Masa nak solat Asar tadi, aku secara tak sengaja telah TERmembentangkan (hancur BM) sejadah secara terbalik. Terus aku teringat akan satu peristiwa yang berlaku masa aku kecik-kecik dulu. Ketika tu masih baru nak belajar sembahyang kiranya.
Cerita ni mungkin agak bangang..
Masa tu, kalau nak ikut kiblat pelan tapak bilik aku, ketika sembahyang aku akan membelakangkan pintu bilik. Masa tu entah solat Maghrib atau Isyak. Maka tak hairanlah kalau aku agak takut-takut dalam rumah sendiri. Nama pun budak. Memandangkan pintu bilik aku tidak berpintu *paham dop? kiranya just ada langsir sahaja.
Aku selalu terbayang masa tengah solat tiba-tiba datang dari belakang makhluk jahat atau hantu jembalang datang terkam dari belakang. Maklumlah, pintu di belakang. Apa yang datang mana nampak kan? aku fikir macam tu.
Maka aku yang bijaksana lagi sengal ubi ketika itu tanpa segan silu menukar arah kiblat dari yang sepatutnya. Dengan harapan apa saja yang datang aku tak akan gentar lagi. Sebab aku boleh kawal laluan keluar masuk pintu bilik aku. Gile!
Begitulah flashback saya...