Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Sunday, June 30, 2013

Ayam Penyet

Selamat pagi!
Ade plan ape-ape hari ni? Dalam tengahari sikit nanti ingat nak gerak ke Keramat. Ada hal sikit. Hal apa jangan ditanya. Pagi semalam- mulanya aku ingat nak beli-beli sikit barang dapur. Tetiba terajin nak masak (padahal nak save bajet) Masak sendiri memang save bajet berbanding makan diluar hokai. Dan tetiba budak rumah aku ajak makan ayam penyet. Eh, ayam penyek ke ayam penyet?

Dekat Bangi ni orang cakap memang banyak kedai makan. Memang betul pun. Bersepah-sepah senang sangat. Cuma pilih je kau nak makan kat mana ikutlah citerasa tekak tuan hamba sekalian. Bercakap pasal ayam penyet, ade dua tempat yang aku penah cuba. Satu di seksyen 9- Wong Solo dan satu lagi kat area Hentian Kajang * Eh tetibe dah masuk Kajang lak. Tapi dekat je.

Sumber: Google. Sori la der,
tak sempat aku nak snap gambar dah selamat dalam perut. Burpp!


Wong Solo:
Cerita pasal Wong Solo, kalau kau datang tengahari memang penuh. Nak selamat, better kau reserve tempat awal-awal. Biasanya kalau makan tengahari aku tapau je makan reramai kat opis. Bos aku yang mengajar makan Wong Solo nih. Dah tengok dia hari-hari dok order Wong Solo, asal aku lunch je bos soh aku tapau Wong Solo. Sudahnya, dengan aku-aku sekali terjebak. Addict woh! 

Kalau tuan hamba nak save, disarankan mengambil hidangan set. Satu set RM10.90. Still bagi aku mahal bhahaha. Itu normal price ye, bukan harga untuk duta Wong Solo. Selain Bangi, Wong Solo ada cawangan lain di Malaysia.

Ayam Penyet Hentian Kajang:
Aku tak ingat la nama kedai ni Ayam Penyet ke Pecel Lele. Tapi kat sini lebih murah berbanding Wong Solo dan lebih santai. Satu set kau boleh dapat dalam Rm5.50 saja. But still sedap dan umphh! Sup yang kaw-kaw, ayam yang rangup plus sambal yang boleh tangkap leley punya. Tapi yang tak bestnya service lambat. Huh!

Cibiuk:

Satu lagi tempat kalau nak makan ayam penyet or makanan ala-ala jawa ni adalah di Restoran Cibiuk. Kiut dan manja je nama restoran dia kan haha. Betul-betul bersebelahan dengan highway dekat Sungai Ramal. Dekat dah dengan Ramal Junction (tempat Sate Willy) Cibiuk paling dekat dengan rumah beta tapi belum pernah cuba. Semalam nampak Fauziah Gaus post gambar makan-makan kat Cibiuk di Instagram beliau. Siapa dah try boleh la share dengan beta. Adios!

16 comments:

  1. hentian kajang tuh mcm nak cuba jer . tapi tak de nama kedai lak . x pe , saya cuba cari nanti . thanks info ... dah lumrah nampak yg jauh compare yg sebelah mato ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try situ lak lenkali huehue

      Delete
  2. tak pernah mkn ayam penyet...ahakkk

    ReplyDelete
  3. Ayam penyet dekat keramat ada satu, sedap :)

    ReplyDelete
  4. wah nak terjahlah wong solo dan cibiuk tu..taklah jauh sangat he3..suka jugak makan ayam penyet ngeee...tapi tak boleh makan masa lunch hour,nanti masuk office sure ngantuk sebab kekenyangan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! salu cakap lah mkn ape pn, lepas lunch msti tangkap lentok hehe

      Delete
  5. aku makan kat shah alam tu hari sedap gak..murah je..kalau kat restoran2 memang la rm 10++ je..kalau dah harga camtu baik aku makan nasik arab..hahaha

    ReplyDelete
  6. aku tau kedai hentian kajang tu....

    pernah la makan sekali dua

    :)

    ReplyDelete
  7. wajib pekena ni. sambal dia yang main peranan kan?hehehe

    ReplyDelete
  8. habis la..ade yg tgh hri ni lari jap pi kl sentral cari ayam penyet..

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.