Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Friday, July 26, 2013

Ultrasound KPJ Kajang

Entry ni dah terperap dalam draft sejak beberapa hari yang lalu. Bila dah update-update jadi panjang pulok! 2in1 katanya. 

Berhubung perkara haritu, aku ade macam ketumbuhan/lump je actually. Emak, kawan-kawan semua suggest untuk buat further check up, takut2 lump tu boleh jadi cancer . Erm., aku tak ingat la..dalam minggu lepas kalau tak silap, hari jumaat after selesaikan urusan di Pejabat Mara Kuala Lumpur, singgah kejap dekat Hospital Serdang. Asalnya aku sendiri blur nak ke hospital swasta atau kerajaan. Disebabkan kekangan kewangan maka aku pilih untuk ke hospital kerajaan dulu, tengok pergi dia macam mana.

Sebelum aku pilih Hospital Serdang tu, dalam otak ade hospital Kajang dan Hospital Putrajaya. Tapi bila google pasal hospital ni, ade je jumpa feedback2 negative. Terasa terlalu dimomokkan. So finally aku ke Serdang je. Aku sampai dalam pukul 2 petang terus ke kaunter pertanyaan. Tanya-tanya, tunjuk reference letter semua, staff yang bertugas tu cakap dalam pukul 2.45 aku boleh terus ke klinik pakar untuk buat appointment. Rujukan kepada doktor surgeon. 

So pukul 2:45 tu aku terus ke bahagian klinik pakar bahagian pembedahan. Err..aku konfius sebenarnya aku under O&G atau surgical. Tapi bila tanya balik dengan staff kat bahagian pembedahan tu memang aku dirujuk ke doctor surgeon bukan O&G. Ok fine, tak dapat appointment pun hari tu. Just diberi note kecil untuk kita isi tarikh appoinment. Tarikh appointment sebenar akan diberi melalui panggilan telefon dalam tempoh two weeks.


Ermm. Lamanya nak tunggu dua minggu, baru dapat tarikh. Tarikhnya pulak belum tahu lagi bila. Ntah-ntah berbulan baru boleh jumpa doctor. My officemate pernah buat appointment di hosp. gomen dari bulan disember, bulan march baru boleh jumpa doc. Buat aku terfikir untuk pertimbangkan cadangan ke Hospital swasta. Ermm.


Update: 26 Julai 2013

Pagi tadi aku gagahkan diri ke KPJ Kajang. Soal kos semua boleh tolak tepi dulu kot. Tak tahan rasanya asyik tertanya-tanya dalam keadaan yang tak pasti. Risau sendiri. Dalam pukul 9:30am macam tu, aku call KPJ tanya doktor ade tak. Kang datang doktor takde pulak. Nuzul Quran kan. Alhamdulillah nurse yang jawab call tu suruh datang pukul 10 lebih macam tu.

Alhamdulillah urusan sangat mudah. Masa tu aku tengok parking macam full je sampai ke bahagian luar hospital. Tapi elok ambil tiket kat car park, ade sorang brader siap bertopang (patah kaki agaknya) angkat tangan. Tahulah aku yang  dia dah nak keluar n nak bagi parking tu kat aku. fuhh~

Memula rasa cuak sangat. Dah lama tak cuak macam ni. Ni standard cuak zaman-zaman sekolah rendah time tunggu turn pertandingan pidato. Haa macam tu la rasa dia. Terus register, dan tak lama lepas tu terus dapat jumpa doktor buat check up + ultrasound. Semua berjalan lancar. After all, doctor suggest supaya aku jalani pembedahan untuk remove lump tu. Alhamdulillah again, 90% bukan cancer.


"Cik boleh balik dulu untuk fikir. Kalau nak buat operation boleh datang semula untuk set tarikh"

Wednesday, July 24, 2013

Rakan Blogger: Edisi Iftar sampai kembong perot.

Agak-agak dah basi tak cite ni. Gigih aku update laju-laju untuk Majlis Iftar sebelum ni (Iftar bersama GLSB) sebab tak nak kena skip dengan entry yang ni. Nampak tak kesungguhan! (◣_◢)

Gathering bersama rakan-rakan blogger. Sekadar gathering biasa. Cuma yang istimewanya kali ni buat masa berbuka puasa. Eceyh, gaya macam dah gather banyak kali pulak. Asalnya nak berbuka sama-sama pada 20hb. Tapi memandangkan tarikh tu macam ramai yang tak available, so anjak kepada 21hb Julai 2013. Maka turut serta time tu, Ym Bundle, Syida, H, Fiq, Ha, Kak Wanie, Zura (my housemate) dan hero kecil--Wazi Bin Bundle..ekeke And sebenarnya kalau buat 20hb tu mungkin entry ni tak akan wujud sebab aku salah seorang yang tak available tu.. hehe.



