Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
ChuuMuqhlis

Tuesday, July 1, 2014

Marathon Post 01 : ICT

Alkisah hari tu menyinggah ke Shah Alam. Niatnye nak teman Chak makan malam. Padahal aku yang gatal merayap smpai ke sana. Time2 macam tu..lpas mkn dok melepak kat ICT. Mungkin sebab ICT tempat paling femes kat S. Alam kot..kott laa. Aku pn kurang arif hehe.






Aku pn dah tak ingt bila last time sampai sini. Mungkin dua tahun lalu.. zaman aku tengah buat praktikal. Time tu praktikal kat Shah Alam..Alam Budiman. Sama-sama dengan Eton. Dan time tu melawat ICT pun tak banyak mainan lagi. Setakat jenjalan sambil ditemani lampu2 yang comel-comel belaka. Sekarang..macam-macam hado!



Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari
memohon kemaaf atas segala salah dan silap.
Salam Ramadan Al-Mubarak!



P/S : Saya berhajat nak buat marathon post memandangkan byk aktiviti yang saya rasa saya nak share tapi dah terlambat. Ermm ..marathon trowback barangkali. Good luck Chuu!!


Monday, April 14, 2014

Awana Skyway Genting Highland



Sabtu baru ni aku dan Chak terjah puncak Genting Highland.  Motif utama memang nak melepak. Fullstop. Sebenarnya ni kali kedua aku mengarang kisah ini. Tah macam mana aku boleh terdelete pulak padahal aku dah karang bukan main panjang. Zzz sakit pulak hati kita! Terus lari feel menulis. Update pulak pakai phone. Tadi feel dia macam excited tapi kali ni terfaktab rasa dia.

Back to the story. Gigih Chak drive panjat Genting Highland demi menunaikan permintaan daku muwahaha. Terima kasih, awak! Sampai di puncak kami terus ke Awana Skyway untuk naik kereta kabel. Harga untuk seorang rm12 bagi perjalanan pergi dan balik. Kira ok la kan. Walaupun aku tak pasti berapa jarak sebenar perjalanan kami tapi aku rasa agak jauh jugak. Naik turun dalam empat ke lima bukit dengan pemandangan hutan hijau diselubungi kabus-kabus halus. Nyaman!

Ni time balik. Atas tu Awana Skyway Genting Highland.






Oh ya, kami agak bernasib baik sebab pada hari tersebut ada event Fantastica 2. Seronok dapat tengok banyak persembahan manarik dari kumpulan penari, ahli silap mata dan persembahan clown. Rasa macam nak hentikan masa sebab macam tak puas berjimba hahaha. Boleh macam tu? Disebabkan kami tak nak turun lewat malam sangat jadi lepas maghrib teus je bertolak pulang. Bahayakan nak turun malam dalam keadaan yang licin sebab petang tu hujan. Dah, tu je aku nak cerita!


Event Fantastica 2



Friday, April 11, 2014

HALAL



Suami awak kerja apa? Dan Dia tertunduk sambil menjawab. Butir perkataannya antara acuh dengn tidak. "Driver" Tutur yang keluar antara dengar dengan tidak. Waima aku yang duduk bersebalahannya sendiri agak kurang jelas. Apatah lagi sahabat yang duduk bertentangan dengan Dia. Dipisahkan dua botol sos, air suam bersama juadah sizzling yang kami sedang jamah. Dan sebenarnya sahabat itu yang bertanya. "Kerja apa?" Sahabat tanya lagi kerana kurang jelas dan aku nampak Dia semakin tidak selesa dengan pertanyaan itu.


***

"Kalau awak malu dengan pekerjaan suami awak sendiri maknanya macam awak tak dapat terima. Rezeki masing-masing.. Sama macam kalau ayah awak kerja kampung buat ketja kotor-kotor..adakah awak akan malu? Yang penting kerja itu HALAL" kata sahabat. Aku cakap mungkin Dia tak selesa namun kata sahabat ada benarnya.


Monday, March 31, 2014

Kenapa ni :(

Tak dapat nak tahan rasa sebak. Dah dua hari dia tak balik, itu yang emak aku bilang. Pagi semalam, masa aku tengah kemas-kemas rumah..tiba-tiba aku terdengar suara yang aku kenal sangat. "Meow.." kata suara itu. Aku tak faham apa yang dimaksudkan malah aku tak pernah faham. Tapi suara itu cukup sayu. Kain cadar yang aku tengah lipat segera aku lepaskan.. "Putih!" Air mata aku mengalir.. :(


Allah..sayunye rasa. Petang tu aku mintak tlg ayah bawak jumpe vet. Ikutkan hati aku sendiri nak bawak tapi doktor free belah petang. Sakit..pedih..lapar.. kesiannya :( petang tu aku balik Wangsa Maju. Aku balik tanpa melihat dia.. tak sampai hati. Serius. 
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan Editted by Chuu Muqhlis. All Right Reserved.