untuk menguruskannya.
Thursday, September 26, 2013
Saturday, September 7, 2013
Hai orang Morib, jumpa lagi esok!
Err..tak tahu nak mula dari mana. Tadi aku rasa macam excited siket sebenarnya nak update blog. Tapi sekarang macam lain sikit rasa dia. "Hai-hai orang Morib!" Mungkin asalnya aku patut bermula dengan ayat macam tu.
Macam ni lah, beberapa minggu lepas aku dapat invitation untuk join satu gathering volleyball sekolah, SBPI SB. Err..dulu masa sekolah menengah aku aktif volleyball. Event Jumaat start 8 mlm dengan BBQ. Nak dijadikan cerita aku mulanya tak berniat pun untuk join tapi beberapa hari sebelum event tu berlangsung, Syakirah (teammate) inbox aku. Dia ajak ke Morib, tempat berlangsungnya event tersebut. Dan semuanya berjalan lancar. Aku ajak Bahie, dia pun on. Everything run very smoothly. Aku carpool dengan Bahie dari Bangi melalui Pekan Dengkil, Pekan Banting sampailah ke Morib. Cuma dah dekat dengan Morib tu kitorang macam konfius sikit. Tapi alhamdulillah sampai jugak- Pusat Peranginan Persekutuan Morib.
![]() |
Betul-betul sebelah laut, tapi sumpah tak boleh mandi dengan keadaan macam ni. |
Aktiviti cuma makan-makan, BBQ, then sembang-sembang. Mungkin tak banyak aktiviti yang boleh dibuat malam tadi tapi aku rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, kawan-kawan baru, junior-junior team volleyball, cikgu yang pernah train dulu, dan cikgu-cikgu baru yang memang sporting. Satu-satu kenangan dan cerita zaman sekolah dulu keluar balik dari kotak ingatan. Sekolah dulu duduk hostel kan.. so banyak lah ceritanya.
![]() |
BBQ |
![]() |
Main cak-cak dengan Bahie kahkah! |
![]() |
Sebahagian gugurlz yang hadir. |
Then pagi tadi lepas check out aku terus ke KPJ Kajang untuk follow up dengan doktor. Nasib baik ni follow up yang terakhir, tak larat dah nak datang KPJ selalu. Koyak poket aku hahaha. Aku ingat sampai je rumah aku nak rehat kejap. Walaupun semalam dapat tidur nyenyak tapi rasa mengantuk sangat. Planning untuk balik kampung lepas settle hal kat KPJ pun aku sanggup batalkan. Tengah rehat-rehat tu, abang aku pulak call. "Kau ade teringgal phone kat mana-mana ke? Ade orang dari Morib telefon ayah tadi" (phone lagi satu)
Ah sudah. Aku baru sampai dari Morib dah kena pergi Morib balik ke? Ntah macam mana boleh tak perasan. Jumpa lagi esok orang Morib. Tunggu, aku datang -__-ll
![]() |
Friday, September 6, 2013
Rugi
Kelmarin baru berpeluang dan berkesempatan untuk tengok The Conjuring. Mesti cakap dah basi kan? err..sebenarnya takdelah nak tengok sangat tapi bila ramai yang cakap best, lama-lama aku pulak yang terpengaruh. Tah macam mana jadi bersemangat pulak nak tengok. Gigih balik keje terjah The Mines untuk beli tiket.
Tapi..'ada tapinya', bak kata H. Disebabkan filem ni dah agak lama ditayangkan maka aku tak kisah sangat sebab mesti tiket masih ada. Takde lah macam stok goreng pisang panas..laju je terjual.Beratur punya panjang sampai depan kaunter tahu-tahu tinggal seat betul-betul depan screen. Takmo takmo takmo. Kalau macam tu memang aku rejek awal-awal. Balik tidur lagi bagus!
Wayang start pukul 10.45 malam. Sesuai sangatlah, cerita-cerita versi seram macam ni kalau tengok belah malam impact dia lebih sikit. Nak pulak jenis sepesen macam aku ni. Impact lagi la lebih..haha. Rugi je aku beli tiket sebab aku lagi banyak tutup mata dari tengok cerita. Hampeh betul.
![]() |
Sementara tunggu waktu tayangan, tuan belog nak posing jap. |
Thursday, September 5, 2013
Another blog, another me.
Sejak-sejak masuk office nih makin sibuk pulak. Tapi tapi tapi..nak curik masa jugak untuk promote blog saya yang satu lagi. Blog yang lebih formal kot. A blog based on my design portfolio. Dengan suka cita, kepada baru nak berkecimpung dalam bisness saya mengambil tempahan untuk branding seperti:
LOGO design, name card, banner, banner FB, header, blog header, flyers/ risalah, kad undangan perkahwinan, self portrait vector, poster.dll
Nanti saya share design kad kahwin pulak dengan korang.