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan sepanjang perjalanan. Walaupun tak dapat jumpa dengan semua orang tapi harap sangat akan diberi ruang dan peluang untuk kita semua bersua bersama. Moga panjang umur, jumpa lagi. Seroooonok dapat kenalan dalam kalangan blogger sebab dapat bertukar pandangan dan pengalaman. Masing-maing datang dari background yang berbeza. :)

Sebenarnya sepanjang menulis blog tak terlintas langsung untuk ada gathering macam ni. Selalu tengok blogger-blogger join gathering-- aku rasa macam x mungkin untuk join. Mungkin sebab tak berapa kenal. Tapi gathering ni memang antara yang rapat. Bundle, H, Sida aku penah jumpa sebelum ni. Cuma kali ni turut serta adalah Ha a.k.a Kak Nanie. Kiut je orangnya dan very nice person. Serius. Harap dapat jumpa dengan lebih ramai blogger. Hakikatnya komuniti blogger memang besar cuma mungkin ada group-group sendiri. Apa pun, selamat berpuasa semua^^~

Err..sori la, aku malas nak tag letak link kat nama-nama yang ada walaupun hati aku kuat menyatakan yang aku nak buat.

Adios~


Sunday, July 21, 2013

Iftar GLSB

Iftar bersama GLSB family and buddyz. Terima kasih kepada team GLSB dan semua tetamu-tetamu GLSB yang datang memeriahkan suasana. Had a great moment to remember ;)


In Sha Allah petang ni harap dapat penuhi jemputan Iftar bersama geng blogger pulak. Doakan semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak jumpa korang semua ^^


Wednesday, July 17, 2013

kerilu

Tak tahu nak mula dari mana. Selagi aku mampu senyum aku akan senyum.. dengan harapan yang aku tak apa-apa. Cuba untuk jadi kuat dan aku tahu aku boleh. Tapi bila aku sorang-sorang otak jadi macam semak pulak. Chak cakap aku tak ape-ape. Jadi aku kuatkan hati bisik dalam diri yang aku memang tak apa-apa. 

Doktor suruh aku refer pada pakar. Macam serius je bunyinya. masa tu aku jadi takut. Takut dengan diri sendiri lepas tu down. Aku taknak macam tu. Kalau aku fikir lebih-lebih lagi la penyakit tu datang. Aku cuba ignore rasa semak tu jauh2. Tapi sekarang mak pun dah mula risau. Suruh cepat-cepat jumpa pakar. Kak Wanie, Kak Izah, Kak Yus..semua cakap benda yang sama. Pergilah jumpa doktor pakar. At least kita tahu betul sakit atau tak. 

Dan hari ni aku tak buat sebarang appointment lagi. Nak pegi Hospital  swasta macam tak mampu je. First time check up hari tu pun dah mahal bagi aku. Aku rasa nak ke Hospital Kajang je untuk buat ultrasound mungkin. Tapi bila google ramai beri feedback negatif tentang servis kat Hospital Kajang. Haiss..

Chak jangan la risau. Kite oke je, janji :)

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah: Ditemukan dengan Ramadhan

Walaupun malam tadi aku sambut kedatangan 1 Ramadhan kat opis, kena kerja pulak.. still aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Semoga bulan penuh berkat ni diisi dengan kebaikan  dan diberikan kekuatan untuk terus cekal walau dalam apa keadaan yang kita hadapi. Kalau kita redha dengan setiap apa yang Dia beri pada kita, hidup kita akan lebih tenang. In Sha Allah~

Aku ni bukanlah orang yang layak untuk memberi nasihat pada orang lain, mungkin lebih kepada muhasabah diri.. Sama-samalah kita cuba untuk baiki diri untuk jadi lebih baik. Sebab tiada orang lain yang tahu bagaimana diri kita melainkan kita sendiri.


Monday, July 8, 2013

Update Laju-Laju

Assalamualaikum.


Semalam hari ahad. Tapi terpaksa berkerja pulak sebab nak ganti cuti untuk hari raya aidilfitri akan datang. Jadi, nak tak nak kena gagahkan jugak. Apa pun aku tetap bersyukur sebab hari sabtu tu dah cuti kan. So, menggunakan masa cuti yang ada dengan sebaiknya--lepaking saja di rumah bermalas-malasan. Oh heaven! ehee~

Kesian Chak, masuk hari ni dah empat hari kerja full shift pagi sampai ke malam. Hopefully diberikan kekuatan. Takmo sakit plishh (-’_’-) 

Oh ya, semalam jumpa blogger Ym Bundle. Tanpa sengaja dan on the spot. Petang tu aku baru balik kerja tiba-tiba beliau shoot ke Bangi bersama Kak Wanie dan Wazi. Wazi serius comel tapi takut aku nak dukung. Haha! 



Nah Sate Willy-saje nak bakor hengkorang supaya mai  Bangi ekeke. Okay lah, aku nak away ke KL nih. Ada review dengan pihak MARA. Tak sanggup hadap jem. Pitam (︶︹︺) 

Wednesday, July 3, 2013

Mampu?


Kerja agak banyak kat ofis lately. Tapi nak pretend buat-buat macam kerja tak banyak. Dateline dah nk dead. Lusa nak kena pergi MARA untuk buat review. Senyum. Niat nak release jap tapi harapan tinggal harapan. Ini namanya dengki.


Main lain lak (╯3╰)
#Bile nak dapat BE semula nih. grr!



Monday, July 1, 2013

Tahi






Sivik ngerti? Sendiri makan, sendiri suap, sendiri berak. Sampai toilet orang lain jadi hamba abdi tolong flash. Terserlah ketahianmu.






 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.