Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Saturday, January 19, 2013

Main Loceng

Apa yang bakal aku ceritakan ini telah berlaku beberapa hari yang lalu, dalam minggu lepas. Nak dijadikan cerita, bos-bos sekalian terpaksa menghadiri satu mensyuarat dan diskusi di korea selama 4 hari. Dan dalam tempoh itu, tinggallah aku dengan tugasan yang perlu disettlekan dalam kadar yang segera. Disebabkan job yang ditinggalkan tu kena kejar dateline yang dah suntuk, maka aku gagahkan diri untuk stayback kat ofis dengan niat yang satu-siapkan video dari editting, masukkan voice over hinggalah ke bahagian rendering. Sebab keesokan hari client nak collect vid tu. Fullstop.

Dari awal lagi aku dah bajet akan stay sampai ke pagi. Jadi, aku ajak sorang member yang sedang menjalani praktikal kat ofis tu untuk teman aku stayback malam tu. Semuanya berjalan lancar.  Dari mata yang segar bugar hinggalah mata aku yang semakin layu. Tiba-tiba...

Ding dong..ding dong..ding dong..ding dong..

Loceng ofis dibunyikan. banyak kali jugak mungkin dalam 6-7 kali ia dibunyikan aku x pasti. Yang pasti memang banyak kali. dan bunyik tu laju macam orang dalam ketakutan nak minta aku bukak pintu cepat2. Aku bangun laju-laju nak tengok siapa yang datang. Dalam perjalanan menuju ke pintu sempat aku terfikir-siapa pulak yang datang malam2 macam ni. Aku jenguk disebalik pintu kaca..kosong. Tiada siapa mahupun kelibat yang dapat aku lihat.

Pelik.

Aku lihat jam ditangan menunjukkan pukul 1147 malam. Aku taknak layankan perasaan yang terus menerus tertanya-tanya siapakah yang menekan loceng sedangkan grill di bawah telah aku kunci dengan rapi. Sekali lagi aku turun untuk pastikan grill benar2 telah dikunci. Then aku naik dan teruskan kerja editting.

Sementara menunggu vdeo siap dirender. Aku cuba untuk mentup mata. Oh sakitnya belakang badanku. Dan sekali lagi.. Ding Dong...

Pada ketika in, jam menunjukkan pukul 4 pagi.

26 comments:

  1. Chuu, jangan la wat suspens sangattttttt. Apa jadik pastu? Heheh :D

    ReplyDelete
  2. grrrrr..murka aku baca entry ni..nak tunggu sambungan entah bila xtau..haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane hade sambungan.. mmg cite dy cenggitu grr

      Delete
  3. dia nak tanya tu... tak nak balik lagi ke? dia nak tumpang tidur la tuh...

    ReplyDelete
  4. baik ko reka ending dia
    ggrrrr...

    kueh

    ReplyDelete
  5. fuyooo..best gila..cer cek cctv sapa main loceng time tu...

    ReplyDelete
  6. hahaha hebat hantu2 sekarang ni.. siap main2 loceng gitu..

    ReplyDelete
  7. owh cantik header background pun baru!

    ReplyDelete
  8. pastu???

    kalau aku jdi kau, xde makne nak berjaga. selubung terus sambil pasang yassin.

    ye, aku penakut. sekian~~

    ReplyDelete
  9. loceng tu ada timer kot. tiba masa dia berbunyi. hahaha. ok tak lawak. seremmm! =_='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk sedapkan hati bole la ckp gitu aien ekeke

      Delete
  10. errr.. 4 pg tu seram sgt laaaa..

    ReplyDelete

Melalak itu indah.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.