Kindly spread the news ya! (≧◡≦)
Sunday, September 1, 2013
Blogger Kopitiam!
Tak sangka hubungan kami boleh pergi sejauh ini. Terasa macam satu family. Walau hakikat sebenarnya sebelum ini kami langsung tak kenal antara satu sama lain dan tak pernah berjumpa. Kali ni lebih istimewa sebab lebih ramai yang hadir. Yakin!
Allahuakbar walaupun penat berjalan ke Melaka tapi rasa sangat berbaloi. Perjalanan ke Alor Gajah, Melaka dengan hajat untuk meraikan kawan blogger tarlaksana dengan jayanya walau banyak halangan yg datang semua berjaya kami harungi. Yakin lagi! Eh aku terlupa bagitawu, yang berkahwin itu Aien namanya.
![]() |
The interesting parts. |
Berkonvoi dengan empat kereta, aku, H, Ym Bundle bersama isteri dan anaknya, Kakdah bersama tunang dan kawan-kawannya dan 4feet8 bersama adiknya. Eh tertinggal, Liyaa MF turut serta bersama suami tercinta bertolak dari selatan, Larkin, Johor Walaupun ni kali pertama berjumpa Aien, Aien cantik sangat. memang sesuai dengan gelaran raja sehari. Eh tertinggal lagi, Liyaa pun baru first time aku jumpa. Very the excited! ahaha :D
![]() |
Singgah berbanana boat di Port Dickson |
Hari ni pulak kenduri kahwin lagi seorang rakan blogger, Repunzel. Kebetulan tarikh sebelah-sebelah. Sekali jalan. Harap sangat hari ni dapat jumpa Inche Hlovate sebab semalam kami semua tak berkesempatan jumpa beliau.Sampai jumpa nanti!
p/s: Selamat Hari Kemerdekaan!
Friday, August 30, 2013
Tahan Kencing
Err..entry ni aku dah karang semalam taw.
Akhir-akhir ni Putih kian menjadi
buruan jantan-jantan dari kawasan sekitar. Setakat ni ada tiga ekor jantan yang
sanggup bergadai nyawa berkelahi demi dia. Putih pulak relaks je macam takde
apa-apa yang berlaku. Maklumlah, Putih sudah tidak boleh hamil lagi kerana ini.
Demi mengelakkan jantan-jantan keparat sekalian berkelahi sesama sendiri maka
emak kurung Putih kat dalam sangkar. Yelah, jantan-jantan sekalian sememangnya
berkelahi sesame sendiri, tapi.. tetap mengganggu ketenteraman awam tahu tak?
Ahh, jantan-jantan sekalian memang tak akan faham. Tahunya hanya untuk
memuaskan nafsu yang kian gatal dan membuak-buak. Aku syak macam tu lah
agaknya. Kalau tak, kenapa mereka sanggup bergadai nyawa dan terhegeh-hegeh
datang mencari Putih.
![]() |
Jenuh dok panggil tapi tak mau pandang -_- |
Tiba-tiba teringat masa Putih
kena kuarantin suatu masa dulu. Dulu kan, aku belajar sesuatu. Masa putih baru
lepas dioperasi untuk tujuan kemandulan..err atau tujuan memandulkan. Sementara
nak tunggu pulih tu kami kuarantin Putih dalam sangkar. Heran kami, selama
lebih kurang tiga hari Putih langsung tak syusyuu mahu pun buang air besar.
Sampailah aku letak timbunan pasir dalam polistrin dan aku letakkan dalam
sangkar tu, terus Putih syusyuu. Penuh satu poliestrin. Euww~ Kena ada pasir
rupanya. Macam manusia. Kena ada jamban! HAHAH.
Thursday, August 29, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Nuffnang Gala Premier Sceening
Tajuk taknak kalah hahaha. Ehem.. sebelum ni aku pernah terbitkan satu terbitan bertajuk "Apa Itu Imotiv?" Acah-acah nak buat tajuk berunsur SEO. Kalau aku nak lebih poyo lagi aku akan tulis macam ni, Korang ingat tak sebelum ni aku pernah post satu entry tentang "Apa Itu Imotiv?". Bajet macam kamu yang aku gelar sebagai 'korang' atau lebih tepat lagi 'semua orang' follow setiap terbitan Chuu Muqhlis.
