Agak-agak dah basi tak cite ni. Gigih aku update laju-laju untuk Majlis Iftar sebelum ni (Iftar bersama GLSB) sebab tak nak kena skip dengan entry yang ni. Nampak tak kesungguhan! (◣_◢)
Gathering bersama rakan-rakan blogger. Sekadar gathering biasa. Cuma yang istimewanya kali ni buat masa berbuka puasa. Eceyh, gaya macam dah gather banyak kali pulak. Asalnya nak berbuka sama-sama pada 20hb. Tapi memandangkan tarikh tu macam ramai yang tak available, so anjak kepada 21hb Julai 2013. Maka turut serta time tu, Ym Bundle, Syida, H, Fiq, Ha, Kak Wanie, Zura (my housemate) dan hero kecil--Wazi Bin Bundle..ekeke And sebenarnya kalau buat 20hb tu mungkin entry ni tak akan wujud sebab aku salah seorang yang tak available tu.. hehe.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan sepanjang perjalanan. Walaupun tak dapat jumpa dengan semua orang tapi harap sangat akan diberi ruang dan peluang untuk kita semua bersua bersama. Moga panjang umur, jumpa lagi. Seroooonok dapat kenalan dalam kalangan blogger sebab dapat bertukar pandangan dan pengalaman. Masing-maing datang dari background yang berbeza. :)
Sebenarnya sepanjang menulis blog tak terlintas langsung untuk ada gathering macam ni. Selalu tengok blogger-blogger join gathering-- aku rasa macam x mungkin untuk join. Mungkin sebab tak berapa kenal. Tapi gathering ni memang antara yang rapat. Bundle, H, Sida aku penah jumpa sebelum ni. Cuma kali ni turut serta adalah Ha a.k.a Kak Nanie. Kiut je orangnya dan very nice person. Serius. Harap dapat jumpa dengan lebih ramai blogger. Hakikatnya komuniti blogger memang besar cuma mungkin ada group-group sendiri. Apa pun, selamat berpuasa semua^^~
Err..sori la, aku malas nak tag letak link kat nama-nama yang ada walaupun hati aku kuat menyatakan yang aku nak buat.
Adios~