Sebenarnya, aku tempatkan diri aku dalam senarai ahli Imotiv berdaftar sebab ini:
Tak tahu pulak aku, sejak bila Nuffnang ada benda Imotiv nih. Nampak tak aku agak ketinggalan di belakang? Imotiv menggantikan NuffnangX katanya. Tapi malangnya pada tarikh tersebut aku masih warded kat hospital. Maka tiket tersebut terpaksa dilepaskan ke tangan Nuffnanger lain yang sedang yang berada dalam senarai menunggu. Oh ya, Nuffnang tengah ada banyak primier screening sekarang. Aku suggest siapa yang belum ada akaun Imotiv untuk mendaftar dahulu. Itu pun kalau kamu mahu. Aku bilang kalau...
Aku harap sangat suatu hari nanti boleh join. Dulu pn dah pernah terlepas sekali. Ni kali kedua lah kiranya. Eh, baru dua kali rupanya (─‿‿─)
Tuesday, August 27, 2013
Sampai
Fuhh! Konon-kononnya tengah hembus nafas tanda melepaskan lelah. Sampai jugak kat rumah akhirnya. Hulu Selangor-Kajang then Kajang-Hulu Selangor. "Alaa, bukan selalu.." tu je respon dari emak. Hari ni follow-up untuk operation tempoh hari, plus amek result makmal, alhamdulillah semuanya OK. Copp! pasal komen dari TK tu sila abaikan. Berani betul hengkorang ye (◣_◢)
So, tadi settle je urusan di hospital, aku sempat singgah rumah kat Bangi. Terpaksa singgah sebenarnya sebab nak ambil laptop. Budus, laptop pun boleh lupa nak bawak balik. Terpaksa aku bergaduh dengan ayah curik-curik pakai pc untuk online. Lemak lah nak online kt phone manjang ye dak. Oh ya, hari ni baru dapat online sebenarnya. Entah kenapa dengan internet semalam. Sengett. Nanti aku terjah blog hengkorang, boleh?
*Sebenarnya entry ni dah taip malam semalam, pagi ni baru publish.
*Sebenarnya entry ni dah taip malam semalam, pagi ni baru publish.
Saturday, August 24, 2013
Keywords
MC 11 hari ni aku akan rajin blogging je rasanye. *Tetiba kan. Lepas ni mungkin dah sibuk semula dengan kerja. Belek-belek blog alhamdulillah masih suci tanpa noda hahaha. Bukti?
![]() |
Mode: All time |
Ramai yang cari petua membuat lesung pipit. Tapi sayang, bila aku buka semula link untuk tips yang pernah aku bagi sebelum ni dah tak wujud lagi. Jadi yang datang ke blog ni hanya menemui KEHAMPAAN (╯_╰)
Ermm, Ini pendapat aku la ye, lesung pipit yang menjadi idaman kebanyakan ni, bagi aku berpunca dari faktor keturunan. Ini berdasarkan apa yang aku nampak Aku mungkin dapat dari family belah ayah, sebab family belah emak tak ramai yang ada. Macam Aien dapat dagu terbelah yang diwarisi dari bapanya, bak kata beliau..macam tu jugak lah dengan lesung pipit agaknya haha.
![]() |
Barisan sepupu dan anak sedara belah ayah. LP spotted :O |
Tapi tapi tapi, aku tak nafikan kalau dalam family tu tiada seorang pun ade lesung pipit tiba-tiba anak kau boleh dapat. Kuasa Allah kan :D
Friday, August 23, 2013
Fibroadenoma
Untuk bacaan Hawa, Wanita, Perempuan, Para Suami dan Bakal Suami..ekeke (≧◡≦)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah operation pada 20hb Ogos lalu berjalan lancar dan sekarang still dalam proses untuk recover. Secara ringkasnya operation tu untuk membuang lump yang terdapat pada bahagian breast. atau dalam term lain dipanggil fibroadenoma. Lepas je doktor sahkan tentang fibroadenoma ni, aku banyak google dan baca tentang pengalaman-pengalaman mereka yang turut pernah berhadapan dengan benda ni. Jadi aku harap tulisan ni akan menambah satu lagi bahan bacaan dari pengalaman aku pulak.
Asalnya aku hanya perasan terdapat ketulan macam saiz biji buah mata kucing tu. At first aku ignore je tapi lama-lama jadi risau pulak. Sekarang penyakit macam-macam. Alhamdulillah doktor cakap 90% bukan cancer. Kenapa? sebab lump tersebut mobile. Maksud kat sini, bila kau rasa ketulan tu dari permukaaan kulit, dia boleh bergerak dan tak statik. Kalau cancer, lazimnya ketulan tersebut keras dan statik. Tak percaya pergi google skang ehee.
![]() |
Warded di KPJ Kajang |
Dari sini, doktor bagi dua choice samaada nak biarkan atau buang through surgery. In fact kalau tak nak buang pun takpe tapi kena pantau sebab lump tu boleh membesar. Membesar dengan cepat atau lambat itu bergantung pada induvidu. Dalam kes aku memang dah lama dalam 2-3 bulan dan aku perasan ada slow growing , and later mungkin akan terus grow jadi aku pilih untuk remove.
Selain tu ade jugak pendapat yang menyatakan yang fibroadenoma ni kalau dibiarkan takut-takut akan bertukar menjadi kanser. Yang ini aku kurang pasti pulak. Mohon kita semua lebih berjaga-jaga dan ambil berat tentang kesihatan terutamanya dalam hal pemakanan. *Aku ingatkan diri sendiri mohon kurangkan makan mii segera. Yelah, kalau dah sakit ape pun tak boleh. Duit bortingkek2 pun kalau badan tak sihat tak guna, ye dak? Oh ya,aku sertakan sekalilah antara gejala awal kanser payudara yang aku cakap tadi ye.
Gejala Kanser Payudara
Pengalaman Ultrasound KPJ Kajang
![]() |
Walau pahit ku telan jua -__- |
Sunday, August 18, 2013
Apa itu imotiv
Lately aku macam agak rajin dalam berblog. Rajin yang dimaksudkan konon-kononnya untuk kembali rajin blogwalking, tambah kenalan, dan kembalikan skill menulis yang aku tak pernah ada pun sebenarnya. Dan disebabkan beberapa bulan lepas hormon blogging kurang aktif, maka aku rasa aku tertinggal sesuatu. Imotiv? Kejadah menatang nih? Dalam pada berjalan dari blog ke blog, ada beberapa blog yang menggunakan imotiv conversation pada ruangan komen.
Mulanya aku rasa imotiv ni macam tak penting je. So aku ignore dan biarkan saja tanpa ada rasa bersalah. Tapi tapi tapi..ada certain part yang memaksa aku untuk register imotiv nih. Eeee~motif?? Bila aku masuk blog nuffnang. Imotiv macam jadi satu keperluan pulak. Jadi aku register la jugak dalam keterpaksaan walaupun aku tahu yang sebenarnya takda siapa-siapa pun yang paksa.
Sorry to say sampai saat aku tulis entry ni, aku belum betul-betul pasti yang imotiv adalah suatu keperluan. Kena explore lebih lagi nih. Nampak tak aku tak menjawab soalan walaupun tajuk entry ini "Apa itu imotiv?"
Friday, August 16, 2013
Monday, August 12, 2013
Voiceover Untuk Fifi
Hyeps! err..benda dah lama sebenarnya tapi malu nak share. Just a prototype video untuk projek tv pendidikan. Sebenarnya aku dalam team graphic development tapi at the same time tetibe terjebak untuk jadi talent voiceover bagi watak FIFI. Nampak tak aku highlight team graphic tu. Mohon jangan gelak sebab jadi talent utk VO memang di luar bidang. Layanz (-’_’-)
Saturday, August 10, 2013
Friday, August 9, 2013
Salam Lebaran~
Assalamualaikum! macam mana hari raya korang? (∪ ◡ ∪)
Alhamdulillah syukur sangat masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat beraya di samping keluarga tercinta. Memandangkan raya tahun ni ada atok beraya kat rumah ni, so memang ramai saudara mara dan tetamu yang datang. Biasalah orang yang lebih muda memang selalunya akan datang melawat mereka yang lebih berusia..kan? Belah pagi memang aku dah cop tender basuh gelas macam tahun2 sebelumnya. Tapi tahun ni abang aku rajin pulak membantu. Kesedaran sivik lebih sikit tahun ni agaknya ekeke. Atau mungkin sebab tahun ni tahun akhir beraya sebagai orang bujang. tett!
![]() |
Tema tahun ni hentam sajelah labu :P |
Semalam pun sempat beraya tiga buah rumah saje. Itu beraya bersama keluarga wahidah (kazen). Almost ramai yang dah tak kenal beta nampaknya sebab memang jarang sangat keluar rumah even selalu balik kampung. Kalau raya sebelum ni pun duduk rumah je. Ni baru keluar dari gua lah kiranya (︶ω︶)
![]() |
fefeeling princess jap :3 |
Akhir kata. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua kawan-kawan dan rakan blog yang sudi singgah di sini. semoga hari2 mendatang membawa lebih kebaikan buat kita semua^^